Aku pasang GPS dan perakam suara dlm kereta suami, baru aku tahu jangkitan ni sbb dia pernah buat sesuatu.

Hai. Nama saya Linda (bukan nama sebenar). Saya sudah berkahwin dan dikurniakan anak-anak yang comel. Tahun lalu, suamiku (Firdaus bukan nama sebenar) kedapatan mempunyai skandal atau perempuan simpanan (Ain bukan nama sebenar) di kala anak bongsuku belum mencecah umur setahun.

Salahku kerana terlalu mempercayai Firdaus . Saya bangga kerana saya bukanlah seorang isteri yang kuat cemburu. Saya juga tidak pernah memeriksa telefon Firdaus. Saya tidak tahu kata laluan telefon pintarnya itu. Saya berikan kebebasan kepadanya.

Sehinggakan saya mendapat bukti Firdaus ada kekasih hati lain, baru saya sedar bahawa caraku salah. Saya masih ingat mesej Ain ketika Firdaus ingin memutuskan hubungan selepas ketahuan olehku, “Kerana perempuan itu, awak sanggup buat begini dengan perempuan yang selalu awak sentuh!”

Saya membalas mesej tersebut. Tidak dengan maki hamun jauh sekali menghinanya walaupun hatiku skit mengetahui Firdaus pernah tidur dengannya. Saya memintanya menjauhkan diri dari suamiku.

Tetapi di sini ingin saya jelaskan ayat ‘kerana perempuan itu’. Ayat itu sering bermain di fikiranku. Perempuan yang kamu katakan itu adalah isterinya yang sah. Isteri yang melahirkan anak-anak Firdaus.

Yang mengurus makan minum, pakaian dan segala-galanya tentang Firdaus. Firdaus hanya mengenalimu 4 bulan ya Ain. Saya mengenali Firdaus bertahun-tahun lamanya lebih dari kamu. ‘Kerana perempuan itu’. Ya perempuan inilah yang sanggup lupakan segala cita-cita demi untuk menjaga keluarganya.

Saya di kala ini hanya suri rumah sepenuh masa. Firdaus bekerja sebagai anggota beruniform. Saya sanggup melupakan cita-citaku kerana Firdaus tidak mahu saya bekerja. Sedangkan saya berkelulusan ijazah sarjana muda dengan kepujian dari salah sebuah IPTA terbaik di negara ini.

Saya juga merupakan salah seorang pelajar terbaik di sekolah dan di universiti. Saya pernah mendapat beberapa anugerah akademik tetapi akhirnya saya memilih untuk berada di sisi suami dan anak-anakku.

Ibu bapaku redha walaupun mereka mahu saya menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Keluargsaya memang tegas dalam hal pelajaran.

Adik beradikku semua berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi dan semuanya bekerja di sektor kerajaan kecuali saya. Selepas berkahwin, saya mendapat tawaran temuduga dan tawaran kerja di sektor awam dan swasta tetapi terpaksa ku tolak dengan baik kerana Firdaus berat hati untuk mengizinkanku pergi.

Takut saya terpikat atau terpengaruh dengan orang lain katanya. Namun begitu, saya bukanlah suri rumah yang berharap 100% dengan suami. Saya ada membuka perniagaan secara online. Dan gaji Firdaus, saya uruskan untuk pembayaran bil-bil rumah, kereta dan sebagainya.

Saya bukan jenis menunggu suami lsayakan semuanya. Setiap kali gaji, saya akan mengambil separuh dari gajinya untuk bayaran bil dan sudah tentu atas keizinan darinya. Saya tidak tahu pula baki gaji yang lain digunakan untuk berfoya-foya, menghantar dan mengambil Ain pergi kerja.

Dating bersama siang dan malam, bercuti bersama di tepi pantai, dan berasamaradana di rumah wanita itu. Sedangkan nafkah isteri culas diberi. Bercuti bersama memang tidak pernah.

Sewaktu off day, Firdaus selalu hilang. Rupanya dating bersama Ain. Hanya saya dan anak-anak di rumah. Dan untuk makluman kamu Ain, perempuan ini jugalah yang berada dengan Firdaus dari Firdaus tidak punya apa-apa.

Saya berasal dari keluarga yang sederhana tetapi saya tidak pernah merasakan hidup terlalu susah. Ibu bapsaya mampu menyara saya dan memberi segala keperluanku. Berbeza dengan Firdaus yang perlu berdikari menyara kehidupannya.

Semasa saya baru rapat dengan Firdaus, kami berjumpa dengan menaiki bas. Saya tidak peduli walaupun saya mempunyai pilihan yang lebih baik. Saya masih tetap bersamanya sehingga Firdaus mampu membeli motor. Dalam keadaan serba kekurangan, kami berkahwin.

Kerana Firdaus tidak mahu saya berhijrah ke luar negeri untuk bekerja. Dan selepas berkahwin, rezeki perkahwinan datang. Firdaus mendapat tawaran kerja dalam sektor awam sebagai anggota beruniform. Tetapi tidak mudah mendapat jawatan itu.

Sebelum itu, sudah beratus-ratus permohonan ku hantar bagi pihak Firdaus dari waktu kami masih bergelar pasangan kekasih sehinggalah kami sudah berkahwin. Saya sediakan semuanya dari A-Z.

Saya yang isi borang, saya yang sediakan salinan sijil dan kami pergi meminta pengesahan di jabatan kerajaan berkaitan bersama-sama. Saya yang masuk berjumpa dengan pegawai berkaitan.

Jika dipanggil temuduga, saya mempersiapkan pakaian Firdaus dan saya juga menyediakan set soalan dan jawapan untuk kemudahan semasa temuduga lisan. Saya hanya ingin melihat Firdaus berjaya kerana saya ikhlas ingin bersamanya. Dan akhirnya usahsaya membuahkan hasil.

Saya sangat gembira walaupun saya mendapat tahu Firdaus akan bekerja di negeri lain selepas tamat latihan. Saya tidak ikut kerana keadaan Firdaus belum stabil. Saya menguruskan anak kami secara bersendirian selama setahun. Pergi klinik, beli pampers dan keperluan anak dengan menaiki bas sambil menggendong anak.

Keluargku mempunyai kereta tetapi saya tidak mahu menyusahkan mereka. Ketika itu Firdaus mula berubah. Saya mendapat tahu Firdaus memasang skandal dan sering keluar malam dek kerana bosan berseorangan dan terpengaruh rakan-rakan sekerjanya. Tidak lama selepas itu, saya mengikuti Firdaus berpindah.

Saya tahu banyak cerita tentang kecurangan Firdaus tetapi mereka belum sampai ke tahap serius. Saya bertanya dengannya tetapi dia menafikan. Saya tidak cukup bukti maka saya pendamkan saja. Saya seorang yang lemah lembut. Saya tidak mahu memulakan pergaduhan.

Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Firdaus sering keluar waktu malam. Dan balik keesokan paginya untuk menghantar anak dan pergi kerja. Firdaus bagi alasan temankan bos. Itu semua arahan bos.

Saya tahu bos Firdaus memang selalu keluar meronda waktu malam dengan pasukannya. Tetapi saya tertipu kerana Firdaus pandai berpura-pura. Firdaus masih melayan saya dan anak-anak seperti biasa. Firdaus masih menghantar anak dan mengambilnya dari sekolah.

Firdaus masih bertanggungjawab membeli barang dapur walaupun nafkah duitku tidak diberi. Jadi pada mulanya agak sukar untuk saya menghidu kecurangannya. Saya tertipu berbulan-bulan kerana perangai hipokritnya. Di depan saya, pijak semut pun tidak m@ti. Rupa-rupanya, Firdaus tidak bekerja bersama bos setiap malam.cuma waktu tertentu sahaja.

Selebihnya masa dihabiskan untuk mengambil dan menghantar Ain pergi ke tempat kerja. Ain kerja di open bar. Firdaus menunggu Ain siap kerja dan menghantarnya balik rumah pada pukul 3 pagi. Kemudian balik ke rumah pada pukul 7 pagi. Hampir setiap malam saya ditinggalkan.

Saya menjaga anak-anakku sendiri. Ada satu ketika anak-anakku skit. Skit berlarutan berminggu lamanya. On off. Saya meminta Firdaus membeli ubat. Pada pukul 4 pagi Firdaus hanya menghantar ubat dan kemudian berlalu pergi. Saya ingatkan ada hal kecemasan tentang kerja. Rupa-rupanya Firdaus bersama Ain dan menghabiskan masa di rumah Ain.

Saya tahu tentang itu selepas semuanya terbongkar. Pada awalnya saya tidak perasan tentang kecurangan Firdaus. Mahu periksa telefon pintarnya, saya tidak tahu password. Tetapi naluri seorang isteri terlalu kuat. Saya tahu saya kena dapatkan bukti kukuh kerana Firdaus pandai memutarbelitkan kenyataan.

Tanpa bukti kukuh, senang saja dia nafikan. Firasatku menjadi lebih kuat selepas Firdaus tiba-tiba memohon untuk menjadi pemandu Graab dan Wuber. Bila dia menunjukkan bayaran yang diperolehinya, saya hairan kerana terdapat jangka masa 4-6jam dia tidak mendapat pelanggan langsung. Bermakna dia off aplikasi.

Ke mana dia pergi? Dan ada satu masa, Firdaus balik rumah membawa beg plastik bersama baju berwarna merah. Saya hairan kenapa Firdaus shopping berseorangan dan membeli baju yang sangat jauh dari citarasa beliau. Saya sangat kenal Firdaus. Saya tahu Firdaus tidak akan membeli baju corak begitu.

Malah selepas membeli baju itu, Firdaus hanya biarkan sahaja dan tidak pernah memakainya. Saya curiga. Saya meletakkan aplikasi merakam perbualan dan GPS tanpa dia sedar. Dan segala-galanya terbongkar. Saya mendengar sendiri perbualan mereka. Saya tahu tempat tinggal Ain.

Saya tahu tempat kerjanya. Saya tahu dia seorang ibu tunggal anak seorang. Saya tahu dia lebih tua dari saya dan Firdaus. Daripada perbualan mereka, saya tahu Ain memang sayangkan Firdaus. Dan ketika mereka bersama, saya datang ke tempat Ain. Tetapi mereka telah keluar. Saya telefon Firdaus tetapi tidak dapat.

Saya telefon berkali-kali baru Firdaus angkat. Ketika dia ingin menipuku bahawa dia sedang on Graab, saya menyatakan saya sudah tahu semuanya. Firdaus tergamam. Saya bawa berjumpa di tempat Ain kerana saya sudah berada di sana. Tiba-tiba talian dimatikan. 3 minit kemudian Firdaus menelefonku kembali menyatakan semua alasannya.

Katanya Ain hanya kawan. Salahkah kawan minta tolong hantar katanya. Kalau tidak percaya, boleh berjumpa dengan Ain untuk kepastian. Saya tersenyum mendengar penipuan demi penipuan. Selepas telefon dimatikan, saya sambung mendengar perbualan mereka. Mereka buntu memikirkan cara untuk menipuku.

Mereka bingung bagaimana saya dapat tahu tentang semua itu. Sehinggakan adikku dituduh menjadi punca. Ain marah dan membawa Firdaus bersemuka dengan adikku tetapi Firdaus tidak mahu. Selepas itu Firdaus menghantar Ain dan anaknya balik ke apartment mereka. Ain risau dan tsayat jika saya menyerang di rumah atau tempat kerjanya.

Firdaus meyakinkannya bahawa benda itu tidak akan terjadi. Ya saya bukan jenis wanita sebegitu. Firdaus kenal siapa saya. Saya masih tahu menjaga maruah diri dan Firdaus. Saya tidak mahu anak-anakku hilang hormat kepada Firdaus satu ketika nanti jika perkara ini menjadi heboh.

Dan selepas itu, Firdaus pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Firdaus menelefon saya untuk memberi 1001 alasan. Kami kawan saja katanya. Dalam keadaan kurang waras selepas mendengar semua perbualan mereka, saya memaki hamun Firdaus. Segala kata yang kurang elok saya suarakan. Firdaus terkejut. Selama kami berkahwin, tidak pernah saya meninggikan suara dengan Firdaus.

Apa lagi mencarut dan memaki hamun sekalipun tidak pernah saya sebut. Ketika itu saya keluarkan semua sehingga Firdaus naik darah. Firdaus pulang ke rumah dan terus menghempas pintu. Sebelum Firdaus sempat bersuara, saya mainkan rakaman perbualan mereka. Firdaus terdiam. Barannya yang tinggi tadi hilang.

Saya teriak menangis bagaikan orang giiiilaaa. Firdaus cuba menenangkan ku dan dalam keadaan saya meraung, saya bertanya kenapa buat saya macam ni? Selepas kewarasanku kembali, saya telefon ibu mertuaku. Saya katakan saya ingin bercrai. Ibu mertuaku terkejut. Menangis. Teruk Firdaus dimarahi ibunya. Ibu Firdaus meminta nombor telefon Ain dariku.

Tapi saya tidak bagi kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Malam tu saya tidur lewat dalam keadaan berair mata. Firdaus kulihat tidur awal. Walaupun saya kurang waras pada hari itu, saya simpan rahsia itu dan tidak menunjukkan walau sedikit kesedihanku di media s0sial. Tidak terfikir langsung untuk v1ralkan atau buat status mencarut.

Tiada siapa yang tahu kesedihanku. Pagi itu, Firdaus cuba bersikap normal seperti biasa tetapi saya tidak mempedulikannya. Saya tegaskan bahawa saya ingin bercrai. Firdaus berfikir lama kemudian mengatakan kami boleh crai, tetapi anak-anak dia yang jaga. Saya kata saya tidak kisah. Firdaus bingung. Saya tahu dia hanya mengujiku.

Saya memang tidak dapat hidup tanpa anak-anakku. Saya katakan saya ingin keluar dari rumah. Tetapi dia menghalangku. Dompet, duit, IC, dan telefonku dirampas. Telefonku pecah dihempas ke lantai. Saya cuba keluar melarikan diri tetapi dia mengejarku dan mendukungku balik semula ke bilik.

Saya katakan pergilah ke tempat perempuan tu. Anak-anak suruh dia yang jaga. Saya lepas tangan. Perlahan-lahan Firdaus telefon ibunya meminta bantuan menjaga anak-anak buat sementara waktu bila saya berkeras mengatakan saya tidak mahu menjaga anak-anak lagi.Saya penat menjaga anak tetapi dia bersukaria bercengkerama dengan wanita lain.

Biar dia rasakan bagaimana sukarnya menjaga anak-anak. Tetapi ibu mentusaya memarahi Firdaus dan katakan tidak mahu masuk campur urusan kami. Ibu mentusaya turut berkata daripada buat dia macam ni, baik bnuh saja ibu sendiri. Beliau sudah tidak tahan dengan perangai anaknya seperti itu.

Sebelum memutuskan talian, sekali lagi ibu mentusaya berkata jangan hantar anak kami kepadanya. Saya tahu ibu mentusaya sangat sayangkanku. Dia tidak mahu melihat kami berpisah. Saya semakin ok hari tu. Tetapi hatiku masih skit. Firdaus merayu dan menangis tidak mahu kami bercrai. Firdaus mengatakan dia tidak serius dengan Ain. Dia bukan mahukan Ain pun.

Saya bertanya apa sebab dia buat begitu kepadsaya. Kalau saya sudah tidak diperlukan, kembalikan secara baik kepada orang tusaya. Firdaus menangis lagi. Katanya saya tidak salah. Alasan dia mencari lain pula kerana saya tidak tidur bersamanya di atas katil. Walhal kami masih tidur sebilik. Anakku yang belum cukup setahun masih menyusu badan sepenuhnya.

Saya selalu tertidur di bawah temankan anakku yang selalu mengempeng tengah malam. Dan suamiku tidur sendirian di atas katil. Saya tidak mahu anakku tidur di atas katil kerana telah berulang kali dia terjatuh ketika tidur sebelum ini. Firdaus pula tidak mahu tidur tanpa katil.

Tidak disangka alasan itu digunakan untuk mencari teman tidur yang lain. Mungkin saya terlalu bodoh kerana masih menerima Firdaus kembali. Kerana kecurangannya, saya skit. Saya mendapat jangkitan kuman yang teruk. Pada mulanya saya bingung kenapa saya dapat skit begitu.

Selepas semua kecurangannya terbongkar, baru saya tahu. Saya tanpa segan silu bertanyakan tentang jangkitan kuman itu kepada Firdaus. Dan rupa-rupanya, ketika mereka masih bersama, Firdaus ada beritahu Ain bahawa saya mendapat jangkitan kuman dan begitu juga Firdaus. Firdaus bertanya, Ain ada masalah kesihatan atau tiada.

Ain katakan dia bersih dan tidak berpenyakit. Firdaus yakin dengan jawapan Ain kerana sebelum ini Ain pernah bekerja di dalam bidang medical. Oh ya, sebelum itu, bila saya meminta F bercerita tentang Ain, Firdaus nampak agak bangga sekali. Ain orangnya sangat s3ksi dan selalu keluar minum di pub.

Ramai orang-orang di pub kenal dengan Ain. Saya hairan apa yang dibanggakan sangat. Mungkinkah saya kolot kerana saya tidak minum alkohol dan tidak pandai keluar malam. Saya juga bukan seorang yang suka berpakaian s3ksi. Ain bekerja sebagai manager di salah sebuah open bar yang terkenal di bandar ini.

Dulu Ain bekerja di dalam bidang perubatan. Tetapi gaji rendah membuatkannya berhenti kerja kerana tidak mampu menampung kehidupan dengan anaknya. Saya mula mencari tahu tentang Ain. Ya dia pernah bekerja dalam bidang perubatan tetapi beliau hanya bekerja sebagai pembantu klinik.

Ain mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan di salah sebuah kolej. Saya tahu serba sedikit tentang Ain dari kawannya juga. Saya tahu tentang keluarga, adik beradik, kawan-kawannya, skit lymphoma yang dihidapinya, allergic yang dia ada dan saya tahu Ain kini sudah berkahwin bulan Jun tahun ini dengan seorang lelaki bujang bergelar pendidik di salah sebuah IPTS.

Mereka sebaya. Saya juga tahu dia selalu menyokong kebebasan wanita atau para isteri yang diberi layanan tidak wajar daripada suami. Dan dia turut mengutuk golongan perempuan penyondol laki orang di laman sosialnya.

Ironinya dia pun salah seorang daripada penyondol tersebut juga. Semasa Firdaus ingin memutuskan hubungan, Ain sempat post status di whatsapp dengan caption sedih dan berlatarkan gambar pahanya yang sedang memakai seluar pendek. Saya tahu motifnya ingin menggoda Firdaus.

Tetapi saya biarkan. Saya tidak menghalang Firdaus berjumpa dan berbalas mesej dengan Ain tetapi Firdaus tahu mana satu keutamaannya. Saya tidak menghasut. Saya banyak diam waktu itu. Dan lagi, saya bukan sahaja mendapat jangkitan kuman tetapi saya juga mempunyai masalah jantung selepas timbulnya masalah ini.

Dahsyat betul penangan sebuah kecurangan. Sebelum ini, saya merupakan salah seorang yang pernah berkata, jika suamiku cvrang sehingga tahap tidur dengan orang lain, saya akan tinggalkannya kerana saya jijik dengan perbuatan tersebut. Tetapi bila benda tu berlsaya, saya lemah. Saya masih sayang suamiku.

Saya tidak mahu anak-anakku hilang bapa mereka. Ini alasan paling lapuk tapi memang betul, jika kami bercrai, anak-anak akan kehilangan bapanya. Saya mungkin tidak sanggup melihat atau berhubung dengan Firdaus lagi selepas kami bercrai.

Saya tahu saya boleh hidup tanpa Firdaus tapi memikirkan Ain akan bahagia bersama Firdaus sementara anak-anakku mend3rita kehilangan bapa, saya menjadi bingung. Dan saya syg kan keluarga mentusaya. Mereka sangat baik. Belum tentu saya boleh mendapat keluarga mentua sebaik mereka.

Saya cuba untuk menerima Firdaus kembali selepas berfikir panjang. Dan kini, setahun lebih sudah berlalu. Firdaus nampak semakin berubah. Saya ada akses dengan telefon pintarnya. Bila-bila masa saya boleh periksa. Firdaus juga sangat jarang keluar rumah. Firdaus sering membantu saya menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah.

Firdaus sudah mula memberiku nafkah tiap bulan. Firdaus betul-betul menunjukkan kasih sayangnya terhadap saya dan anak-anak. Firdaus turut rajin membawa kami pergi bercuti. Saya berharap kisah seperti ini tidak berulang lagi. Biarlah ia menjadi pengalaman paling pahit dalam hidup kami.

Saya tidak mungkin akan melupakannya. Tapi saya juga harus teruskan kehidupan demi anak-anakku. Saya harap Ain akan membaca coretanku ini. Selamat Pengantin Baru Ain dan semoga kamu tidak mendapat pengalaman pahit seperti ini dalam perkahwinanmu yang baru ini.

Jika masalah sebegini datang kepadamu, ingatlah bahawa karma itu wujud. Ingat kembali apa yang telah kamu lsayakan terhadap wanita lain. Jangan pernah lupakannya kerana saya juga tidak akan dapat melupakannya sampai bila-bila. Via dunia kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *