Abang kahwin dgn Nadia bila Kak Amy koma. Lepas 5 tahun, Kak Amy tiba2 tersedar. Ah sudah. Tak sangka Kak Amy buat mcm tu pd Nadia.

Hi, Aku Diana. Adik bongsu dari 6 beradik. Yang sulung abang. Yang lain semua kakak. Aku sekadar nak berkongsi cerita, meluah rasa, sebab semua orang dalam family aku decided not to comment anything.

(Btw, kalau korang ade tengok drama Hi-bye Mama, kisah yang terjadi dalam family aku lebih kurang macam tu lah-cumanya tak ada hantu2 ni. Everyone masih hidup dan tak ada kisah mistik ye).

Abang aku seorang doctor, hensem, baik, sangat bertanggungjawab. Mid-thirties. Dulunya seorang lelaki yang sangat mesra, peramah, dalam lembut ada tegas dia. Biasalah anak sulung kan.

Abang aku dah berkeluarga. Ada isteri, ada anak. 10 tahun lepas, Abang aku berkahwin dengan Kak Amy. Kak Amy memang dah lama bercinta dengan Abang. Sejak zaman sekolah lagi. Abang aku sayang sangat Kak Amy.

Walaupon lambat dapat anak tapi diaorang sangat bahagia. Tahun 2014 kami dapat berita gembira. Kak Amy mengandung. Abang aku buat kenduri kesyukuran macam kenduri kahwin. Abang aku sangat gembira. Abang aku tatang Kak Amy macam puteri. Satu benda pon tak bagi buat.

Hanya fokus dekat baby dalam perut je. Tahun 2015, Kak Amy melahirkan seorang baby perempuan. Sofea. Comel. Sihat. Sempurna sifat. Kehadiran Sofea sangat kami nantikan. Masa umur Sofea 2 minggu, Kak Amy jatuh tangga dekat kampung parents dia.

Kak Amy koma. Lama. Masatu Abang aku ibarat mati separuh nyawa. Sejak tu Abang aku berubah. Kami “hilang” Abang kami. Abang aku jadi pendiam, cakap bila perlu sahaja. Dah tak pernah senyum, gelak apetah lagi.

Muka macam orang tak ada perasaan je. Raya 2016, Abang aku kahwin lagi. Kahwin dengan Nadia. Nadia ni kire macam dua pupu aku. Masa tu dia baru sangat habis degree. Parents dia nak sangat Abang kahwin dengan Nadia.

Abang aku pon tak menolak. Perkahwinan Abang dan Nadia sangat2 simple. Tak ada kenduri langsung. Sekadar panggil adik beradik rapat, buat makan2. Itu saje. Nadia dan Abang skip honeymoon. Alasannya sebab Abang busy kerja.

Nadia juga tak banyak meminta, mungkin sebab dia tahu dia bukan pilihan Abang aku. Hubungan diaorang sangat suram. Sekadar tinggal sebumbung, tidur sebilik je. Makcik pakcik aku selalu mengata pasal family Nadia nak kikis harta Abang.

Tapi Nadia langsung tak pernah komen ape2. Tak pernah marah, tak pernah melenting. Sejak Nadia kahwin dengan Abang, hidup dia fokus dekat Abang dan Sofea saja. Diaorang hanya cakap bila perlu sahaja. Mostly pasal hal keperluan Sofea. Tak ada gurau antara diaorang. Tak ada gelak2, usik2. Dua2 hidup macam tak ada perasaan.

Tiap kali Abang dan Nadia balik raya rumah mak. Nadia akan tidur dengan aku dan kakak2. Tugas Nadia lebih kurang macam care taker. Nadia akan makesure semua benda lengkap.

Bila Abang aku nak mandi, dia akan keluarkan baju, boxer, kain letak siap2 atas katil. Bila Abang aku nak makan, dia akan makesure makanan panas dan hidangkan untuk Abang aku. Walaupon dia muda (beza umur 10 tahun dari Abang) tapi dia sangat cekap buat kerja rumah. Masak pon tiptop.

Layanan Abang aku pada Nadia sangat suram. Sangat berbeza dengan layanan Abang pada Kak Amy dulu. Dulu, Abang aku buat semuanya untuk Kak Amy. Abang aku suka mengusik, suka bergurau. Manja dengan Kak Amy.

Abang aku selalu buat surprise, selalu ada masa untuk family. Tapi tidak dengan Nadia. Diaorang tak benci sesama sendiri, cumanya nampak mcm tak bahagia.

Aku ingat lagi, dulu (sekitar hujung tahun 2016 – musim budak universiti konvo). Aku tanya Nadia, bila dia konvo, sebab aku nak ambil cuti. Nak meraikan sama2. Dan dia reply, “minggu lepas”. Bila aku tanya kenapa tak pergi konvo, dia cakap “lupa”. Mustahil sangat Nadia lupa hari konvo dia. Nadia pelajar cemerlang, degree first class.

Tapi dia give up everything sebab dia nak fokus dekat Sofea. Ataupun, mungkin dia takut kalau Abang aku terpaksa ambil cuti untuk konvo dia. Mungkin dia takut dia membebankan Abang aku. Nadia seorang yang sangat thoughtful. Berdikari. Dia akan sedaya upaya buat semua benda sendiri.

Cat rumah sendiri. Lampu rosak, dia panjat betulkan sendiri. Paip dripping dia google cara baiki sendiri. Tayar kereta pecah, dia call pomen mintak tolong tukarkan. Sikit pon dia tak kacau Abang aku. Dia hanya kacau Abang aku bila melibatkan Sofea je.

Bila Sofea tak sihat, dia cepat2 call Abang aku, kalau Abang tak angkat, dia akan call mak. Mak akan call Abang dan inform.

Kalau Nadia tak sihat, dia akan gigihkan diri hantar Sofea balik rumah mak, dan dia pergi hospital sorang2. Bila dia dah sihat baru dia cerita dekat mak dan aku. Dia taknak Sofea jangkit.

Dia sayang sangat dekat Sofea. Sofea pon rapat sangat dengan Nadia. Muka Sofea ni hampir seiras macam muka Nadia, walaupon bukan anak kandung Nadia. Manja, bijak, cantik, dan mudah terhibur. Sikit2 cari Nadia. Raya tahun lepas, Abang dan Nadia macam mesra lebih sikit.

Dah nampak macam boleh senyum sikit. Masa dekat dapur, aku pernah dengar mak tegur Nadia sebab Nadia makan morning after pill. Mak suruh Nadia stop makan ubat apa2. Mak suruh Nadia mengandung. Mak cakap anak ni pengerat hubungan.

Mak cakap, kalau ada anak dengan Nadia, mungkin Abang aku akan berubah jadi macam dulu balik. Tapi, Nadia ni senyum je. Dia cakap, Sofea sorang pon dah cukup kot. Abang aku sayang Sofea sangat. Semua orang nampak benda tu. Sayang yang tak berbelah bahagi. Sofea ni dunia Abang aku.

Nadia cakap Abang aku baik, tak pernah marah dia, semua cukup. Makan, pakai, tempat tinggal selesa. Cukup untuk Nadia. Tapi, jujur aku katakan. Hubungan diaorang sekadar suami dan isteri, dulu tak nampak sayang dalam hubungan. Sekarang baru nampak macam ade sayang sikit, macam baru nak start.

Tapi tak semesra macam Abang dengan Kak Amy dulu. Nadia sangat pandai pendam perasaan. Tapi tak pernah sekali pon dia burukkan Abang aku. Hujung tahun lepas, Kak Amy sedar dari koma. Almost 5 tahun dia koma, dan sekarang dia dah sedar kembali. Semua orang terkejut.

Abang aku ambil cuti lama, sebab nak luangkan masa dengan Kak Amy. Abang hantar Nadia dan Sofea balik rumah mak, dan Abang aku bawak Kak Amy balik rumah diaorang. Kadang2 Abang balik rumah mak. Rindu Nadia , rindu Sofea agaknya.

Bila keadaan dah okay, Abang bawak Kak Amy ziarah rumah mak. Masa dekat rumah mak, Nadia banyak sibukkan diri dekat dapur. Masa Kak Amy nampak Nadia, kami semua diam, tunggu Abang aku kenalkan Nadia dekat Kak Amy sendiri.

Tapi Nadia ni sangat pandai jaga hati orang sekeliling. Before Abang aku sempat cakap apa2. Nadia bukak mulut, dia kata dua pupu kitorang. Tengah menganggur sekarang, so tumpang duduk rumah mak aku jap. Tbh, masa tu, tak ada seorang pon yang bukak mulut.

Abang aku pon diam je. Mak aku langsung tak cakap apa2. Malam tu, Kakngah aku masuk bilik, dia tanya Nadia, kenapa tak biarkan Abang terus terang je. Dan Ain cakap dia paham Abang aku mesti rasa bersalah. Nadia sangat tenang, dia senyum, dan dia cakap, Abang aku sayang Kak Amy sangat2.

Dia kadang2 jeles dengan Kak Amy, dalam koma pon masih ada family dan suami yang setia tunggu. Now, Kak Amy dah bangun, Nadia cakap dia taknak kacau Abang aku dengan Kak Amy. Dia cakap, Abang aku banyak tolong family dia.

Dia hargai sangat jasa Abang aku. Dia cakap, dia nak permudahkan urusan Abang aku. Dia takkan susahkan Abang aku. Kami adik beradik tak berani nak masuk campur hal rumah tangga diaorang.

Masing2 hanya mampu cakap dalam bilik saje. Awal tahun ni, Kak Amy datang rumah mak. Dia datang sorang je. Masa ni Kak Amy dah kuat sikit, dah boleh jalan macam biasa. Dia serang Nadia. Perampas katanya. Nadia sikit pon tak melawan. Kena tolak, kena tampar, kena maki. Kami cuba leraikan tapi perempuan kalau dah marah, semua dia libas.

Sofea pon jadi takut. Sofea lari peluk Nadia. Pastu panggil “Mama2”. Kak Amy jadi bertambah marah, dia panggil kami semua penipu, dia cuba pijak Nadia. Aku tak ingat ape aku buat masa tu, yang aku sedar aku tolak Kak Amy sampai jatuh dan aku nampak mak dah terkulai baring peluk Nadia, Kakngah peluk mak, protect mak dari kena libas. Cepat2 aku call Abang suruh balik.

Malam tu, kami semua duduk dalam bilik mak. Semua tak larat. Kaknjang aku dan Kakteh aku balik rumah mak sebab nak jaga kami. Takut kalau jadi apa2. Semua diam membisu.

Tiba2 Sofea pergi baring dekat perut Nadia, dia cakap. “Baby tidur mama”. Masatu mak aku cepat2 pegang perut Nadia. Mak aku menangis teresak2. Kami semua terkejut. Tapi Nadia sangat tenang, dia duduk dan dia cakap, “korang tolong jangan bagi tahu Abang ye”.

Nadia dah mintak cerrai dekat Abang tapi Abang aku langsung tak respon. Mungkin sebab Abang aku busy dengan Kak Amy. Before PKP, Abang aku ada balik rumah mak. Tapi Nadia langsung tak keluar bilik. Abang sembang dengan mak. Mak tanya Abang pasal Nadia mintak cerai.

Abang aku diam seribu bahasa. Langsung tak respon. Mak aku tanya lagi, tekan2 Abang aku. Sampai Abang aku cakap. “Dia mengandung mak. Dia isteri Abang, Abang tahu”. Nadia fikir Abang aku tak tahu dia mengandung, tapi sebenarnya Abang aku tahu. Mak aku jadi marah dekat Abang sampai mak cakap Abang tak sayang Nadia langsung.

Tapi Abang aku tenang, langsung tak melenting, Abang cakap, “kalau tak sayang, Abang tak sentuh dia mak”. Mak aku terdiam. Abang aku makan nasik macam biasa, dia naik bilik nak tengok Nadia. Tapi Nadia tak bukak pintu. Abang aku cium Sofea lepas tu dia balik.

Sejak tu Abang aku tak pernah singgah rumah mak sebab dah start PKP. Sejak PKP ni, Abang mula whatsapp aku, tanya pasal Nadia. Kadang2 pukul 2-3 pagi, dia tanya kalau Nadia ada mengidam apa2. Abang aku selalu bagi tips jaga kandungan, dia suruh aku forward dekat Nadia.

Sampai satu tahap aku naik rimas. Aku suruh Abang whatsapp Nadia personal. Tapi Abang buat tak tahu je. Dah kena block agaknye. Abang bankin duit beribu dekat aku, dia suruh aku beli bantal orang mengandung. Dia suruh aku order katil baru, yang besar sebab Nadia selalu tidur atas toto je.

Kalau Nadia mengidam apa2, dia mintak aku usahakan, cari sampai dapat. Sebab Abang aku dah dewasa, so duit bukan halangan. Tiap kali Abang video call dengan Sofea mesti dia akan tanya Sofea, “mama mana?”, “sayang mama jap”. Pastu Sofea pon terkedek2 laa cari si Nadia sebab nak cium.

Setiap soalan Abang tanya Sofea, mesti akan berkait dengan Nadia. Kami suka kalau Abang dengan Kak Amy, sebab Abang aku jadi diri dia semula. Happy je. Dan kami jugak sangat suka kalau Abang dengan Nadia. Makan pakai terjaga. Sofea sayang betul dekat Nadia.

Tbh, Abang sayang dekat Nadia. Cumanya dia tak reti tunjuk. Mungkin sebab Nadia bukan pilihan dia. Lagipon Kak Amy dah sihat. Mesti susah untuk Abang aku buat keputusan. Nadia rela berpisah, Kak Amy pula tak sudi di dua kan.

Tapi Abang aku sayang dua2. Abang aku lelaki yang sangat baik. Kak Amy perempuan yang baik. Nadia jugak perempuan yang baik. Aku harap lepas habis PKP ni, ada sinar bahagia untuk dia orang semua. Banyak lagi aku nak cerita sebenarnya especially pasal Sofea dengan Kak Amy. Tapi post ni pon dah cukup panjang, so aku skip jelah pasal Sofea ni.

Aku harap readers dapat doakan kesejahteraan family aku. Semoga semua baik2 saja. Stay home, stay safe everyone. Sekadar meluah, – Diana (Bukan nama sebenar).

Sumber Asal : IIUM Confession
Gambar : Ihsan Google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *