Tak sngka dia ikut smpai rumah. Dia paksa aku buka tudung. Selagi xbuka, selagi tu la aku xkeruan.

Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum kepada semua pembaca, saya nak ceritakan ini ialah sebuah kisah mistik, so ibu hamil dan pesakit jantung anda tidak digalakkan membaca, haha.

Maaf juga kalau ada yang rasa kisah ni tak sesuai diceritakan di page ini , saya lebih selesa nak kongsi pengalaman saya di sini daripada page-page lain.

Saya kenalkan diri saya sebagai Diana (nama samaran), saya kerja sebagai doktor gigi di utara tanah air. Saya rasa ramai kawan-kawan dan keluarga yang akan cam penulisan aku, tapi saya minta kita semua rahsiakan, baru ada element surprise.

Saya dah lama rasa nak share kisah saya di sini, tapi selalu tak ada kesempatan sebab acah-acah busy.

Memandangkan harini saya ada free time, dan laptop saya pun ada sama (biasanya saya tinggal kat klinik je), so saya bersemangat sikitlah nak taip. Kisah ni dah bertahun-tahun lamanya jadi (rasanya dah 8-9 tahun), tapi saya masih ingat lagi setiap detail dan kronologinya sebab betul-betul memberi kesan kepada aku.

Semuanya bermula masa saya tingkatan 4, saya tergedik-gedik nak masuk asrama sebab konon-konon nak cemerlang SPM lah tahun berikutnya. Padahal bila masuk asrama, siang-siang dalam kelas saya tidur memanjang ja sebab tak biasa stay up sampai tengah malam.

Jadi mak saya pun turutkan kemahuan saya untuk masuk asrama walaupun jarak rumah saya dan sekolah katanya kentut pun boleh dengar. Asrama saya masa ni ada satu blok yang baru dibina atas tanah bekas pokok-pokok besar ditebang.

Sebagai senior (ting 4 & 5) , kami diberi peluang untuk merasmikan asrama baru tu. Malam tu, saya dan kawan-kawan prep macam biasa. Kelas saya tingkat 3. Tengah syok-syok prep (syok sangat), tiba-tiba anak mata kiri saya perasan ada semacam bola api melintas di tepi kelas aku.

Bila dah habis prep masa menuju ke surau, saya tanya kawan-kawan yang lain kot-kot ada yang nampak benda yg saya nampak. Ada 2-3 orang lain turut mengsaya nampak bola api tu.

Tapi sorang kawan saya ni, dia keraskan suara dia “Shhh, jangan tegur!” Betul lah agaknya apa yang orang duk pesan tu, “Jangan tegur!”. Saya conclude mcm tu lah, disebabkan saya tegur, esoknya saya sorang saja yang nampak lagi.

Esoknya tu, saya nampak ada seekor burung yg sangat-sangat besar, berwarna putih keemasan melintas di tempat sama. Korang mesti kata ” Burung je tu”. Tapi saiz burung tu sangat tak masuk akal, saya rasa tu burung paling besar pernah saya tengok setakat sekarang.

Korang jangan la compare dengan burung dinasour tu, saya mana hidup lagi zaman tu, so saya tak tahulah dia besar mana. Malam seterusya, saya nampak sejadah besar pula terbang di tepi kelas aku. Tapi saya “butakan mata” sebab tak mau layan. Saya ingat semuanya habis di situ, tapi tidak. Slowly semua benda tu progress hari ke hari.

Dari benda yang kecil dan remeh, menjadi benda yang besar dan menyusahkan. Saya mula dapat lebam-lebam aneh serata badan aku, peha, lengan, semualah sedangkan saya tak langgar apa-apa atau jatuh katil masa tidur. Saya dah mula rasa takut. Kemudian satu masa, bahu kiri saya rasa berat.

Kadang-kadang sejuk, kadang-kadang panas. Bahu kiri sahaja ye anak-anak. Perasaan dia ialah, macam saya tengah jalan, tapi ada seseorang tengah ikut rapat-rapat sebelah kiri saya ni. Rapat yang boleh rasa panas, sejuk “dia”. Sungguh merimaskan, yang saya lagi selesa berbaring daripada berdiri sebab macam tu saja yang saya tak rasa “dia” tengah berdamping.

Sejak itu, ‘dia” pun mula berdamping tanpa izin dengan aku. Bestfriend sangat haha. Bila saya solat, dia ikut sama berdamping di bahu kiri aku. Bukan nak solat, nak kacau je.

Bayangkan, bila saya solat di rumah sorang-sorang, separuh dari sejadah saya gelap sebab bayang-bayang dia (seolah-olah ada sesuatu yang besar di belakang saya tangah lindung cahaya). Tahu apa yang epic? Epicnya ialah, masa saya solat tu, lampu tu dari arah depan aku, bukan dari belakang.

“Dia” saja ja nak bagitahu dia ada sama. Saya jadi takut sangat-sangat, so saya solat laju-laju dan ada sezaman tu masa saya diganggu, saya solat tutup mata sebab saya takut sangat-sangat kalau ternampak “dia”.

Sekarang alhamdulillah dah boleh buka mata haha. Yang cukup meyakinkan aku, dia ada sama di bahu kiri saya ialah (Eh, mcm PA saya pulak haha), pernah sekali tu saya mandi, saya rasa meremang sebab rasa dia ada di belakang aku, so saya tengok bahu saya, bulu-bulu badan saya ( badan saya bukan berbulu mcm gorilla tu, bulu-bulu halus la) yang sebelah kiri tengah terpacak satu-satu sebab meremang tapi seblah kanan elok je rapat ke kulit.

Kot ada scientific explaination boleh habaq mai kat aku. Malam-malam saya mula dapat mimpi aneh. Yamg paling kerap sekali ialah ular. Ular, ular, ular. Ular hitam ada , ular warna warni pun ada, cakap je nak ular apa.

Saya mimpi anjing ganas, mimpi kala jengking, mimpi tengah berhubungan, ada anak, lepas tu beranak dan siap menyusukan anak saya dalam mimpi tu lagi. Masa tu rasa sayang sangat-sangat sampai bila bangun tu menangis. Gila ke apa kan?

Ada satu mimpi ular tu, saya bangun terjerit “Allahuakbar” spontan sebab dalam mimpi tu, saya tertatap mata ular tu. Merah terang mcm delima. Seram pula. Jadi saya pun call mak saya hari-hari dengan telefon duit syiling sekupang dua kupang tu cakap kena kacau.

Tapi pada mak aku, biasalah kan dah duduk asrama. “Dia mengusik ja tu”. Jadi bila balik hujung minggu di rumah, ada sekali tu saya tengah buat homework, tiba-tiba saya macam tengah melamun. Dan “dia” bercakap-cakap dengan aku, tapi saya tak dapat ingat sampai sekarang apa yang dia cakap.

Yang saya tahu, dia bagitahu saya something lawak hahaha. Saya boleh tersedar dari lamunan saya tu sebab saya tengah gelak dengar cerita “dia” ye gais. Gila ke apa?. Dan petang tu di rumah, mak saya tengah goreng cucur, bilik saya ada satu tingkap sliding yang mengadap dapur.

So saya tengoklah mak saya tengah goreng cucur (mak saya tak tahu). Jadi “dia” mula lah masukkan jarum-jarum halus dia. Dia cakap “Mak hang tak sayang hang, sebab tu dia tak bawa hang berubat pi mana-mana.

Dia suka tengok hang sakit macam ni”. Cukup meyakinkan untuk aku. Saya jadi rasa marah dengan mak saya masa tu, sebab saya percaya apa yang “dia” kata. Bila saya tanya mak aku, kenapa tak bawa saya pi berubat?

Saya bagitahu mak saya yang “dia” bagitahu aku, mak saya suka bila tengok saya sakit mcm ni. Mak saya kelu, dia tak sangka anak dia sakit sampai mcm ni agaknya. Bila saya di sekolah pula, pantang terdetik apa-apa sikit, “dia” akan terus membisik kata-kata jahat supaya saya jadi jahat mcm “dia”.

Contohnya hari tu panas terik sangat, saya cuma terdetik, panasnya harini, terus “dia” cucuk saya supaya saya buka tudung sebab cuaca panas. Bukannya bisikan bishe bishe ye, yang terlalu kuat “Bukalah! Buka! Buka cepat!” Yang kau jadi tak tentu arah selagi tak buat benda “dia” suruh tu.

Bila saya naik kereta pula dia akan kata “Seronoknya kereta laju mcm ni, mesti seronok kan kalau dapat keluar. Terjunlah! Terjun! Terjun!!!” Macam tu lah gayanya, sampai sekali tu masa mak saya drive, saya dah unlock pintu dan pegang pintu nak keluar, mak saya terus parking tepi jalan dan lock balik, muka dia cuak sangat.

Lepas tu pi mana-mana, mak saya akan suruh adik abang saya apit saya dalam kereta kiri kanan. Jadi mak saya terus bawa saya keluar asrama lepas tu, saya balik rumah. Saya ingat bila saya balik, benda tu dah tak ada.

Rupanya dia ikut saya balik rumah sama2, dasar peminat tegar haha. Bila balik ke rumah, dan masih tak berubat, benda tu jadi makin berani dan teruk. Kali ni saya betul-betul dengar suara dia. Saya baru nak tidur malam tu.

Saya dengar abang saya panggil saya “Diana~~~ Diana~~~”. Saya diam tak menyahut. Tiba-tiba mak saya pula panggil “Diana~~~Diana~~~” Suara mak saya masatu lembut mendayu-dayu. Saya diam menggigil dalam selimut. Saya tak menyahut sebab family saya takkan panggil saya dengan nama penuh aku. Diorang panggil saya as “Ana”, bukan Diana.

Lepas tu bila “dia” tahu trick dia tak menjadi, dia ketawa manja macam maya karin tu. Ketawa yang mendengus kut hidung tu ‘hmmmmmmmmm’. Saya cabut naik bilik mak saya tidur sana. Ada satu malam tu, saya keluar ke porch kereta nak bagi kucing-kucing saya makan.

Ada kereta mak saya kat luar tengah park, saya nampak adik perempuan saya duduk berdiri sebalik kereta mak saya tu. Masatu zaman kami berdua rambut separas pinggang, jenis yang kiasu dengan each other. Kalau potong rambut, kena potong sama-sama.

So saya pun penggil la adik saya “Weyyy masuklah”. Dia berdiri ksaya ja. Saya pun pi ke arah dia, tapi dia gerak menjauh. Saya ikut dia, dia lagi kedepan, sudahnya kami dua pusing kereta tu saja. Saya ingat adik saya saja nak main-main, saya pun malas nak layan.

Saya cakap “Ikut suka hang la, saya masuk dulu”. Bila saya masuk ja rumah, adik saya yang saya ingat main sorok-sorok tadi tu tengah tengok tv dia ruang tengah. So rupanya kat luar tu ialah “dia”. Nasib baik dia tak masuk bila saya pelawa tadi. Saya tutup pintu dan diamkan perkara tu.

Esok tu baru saya cerita dekat mak saya yang saya nampak “adik aku” rambut panjang kat porch kereta semalam. Yang last sekali sebelum saya akhiri cerita aku, ada satu malam tu masa saya tengah tidur, saya terjaga sebab rambut saya tengah kibas-kibas kat muka aku, beberapa urat saja la (perempuan mesti faham kan rimasnya rambut kat muka ni), saya pun tolak rambut tu selit di belakang telinga.

Tiba-tiba rambut tu ada lagi. Ishhh, rimas! Saya pun tolak lagi untuk kali kedua dan ketiganya. Tapi bila rambut tu duk kibas lagi untuk kali ke empatnya, saya hilang sabar dah. .

Saya pun tarik ja rambut tu buang sebab annoying sangat-sangat. Guess what?? Masa saya tarik rambut tu buang, rambut tu putus lah kan, ada di tangan aku. Tapi kepala saya tak da sikit pun rasa sakit mcm kena tarik rambut. Milik siapakah rambut itu? Jeng3.

Sekian di sini sajalah cerita aku, saya punya jari pun dah beku tak dapat taip sebab aircond klinik kuat sangat.Ni mungkin hanya cebisan dari kisah aku. 3 tahun menanggung sakit diganggu tapi akhirnya pulih Alhamdulillah berkat usaha mak abah saya yang tak jemu usung saya sana sini pi berubat. Kalau nak cerita part berubat tu, banyaklah lagi nak kena taip gayanya.

Kesimpulannya, kalau ada yang sakit-sakit mcm ni, tolonglah sayangi diri anda dan pergi berubat, jangan biar melarat nanti susah. Alam ghaib ni ada, kita perlu percaya. Tapi tak perlu taksub sampai memakan diri.

Saya mohon maaf kalau ada singgung mana-mana hati pembaca lain, ada kata-kata yang tidak enak dan sebagainya. Yang baik dari Allah dan yang buruk segalanya datang dari kelemahan diri saya sendiri. Terima kasih sudi membaca.

– Doktor gigi anda (Bukan nama sebenar) via dunia kini. Jadikan kisah ini sebagai pedoman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *