Aku suri rumah yg xd income. Pelik suami marah aku sbb xdpt belikan dia set gaming. Mcm bdoh je dia ni.

Saya Puan Laila, usia nak cecah 30 an, huhu rasa dah tua. Haha. Sekejap je masa berlalu. Dah kahwin, lebih 2 tahun la macam tu. Background keluarga saya B40 dan keluarga mentua M40.

Adik beradek semua bekerjaya. Saya dan laki saya merupakan graduan. Laki saya tua sikit dari umur aku. So saya expect lebih matang. Saya berdarah mix, so memang cerah la, masa saya bujang memang ramai la peminat.

Thanks pada mak abah yang dah membesarkan aku. Perkenalan kami singkat je, maybe sebab dua2 dah banyak kali frust, family pun suruh je la kawen sebab laki saya kata dia serious. Lagipun laki kata mampu je nak tanggung aku, saya tak kerja pun takpe.

So saya pun berhenti je keje dekat kg saya tu, ikot pindah negeri laki aku. Majlis nikah pun simple2 je, resepsi buat lambat sikit. Part hantaran parents saya tak kesah, parents cuma nak tengok anak bahagia je. Jeng Jeng Jeng bermulalah kisah tragis hidup saya ni.

Awal2 kawen dah drama, part duduk rumah sewa, sekejap je duduk situ, laki asyik merungut je. Family saya jadi trigger la, kata mampu, ni bising2 plak, baru tanggung saya sorang je kot. Tak lama lepas tu, episod pindah masuk la rumah mentua, tapi mentua saya ni okay je.

Cuma mentua dengan mentua memang tak rapat la kot. Sepanjang saya kawen takde nak datang jengah2 sesama ke ape. Call pun jarang2. Saya ni dari awal tak nak dok rumah mentua ni sebab ramai sangat, dengan ipar duai, anak sedara lagi. Takde privacy la.

Tapi apakan daya terima je la. Laki kata bersyukur dari duduk bawah jambatan. Lama gak ambil masa nak adapt, sebab tido atas toto je. Bilik comel sangat. Huh. Rasa miskin. Time2 macam ni ingat tilam empuk dekat kg. Saya boleh je tolerate bab ni, sebab katanya temporary je.

Tapi lama2 sakit badan, mula saya bersuara, start ni dia persoal pasal saya tak kerja. Takde duit katanya, duduk je diam2. Sejak kawen, tak merasa saya bilik pengantin ke apa, sama je macam biasa. No special treatment.

Nafkah zahir pun memang tak dapat la. Kadang nak beli skincare ke apa, beli la sendiri guna duit yang ada, mentua saya pun agaknya kesian, dia kadang tanya nak apa2, dia boleh belikan. Jangan diam je. Personal needs saya sebulan tak sampai RM100 pun.

Personal needs laki saya lagi banyak. Saya pun kadang pening bila takde duit nak beli. Huhuhu. Part anak, awal2 kawen suami dah cakap suruh planning dulu. Sebab kata nak honeymoon dulu. Saya pun lama2 dapat tahu la sebenarnya gaji suami ni kecil, tapi komitment dah 50%.

Sejak kahwin, dia ni macam lebih kan family dia je, tu saya nampak la. Asal ada duit je, macam semua nak bagi family dia. Bila saya tanya bab nafkah ni, dia cakap saya ni tak bersyukur. Penat nak gaduh. Saya diamkan je la. Sejak kawen, jarang2 giler saya dapat balik kg aku.

Sedih. Call pun tak boleh lama2, laki saya cakap buang masa je. Lagipun takde privacy, nak borak benda sensitive payah, kena kuar rumah sikit. Kemuncak drama bila tiba2 je laki saya resign. Saya terkedu. Resign bodo2 je orang kata, sebab resign tanpa duit simpanan, takde backup job lain.

Start ni, kerap gado, laki pun start cakap. Stress sebab takde duit nak bayar loan n komitment. Salah saya jugak ke? Siapa suruh dia resign melulu, tanpa bincang. Saya sabar je dan sabar.

Bila saya luah dekat family, family pun suruh sabar. Yelah stigma janda tu, lepastu dah janda tak bekerja pulak. Saya rasa saya macam membebankan. Menyesal kawen tu jangan cakap la, saya pun manusia biasa. Mesti terdetik jugak. Adakah saya tersalah pilih suami. Ish Ish Ish.

Lebih setahun jugak laki saya officially tak kerja, dalam masa tu macam2 la dia buat, bawak grab la, tapi kejap sangat 2 bulan je, pastu tak nak dah. Lepastu nak buat pelaburan saham online saya tak sokong sangat benda ni.

Sebab risiko tinggi, lepastu mana nak korek model tu. Entah siapa lah yang mengajar benda ni pada dia. Saya tak berapa nampak pun hasilnya. Duit hilang ada lah. Kalau berjaya, alhamdulillah. Setakat ni adalah 1% je keuntungan, kadang takde langsung.

Dan macam2 kerja on9, kami survive dalam tangisan sampai ke hari ini. Sampai kadang tahap, jual barang2 yang ada. Tebal muka asyik nak harap parents. Berbuih dah mulut saya suruh cari kerja tetap, sampai family saya berkias2 dengan dia. Mentua saya pun mestilah sayang anak dia kan, saya menantu tetap orang luar.

Nak ngadu banyak2, kang orang menyampah. Saya siap tolong dia cari kerja, saya pun cari jugak untuk aku. Tapi tu la sampai sekarang takde kesudahan. Dapat pun, jauh bebenor, kira2 tolak darab bahagi, serupa takde hasil gak.

Tu namanya belum rezeki. Bila saya asyik suruh dia cari kerja, dia akan salahkan aku, katanya saya ni patutnya banyak duit, boleh belikan rumah, belikan gaming, saya ni useless. Saya ni hidup atas simpati je. Huhuhuhu. Sedih ooo dengar laki sendiri cakap macam tu.

Saya rasa loser. Bila takde duit, memang jadi gaduh gaiss. Sikap pasangan pun berubah. Saya pun makin kurus, sebab saya tertekan. Ikot hati nak je cerai, tapi bila cerai family pun macam tak terima je, sebab saya takde income, cuma simpanan sikit je.

Duduk kg, jadi bahan mengata orang je. Saya mampu doa je supaya diberi miracle saya dapat kerjaya, at least saya boleh bawak diri jauh dari semua sekiranya jodoh saya tak panjang.

Mujur belom ada anak lagi, lagi saya tak mampu hadap saat2 macam ni. Harapan 2020 jadi kecundang, bila dunia dilanda covid 19, sudah tentu lepasni alami zaman gawat. Kes rumahtangga, domestic violence, penderaan kanak2 memang meningkat. Kudos to those children and wife.

Rasanya ramai tengah fasa tekanan, sbb hilang kerja dan pendapatan. So saya sekarang fasa redha je la. Tapi job saya tetap apply. Sebab saya fikir masa depan. Umur makin Tua. Saya harap jugak laki saya diberi kerjaya yang baik.

Lebih baik dari kerja yang dia resign tu. Saya dah penat nak bergaduh. Harap jodoh saya berpanjangan, berbahgia sampai ke Jannah. Dugaan kahwin is real okay. Saya rasa ada orang hadapi lagi worst. Sampai tahap mental. Semoga tabah. Nasihat saya dari insan yang biasa ini, kepada perempuan siasat betol2 bakal suami anda, kalau dia ada hutang ah long ke ape, lagi tragis hidup anda.

Jika anda bekerja, jangan resign dulu, teruskan selagi tak dapat kerja lain. Bila ada income sendiri, anda bebas untuk buat apa sahaja. Sebab kita tak boleh jangka suami macamana lepas kahwin, lagi 5 tahun, 10 tahun. Macam2 boleh terjadi. Boleh jadi kematian mengejut. Lagi2 kalo suami suruh jadi surirumah, tapi anda tiada simpanan sendiri.

Bahaya tu. Jangan naif sangat. Terutama bila dah ada anak, jadi rumit bila jadi single mother yang takde income. Keperluan anak tu tak dipenuhi, apatah lagi kehendak.

Budak2 sekarang sekecil budak tadika sudah pandai mencuri dan cakap menipu. Kehendak sekarang macam2, bermula keinginan nak handphone, kemudian tab, kemudian beg galas up to date n etc. Sebaiknya family planning jika tak berkemampuan. Ramai sebenarnya bini kena dera, tapi berdiam je sebab fikir anak2, pendapatan pulak harap suami 100%.

Banyak di confession iiumc ni boleh jadi kan iktibar. Kepada lelaki, please jujur dengan pasangan, jangan dera perasaan anak orang, dera sekali kehidupannya lepas kawen dengan ko.

Jangan juga suka2 resign kerja sebab tu jadi punca pergaduhan laki bini. Anda sebagai ketua keluarga, fikir lah jauh sikit. Kalau rasa masih tak mampu nak tanggung anak orang, jangan kahwin dulu. Belajar lah menyimpan walaupun sedikit diwaktu kecemasan. Jika rasa tak mampu, lepaskan isteri secara baik, macamana kau ambil baik2 dulu, macam tu kau pulang kan.

Jangan buat macam sampah je. Bila isteri dah tak cantik, sebenarnya ko yang tak pandai bela. Harapan parents adalah anak perempuan mereka dijaga lebih baik, bukannya jadi hamba. Sekian tu je saya nak luahkan. Jangan kecam gaiss.

Rumahtangga ibarat berlayar di atas kapal, kadang dilambung ombak, kadang dilanda ribut, kadang angin sepoi2 bahasa, kadang plak dilanggar todak, kadang karam terus dilautan. Harap2 tak kena tsunami haha. Thanks again for reading luahan perasaan.

Semoga ‘kapal layar’ saya diberi sinaran mentari dan berlabuh didestinasi yang indah. *Kita takkan mengenali pasangan kita, selagi tak tidur sebantal dengannya. 10 tahun pun bercinta, belum tu kenali sikap sebenarnya. Sedia kan payung sebelum hujan. – Puan Laila (Bukan nama sebenar). – kredit : iium confession.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *