Dia tgh sdap pluk aku dr blkang bila bgn dr tdo mlm td. Esok dia start text aku ckp sesuatu

Assalamualaikum Bila mana terbaca macam2 cerita dalam ni, saya terpanggil jugak untuk share satu kisah. Moga apa yang diceritakan saya ini menjadi iktibar untuk kesemua insan2 yang mempunyai naluri s0ngsang.

Allah swt dah jadikan semua benda ada pasangannya yang kita mahu menafikannya dah kenapa kan? harap kisah saya jadikan pedoman. Bermula kisah saya ni setelah selesai pengajian biasala bukan mudah nak dapatkan pekerjaan, dah pelbagai kerja saya apply tapi tak panggil2 jugak.

Sampai suatu masa saya terbaca pasal 1 program yang menawarkan skills untuk lepasan2 siswazah yang masih menganggur macam saya ni, so saya pon apa lagi apply la, dari tak dapat kerja tak buat apa2 baik saya join program ni ye dok. Selang beberapa lama selepas tu saya dipanggil untuk joint kursus tu.

Maka bermula lah cerita sepanjang 1 tahun saya di dalam kursus tu. Seronok dapat joint program macam tu sebab memang banyak yang improve terutamanya soft skills aku.

Kat sini saya dapat ramai kawan, baru saya sedar rupanya ramai graduan yang masih tak dapat bekerja, so kepada graduan2 hari ni pls la jangan memilih kerja ok, bukan senang nak dapat kerja oii. Berbalik kepada cerita saya tadi di kursus ni la saya mula kenal dengan seorang perempuan yang sangat caring pasal aku.

Sangat2 caring ok, adala satu hari tu saya demam, nak dijadikan cerita sidia ni sanggup ponteng kursus semata2 nak jaga makan minum aku. Saya pada mulanya biasa la kan bff memang la caring each other, so saya on ja dengan segala layanan yang diberikan. Setelah beberapa bulan si bff ni panggil kami ramai2 ke bilik dia untuk lepak2.

So kami ramai2 on ja lepak2 kat bilik dia layan movie, dah habis movie semua pakat tertido kat bilik dia. Nak dijadikan cerita pagi tu saya bangun tido dia ada kat sebelah saya sambil peluk aku. Saya dah start pelik dengan tindakan dia, tapi saya buat bodo ja dan terus balik bilik aku.

Then malam tu saya dapat text yang menyatakan dia suka aku, dia kata dah lama dia suka aku, then saya speechless jap, tapi biasa la kan bila dah terbiasa dengan layanan yang best sapa boleh elak.

Dengan iman yang tak berapa nak kuat masa tu maka tercouplelah 2 orang ni. Dari hari ke hari hubungan kami makin intim makin ekstream. Ke mana kami pergi mesti bersama, dapat plak kawan2 yang memang satu spesis yang sama, makin hanyut la kami.

Sehinggala saya bekerja dan dia bekerja yang memisahkan kami sebentar maklumla fokus kepada kerjaya masing2. Kami dari bidang yang berbeza so memang tak boleh nak kerja bersama-sama, kalau ikut dia memang nak semua sama.

Even kerja jauh2 tapi kami selalu curi peluang untuk berjumpa, boleh dikatakan setiap 2 atau 3 minggu sekali kami mesti jumpa. Kami bersama selama hampir 5 tahun. Semasa berkawan dengannya bukan saya tak terima lelaki dalam hidup aku, ramai ja lelaki2 kat luar sana cuba try aku, saya ni boleh di kategorikan good looking juga la.

Tetapi hati saya masih tertarik dengan layanan dia terhadap aku. Sampai 1 tahap saya ditarbiah sentap oleh seorang kenalan kat tempat kerja saya then saya macam insaf sekejap. Saya mula kuatkan iman saya untuk berpisah dengan dia, maka berpisahla kami.

Tapi tak sampai 2 bulan kami kawan balik sebab saya tak boleh nak move on dengan hidup sendiri. Jahat kan aku. Tapi hubungan kami tak lama selepas seorang lelaki muncul dalam hidup saya dan jauh lebih caring dari dia. Kami berpisah untuk kali kedua. Tetapi macam movie, lelaki bukan semua baik.

Tetiba saya dapat tau lelaki tu couple dengan orang lain, frust menonggeng la aku, then saya start terlibat dengan suami orang pulak, tapi tak lama sebab saya masih waras. So saya kuatkan iman saya start berkawan dengan lelaki2 dan jugak selalu mendapatkan nasihat dari kawan2 sepejabat aku.

Panjang lagi cerita saya diharap korang tak bosan la. Selepas beberapa bulan, saya terbekenan kat seorang mamat ni, mula menaruh hati dan saya diberi hint yang baik darinya, tetapi tak lama bila saya dapat tahu dia dah punya girlfiend.

Maka frust lagi la aku, niat memang nak cari balik teman lama tapi saya batalkan niat sebab dah tak mahu terpengaruh. Selepas beberapa ketika lelaki yang saya suka tu start cari saya balik dan saya pon happy la.

Saya dapat tahu awek dia yang hari tu dah kawin, so kami pon berkawan la balik dengan harapan boleh couple tapi sekali lagi saya dikecewakan bila mana dia dapat awek baru, maka tinggallah saya sendiri lagi. Masa ni saya dah start menyampah dengan lelaki.

Pada lelaki2 kat luar sana tolong la saya pesan jangan permainkan hati perempuan, suka cakap suka, tak suka cakap tak suka. Kadang2 saya terpikir mungkinkah pasangan2 sejenis kat luar sana punya pengalaman pahit dengan pasangan sebelumnya. Ermm entah la. So saya kembali single, dalam masa sama kembali ke pangkuan si dia.

Dia terima saya dan terus melayan saya dengan penuh kasih sayang. Tapi dalam masa sama saya masih punya perasaan kepada lelaki, pendek kata saya ni bukan 100% s0ngsang la. Dalam masa sama saya punya impian untuk berkahwin dan punya anak suatu hari nanti.

Dalam masa sama juga saya start kawan dengan ramai pengkid2. Saya pon tau tau apa dah rasuk kepala otak aku, frust punya pasal. Pendek kata saya kawan dengan semua saya dah malas nak menaruh harapan kat lelaki2.

Sampai suatu masa lelaki tadi muncul balik dalam hidup saya dengan alasan yang sama awek dia dah kawin, maka saya dengan rela hati maafkan dia dah terus berkawan dengan dia. Tapi kali ni saya tak letakkan sebarang harapan just go on ja.

Lama jugak kami kawan. Sampai satu ketika muncul seorang lelaki dalam hidup saya yang mahu berkawan dengan aku. Saya pada mulanya accept ja tetapi dia nampak ikhlas then saya bagi kata putus kat diri saya untuk berterus terang tentang status saya sebelum ni. So korang rasa lelaki boleh terima awek dia bekas pengkid??

Mesti la tak kan. Saya pon tak tau apa masalah lelaki kat luar sana, terima la mana tau korang boleh membawa kami2 ni ke jalan yang benar. So kesimpulan dia apa2 pon tak semua benda harus diceritakan, ada cerita yang tak patut didedahkan untuk kebaikan bersama. Selang beberapa hari lelaki tu muncul menyatakan dia terima saya seadanya tak kira kisah silam aku.

So saya berkawan dengan dia dan alhamdulillah saya ada jodoh dengan dia dah selamat berkahwin pon. So kat sini saya just nak nasihat ja kat golongan l*bt kat luar sana masih belum terlambat pon untuk berubah.

Pada saya tak perlu orang lain untuk merubah kita melainkan diri kita sendiri. Iman tak datang sendiri tau, so saya harap kisah saya menjadi teladan buat insan2 lgbt kat luar sana untuk berubah. Ada ruang yang menanti jika dicari, jangan anggap diri tak diterima jika tak mencuba. Sekian. Wassalam. – Gadis Insaf (cerita ohsem)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *