Abg khwin lain sbb kak long xboleh hamil. Bila k.long mniggal, bru tahu bini muda hamil tp bukan ank abg.

Assalamualaikum readers and admin. Nama saya Lisa. Ibu kepada seorang cahaya mata berusia setahun setengah. Cerita ni bukan pasal aku. Tapi akak ipar aku. Saya panggil kaklong. Atau sekarang, awrah kaklong.

2007-

abang sulung saya nikah dengan kaklong. Diaorang kenal masa sama2 belajar dekat universiti. Seingat saya kaklong muda setahun daripada abang. majlis diaorang grand pasal abang anak sulung dan mama and awrah abah sayang betul dekat abang long.

Lagipun mama and awrah abah dah kenal kaklong masa diaorang bercinta lagi. Fast forward, after 4 years kawin diaorang masih belum dikurniakan cahaya mata. Saya start perasan layanan abang dekat kaklong dah brubah.

Takde lagi gurau2. Abang dah berani tengking kaklong depan mama and awrah abah. Mama perasan pasal ni and selalu nasihat kaklong supaya pergi berubat and cepat dapat baby. Saya tak tahu sangat apa yang kaklong buat sebab masa tu saya masih belajar jauh and dengar2 macam tu je cerita daripada mama.

Mid 2011-

dapat berita abang kawin lain. Menangis trduduk kaklong masa tu. Abang bagitau senyap2 dekat mama sebab nak mintak kaklong pindah rumah kami. Dia nak bawak bini baru dia duduk rumah yang dia and kaklong duduk sebelum ni. Kaklong menurut je.

awrah cakap kat mama takpe dia tak kisah. Dia bagi peluang dekat abang sebab abang nak sangat anak. Dan dia tak mampu bagi anak dekat abang. Bermulalah hari kaklong pindah duduk rumah kitaorang.

Kaklong pesan dekat mama jangan bagitau family dia sebab taknak family dia tahu. Abang pulak sejak kawin lain sebulan sekali je mai jenguk kaklong tu pun kejap je. Katanya bini baru dia bunting pelamin and tak boleh tinggal sorang2.

Senyum je kaklong. Siap buatkan makanan lagi untuk madu dia. Kuatnya kau kaklong..

2012

mama jatuh bilik air and kena strok. Kaklong buat keputusan ambik cuti 3 bulan sebab nak jaga mama. Dari urusan mandi tukar pampers makan minum mama semua kaklong buat. kami adik beradik duduk jauh. Abang sekadar bagi duit je.

Saya masa ni dekat manchester. Tahun ketiga. Sempat balik sekali je waktu raya. Dari muka mama herot sampai la mama boleh bangun duduk atas kerusi roda sendiri, hanya kaklong yang uruskan. Kami adik beradik hire nurse tapi kaklong cakap tak perlu. Dia boleh jaga. So kami kirim belanja and telefon je setiap hari.

Abang? Entahlah. Gembira sangat kot dapat baby sampai lupa mak and isteri.

2014. Mama fully recover. Berkat kaklong jaga and selalu bawak pergi fisio. Oh kalau nak tahu muka mama and kaklong iras sgt. Sampai kalau ada kawan2 mama datang rumah semua ingat kaklong tu anak mama. Abang sejak ada baby saya tak ingat berapa kali dia bawak ‘anak’ dia datang rumah mama.

Bini baru dia asal datang rumah je selalu buat muka. Panas la, anak merengek la, tak selesa la. Tak pernah nk berbaik dengan kaklong. Padahal kaklong bila tahu madu dia nak datang mcam2 dia masakkan. Anak abang dengan bini baru dia tu pun kaklong sayang betul. Selalu belikan mainan.

Tapi kena bagi sorok2 dan cakap mama belikan sebab nanti bini baru dia marah. Pernah sekali kaklong dukung anak abang sebab teringin tapi kena tengking dengan bini muda. Dia cakap kaklong nak cederakan anak dia. Karut. Saya kenal kaklong. Cepat2 abang dengan bini dia tu kemas barang balik. Waktu tu raya.

Berderai air mata kaklong minta maaf. Mama waktu tu dah marah cakap dekat abang balik la rumah kau cepat. Saya ingat ada cucu boleh buat gembira, tapi tak. Saya silap. Kau balik la. Dan saya ingat tu la raya paling sedih untuk family aku.

2020

Semalam lama saya tunggu mama. Kurus dia. Makan taknak. Minum air kosong je. Rindu kaklong katanya. Kalau kaklong ada mesti petang2 selalu borak sama2. Pastu maghrib sama2. Mengaji. Mama cakap ramadhan kali ni takkan sama dah. Sampai bila2. Kaklong dah pergi bulan 2 haritu. Sebelum tu kaklong selalu cakap kat mama dia lenguh2 badan.

Muntah dan tak selera makan. Mama cakap mungkin dia penat. Mama suruh rehat banyak2. Lepas raya nanti mama ajak berjalan pergi langkawi (masa ni belum umum pkp). Hari rabu, kaklong jatuh bilik air. Mama call abang banyak kali. Tak angkat.

Mama call saya sebab saya duduk satu taman dengan mama. Gegas saya datang rumah and call ambulans. Sampai hospital doktor cakap darah kaklong terlalu rendah. Tapi kandungan dia ok.Saya dan mama waktu tu dengar macam tak percaya. Mama tanya kaklong betul ke dia mengandung. Kaklong cakap ya.

Tapi dia takut nak bgtau sebab dia taknak susahkan abang. Plus kandungan masih baru. Dia taknak excited sangat. Mama bila dapat tahu punya la happy. Call abang banyak kali. Sekali je angkat. Abang kata sabtu nanti datang rumah.

Kaklong kena tahan hospital malam tu. Saya dengan mama teman. Tengah malam tiba2 kaklong demam kuat. Nafas dia turun naik. Dia panggil mama. Nak cakap dengan mama. Saya tak dengar apa yang klong cakap. Tapi mama menangis dan saya cuma dengar mama suruh kaklong sabar.

Ayah kandung dengan adik beradik klong ada datang melawat kaklong hari khamis. Gembira betul semua orang dengan berita kaklong mengandung. Semua orang ada. Kecuali abang. Petang khamis, around 7.30 malam masa kaklong nak ambik wuduk, dia jatuh lagi sekali.

Dan kali ni, hanya mama and adik bongsu kaklong yang ada temankan kaklong. Pukul 7.50 mama call saya meraung cakap kaklong dah takde. Saya kaku. Tak percaya. Alhamdulillah pagi jumaat jnazah kaklong dan baby selamat disemadikan. Urusan mandi dan kafan semua urus di hospital.

Masa abang datang, mama tak bagi pun abang sentuh jenzah kaklong. Untuk cium masa last tu pun mama kata tak redha kalau abang sentuh jenazah kaklong. Cepat je urusan akhir kaklong atas dunia ni. Semalam jugak mama bukak cerita.

Mama tunjuk cincin rantai gelang pemberian kaklong dekat mama sepanjang hayat dia. Mama tak mintak, tapi kaklong bagi. Mama kata, mama sendiri tak mampu nak jadi menantu sebaik kaklong. Tak berhenti mama menangis tiap kali teringat dekat kaklong. Mama tak berhenti salahkan diri sendiri sebab mama selalu cakap dekat kaklong nak cucu masa awal2 kaklong kawin dengan abang dulu.

Sampai kaklong stress. Tapi lepas mama kena strok, mama cakap ada sebab Tuhan belum kurniakan baby untuk kaklong. Mama cakap sebab mulut mama jugak kot Tuhan lambat bagi zuriat dekat aku. Macam saya pun lepas 3 tahun kawin dapat baru dapat anak. Mama pesan dekat aku, soal zuriat jangan sesekali kita nk pertikaikan. Kena sabar. Kena dia banyak2 dekat tuhan.

Ada anak belum tentu boleh bawak ke syurga. Tak ada anak belum tentu dia tak sempurna. Dan kaklong dah buktikan benda ni. Macam abang sendiri, lepas ada anak pun bukan tenang hidup dia. Bini baru kuat melawan. Selalu datang serang kaklong. Hidup berhutang.

Kena buang kerja. And the best part is, actually anak abang yang sulung tu bukan anak abang. Bini dia tu dah mengandung dulu sebelum nikah dengan abang. Anak ke 2 baru betul anak abang. Patutlah takde iras langsung dengan muka abang. Kulit pun warna lain.

Saya tahu pun sebab mama cerita. Sekarang ni mama duduk dengan aku. Makin kurus. Tiap hari belek gmbar awrah abah dengan kaklong. makan taknak. Orang sebaik tu siapa je tak rindu. Abang saya sekarang ni entahlah. Saya malas nak ambik tahu. Mama pun nak taknak jumpa dia. Last sekali mama jumpa dia mama cakap, anak sendiri belum tentu boleh bawak ke syurga.

Mama cakap jangan mintak maaf dengan mama, minta maaf dengan kaklong. Bertahun kaklong pendam dan makan hati dengan abang. Dan mama cerita malam sebelum kaklong pergi dia pesan jangan bagi abang tengok muka dia atau sentuh dia kalau apa2 jadi dekat dia.

Patutlah mama tak bagi abang tengok jnazah masa dekat hospital. Kaklong, lisa minta maaf kalau selama ni banyak susahkan kaklong sebab jaga mama dengan awrah abah. Lisa yakin, kaklong ada ditempat yang sangat baik sekarang.

Nanti lisa bawa mama pergi ‘rumah baru’ kaklong. Terima kasih kaklong sebab jadi kakak yang sangat baik untuk lisa adik beradik dan menantu syurga untuk mama abah. Habis sudah urusan kaklong disini. Jangan risau. Lisa jaga mama. Semoga dikuatkan hati para wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Ingat, ada anak belum tentu bawak kita ke syurga. Sesungguhnya orang yang sabar balasannya sebaik2 tempat disisi yang esa. Tolong sedekahkan Al-fatihah untuk arwah kaklong aku.

– Ibu lisa (Bukan nama sebenar) via iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *