Pernah bersalin umur 15 tahun tp aku xtahu angkara siapa. Akhirnya family suami kantoikan anak luar nikah aku smpai mak mertua benci

Ok cerita dia cmni.. sekarang ni aku sedang mengandung … anak ketiga… tapi anak pertama dalam perkahwinan pertama.. which mean sebelum menikah aku ada dua lagi anak… macam mana aku boleh ada anak sebelum ni??

Ok anak pertama aku lelaki… aku lahirkan dia masa aku form 3… seminggu sebelum pmr dan aku langsung tak tahu aku mengandung dan macam mana aku boleh mengandung. Bila difikir dan di ingat kan balik aku kerap lepak dan tidur kat rumah nenek atuk sama abang sepupu…

Lepas bersalin aku nak sangat jaga anak tu walau aku baru umur 15tahun… tapi atas nasihat mama aku dan semua orang aku berikan hak jagaan pada orang lain dengan perjanjian dia kena update pada aku tentang kesihatan dan bawa datang jumpa aku walau setahun sekali…

lepas tu aku teruskan fokus pmr dalam keadaan bru lepas bersalin dan dapat keputusan yang aku tak sangka2… aku dapat straight A dalam semua mata pelajaran. Yang tahu tentang aku bersalin tu hanya lah mama nenek ayah sahaja…

Yang lain semua tak tahu… tahun ganti tahun aku sambil nak amik spm aku ternanti2 dimana anak saya,.. sihat ke dia… tapi hampa… keluarga angkat tu bawa anak aku jauh dari saya… setiap hari aku rindukan anak saya… sampaikan aku melayan anak saudara aku seperti anak sendiri… mama ayah nampk aku ok. Tapi hakikat nya hati aku berperang dengan perasaan sendiri.

yelahh walau hanya beberapa hari aku melihat anak aku tu… dan aku tak sangka dengan kehadiran dia.. tapi aku tetap ibu dia… aku tetap rasa sayang tu… aku fokus spm untuk tak menghampakan keluarga saya.

aku sibuk kan diri dengan aktiviti sekolah… hampir semua aktiviti aku sertai demi untuk elak kan aku fikir tentang anak saya. Lepas habis spm… aku hanya duduk dirumah sementara menunggu kputusan.. aku jadi teringat balik tentang anak aku tu… hati aku jadi tak tenteram… aku terlalu rindukan dia.

Jadi aku decide untuk meniaga scara kecil2lan… alhamdulillah perniagaan sangat berjalan lancar… Selama 2 tahun aku teruskan perniagaan tu daripada aku tak ada kereta sampai aku ada dua kereta.. sampai aku ada 3 staff… aku ada saving aku sendiri… dan bantu keluarga… satu hari aku berkenalan dengan seorang lelaki.

Setelah bertahun aku tutup hati untuk lelaki… kerja dia biasa2… dan dia sangat mengambil berat tentang diri saya.. walau beberapa kali aku menolak. Dia tetap berusaha mendekati saya… akhirnya aku terima… hati aku masih rindukan anak aku tu sehingakan aku jadi bodh demi nak tutup rasa rindu pada anak.

Sebelum ni dan aku bersama dengan lelaki tu untuk gantikan anak aku tanpa ada ikatan perkahwinan… sebabkan aku belum mahu ada komitmen sebagai isteri… aku cuma nak anak yang aku lahir dari perut aku sendiri. Aku mgndung dan aku lahirkan anak tu tnpa pgetahuan sesiapa dalam Keluarga saya… termasuk lelaki tu..

Dan aku bwak diri aku jauh dari dia… sebab aku ad rumah sendiri… baby tu comel sangat….. aku jaga anak tu penuh kasih sayang… aku berikan hak pnjgaan anak tu pada kawan aku yang tiada anak dengan syarat aku nak jadi mama dia… aku nak anak tu tahu tentang saya… n aku boleh berikan keperluan anak tu…

yes!! Sampai skrg aku msih berhubung malah bercuti ngn anak aku tu… alhamdulillah kawan aku tu tunai janji2 dia… anak aku happy dengan dia dan happy dengan aku juga… last year aku telah dipinang oleh lelaki yang aku tak kenal langsung… dan keluarga aku terus terima…

Aku hanya ikut keputusan keluarga saya… alhamdulillah aku bersyukur… suami aku tu baik hati. Dari aku tak bertudung aku ikhlas bertudung… and dari tak solat aku jadi selesa solat lagi2 bila dia mjadi imam aku masa solat… dia tau semua cerita tentang saya.

Aku cerita dari sebelum bertunang dan dia ikhlas terima aku katanya kerana Allah… sekarang aku dah hamil 33 minggu.. selama aku berkahwin dengan dia tiada satu hari pun dia sakiti saya. Dia sentiasa hargai aku dan sentiasa teman aku pergi atenal check up.

And last week aku dimasukkan ke hospital kerana bleeding… dia ada dengan aku 24 jam… yang menjadi masalah sekarang… dia ada tak sengaja hantar gambar detail tentang aku warded tu ke dalam group family dia. dan family dia adalah semua dari kalangan doktor.

Dalam detail tu ada tentang sejarah saya.. family dia lgsung tak tahu tentang ni… hanya dia dan saya… abang2 dan kakak dia tak kata apa2… dorang hanya tanya kabar dan bagi nasihat sikit tentang pengalaman dorang, ubat dan pemakanan. Tapi yang jadi masalah besar adalah mak dia… mak dia menyepikan diri..

Sedangkan sebelum ni aku demam pun dia call risau… kalini aku cuba untuk hubungi call dan wasap mak dia.. tetap sunyi… aku risau sangat… macam mana aku nak menghadap keluarga dia lepasni… bila aku tanya suami dia cuma cakap… apa pun jadi aku isteri dia… dia sayang kan aku dan tak kan tingalkn saya…

Seronok sangat dengar mcam tu. Aku akui sebelum ni banyak kesilapan saya.. tapi aku betul2 dah berubah… aku sayangkn suami saya… aku sayangkan keluarga mertua saya… apa aku nak buat sekarang ni? Aku buntu… aku risau sangat jika mertua tak terima saya… sebab mertua adalah seorang yang sangat menjaga maruah…

Salah sikit mesti terus tegur… ni kan lagi aku yang dah ada 2 anak tanpa nikah… tolong bantu saya… aku tak sanggup kehilangan keluarga mertua lagi2 suami. Maaf cerita ni agak panjang… aku tahu keluarga mertua ada dalam ni… aku nak minta maaf… tapi aku betul2 sayangkan abang… aku tak pernah tapu abang…

Aku tahu salah saya… tapi aku tak sangup kehilangan abang… abang bawak aku kepada erti sebenar indahnya islam… indahnya solat dan aurat… abang bawak aku kepada erti sabar dan redha… aku minta maaf sangat2.

Kredit : cerita ohsem
Gambar hiasan : google image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *