Trkejut suami ada 2 org ank sblum kahwin dgn aku. Akhirnya madu aku yg buta tu buka cerita.

Aku berusia 55 tahun jadinya aku tak pandai nak berkias ayat. Tapi aku nak berkongsi dgn pembaca kisah madu aku yg aku doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yg dilaluinya selama ini. Amin..

Moga sama-sama kita ambil iktibar ye. Pada tahun 1988 aku bernikah dgn seorang lelaki yg sama profesion dgn aku sebagai seorang pegawai perubatan.

Pada ketika itu aku tidak mengetahui latar belakang lanjut tntg suami saya. Yg aku tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya dtg melamar saya. Kehidupan kami serba serbi sempurna.

Aku dan dia bekerja di hospital berbeza tapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yg sama. Cerita tentang pesakit kami di hospital masing-masing. Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yg aku nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dgn saya.

Ada masa brrsama keluarga apabila waktu cuti sekolah. Hinggalah aku ditukarkan ke PPUM, aku agak berjauhan dgn suami yg bekerja di utara semenanjung. Tapi masih, tiada perubahan yg aku nampak pada dia.

Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri. Aku sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak aku sendiri tanpa membezakan mereka.

Anak-anak aku juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah aku mengajar pelajar lain sama seperti aku mengajar anak saya. Hinggalah satu hari, suami jatuh skit. Terlantar lama di hospital. Dia acap kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yg berguna. Aku masih sama.

Tidak merasa pelik kerana suami aku memang seorang yg prihatin. Aku iyakan sahaja apa yg dikatakan. Hinggalah ketika suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dgn kedua pelajar perubatan tadi. Ketika sesi pertemuan, aku hanya melihat mereka berdua.

Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami aku berkata, “Jaga ibu dan sampaikan maaf aku pada ibu.” Aku mulanya agak pelik tapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat asar, suami aku menghembuskan nafas yg terakhir.

Aku redha dgn pemergiannya namun ada sesuatu yg lebih menarik perhatian saya. Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami aku bersama seorang wanita tua dlm linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak dtg dekat.

Hanya sekadar melihat dari jauh. Aku cuba utk menuju ke arah mereka utk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi. Selang beberapa hari, aku dan anak-anak dipanggil ke pejabat peguam utk mendengarkan wasiat arwah suami.

Aku dan 2 org anak sudah hadir utk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasiat lain. Sekali lagi aku diam dan hanya menunggu. Hinggalah datang dua orang anak muda bersama seorang wanita yg aku kenal amat.

Aisy dan Asyraff bersama wanita tua yg aku nampak di kubur haritu. Ketika itu, hati aku berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh arwah. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama. 2 org anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang dgn kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di PPUM.

Peguam mulakan pembacaan wasiat dan alangkah terkejutnya aku apabila perkataan pertama yg keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang wasiat pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..” Allah… Berderrau jantung saya. Kenapa nama itu bukan nama saya.

Terus aku menoleh ke arah perempuan buta yg disorong kerusinya oleh Aisy dan Asyraff. Aku cuba utk bertenang dan mendengarkan dahulu segala apa amanat suami aku yg ditinggalkan. Aku tak boleh terburu-buru. Suami aku hanya mennggalkan sejumlah wang utk Puan Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yg aku sendiri tak pernah tahu.

Selebihnya, rumah yg kami duduki, kereta, aset lain semuanya utk aku dan anak-anak. Selesai pembacaan wasiat, aku menurunkan tandatangan sbgai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yg menggunakan cop jari. Selesai semuanya, aku mendekati Aisy dan Asyraff bersama ibunya.

Cuba utk bertanya macammana boleh semua ini terjadi. Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju aku kerana air mata yg melimpah keluar mendengarkan kisah madu saya. Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan aku dan suami, arwh suami aku sudah pun terlebih dahulu bernikah dgn Puan Hasidah.

Jarak lebih kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang hamil 4 bulan dan anak dlm kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff. Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua aku kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaudara.

Makanya ibu mentua aku menghinanya sebagai perempuan tidak sah taraf. Ibu mentua aku yg juga ibu kepada arwh suami turut mengancam Puan Hasidah utk tidak mengganggu keluarga baru anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut.

Makanya Puan Hasidah merelakan kata-kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu kami. Kerana itu aku tidak mengetahui apa-apa selama lebih 30 tahun. Aku bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh menjadi buta. Dan jawapannya tersangat merundum hati saya.

Ketika ibu mertua aku hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, aku dan suami puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dgn seorang penderma iaitu seorang perempuan.

Ketika itu aku bersyukur kerana ada yg sudi menderma kerana aku tidak mengetahui apa-apa. Rupanya penderma tersebut ialah Puan Hasidah yg juga menantu paling dibenci dihina oleh ibu mentua sendiri !! Ketika mendengarkan kisah itu, aku terbakar dan mendidih hati serta kebencian aku terhadap ibu mentua menjadi-jadi.

Mujur orang tua itu sudah 3 tahun mennggalkan kami. Jika tidak, akan aku suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah. Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Aku tiada ibu, puan. Aku lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.” Allah.. Berderrai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah,

“Aku anggap semua ini takdir hidup saya. Aku tidak mengeluh bahkan aku bersyukur. Aku mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan. Paling tidak aku terlepas dari fitnah manusia. Aku dikurniakan anak lelaki.

Bukan seorang tapi dua. Yg boleh jagakan saya. Aku tiada saudara mara, puan. Ini sahaja harta saya. Dan aku sama sekali tidak mengharapkan harta dari arwah suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.” Aku rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan kata-katanya.

Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa suami. Aku pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga aku samada mereka tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka. Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami.

Tapi kami tak boleh panggil ‘ayah’ kerana arwah nenek akan hukum ibu kalau tahu panggil ‘ayah’.” Sekali lagi aku terdiam. Ya Allah, kenapa keejam sangat orang tua ni masa hidupnya?!

Aku bertanya lagi samada mereka berdendam atau tidak dgn @rwah nenek dan arwah ayahnya, jawab mereka, “Ibu tak pernah didik kami membenci. Kerana disetiap perbuatan arwah nenek dan arwah ayah, ada sedikit kebaikan mereka yg harus dilihat.” Saya? Bermandi air mata melihat mereka.

Berjayanya Puan Hasidah mendidik anaknya utk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi. Tenang sangat aku lihat wajah Puan Hasidah. Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah sekalipun dia kini buta. Memadailah pembaca tahu, aku jatuh cinta dgn sikap madu aku yg teramat mulia hatinya.

Aku selalu fikir, bermadu ini seperti anjing dan kucing. Bercakaran dan berlawan. Tapi alhamdulillah syukur Ya Allah.. Madu aku teramat baik dan aku doakan syurga teragung utk dia dan anak-anak kerana keikhlasan hatinya. Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan utk memijak rumah agam kami kerana katanya.

Ibu mentuanya dulu pernah mengharamkan kakinya menjejak ke rumah suami. Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia sebagai anak. Andai aku ditempatnya, mungkin aku akan bantah sekerasnya perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah.

Dia mengagungkan dan memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri. Kerana itu, dia hanya menurut. Pada pembaca budiman, aku harap kita sama-sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yg kita lupa.

Sebagaimana aku sedang belajar utk ikhlas seperti madu saya, anak-anak pembaca budiman juga belajarlah utk ikhlas. Inshaa Allah, syurga untuk kita semua.

Kredit : dunia kini
Gambar Hiasan : google images

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *