Hairan suami dan adik beradik dia yg dah kahwin msih lg nk dduk bersama mak bapa. Aku nak “bersama” suami pun payah.

Kepada admin, terima kasih kerana menyiarkan confession ini. Nama aku Mawar (bukan nama sebenar). Umur aku pertengahan 20-an dan sudah berkahwin.

Pembaca sekalian, aku bukan seorang yang pandai mengarang, aku harap kalian faham apa yang aku cuba sampaikan. Aku sudah berkahwin dan tinggal dengan keluarga suami aku sejak berkahwin dua tahun lepas. Aku dan suami aku penjawat awam.

Jawatan aku lebih tinggi dari suami aku. malah jawatan aku lebih tinggi dari adik-beradik suami aku dan biras aku. Wahai pembaca, aku dan suami tak ada sebarang masalah. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan aku belum pernah mengenali keluarga dia sebelum kami berkahwin.

Begitu juga dia disebabkan kami berkahwin berlainan negeri. Kami juga belum dikurniakan cahaya mata. Suami aku juga seorang yang baik, tak pernah dia mengasari aku dan tak pernah curang dengan aku.

Cuma aku perasan dia agak manja dengan keluarga dia. Wahai pembaca, Di sini aku nk hightlightkan tentang masalah aku tinggal dengan keluarga mertua. Aku ni emosi mungkin mudah koyak atau aku pun tak tahu apa masalah aku sebenarnya. Sejak kahwin lagi aku ni tersisih dari keluarga mertua aku.

Sejak berkahwin lagi mereka pulaukan aku. Pada majlis sebelah lelaki pun aku tidak disapa. Hahaha. Sedih guysss. Bila keluarga datang hantar kita ke rumah pengantin lelaki, kemudian keluarga meninggalkan kita. Sedih tidah terucap guyss. Lebih-lebih lagi kalau kita dipulukan keluarga mertua. Adik beradik suami aku ada 4 orang sahaja.

Di rumah aku ni ada mak ayah dia, suami aku, seorang kakak dia yang tak berkahwin, dan aku. Lagi dua adik beradik dia dah berkahwin tinggal berasingan tapi rumah tak jauh pun. Setiap hari mereka akan datang makan, mandi, lepak-lepak di sini. Rumah mereka umpama tempat tidur sahaja.

Abang kepada suami aku yang dah ada rumah sendiri pun selalu datang sini lepak2 depan tv, makan2 setiap hari kemudian nak tidur baru balik rumah. Kadang aku nak keluar ke dapur pun tak selesa guysss. Mereka keluarga kecil dan sangat akrab.

Aku pernah cuba untuk bermesra dengan mereka, tapi penerimaan mereka agak dingin pada pandangan aku. Tak kurang juga ada yang memandang serong pada aku. Satu lagi, keluarga suami aku ni macam ada peraturan yang perlu diikuti.

Contoh kalau aku nak balik kampung aku perlu minta persetujuan mak mertua aku terlebih dahulu untuk balik kampung. Pernah suatu ketika dulu aku balik kampung hanya minta izin suami aku sahaja dan aku hanya maklumkan pada mak mertua aku kemudian, di situ timbul isu dan konflik.

Mereka kata aku biadap. Bermula dari situ juga aku dipandang serong guysss. Satu lagi peraturan mereka kalau mereka suruh tinggal di sini (rumah mertua), jangan pandai-pandai minta nak pindah. Peraturan yang sangat rigid guys. Ayah mertua aku seorang pencen kerajaan dan ada beberapa rumah sewa.

Keluarga suami aku ni boleh dikategorikan sebagai orang senang. Di rumah ini pun, aku macam tunggul kayu, macam tak wujud guys. Aku seringkali luahkan pada suami aku tentang apa yang aku rasa. Sedih, dan bermacam lagi perasaan guys. Tapi suami aku ni jenis yang buat tak endah.

Benda remeh bagi nya. Dia suruh aku sabar. Tapi aku pun kurang pasti sejauh mana kesabaran aku ni. Mak mertua aku baik. Tapi bila anak-anak dia datang bercuti dan bermalam lama disini mula la dia jadi sombong dengan aku. dia tidak membebel, tapi menunjukkan sikap yang dingin. Guysss, aku ni macam orang asing dalam rumah ni. Pergi kerja, balik kerja buat hal sendiri.

Suami aku pun banyak habiskan masa dengan keluarga dia je. Lagi satu keluarga suami aku ni tak ramai sanak saudara. Hari raya pun mereka sambut dalam kleuarga kecil ini sahaja dan tiada kunjung mengunjung. Aku pernah suarakan hasrat aku nak pindah rumah, tapi mak mertua aku melarang sekerasnya. tidak ada siapa-siapa katanya dalam rumah ni.

Suami aku pun memang tak nak pindah rumah. Membazir katanya. Buang duit katanya. Oh ya, aku faham situasi suami aku yang banyak komitmen kepada personal loan dan kad kredit. Dia memang tak mampu nak sewakan rumah untuk aku. Guysss, selama aku kahwin dengan suami aku ni, satu benda pun dia tak pernah belikan untuk aku.

Segala keperluan aku, aku beli sendiri dengan duit aku. Dia ada bagi nafkah RM200 pada aku setiap bulan. Tapi kadang kalau dia tak cukup duit dia akan pinjam juga dari aku. Kalau keluar makan atau jalan-jalan pun aku yang banyak keluarkan duit. Aku tak kisah pun.

Cuma bila bab keluarga mertua ni emosi aku mudah tersentuh guys. Aku banyak menangis. Aku tak bebas dalam rumah mertua aku ni. Sekarang pkp, semua berkumpul di sini. Aku pula jenis yang agak pemalu lebih-lebih lagi kalau orang tak menyapa dan ignore aku. Aku jenis pemalu.

Pembaca sekalian, aku dan suami aku tak ada apa2 masalah pun. Dia tak pernah marahkan aku, dia pun tak curang dengan aku. Cuma dalam bab tanggungjawab ni aku rasa dia sedikit culas. Tiap kali aku ajak dia pindah, kami mesti gaduh.

Dia tak marah balik pada aku, Cuma dia buat tak endah. Hurmmmm. Pembaca sekalian, aku menulis di sini sebab aku mahu luahkan apa yang aku rasa. Aku tak ada tempat untuk meluah. Aku pendam sorang-sorang dan akhirnya aku menangis sendiri. Aku terfikir sampai bila aku nak hadap hidup macam ni. Adakah perkahwinan aku ni perkahwinan toksik?

Pernah satu tahap aku minta suami aku lepaskan aku. Kadang aku tak kuat guysss. Tapi dia tak mahu craikan aku. Untuk pengetahuan, suami aku ni anak bongsu. Dia juga sangat taat pada keluarga dia. Dia tak pernah berjauhan dengan keluarga dia. Dia pun tak berapa rajin nak balik kampung aku.

Tak pernah bertanya khabar tentang mak ayah aku. Selama dua tahun kami kahwin, belum pernah dia ambik cuti lama untuk balik kampong aku. Paling lama pun tiga hari je kat kampong aku. Kemudian dia balik sorang tanpa aku. Tapi dia izinkan aku tinggal lama di kampong.

Tapi kakak dia pula yang bising sebab aku tak balik dengan dia. Allahu. Aku jenis yang bila balik kampong mesti akan ambik cuti panjang sekurang-kurangnya seminggu. Johor dan perak guys. Aku orang johor. Suami aku orang perak. Kepada pembaca sekalian, aku hanya ingin meminta pandangan kalian, apa yang patut aku buat guysss.

Kadang-kadang aku tak kuat. Aku belum pernah ceritakan perkara ni pada sapa-sapa even pada keluarga aku sekalipun. Aku jenis yang suka pendam. Tolong bagi aku nasihat dan kata-kata semangat guysss. Satu lagi, kepada lelaki di luar sana, jika isteri kalian tidak selesa tinggal di rumah anda, sila bawa isteri pindah ke rumah lain walaupun terpaksa menyewa. Jangan dera emosi isteri. Kalau tak mampu, jangan kahwin. – Mawar (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Amylia Novita : Aku rasa kau lubuk duit husband kau. Tu tak mahu lepas. Haha…

Kalau org lempar taik kat kau, kau kena lempar bunga beracun kat org tu balik. Jangan lemah sangat. Bikin strategy. Jgn ingt sebab kau menumpang rumah mertua kau, mak dan kakak suami kau berhak tentukan apa2 pasal kau. A big NO NO.

Lagi satu, hanya sebb duit kau lebih sikit, jangan ingt laki kau boleh lupa tanggung jawab.

B0doh lah lelaki mcm laki kau ni.

Haniz Muniza : Hi sis mawar.
I think this is the time for you to think deeply about ur future. Nampak mcm suami sis dlm thp zon selesa. To be short..sis n suami kene berdikari. Mmg tidak digalakkan tggl di rumah mertua utk masa yg agk lama. Rsenye,utk 2 thn stay di sana mcm dh ckup lama dah tu. Berdikarilah.. Kalau suami xnak..i think u need to make ur own decision. Naseb baik xde ank lagi. Kalau i jd mcm you..hey.. Enoughla. Kite separate jela… I tanak emosi & mental i terganggu..

Fydd Arsat : taknak pindah takpe.. ko beli rumah sendiri pki duit sendiri, atas nama sendiri.. hias cantik22… wiken duduk situ… pastu ajak laki ko sekali… klu laki ko taknak, ko ckp je, ‘ok… c u on monday bangg’. apa susah… suami ko jenis lembab2 tanah kubur nih… ko gerak je sendiri dulu… tak payah tunggu sgt…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *