Mlm tu Zack xsngaja msuk rumah org, dia nmpak sesuatu dlm bilik tu. Mata Zack mula berair bila nmpak prempuan sedang lakukan.

Assalamualaikum. So sebelum saya cite panjang berjela, saya bagi warning awal2 cite saya panjang dan 100% real story. Saya perempuan. Oh tidakk.. Saya perempuan yang tak seberapa perempuan sangat sebab saya ni more kepada kelakian sikit perangai.

Member saya banyak laki. Pendek cerita, saya sebenarnya kira mcm budak2 problem yg korang suka2 hati cop gelaran macamtu kat kitorang. Tapi mmg ye pun. Kitorang suka buat problem kadang2 tp pelajaran kitorang still tip top.

Nama saya dalam geng, Jaido. So call me Jai je k. Ok dipendekkan cerita, saya and the geng selalu jugak laa melepak layan racing kampung. Saya dgn Zack (nama samaran), mmg kamcing habehhh!! Kitorang kira mcm BFF je.

Takde cintan cintun bagai. Dr kecik sampai besar saya mmg dgn dia je. Otak kitorang sekepala. Nak dijadikan cerita, 1 malam tu, entah bila polis buat serbuan. Selalu kalau ada operasi, geng kitorang tau. Tp malam tu, entah sape yg pedajal kan kitorang ntah!

Kelam kabut semua mcm lipan nak selamatkan diri. So saya naik je superbike Zack and tinggalkan superbike kesayangan saya kat situ. Tapi entah laa. Malam tu malam paling gila! Polis merata2 dah get ready. So saya and zack taktau nak sembunyi mana sampaikan kitorang terpaksa masuk dlm rumah orang.

Rumah orang tu lak tak berkunci. So selamat la ktorg berdua. Zack tarik slow2 moto dia bawak masuk rumah tu. Kitorang sembunyi kat tepi rumah tu. Entah sape punya rumah ntah. Tapi ktorg bukan nak rompak tp nak sembunyi je.

Lama jugak kitorg sembunyi sebab takut gila sebab kalau mak bapak kitorg tau mmg mati! Kitorang bukan dr keluarga biasa2. Kira mak ayah ktorg ni ada pangkat and sibuk sampaikan ktorg ni dah mcm liar sikit. Dlm sejam lebih kitorang sembunyi then dah nak cau sebab rasa mcm dah aman.

Tp tiba2 lak hujan selebat2nya dgn guruh and kilat lagi. Mmg tempias la ktorg kt tepi tu. So ktorg cuba nak masuk dlm rumah tu sebab tgk mcm sunyi je. Masa bukak tu, mmg bernasib baik gila! Tak berkunci jugak.

Serius ar tuan rumah ni? Rumah hantu ke ape ni? So ktorg masuk terhendap2 semata2 tak tahan sejuk kat luar. So kitorang duk tepi pintu je. Tapi deco dlm rumah tu, pehhh cantik gila! Saya syak mcm rumah bujang. Maybe perempuan. Saya pun mengatal nak pi usha2 rumah dia.

Zack lak sibuk tengok mende ntah. Masa tu around 2-3 pagi dah. Tgh asyik saya tgk bawah, tiba2 Zack tepuk belakang aku. Dia ckp dia dengar suara perempuan mengaji. Sumpah ! Merdu bacaan dia sampaikan saya yg solat pun berterabur bila dengar rasa sebak. Lama jugak saya gan Zack terpaku.

Saya nampak mata zack mcm berkaca je. Saya pun tak nak dok lama sebab rasa mcm insaf sekejap bila dengar surah yg perempuan tu baca. Tapi Zack ajak saya naik tingkat atas nak tgk siapa yg baca. Saya larang la. Kang kantoi mti aku!

Tapi dia nak naik. Dia naik kat bilik paling hujung makin kuat bacaan tu. Saya follow je. Saya ni walaupun berani mcm laki, kalau gelap2 mcmni cuak jugak. So bilik perempuan tu tak berkatup. Zack pegi tolak pelahan2. Lama gila Zack tenung tp budak tu belakangkan kitorg sebab kiblat dia menghala ke sana.

Saya pelik tgk si Zack ni. mmg dlm geng ktorg dia paling playboy tp takkan budak yg dia tak nampak muka pun dia nak cekau? Setakat suara je, boleh jatuh hati. Habis je mengaji, budak tu tadah tangan sambil angkat Quran dia. Syahdu gila doa dia! Belum pernah saya dengar orang doa mcmtu. Biasa makcik2 pakcik2.

Kalau budak muda, cau lincau je. Teresak2 dia doa mcm dia mohon sesuatu yg dia nak sangat dapat. Saya tak berapa dengar sebab zack je intai sorang2 dengan kuat lagi hujan kt luar tu. Kang saya tolak dia ke dalam, terjelepok dia, tak pasal2 kantoi dgn minah tu.

Pastu bila nak dekat2 hujung doa budak tu, saya gn Zack kelam kabut la turun tangga. Zack suh keluar jugak dr rumah tu walaupun hujan lebat. Dia kata redah je. So saya ikut je. Sejak dr peristiwa malam tu, Zack berubah habis weh!

Makin pelik perangai dia. Dia tak banyak lepak dgn ktorg. Asal saya ajak lepak mlm, ada je alasan dia. Kat kolej takyah cakap laa. Mengelak je dari aku. Sampai saya pelik, salah saya ke psl serbuan polis semalam tu? Saya mmg ramai kawan tp dgn dia je saya lebih selesa.

Saya terasa la bila dia dah berubah sejak malam tu. So saya nekad nak follow dia. Kalau korang nak tau, detektif terbaik ialah perempuan. Dlm tempoh berapa jam je dia boleh settle kan kemelut melanda kat kepala hotak dia.

So saya berjaya selesaikan kepelikan member saya tu. Rupa2nya setiap malam dia pegi rumah perempuan yg dia dengar mengaji tu. Setiap malam dia jadi mcm penyangak semata2 nak dengar bacaan Al-Quran perempuan tu. Dia tinggalkan membe sebab budak yg dia tak kenal tu.

Saya taktau kenapa tp saya risau kawan saya kena tangkap khalwat nanti. Takut jugak budak tu sorang2 je ke kt rumah. So esoknya saya tanya dia. Saya suruh dia terus terang kenapa buat saya mcmni. Apesal tak cerita je kalau ada problem. So mcmni ayat dia yg buat saya tersentak.

“Saya dah bosan jadi jahat. Sampai bila kita nak hidup mcmni. Saya nak berubah tapi saya tak kuat nak ajak kau gan geng kita yg lain. Bagi saya kenal diri saya dulu.” Weh? Kau berubah sorang? Nak tinggalkan saya sorang2 kat jalan gelap ni? Habis apa kaitan dgn minah tu?

Dia ckp dia jatuh hati masa malam tu. Hanya suara je dia dah tertarik. Saya kesian tgk Zack sebab muka dia serabut mcm tak kenal diri dia sape. Dia lagi serabut sebab mak dia dah arrange perkahwinan dia.

Biasa laa budak2 mcm ktorg ni, mak ayah mmg paksa kawin dgn pilihan hati diaorang tp mmg pilihan tu baik2 la drpd pilihan ktorg ni. Hahahaaa. Walaupun hati saya belum terbukak lg nak berubah, tp saya cuba nak tolong dia. Esok tu saya join aktivity dia.

Zack tak turun dari motor tp dia pegi park jauh sikit. Saya turun pegi rumah perempuan tu. Masa saya datang pagi, rumah tu sunyi. Puas saya tunggu sape tuan rumah nak keluar. Pastu saya nampak sorang pakcik keluar dr rumah, saya tanya la dia sape. Dia ckp dia tuan rumah.

So lepas saya tanya mcm2 , dia ckp ada sorang budak perempuan yg menyewa rumah dia dgn kwn2. Tp arini dia dah keluar. Saya mintak alamat dia sebab Zack paksa2 saya lak suruh tanya mcm2 kat pakcik tu. Saya syak pakcik tu mcm curiga dgn saya sebab dia nampak saya buat mimik muka kat Zack. So dia toleh tengok ada laki2, tu dia taknak inform banyak2 kat ktorg.

Yela saya tau muka saya gan Zack mmg muka mcm tak boleh percaya tapi cover2 la sikit muka tu pakcik. Settle je urusan dgn pakcik tu, saya inform Zack semuanya. Zack mcm frust gila tak dpt tau alamat perempuan tu. Saya pulak naik tension. Zack bukan kenal pun perempuan tu mcmmana tapi beriya nak cari girl tu jadahnyee! So lepas sebulan gitu ktorg final, semua bawak haluan masing2.

Sebelum balik, sempat jugak mak bapak zack jemput ktorg dtg majlis zack nti. Saya tgk muka zack mcm kelam je. Ok saya pendekkan lg terus smpai wedding Zack. Masa saya datang, saya tgk Zack macam mati anak je muka. Saya nak tegur pun tak berani. Tapi saya sempat jugak bagi nasihat supaya dia jalankan tangggungjwab sbgai suami dgn sebaiknya.

Bini dia cantik, lembut je orangnya. Dia layan je ktorg geng2 yg ala2 mcm black metal ni sb dia tau ktorg kawan2 suami dia. Dlm sebulan kawin tu, Zack selalu lepak dgn ktorg. Saya mula2 syok la sebab Zack dah ok and nak lepak balik dgn ktorg. Tp saya lupa dia dah anak isteri. Bila saya tersedar tu, saya marah jugak la asal dia tak pernah lekat kat umah.

Kesian bini dia. Dia ckp sepanjang dia kawin, dia tak penah tido sekatil, tak penah tido sebilik, balik rumah pun kalau mak bapak dia dtg lawat je. Selebihnya dia tido rumah Apak (membe laki aku).

Saya marah gila2 kat Apak sb tak gtau selama ni Zack tido umah dia. So sejak dr gaduh besar ktorg mlm tu, masing2 dah mula bawak ego masing2. Nk dkt setahun saya tak contact Zack ke Apak ke and geng2 aku.

Sebab saya rasa mcm saya pun mcm dah nak mula insaf. 1 hari tu zack call saya ckp nak jumpa. Saya pun mmg rindu kot kt membe. Saya ikut je. Biasa la kawan2. Sekejap je lupa masalah. Dia ajak lepak tempat biasa. Saya tgk dia happy gila.

Saya pun tertanya2 la, dia ceraikan bini dia ke? Dia dah jumpa minah mengaji sedap tu ke? Mcm2 soalan aku. Zack buat lekk je minum kopi. Saya lak paksa2 suruh dia cite. Last sekali baru dia bukak mulut.

“Saya dah jumpa perempuan yg bukakkan pintu hati saya tu.” Tersembur air kt mulut aku! Saya dah gak! Pehh kesian la bini dia nanti. Saya tau sangat perangai zack ni. Dia kalau nak, mmg dia cari sampai dpt. Sampaikan yg ada depan mata pun dia boleh tolak ketepi. Saya yg mmg dah insaf ni, mcm terkilan.

Taktau la naluri keperempuanan tu dah ada sikit kt diri saya ke ape. Asik touching jee kalau benda2 sentimental cmni. Pastu saya angkat kaki nak blah. Saya xnak tergolong dlm org yg termasuk dlm kes cerai berai ni. Barai weh otak aku. Serabut! Emo pun ada. Zack tahan saya suruh dengar.

Saya rasa mcm cite tamil dah lakonan saya gn zack masa tu. Pastu Zack ckp ,”sebenarnya bini saya tu perempuan yg saya nakkan tu.” Terlopong mulut aku. Adakah ini cinta? Ehh. Adakah ini takdir hidup kawan saya ni? Serius lah? Dia kata, sejak gaduh besar tu ,Apak tak kasi tido rumah dia lg. So mlm2 dia tido kt rumah dia.

Tp still tak berborak or dok sebilik dgn bini dia. Tp malam2 bini dia selalu bangun tahajud and mengaji. Alunan dia, member saya ckp sebijik mcm perempuan kt rumah tu. Allah!! Lagi saya sebak. Saya rasa roh kewanitaan dah mula masuk dlm diri aku. Saya menagis beriya. Menagis sebab tgk kawan saya gembira dan menagis sebab tgk keajaiban kuasa Allah buat orang2 mcm kami ni.

Mcm2 cara Allah kirimkan utk kami berubah. Zack berubah lepas dengar suara perempuan mengaji, saya berubah lepas Zack kawin, membe2 saya yg lain pun banyak dah berubah. Yela. Sampai bila kami nak hidup dlm dosa?

Zack dah kawin and sejak dia tau bini dia tu la perempuan yg dia suka dulu tu, dia lagi banyak berubah dan dekatkan diri dgn Allah. Selalu jugak saya nampak dia solat kat masjid.
Sejuk je perut saya tgk. eh ehh! Ahh tak kisah la perut sape yg sejuk.

Tp saya rasa kisah Zack ni paling sweet yg penah saya tgk secara live! Buat kawan saya Zack and bini dia Sumaiyyah, saya doakan perkahwinan korang kekal hingga ke anak cucu. Terima kasih Sumaiyyah sebab berjaya bukakkan pintu hati membe aku. Kalau saya ada anak, saya nak letak nama kau sebab nama kau pun sedap jugak .

And saya rasa nama tu mcm nama zaman nabi. Entah laa saya masih lg menuntut agama dgn ustaz. Ustaz? Hehe. Doakan ada rezeki saya lak naik pelamin ye. Saya segan nak cite pasal aku, tp saya suka dgn cite Zack.

Saya kongsi sebab saya nak korang tau, budak2 liar mcm kami ni,teruk mcm mana pun hinaan dan caci maki kami terima dr kalian, Allah masih sayang dan hantar manusia2 yg baik utk paut tgn kami dr terus tergelincir masuk ke neraka.

Tp kalian2 yg menghina kami seolah2 confirm2 masuk syurga tu, saya tgk ada yg dah terpelanting semula kata2 dia kt diri dia sendiri. Saya malas nak cite. Nti korg stress data korang abis sb cite aku. Ok tu je dr aku.

Smber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *