Bagi izin penagih tidur luar rumah. Tak sangka dia buat “sesuatu” dan bagi brg pd bini aku.

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin jika cerita saya ni disiarkan. Hanya untuk menceritakan pengalaman & iktibar kepada semua. Cerita ni bermula masa saya baru pindah ke utara atas tuntutan kerja suami.

Company ada sediakan rumah,tapi disebabkan kene share dengan pasangan lain, kami buat keputusan untuk cari rumah sewa je. Tak selesa lah nak duduk sekali dengan orang lain dengan nak jaga aurat 24 jam lagi. Dalam sebulan lebih cari,dapat la 1 rumah sewa ni.

Rumah kampung papan je tapi cukup selesa da untuk kami berdua. Rumah ni rumah atas jadi ade ruang lah kat bawah rumah tu. Suami saya buat la pangkin kat bawah tu untuk lepak petang-petang. Rumah ni rumah pusaka,disebabkan takde yang nak duduk,jadi disewakan.

Jiran-jiran saya semua sedara mara dengan owner rumah ni. Kire rumah atok diorang la. Dari kecil sampai besar, diorang memang melepak dekat rumah ni. Jadi bila saya pindah masuk rumah ni diorang mintak kebenaran untuk duduk melepak dekat pangkin yang suami saya buat.

Kitorang ok je. So, jadi tempat lepak diorang la malam-malam. Satu hari ni ade polis datang rumah. Die cakap dapat aduan dari orang kampung mat gian lepak rumah aku. So dari situ la saya dapat tahu diorang ni semua penagih.

Polis ni pulak kenal owner rumah, die plak kepoh pergi report kat owner ni. Huhu. Owner rumah ni memang tahu la anak-anak sedare die ni penagih. So die pesan jangan bagi diorang melepak lagi dah. Takot apa-apa jadi sebab saya sorang je kat rumah bila suami saya kerja.

Tapi ni dari pandangan saya la,selama diorang melepak dekat rumah saya takde pun diorang ni buat hal ke ape. Baik je. Takde buat bising pun bila lepak. Kalau suami saya keluar rumah cepat-cepat diorang tanya nak pergi kedai ke, biar diorang yang tolong belikan.

Kalau ade sampah ke, diorang tolong sapu. Laman rumah saya bersih je. Selalu jugak diorang bagi ikan, udang, sotong sebab diorang ni nelayan. So bagi aku, diorang ni ok je. Tapi tak tahu la kalau baru-baru kenal kan. Then lepas kes polis tu,rumah saya terus sunyi.

Takde sape dah depan rumah. Diorang pun saya tak tahu dah lepak mana. Ok tu intro je. Haaa nampak intro berjela. Hahaha. Yela, nak bagi korang paham. Kang banyak persoalan pulak. Saya bagi nama mamat ni A jela ye. Umur 30an dah. Satu hari ni A datang rumah aku.

A ni memang lepak sekali la depan rumah dulu. Suami saya tanya pergi mana,lama tak nampak. Then A cakap die da kena buang keluarga. Ayah die tak bagi balik rumah dah sebab ayah die marah la A ni jadi penagih kan.

So, die tidur bawah jambatan area kampung aku. Masih menghisap masa duduk bawah jambatan tu. A ni mintak tolong dekat suami aku,die nak kerja. Suami saya cakap “saya tak nak ambil kau kerja selagi kau tak berhenti ambil ddah”.

A janji dengan suami saya nak berhenti dah. Suami saya bagi masa sebulan lebih untuk berubah,stop ddah terus sebab dalam masa tu baru ade kerja kosong. Selama sebulan, A tidur kat pangkin rumah saya weh. Saya kesian sangat kat die tapi kitorang tak tahu nk letak die kat mana.

Die pun cakap nak balik rumah tak boleh, nak tumpang rumah kawan semua kaki ddah. End up, die sendiri buat keputusan nak tidur situ je & dekat dengan suami aku. So suami saya boleh pantau die betol-betol berhenti ddah ke tak. Tapi perangai die Alhamdullilah elok. Laman rumah saya bersih je sebab die sapu. Pokok saya tanam pun die tolong siramkan.

Masa awal-awal berhenti daah ni, mengigil, gelisah A ngadu dekat suami saya kata tak tahan. Suami saya hari-hari suport die slow-slow lupakan ddah. A ni tidur cuma ada bantal & selimut je. Saya nak bagi toto ke tilam ke memang saya takde. Sebab saya pun tido atas toto. Itu pun hadiah kahwin.

Biasa la baru kahwin ni semua takde lagi kan. Ok, A ni selalu die tidur siang sebab malam tak boleh tidur banyak nyamuk. Pangkin saya open macam tu je. Nak mandi ke ape pergi pam minyak area rumah. Dekat jela jalan kaki pun tak sempat nak peluh. Tiap-tiap hari saya masak sekali untuk die.

Kadang-kadang malam sebelum tidur saya jengah tengok die kat luar rasa nak nangis sangat. Saya rasa saya susah, tapi bila tengok A ni saya rase bersyukur sangat dah. Dan tanpa diduga, saya & suami diuji dengan masalah yang sekaligus datang.

Terlalu banyak masalah yang tiba-tiba datang berkenaan duit. Kami terpaksa keluarkan duit simpanan dan gaji untuk selesaikan semua. Saya ingat lagi, saya menangis sebab tinggal RM150 sahaja untuk sepanjang bulan.

Duit minyak kereta,barang dapur untuk sebulan, bil-bil bulan tu & macam-macam lagi bergantung pada RM150 sahaja. Saya cuma beli telur, beras, minyak untuk makan sebulan. Suami saya ulang kali tanya boleh ke saya makan telur je. Sebak saya tengok suami saya sebab die mintak maaf tak dapat bagi kemewahan pada aku.

Saya cuma jawab,saya tak kisah makan telur je asalkan ade kicap. Eh? Hahaha. Tawa bersama dalam tangisan. Huhu. Saya serba salah jugak nak bagi A ni makan telur je. Tapi suami saya cakap itu je yang ade, tak pe lah. Masa suami saya bagi makan, die bagitau A bulan ni ade masalah sikit so dapat makan telur je.

A memang tak kisah lah sebab kami yang beriyer nak bagi makan hari-hari sebab kesian. A ni nak ambil makan hari-hari pun malu-malu gitu. 2 hari lepas tu, A hilang pergi mana ntah dari pagi sampai petang. Kami ni da risau kalau die ulang balik perangai lama.

Then sebelum maghrib die bagi salam kat luar rumah. Suami saya bukak pintu terus die hulur plastik. Dalam tu ada ayam & ikan. Die cakap ni ade beli ayam, simpan lah untuk masak sementara ni. Suami saya tak ambik pun. Suami saya tanya mana dapat duit beli ayam & ikan.

A cakap dari pagi sampai petang die tebas rumput dekat kebun orang. Dapat la RM30 terus die jalan kaki pergi kedai beli ikan & ayam. Jauh wehh kedai die bole jalan kaki. Then baru la suami saya ambil lauk tu. Korang tau tak saya speechles tak tahu nak gambarkan perasaan saya masa tu.

Siap ade baki RM4 die bagi saya suruh simpan sebab die taknak pegang duit. Paham-paham lah die takut ade duit kang start perangai lama. Esoknya suami saya tanya owner kebun tu,then owner tu cakap memang die upah A semalam. A mintak tolong sangat bagi lah apa-apa kerja pun.

Kebetulan ade sorang pakcik ni kawan suami saya pun ade kat situ. Pakcik ni cakap dari pagi dia jalan kaki keliling kampung tanya orang ade apa-apa kerja tak die boleh buat. Tapi paham-paham la mentality masyarakat pasal penagih kan.

So diorang tak layan sampai la A jumpe owner kebun tu. Hari tu A hilang lagi. Rupanya die cari kerja kampung lagi tapi tak dapat. Dan start tu tiap-tiap hari la die keluar cari kerja kampung. Dapat duit die bagi aku,suruh buat bayar bil. Buat belanja barang dapur.

Saya tolak macam mane pun die tetap paksa. Die cakap itu jela yang die mampu balas jasa kami. Dan sekarang,die da start kerja dengan suami saya dah. Tak tidur dekat pangkin lagi dah kauuu sebab company sediakan rumah & kereta untuk kongsi 1 rumah. Duit yang A bagi aku,bila suami saya gaji kami ganti balik dengan belikan die baju,seluar,kasut baru untuk kerja.

Nak taknak kena ambil la kan. Huhu. Saya jadi bank da sekarang sebab gaji A,gaji suami saya semua saya pegang. Nampak? Haha. Buat masa sekarang saya aturkan dulu perjalanan duit A supaya tak ke benda haram tu & untuk simpanan. A pernah la balik rumah & bagi gaji die untuk ayah die.

Tapi ayah dia masih tak boleh terima die lagi. Maki macam-macam kata duit haram la apa la. Kalau nak cerita semua da boleh buat novel ye uollsss. Mungkin benda ni nampak simple dekat orang lain,tapi bagi saya cukup terkesan, tersentuh dengan nekadnya A ni untuk berubah.

Bohong lah awal-awal saya tak pandang jijik dekat A ni, tapi ALLAH nak tunjuk kat saya semua orang boleh berubah & bertaubat. Kalau la ada bekas penagih ddah yang nak berubah,tolong lah support diorang.

Tunjuk yang kita ambil berat kat perubahan diorang. Tapi kalau yang acah-acah nak berubah tu tapi bertahun-tahun macam tu jugak sila kaki kan muka mereka ok. Terima Kasih. Via dunia kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *