10 tahun Angah xkluar rumah. Satu hari ayah masukkan Angah dlm plastik hitam bawa dia keluar ke “suatu” tempat.

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya mempunyai abang yang mempunyai OCD & Anxiety Disorder. Kalau ada sesiapa tak tahu apa itu OCD/Anxiety Disorder boleh google ya. Secara jujurnya, saya bukanlah pelajar lepasan mana-mana universiti.

Sebab saya memilih untuk bekerja demi menampung ahli keluargsaya yang ramai. Walaupun mendapat keputusan spm yang cemerlang saya memilih untuk mencari pendapatan terlebih dahulu kerana keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil. Angah membesar tidak sama macam kami adik beradik yang lain dimana angah membesar sendiri di dalam biliknya.

Sejak kecil angah selalu bersendirian di dalam bilik dia dan tidak bercakap dengan kami adik beradik waktu itu saya darjah 1. Masa saya darjah satu 1 saya agak pelik kenapa angah tidak pernah keluar bilik & hanya keluar bilik ketika tengah malam sahaja itupun untuk makan.

Itu pun hanya sekadar nasi dengan minyak hasil gorengan ikan. Angah tidak pernah merungut. Angah keluar waktu tengah malam sebab angah tahu ayah saya dah tidur masa tu.

Jadi, angah boleh keluar waktu tengah malam sahaja. Masa saya darjah 1-6 saya jarang tengok muka angah sebab saya sangat pemalu dan selalu menutup muka (for real) dia dengan surat khabar lama. Wallahi, muka angah tidak mempunyai sebarang kecacatan & malah putih melepak.

Tetapi saya tidak faham kenapa angah “ Malu sangat” ataupun angah menpunyai low self esteem. Angah tidak pergi sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5 sebab penyakit misteri yang beliau ada.

Kemudian, angah tidak pernah keluar dari rumah sehingga 10 tahun. Bayangkan abang saya tidak pernah keluar selama 10 tahun dari rumah KECUALI ketika nak berkhatan kan angah masa darjah 6 (agak lewat sebab angah takut & bimbang) dan ketika berumur 17 tahun akibat dipaksa & diugut oleh ayah saya untuk membuat IC itupun masukkan angah dalam plastik hitam @ guni kejammmm.

Hanya 2 kali dalam 10 tahun dia keluar. Selebihnya total lockdown diri dia dalam bilik hujung di rumah kami. Apabila dapat keluar rumah angah seakan seperti rusa masuk kampung. Dia jadi takut akan banyak orang jahat diluar and cakap semua jahat nak tangkap dia. Angah tidak pernah berpeluang bersekolah disebabkan penyakit misteri dia.

Tetapi angah mempunyai bakat yang amat besar itu Melukis. Saya teringat angah pernah melukis gambar Queen Elizabeth, Princess Diana, Tun Dr Mahathir sebijik 100% sama. Hidup beliau hanya ditemani surat khabar & saya pernah menghadiahi angah sebuah akuarium yang mempunyai seekor ikan flowerhorn untuk beliau jaga.

Saya tahu angah bosan duduk sorang-sorang dalam bilik hujung tu. Oleh sebab itu, saya hadiahkan ikan flowerhorn dkt dia. Antara perkata yang saya sering trauma sehingga kini, Angah sering dipukul, didera oleh ayah ku angah menjadi tempat ayah saya memlempiaskan amarah, angah selalu dirotan, ditarik rambut, dicakar, dicucuh rokok panas oleh ayah saya yang baran ketika itu. Saya pun tidak kurangnya.

Sering menjadi mangsa seorang ayah yang baran & ibu yang tidak ambil peduli. Saya sering dengar angah menangis akibat dipukul dengan teruk oleh ayahku. Abah sangat kejam dekat anak-anak beliau. Angah selalu menjadi mangsa sebab angah lain daripada yang lain.

Ayah saya selalu menggunakan kekerasan untuk pulihkan kan angah which is langsung tidak membantu malah menambah tekanan pada angah. Angah dianggap anak sial. Korang boleh bayangkan angah mula dari darjah 1 sampai tingkatan 5 tidak berani keluar seakan-akan mempunyai social phobia/anxiety yang sangat teruk.

Alhamdulillah sekarang angah dah pulih, angah dah bekerjaya walaupun hanya kerja di sebuah kilang. Angah dibawa ke rawatan alternatif kononnya kerana terdapat gangguan jin/hasad dengki dari saudara dari sebelah mak yang menghantar sesuatu.

Kami agak terkejut angah pulih dari penyakit misteri itu dan berani mulai keluar dari rumah & bekerja. Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, angah sembuh dari penyakit misteri, tetapi tahun 2019 saya mulai menyedari angah mempunyai abnormal behaviour/perilsaya yang tidak seperti biasa which is antara kelakuan angah yang tidak normal.

1. Sering bimbang.

Angah sering marah saya naik motor sebab dia risau nanti saya accident kemudian m@ti, keluar rumah takut saya kena culik walhal saya dah 24 tahun, makan makanan tidak berkhasiat sebab dia takut saya kena k@nser, kena jaga diet, jaga kebersihan, jgn balik lewat, sentiasa mesej tanya dkt mana. Benda ni berulang-ulang sampai saya rasa stress.

2. Sering risau pasal kuman-kuman

Especially dekat dapur, tandas, bilik tidur. Angah pernah sampai kunci bilik sebab tak nak bagi saya tidur bilik sebab dia kata ada bwk kuman, dia pernah campak tilam saya kat luar rumah sebab saya tertinggal plastik roti gardenia jagung tu.

3. Angah tak bagi orang kongsi tandas dgn dia.

Saya kalau nk gi tandas kena pergi bilik lain or turun bawah. Tandas bilik tu sorang sahaja.

4. Solat

Dia selalu tanya pasal solat walhal kita dh solat sampai saya rasa stress yang sangat. Kalau dia dalam bilik air mesti lama. Angah sering jugak diserang panic attack sampai kami bawak dia ke hospital. Tetapi tiada apa.

Kerisauan angah sampai angah mempunyai stethoscope sendiri, tempat check blood pressure sendiri, gun thermometer, and sentiasa risau pasal kesihatan and jaga makanan.

Wallahi, saya sangat stress & tertekan dengan angah sebab kerisauan dia membuatkan saya tertekan sehingga saya banyak kali bergaduh dengan dia.

Kadang-kadang dia marah saya ada kat dapur sebab dia kata kotor, dia tak bagi saya basuh pinggan. Jadi, semua pinggan kat rumah dia akan basuh, if dia nampak saya amik cawan ke apa dia akan jerit suruh saya basuh terlebih dahulu.

Macam hidup dalam n3raka saya ni saya rasa macam kena kawal. Sejak angah pulih dari peny4kit misteri itu, angah diduga dengan kesihatan mental.

Angah muda triggered dengan orang lain. Jadi angah mudah marah kalau kita tidak dengar cakap dia. Sebagai contoh, saya tersalah letak tmpt sesuatu barang akan akan marah walaupun perkara kecil.

Angah kadang sering bertindak agresif seperti mencakar saya, menumbuk atau menyepak kalau saya tidak memenuhi pemikiran tidak rasional dia.

Saya pernah buang pinggan & mangkuk sebab saya malas cuci & angah keep ulang marah & suruh saya pergi cuci padahal nanti pun boleh kan?

Sampai saya stress saya buang pinggan dengan mangkuk tu dekat tingkat rumah. Sebenarnya, saya kesian dekat angah, especially time dia tidur.

Saya selalu tengok muka dia time tidur kesian ya Allah. Saya dengan angah berkongsi bilik. Saya tahu angah tak minta begini, and saya faham kenapa angah jadi macam ni sebab saya tau angah ada past ( masa silam) yang teruk.

Angah dilayan macam binatang oleh ayah & ibu aku. Cuma waktu angah diserang p3nyakit dia sering membuat saya tertekan. Saya mula faham angah macam ni, apabila saya ternampak angah join group whatsapp untuk p3nyakit mental di Malaysia.

Kemudian, saya terjumpa ubat-ubat psychiatry angah dalam bilik. Saya tahu itu ubat itu pun sebab saya google cth Prozac, Luvox, Xanax . Saya terjumpa surat pengesahan penyakit dia, kad rawatan.

Sampai hari ni angah rahsiakan penyakit dia dari sesiapa. Angah jarang makan ubat that’s why angah susah nak kawal penyakit dia. Saya kesian dengan angah sebab saya pernah nampak dia tersedu-sedu menahan nangis selepas bergaduh dengan ayah saya atau sesiapa dalam ahli keluarga aku.

Sebab angah sering bimbang & komen banyak benda sehingga mencetuskan pergaduhan. Saya harap kalau kalian mempunyai anak nanti, didiklah anak dengan cara baik bukan dengan kekerasan.

Kami adik beradik mempunyai trauma yang melampau sewaktu kecil kerana sikap ayah & ibu yang baran. Angah sebenarnya mngsa hasil keganasan & deraan dari ayah saya sehingga mental dia Doakan angah saya sembuh ! Saya sayang dia walalupun dia sering abvse saya mentally.

Saya tahu itu p3nyakit dia sebab ada masa dia boleh kawal and ada masa tidak boleh. Satu yang saya suka tentang angah dia pemurah, cuma musim covid 19 ni saya kena tahan sikit angah sering risau & sentiasa dengan mask & sanitizer.

Yang benar, – Thoriq (Bukan nama sebenar) .
Sumber : iium confession.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *