Aku jaga ayah mak di kg. Tp mereka benci sgt pd aku. Tak sngka ayah buat sesuatu pd anak aku

Assalamualaikum semua. Aku harap semua sihat di samping menjalani ibadah puasa. Aku nak bercakap pasal life yang toksik. Ramai sangat confessor dalam iiumc ni yang menjalani kehidupan yang toksik. Sebenarnya, kebahagiaan diri sendiri tu, kita sendiri yang pegang.

Kita tentukan kita nak kehidupan yang macamana. Jangan salahkan orang lain kalau hidup kita masih tak bahagia. Tak bahagia sebab berada dengan suami yang curang, suami tak bertanggungjawab, ibubapa yang pilih kasih, ibubapa yang tak sayangkan kita, adik beradik yang suka buli dan mengambil kesempatan.

Dan list ni akan bersambung sambung tanpa henti. Memang bila kita nak tinggalkan kehidupan dan perhubungan yang toksik ni, susah sangat. Ye lah. Nak tinggalkan satu kebiasaan. Memang susah.

Okay. Aku baru nak start cerita.

Tahun lepas, aku buat satu tindakan drastik untuk tinggalkan keluarga toksik saya. After a year, aku hidup dengan lebih aman, tenang dan lebih gembira.

Afterall, aku sendiri dah ada keluarga kecil sendiri. Anak anak aku pun dah semakin besar. Aku ok je hidup dengan suami dan anak anak saya.

Dulu, aku memilih untuk tinggal berdekatan ibubapa sendiri. (Sekarang pun masih dekat) supaya aku boleh jaga ibubapa saya.

Alangkan suami aku beli rumah, awal awal aku dah cakap pada suami yang bilik bawah tu aku nak reserve untuk parents saya. Aku memang berniat nak jaga ibubapa saya.

Kan aku tinggal berdekatan rumah parents. Jadi anak anak aku selalu jumpa atok n tok mama mereka. Waktu takde cucu cucu lain, memang atok dan tokmama akan manjakan anak anak saya.

Berbeza keadaannya kalau cucu cucu dan anak anak lain balik. Kadang kadang anak aku akan dimarah marah. Rumah bersepah pun anak aku akan disalahkan. Padahal anak aku bukan jenis menyepah rumah. Bukan atok dan tok mama tak tahu.

Tapi, parents aku memang macamtu. Tanak marah marah anak anak lain. Apatah lagi nak marah cucu cucu lain. Sebabnya mereka jarang balik. Nanti merajuk pula kalau dimarah. Kalau lain kali tanak balik rumah parents langsung macamana.

Akhirnya, anak anak aku yang terpinga pinga dimarahi. Sekali dengan aku lah kena tempias.

Setiap kali adik beradik balik ke rumah parents, mereka akan mengkulikan ibubapa. Abah lah yang kena masak. Kemudian, mereka akan ajak abah dan mak shopping barang dapur untuk rumah mereka. Tapi abah dan mak lah yang kena bayarkan.

Mereka menyangka aku dapat kelebihan disponsor barang dapur setiap bulan. Padahal takde pun. Bila mereka timbulkan isu ni, ibubapa aku mengiakan je dengan kata kata “biasalah, parents” konon macam kehidupan aku sekeluarga dibiayai oleh mereka.

Bukan nak mengungkit, tapi; kalau makan di luar bersama ibubapa, memang suami aku yang akan bayar.

Kalau ibubapa aku makan di luar dengan anak anak lain, abah aku akan bayarkan. Seterusnya, adik beradik aku akan cakap selama ni kalau makan luar, mesti abah akan bayarkan untuk aku sekeluarga.

Sewaktu majlis persaraan mak saya, bersusah payah aku arrange dengan rakan mak aku untuk membantu mereka buat majlis. Waktu mak aku buat ucapan, dia cuma berterima kasih kepada anak anak lain sebab susah payah balik untuk sama sama meraikan majlis persaraannya.

Kemudian, waktu nak ambil gambar keluarga di atas pentas, mak aku tiba tiba nak suruh aku cek sesuatu. Tak bagi langsung aku bergambar bersama padahal ambil gambar tu cuma seminit dua je. Mak aku beria ia nak aku selesaikan arahannya. Akhirnya aku tak ada dalam gambar keluarga.

Kemuncaknya pada tahun lepas, disebabkan adik beradik yang lain, bapa aku halau aku dari rumahnya dan berulang kali kata aku ni anak derhaka. Sampailah aku keluar dari rumah mereka. Siap dengan adengan baling kusyen kepada aku yang dah di luar rumah (marah sangat la tu).

Dari situ, aku berazam untuk tinggalkan semuanya. Tinggalkan ibubapa saya. Tinggalkan adik beradik saya. Aku anggap aku tinggal di tempat yang jauh dari ibubapa dan susah nak balik.

Sekali sekala aku akan call mak bertanya khabar. Mak memang selalu suruh aku ke rumahnya sebab sebelum ni, setiap kali lepas kerja aku akan ke rumah mak untuk lipat kain , picit picit mak, atau sekadar layan mak bersembang.

Mak aku tu needy. Kadang kadang waktu tengah kerja, mak call semata mata dia teringin nak minum air kelapa dan aku kena keluar dari ofis dan belikan air kelapa dan hantar kepada mak.

Kadang kadang, baru nak tarik selimut, mak aku call nangis nangis sebab badan lenguh dan nak aku datang untuk urut. Pun aku akan start kereta dan ke rumah mak.

Sejak sejak aku dah tinggalkan semua, ibubapa aku yang akan selalu ke rumah anak anak lain. Nak harapkan anak anak balik rumah ibubapa, memang tak lah. Ibubapa yang kena terhegeh hegeh pergi rumah anak anak.

Waktu PKP ni, aku tak ada adik beradik frontliners, tapi takde seorang pun yang nak temankan ibubapa.

Aku kesiankan ibubapa saya. Tapi pada masa yang sama, aku rasa, cukup dah aku dibuli. Sampaikan anak anak aku pun terkena tempiasnya. Unfair sangat.

Apa sahaja achievement anak anak saya, dipandang sepi. Kalau cucu cucu yang lain, hari sukan tadika pun beria ia mereka attend. Anak aku jadi olahragawati sekolah, jadi pelakon utama teater, jadi tokoh murid harapan, tak dipandang langsung oleh ibubapa saya.

Anak anak aku pun tak bertanya pasal atok dan tok mama. Mereka pun faham apa yang berlaku.

Aku menjalani kehidupan dengan lebih gembira. Tak perlu rasa sakit hati dengan cemuhan dan perli dari adik beradik. Tak perlu lagi dibuli jadi bibik di rumah parents.

Aku tak pernah rasa menyesal tinggalkan mereka sebab aku tahu, dalam hidup aku ni, ada 3 orang yang betul betul ikhlas sayangkan saya. Suami, dan anak anak saya. Cukup dah kasih sayang dari mereka untuk saya.

Jangan takut tinggalkan kehidupan yang toksik. Setiap orang berhak mendapat kebahagiaan.

– Lulu (Bukan nama sebenar)

Antara reaksi warganet :

Firdaus Hanarsha : Kalau dah anak emas, cucu pun emas. Kau anak besi buruk, anak kau pun besi buruklah.

Aku dah hadap sejak kcik tapi aku tak kisah sgt. Aku tahan semata2 sebab ayah aku. Tapi.. bila anak2 aku diperlakukan dgn sgt berbeza, aku nekad letakkan titik harapan utk bertaut dgn dorg.

Dah dari kcik pun aku cucu besi buruk, takde beza pun dgn anak aku. So baik stay jauh2. Tak heboh nak jenguk pun kalau dah lama tak bertandang.

Biru Cempaka : Yang dekat bau tahi,yang jauh bau bunga..takde la org nak cipta pepatah tu kalau takde kisah mcm ni..kalau mak ke tanya,Adil beradik ke tanya,waktu tu terus terang je..terpulang pada dorang nak terima atau tidak..

Husain Izham : style orang dulu2 lagi ni..anak cucu yang tu paling bagus bagi dia.. favoritism..yang tak baik..xbagus..xberharta semua kat anak yang tu..tahniah confessor..hidup ni nak bahagia abaikan semua yang cam ni

Chua Chia Yee : Good job dear confessor. Be like mirror. Love those who love you.

Can never change favoritism in parents so d best way is to blah je.

Sumber : iium confession
Gambar Hiasan : ihsan google images

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *