Dia mula g0da aku bila pgg tombol gear. Aku xprnah sntuh prmpuan sblum ni mmg trkjut namun aku tewas.

Hi..Assalamualaikum, nama aku A. Tidak hensem. Aku bekerja di sebuah kilang di utara tanah air. Kisah yang aku nak cerita ni telah beri kesan pahit dalam hidup aku.

Aku seorang lelaki yang tak pernah bercinta atau ada kawan dari kalangan perempuan. Tiga tahun lepas, aku bertemu seorang perempuan baru masuk kerja di kilang dan department sama aku bekerja. Aku namakan dia sebagai S.

S merupakan junior aku di sekolah menengah dulu. S mengenali aku tetapi aku tidak mengenali S sebab mungkin aku memang agak pemalu dan kurang bercakap dengan perempuan.
Semasa aku mula kenal S, dia seorang perempuan yang lemah lembut, sopan dan menjaga solat.

Sepanjang 2 bulan aku kenal S, aku tak pernah ada apa2 perasaan padanya dan kami hanya sembang soal kerja sahaja. Aku ni memang pemalu dan serius bila bercakap dengan perempuan membuatkan tiada perempuan berani untuk mendekati aku.

Masuk bulan ke 3 pengenalan kami, S telah follow aku di instagram. Memandangkan kami sekolah di sekolah yang sama, mudah untuk S terjumpa account instagram aku. Lepas seminggu, S mula sembang dengan aku selain dari kerja.

Dia selalu tanya aku pergi kayuh basikal dekat mana dengan siapa sebab dia selalu nampak aku post story tentang berbasikal. Selang sebulan, S menjemput aku ke kenduri kahwin kakaknya. Aku datang bersama kawan2 kerja yang lain. Seperti biasa, akan ada sesi bergambar.

Malam tu S ada hantar gambar kami di kenduri tu kepadaku. Dan di situ la mula kami chat melalui whatsapp. Lepas tu, dia selalu reply story aku dan begitu juga aku. Kami mula jadi rapat.

Lepas beberapa minggu kami rapat, S cuba bagi aku pickup line. Aku tak mengerti, aku memang tak faham aku anggap dia hanya bergurau. Aku pun hanya ketawa dan S mendiamkan diri dari aku. Selepas 2 hari, aku nampak S tak menghantar satu pun chat kat aku.

Aku rasa S macam malu sebab aku tak bagi respond yang sepatutnya pada dia. Aku pun chat S tanya keadaan dia dan kami kembali rapat macam biasa. Kami hanya chat tak pernah call atau video call. Minggu seterusnya, aku dalam preparation untuk melancong ke Indon.

Aku seperti biasa akan chat dengan S dan kalini aku cuba beri pickup line dekat S tapi S macam betul-betul serius. Jadi aku pun serius memandangkan aku pun mula suka padanya tetapi aku malu nak luahkan. Dan kami mula bercinta tapi kami rahsiakan dari semua orang atas permintaan S.

Aku tak pernah ada pengalaman bercinta, jadi selalunya S yang akan ajar aku untuk hidup sebagai pasangan bercinta. Perasaan masa tu memang cukup indah bagi aku tak pernah aku rasa sebahagia tu seumur hidup aku. Semasa aku di Indon, layanan S mula lain pada aku.

Aku nampak S post gambar di instagram memakai baju yang ternampak lengan S. Aku tegur S tentang auratnya tetapi dia memarahi aku semula. Aku bersabar dan apa jua yang aku cakap dengan S semuanya aku dipersalahkan. Aku tetap bersabar sebab aku sangat menyayangi S.

Tak pernah lagi aku abaikan S walau apa jua keadaan pun. Lepas beberapa hari, S sering post story yang sedih di socmed. Aku reply bertanya keadaannya tapi dia tidak memberi tahu aku apa yang jadi.

Tapi aku tetap macam biasa memberi dia semangat untuk kuat walau aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Pada malam tu, S memberi tahu yang S pernah ditinggalkan B (ex kepada S) yang pernah bercinta selama 7 tahun. S masih merindui B dan masih berharap pada B.

Aku tetap tenang dan memberi semangat pada S. Aku tak pernah minta S lupakan B dan di dalam hati aku bersedia untuk lepaskan S jika B datang kembali. Aku hanya mahu S bahagia.

Lepas aku pulang dari Indon, hubungan kami masih normal dan tiada lagi story sedih S di socmed. Aku tidak mempunyai kereta, aku pinjam kereta proton saga milik ayah aku untuk bawa S dating. Tapi S tidak pernah persoalkan atau malu naik kereta itu walaupun keadaannya agak daif.

Aku sangat sayangkan S, apa jua yang dia craving atau inginkan aku usahakan. Selepas sebulan, kami keluar untuk menemani S mencari tudung. Pada haritu S mula lain, macam mengharapkan sesuatu dari aku tapi aku tak mengerti.

S sangat manja pada haritu. Di jadikan cerita ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, S sentuh tangan aku buat pertama kali dan aku menariknya kerana aku betul-betul takut ketika tu. Aku tak pernah sentuh mana-mana perempuan sebelum ni.

S tidak berputus asa, dia meletakkan tangan di tombol gear kereta. Memandangkan kereta tu manual. Aku terpaksa menyentuhnya dengan sentuhan minima dan akhirnya aku tewas dengan nafsu aku juga ketika itu. Kami mula berpegangan tangan.

Lepas pada tu berpegangan tangan sudah jadi kebiasaan bagi kami. Beberapa minggu lepas tu, S memberi tahu aku yang B kembali memujuknya. Aku hanya menunggu kata putus dari S sahaja. Dan ternyata S memilih B dan aku lepaskan S pada B. Aku redha dengan ketentuan Allah.

Tetapi S masih cuba mahu aku terus berada disampingnya sebagai seorang sahabat. Aku cuba menolak pada awalnya kerana aku takut. Tetapi S memarahi aku dan merajuk. Di tempat kerja, aku nampak S tak makan, sakit dan matanya bengkak disebabkan banyak menangis.

Aku kesiankan S, jadi aku bersetuju untuk menjadi kawan. Tetapi selepas berberapa minggu, hubungan kami kembali menjadi lebih dari seorang kawan. Ada kalanya kami berpegang tangan, video call dan keluar bersama.

Aku tahu ini salah tapi aku tak terdaya untuk menghentikannya. Jika S ingin keluar bersama B, dia akan memberitahu aku supaya tidak call atau mesej. Aku turuti permintaan S kerana aku sedar kedudukan aku hanya sebagai kawan. Suatu hari, selepas aku menghantar pulang S ke rumah dari tempat kerja.

Tiba-tiba tingkap kereta aku diketuk oleh B. Aku sangat terkejut dan B memarahi aku kerana mengganggu S. Aku memohon maaf pada B atas kesalahan aku. Dan dari situ aku mendapat tahu yang sebenarnya B dan S tak pernah berpisah.

Jadi aku telah jadi orang ketiga dalam hubungan mereka sejak dari awal lagi. Aku sangat kecewa, aku amik keputusan untuk terus berdiam diri dari S. Aku tak mampu lagi untuk teruskan semua ni. Hubungan kami tak berakhir di situ, kami kembali rapat kerana aku tewas dengan pujuk rayu S.

Aku sangat menyayanginya. Dan perkara ni berlarutan selama tiga tahun. Aku menjadi scandal S dan aku tak tahu kenapa aku masih setia walaupun S sudah mempunyai orang lain. Aku tak pernah ubah layanan aku pada S walaupun semua ni terjadi. Sepanjang tiga tahun ni, aku tahu aku silap kerana aku korbankan segalanya untuk S.

Aku menjaga S macam isteri aku. Segala apa kesusahan S aku ada dengannya. Aku mencuci kasut S yang terkena tahi kucing, aku mencuci muntah S ketika dia sakit, aku sediakan ubat untuk S jika dia sakit dan aku memenuhi segala kelengkapan S.

Sebelum S mempuyai kereta S pernah meminjam kereta aku untuk keluar ke mall bersama kawannya. S tidak berani untuk datang ke rumah ku, jadi aku pergi menjemputnya dan meninggalkan aku di cyber cafe seharian menunggu S pulang.

Aku terpaksa meminta tolong orang hantarkan aku ke surau untuk solat. Namun aku tetap bersabar. S selalunya mencari aku jika dia dalam kesusahan sahaja. Jika dia tengah gembira ternyata dia lupakan aku.

Walaupun aku sering diabaikan, aku tetap tak pernah mengubah layanan aku kerana sayangku padanya. Selepas 3 tahun berlalu, seorang lelaki baru masuk kerja di tempat kami. Aku namakan dia M. M seorang yang agak kacak. S selalu memberi tahu aku yang dia suka tengok M membetulkan kaca mata dan rambutnya.

Walaupun S masih bersama B, aku pun tetap mula merasa insecure. Selepas beberapa bulan, aku tengok S mula rapat dengan M. Mereka mula untuk bergurau dan sembang perkara selain dari urusan kerja. Ternyata aku cemburu walaupun aku hanya scandal. Tiba suatu masa, aku mula menyiasat.

Aku jumpa banyak bukti yang S dan M ada sesuatu lebih dari seorang kawan. Aku berjaya kumpul bukti dan tanyakan pada S ternyata S bersumpah mengunakan nama Allah yang mereka tiada apa2 hubungan. Aku tidak berputus asa, dan aku tetap menyiasat perkara ni.

Kehidupan aku menjadi lain banyak meluangkan masa menyiasa tentang S dan M. Pada suatu hari, S ada memuat naik gambar kami satu department di socmed. Gambar itu buat B memarahi S sebab dalam gambar tu S berdiri di sebelah aku.

Dan masing2 ego, hubungan mereka tergantung di situ. Tetapi aku melihat S tenang walaupun sudah bercinta dengan B selama 10 tahun. Hubungan aku dengan S pun mula dingin. Kami tak semesra dulu.

Aku tahu S lebih mengutamakan M dalam hidupnya waktu itu. Hari demi hari, aku nampak S mula lain. Dia sudah tidak lagi gadis yang sopan seperti dulu. Dia mula untuk memakai tudung yang tidak menutup dada. Sebelum ni S tidak pernah buat macam ni. Dan pada masa sama aku masih menekan S tentang hubungan S dengan M.

Dan aku berjumpa M untuk kepastian. Dan ternyata mereka bukan hanya kawan, lebih dari itu aku dengar dari mulut M buat aku tak boleh tidur dan makan beberapa hari. Aku minta M lepaskan S dan M bersetuju. M memberi tahu aku yang M tak serius pun dengan S.

M sudah mempunyai GF di negerinya pantai timur. M memberitahu yang dia cuma berasa sunyi saja bila berjauhan. Dan M minta aku untuk sembunyikan perkara ini dari pengetahuan S. Aku turuti permintaan M. M mula untuk tinggalkan S tetapi S tetap gilakan M.

Merayu seperti takda maruah. M menunjukan semua chat S hantar padanya. Ternyata buat aku sakit. Dan selepas beberapa hari aku tidak mengambil tahu, M memberi tahu yang dia sudah tiada apa2 hubungan dengan S tapi aku masih mencurigainya. Aku risau yang M mempergunakan S untuk kepentingan nafsunya kerana aku mengetahui yang M hanya ingin berseronok.

M ada memberi tahu yang mereka pernah berpegangan tangan walau hanya berkenalan kurang seminggu. Aku yakin hanya B mampu menyelamatkan S jadi aku hubungi B untuk membetulkan hubungan mereka kembali kerana B seorang lelaki yang sangat baik dan telah banyak berkorban untuk S.

Deposit kereta S, B yang bayar. Handphone S (iPhone XS max) B yang belikan. Dan semua pakaian S, B yang usahakan. Mengikut perancangan, mereka akan bertunang pada bulan depan. Tetapi hubungan mereka sudah jadi begini di sebabkan aku.

Aku sangat bersimpati pada B. Aku usahakan segalanya untuk membetulkan hubungan mereka, aku tidak lagi mengharapkan S memilihku. Setiap solat, aku mendoakan S dan B kembali bersama. Selepas itu, B cuba memujuk S dan S tidak melayan B.

Tetapi bila aku menanyakan S, dia memberi tahu yang B tidak menghubungi S. S masih merindui dan menunggu B. Aku merasa hairan, sedangkan B menunjukkan aku mesej yang S tidak melayannya. Aku dan B sudah berbaik dan menjadi kawan ketika itu. Aku usahakan sebab aku takut S ditipu M.

Sebab M memberi tahu aku yang dia tak serius. Tapi pelbagai usaha aku tak berjaya. Aku merasai yang M menipu aku dan masih bersama S. Dalam waktu ini, aku sudah beberapa kali cuba untuk keluar dari kehidupan yang sangat menyakitkan ini namun aku tetap kalah kerana S masih tidak mahu melepaskan aku. Lepas seminggu, aku nampak S sering memerli aku dan sikapnya padaku sangat dingin.

Ketika itu, aku nampak S mesra bersama M dan rakan kerja lain bermain dart di ofis. Aku tidak menyertainya kerana aku cemburu melihat S dan M. Tiba-tiba S mendapat panggilan telefon dan terus datang kepadaku dengan muka yang gelisah.

S meminta tolong aku yang tayar keretanya pancit di parking kilang. Ada seorang kakak memberi tahu beliau. Aku turun dan menukar tayar kereta S seorang diri. Ternyata aku hanya dipergunakan S bila dalam kesusahan sahaja. Aku masih bersabar dan tetap melayan S dengan baik.

Lama kelamaan aku dapati S dan M mesra dan seperti masih ada sesuatu. Aku sudah penat menyiasat, aku mahu rehat dan ingin mencari jalan keluar dari semua ini. Pada suatu hari, aku mengambil cuti untuk hantarkan adikku ke temuduga.

Urusan pada hari itu tamat lebih awal, aku ada masa pada petang hari. Dan aku merasakan yang S dan M akan bertemu pada hari itu. Aku sangat mengenali S, aku tahu bila dan di mana mereka akan bertemu hasil siasatan aku dahulu.

Aku ambil langkah untuk ke kawasan luar tempat kerja dan memerhati mereka dari jauh seperti polis. Dan ternyata sangkaan aku tepat, aku nampak S berlari masuk ke kereta M di luar kilang. Jadi aku menunggu mereka bergerak, dan aku mengekori mereka dari jauh.

Dan aku nampak kereta M berenti di suatu kawasan sunyi di kawasan perindustrian. Aku merasakan sesuatu berlaku di situ. Mereka berdua-duaan di dalam kereta di tempat sunyi. Aku tak mampu bersabar aku terus ke kereta mereka.

Mereka terkejut dan aku hampir untuk memukul M ketika itu namun aku tak mampu kerana S menangis ketika itu. S bercakap yang aku memburuk burukan S kepada M. M memberitahu S yang aku memburukkan S untuk buatkan S membenci aku. Aku tidak pun bercakap apa2 yang buruk tentang S, ternyata M sengaja ingin menjatuhkan aku dan membuatkan S membenci aku.

Ternyata S membenci dan memarahi aku ketika itu. Aku nekad untuk pergi dan keluar dari semuanya. Aku cuba menjauhi S dan M. Selepas itu, S melutut memohon maaf dan memujuk aku, S taknak tengok aku bermasam muka dengan sesiapa lagi.

Aku terima dan kembali hidup seperti biasa tapi sudah tak serapat dulu. Lepas beberapa minggu, S memberi tahu kawan-kawannya yang S meminati aku. Banyak kawan-kawanya cuba untuk satukan kami. Awalnya, aku tidak melayan tetapi usaha S nampak serius. Hampir separuh kilang mengetahuinya, aku pun akhirnya melayan S.

Dan kembali kami rapat seperti dulu tetapi kami tidak declare hubungan kami secara umum. Dan S meminta aku untuk bertemu dengan kedua ibu bapanya jika aku berhasrat untuk memperisterikan aku. S cuba meyakinkan aku dan S meminta aku sendiri bertemu keluarganya. S tidak mahu beritahu apa2 pada familynya.

Dia hanya nak aku tiba2 datang ke rumahnya. Tetapi aku perlu adab, jadi aku berniat untuk berjumpa ayah S di luar dulu. Memandangkan S pernah memberitahu aku yang ayahnya selalu bersenam di suatu tempat.

Jadi mudah untuk aku bertemu ayah S. Suatu hari, kebetulan aku nak ke sana. Aku terserempak kereta ayah S. Aku memberi tahu S yang aku hendak bertemu ayahnya. S memaksa aku untuk tidak bertemu. Bermacam-macam alasan S beri. S cakap masa belum sesuai dan dia tengah sedih dan masih berharap pada B.

S nampak B berbalas komen dengan seorang perempuan buat S cemburu. Jadi aku batalkan niatku atas permintaan S. Dan aku seperti biasa, beri semangat pada S untuk kuat dan sentiasa mengingati Allah.

Makin hari S makin teruk, kak S meminta aku untuk tengokkan S risau akan dia buat perkara yang bukan-bukan. Hubungan aku dengan S makin rapat tapi lebih kepada sahabat kerana aku tak pernah minta S memilih aku atau lupakan B.

Selepas S menghubungi B, B mengakui sudah mempunyai peganti dan S sangat sedih dan hampir cuba untuk bvnuh diri. Selepas beberapa hari, S mula pulih dan layanan dia padaku mula berubah. S sudah kurang chat dan lambat reply akan chat aku walaupun dia online.

Aku mengesyaki S kembali rapat dengan M kerana sering lihat mereka online bersama. Aku pernah tanya S, S menafikan dengan sumpah mengunakan nama Allah. Aku cuma nak kepastian supaya aku boleh pergi tetapi S tidak mahu lepaskan aku.

Aku terus bersabar dan kawan kawan S masih memberi aku semangat yang S sangat sukakan aku. Aku pun terus jalani hidup macam ni walaupun sakit. Suatu hari, S silap send chat pada aku yang dia nak send pada M. Dan dia pun silap send chat aku pada M.

Jadi S sangat tertekan, S wujudkan satu group untuk kami bertiga dan S meminta aku untuk jelaskan semuanya dan begitu juga M. Dan aku dan M jelaskan semuanya. Dan S terus pergi dan memarahi aku dan M. M juga memaki S dengan kata-kata yang kesat namun aku masih bersabar dan cuba beri S semangat.

Sikit aku tak ubah layanan aku pada S. Walaupun S membalas chat aku dengan kata2 kesat. Aku masih bersabar. Keesokan harinya, S tidak datang ke tempat kerja. Aku dan M seperti biasa datang ke kerja dan kami tak lagi bermasam muka.

Aku cuba tanyakan S keadaannya tetapi S tidak membalasnya. Semua orang tanyakan aku tentang S tidak ke kerja, aku tidak dapat menjawab walau selalunya aku akan mengetahui apa2 pada S. M memberitahu aku yang dia tidak ada apa2 lagi dengan dan tidak mampu mempercayai S lagi dan M yakin hanya aku mampu menjaga S.

Dan waktu ingin pulang kerja, S menelefon aku dan memarahi aku. Dia cakap aku lah punca dia hilang orang yang dia sayang sebanyak dua kali iaitu B dan M. Aku hanya mampu diam dan sangat sedih ketika itu. S terus block aku dari WhatsApp. Pada malam tu, M call aku dan cakap S datang ke rumahnya memujuknya.

Aku terus ke sana kerana risau akan keadaan S. Aku hanya tunggu di simpang rumah B untuk elakkan S mengetahuinya. Niat aku hanya nak escort S pulang dengan selamat sahaja. S pernah cuba untuk bvnuh diri jadi aku sangat risaukan itu.

Selepas kereta S keluar, aku mengikuti S sampai ke rumahnya. Keesokan harinya, aku bertemu M dan M memberitahu aku akan keputusan S. S meminta M memberitahu aku supaya tidak mengganggu S lagi. Aku terima dan aku nekad untuk pergi untuk kalini.

Aku tidak mahu lagi tersiksa. Aku putuskan semua rangkaian aku dan S melalui socmed. S tidak lagi dapat melihat aku, dan begitu juga aku. Kebetulan, Perdana Menteri umum kan PKP sedikit sebanyak membantu aku untuk move on dan aku tak perlu lagi melihat S. Sepanjang tempoh PKP ni, S pernah meminta kawannya chat aku dan tanyakan keadaan aku.

S memberi tahu kawannya yang dia masih ragu-ragu dengan keputusannya. Dan aku meminta S untuk tidak mengganggu aku lagi. Dan selepas beberapa hari, S menghubungi aku. Dia call aku tak jawab dan S chat memohon maaf dan mahu hidup seperti sebelum ni namun aku tak reply.

Aku tidak lagi mahu hidup seperti itu. Untuk akhirkan kisah ni, aku dalam fasa untuk move on. Doakan aku kuat untuk hadapi mereka di tempat kerja selepas PKP ni. Terima kasih jika baca kisah pengalaman pertama aku bercinta ni, aku tak pandai menulis seperti kalian. Assalamualaikum.

– A (Bukan nama sebenar) via iium confes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *