Aku nikahi suami tnpa pngetahuan mertua. Bila rumah sewa trtunggak, tiba2 dpt msg dr dia

Hi. Ni kisah rumahtangga aku. Yang aku bina hampir 5 tahun yang lalu. Atas dasar cinta. Aku mengenali suami di sebuah kolej di Kuantan. Waktu tu,aku masih lagi bingung untuk memilih siapa sebagai teman aku ,yeah.

Sebab aku masih menunggu seseorang yang pada masa tu,meninggalkan aku tanpa sebarang kata akibat fitnah daripada housematenya..yang sukakan aku. Aku ringkaskan cerita ,bukan mudah untuk aku menerima dirinya,makan masa juga.

Hati tu masih lagi nak kepada yang lama .Tapi,bila suatu hari,aku bukak tagged EX saya, ada gambar dia dengan wanita lain ,aku pasrah..aku menerima suami aku.

Tatkala aku mula belajar cintakan dia ,baru aku tahu dia masih lagi punya hubungan dengan seorang gadis di salah sebuah IPT di daerah yang sama.

Waktu tu,aku memang tak percaya pun kt gadis tu .Dah sayang kan. Selang beberapa bulan after kami couple, dengar pulak citer dia dating dengan gadis lain di sebuah mall. Again,aku menganggap itu biasa saja.

Walaupun benda tu benar, sebab yang nampak adalah kawan aku sendiri. Aku cinta dia ni cinta mati la. Serius.. nak dijadikan cerita, EX nak aku semula sebab ada krisis dengan GF barunya.

Aku slow talk..beritahu dia ,baiki la hubungan dengan GF tu jangan tinggalkan dia sebab saya. Walaupun masih lagi punya sayang pd dia .

Sebab aku tahu bila kita cuba ambik BF orang,orang di sana pasti akan terluka. Aku memilih untuk bersama suami ,alasan.. dialah yang ada waktu aku ditinggalkan. Cetek pemikiran saya. 2009 hinggalah 2011,kami bercinta. Tak pasti dah berapa kali dia kantoi curang ..

Saya?.Cam bodoh la,percaya jelah cakap dia Anggap gegadis yang dia dok usha tu, gedik kat dia. Sepanjang tempoh tu, aku menjadi kekasih yang setia. Setia tahap bodh.. Dah tahu perangai camtu,tetap nak kat dia . 2011 ,kami berkahwin.

4rwah orang tua ,banyak kali halang.. ye maybe dorang tahu apa yang akan jadi di masa akan datang. Biasalah, org tua.. banyak makan garam .Aku tekad, kata aku yang jahil. Dia pasti berubah. Redhala 4rwah orang tua walaupun berat hati.

Kata mereka dah jodoh nak buat camne .Tapi, kedua orang tua suami tak pernah tahu kami kahwin. Alasannya nanti, dorang tak bagi la bla bla. Okey, percaya sekali lagi Betapa bodohnya aku . Maka bernikahlah kami, cukup Simple sangat , asal SAH. Kami stay di Kuantan, susah senang sama sama .

Waktu tu dia ambik peluang disebabkan perkahwinan kami tidak diketahui ramai, dia ambik peluang keemasan untuk curang. Kembali cuba mengambil hati sorang gadis yang memang cinta mti kat dia, aku tahu.

Sya whatsapp gadis tu , tunjuk surat nikah kat dia, Biasalah, cemburu la tu konon .Tak nak orang amik laki kita .Okey, dia stop sekejap.. Allah uji,aku terpaksa balik ke kampung sebab sewa rumah tertunggak, dia amik lagi peluang keemasan dia.

Waktu tu sarat mengandungkan anak sulung tunggu masa je dia bermksiat dengan gadis lain. Sahabat, sewaktu aku berada di kampung, dia tak pernah hulur duit belanja, alasannya tak cukup, Aku percaya saja .

Suatu ketika, gadis yang dia dok usha tu mesej aku di fB.. sindir aku supaya jaga kandungan. Almaklumlah dia dah syok kat suami aku Masa tu, aku tak tahu pun suami aku suh dia Add mak mertua saya, Bila aku balik kampung baru aku tahu.

Sahabat, mertua tahu kami berkahwin, bila mana anak sulung lahir, 3 bulan selepas tu. Style suami aku dia main perempuan.. bila dia bosan… dia tinggal macamtu je..

Tanpa penjelasan. kadang aku tengok kasihan. sebab terhegeh hegeh pompuan dok cari dia.. dia akan ignore semua call, mesej dan akhirnya pompuan tu tak ganggu dia sebab dah tak de respond .

Satu kejadian yang paling teruk dalam life saya. sewaktu anak sulung kami berusia 10 bulan.again dia dok main cinta dengan sorang minah seberang.. Aku perasan..sahabat, sepanjang dia wat hal..

Sya tak pernah citer keaiban dia kat family saya, apatah lagi family dia. Aku jaga rapi. Tutup .Tapi, dia boleh fitnah aku .Dia cakap kat mak ayah dia, aku yang nak bercrai.. Mak dia bulat bulat percaya. Panggil aku perangai macam Pkimk.. Panggil 4rwah mak aku ibls .

Waktu tu, memang cukup sedih. Orang tua aku pun kecewa. Tapi aku sentiasa percaya dia akan berubah . Apabila dah jadi camtu, aku fikir.. agaknya dia tak boleh jauh dari saya. Aku minta keje kat KL, alasan boleh dok sekali dengan dia.

Sahabat, sewaktu dia dok menggila dengan mana mana wanita, tanpa sebarang nafkah. Aku menjual semua pakaian lama aku untuk beli keperluan anak aku . Satu pun aku tak pernah beritahu sesiapa . Aku tipu 4rwah orang tua, cakap dia bank in duit. Tapi orang tua aku tahu semuanya .

Sesal sebenarnya tapi itu semua ketentuan Allah. Lama jugak la aku dok sekali dengan dia sampai la aku mengandungkan anak kedua. Dan ,kami diuji..rumah sewa kami tu ,akan dijual. Waktu tu,orang tua aku dah tak ada .Aku ada sedikit simpanan..peninggalan arwah orang tua .

Sya tak beritahu dia jumlah yang sebenar ,sebab dia selalu je minta . Sepanjang tempoh tu aku pendekkan cerita entah berapa kali aku disepak terajang kalau tak bagi apa dia nak duit terutamanya ..berapa kali dah dilafaz crai kalau dia tak de duit,berapa kali dihalau suh balik kampung.

Entah kenapa,satu hari aku terbukak pintu hati nak whatsapp mak dia..dia pvkul aku .Maybe aku dah tak tahan .Sebab perangai dia,kalau dia wat silap..dia takkan citer silap dia..dia akan citer silap aku .Jadi orang salah faham .Serik aku . Perangai aku jadi teruk ,dlu aku hormat.

Taat kat dia..aku jadi skit hati,aku rasa cam sia sia aku hormat tapi dia tetap sama .Memang aku jadi berubah..Sebabkan dia . Sampai sekarang ,tetap sama .Bermain wanita ..Tapi aku tETap setia ..

Ramadhan tahun ni,2020..aku jadi seorang wanita yang memang super duper kuat .Dah tak peduli dia nak buat apa. Rumahtangga kami memang cam telur di hujung tanduk . Dengan mak ayahnya yang tak nak amik peduli ,katanya sebab dulu masa kami kawen ,dorang tak de. Tak pelah,sya terima .

Dengan suami yang tak bagi nafkah langsung .Menggila dengan perempuan sana sini. Sahabat,aku pun tak tahu apa yang tak kena dengan hati aku .Suami maki hamun ,benci ,menyampah..tetap mengharapkan dia bertaubat .The latest,dia minta aku bank in sejumlah wang yang besar kat dia ..ribuan ringgit .

Katanya kalau tak bank in,jangan kontek dia lagi. Aku tanya untuk apa..Nak bagi awek ke .Aku beritahu dia,minta maaf..aku tak boleh bagi..inilah duit simpanan aku untuk anak anak spanjang dia tak pernh bg pun nafkah. Sepanjang Ramadhan,aku nuhasabah diri aku.

Aku percaya ,ini kifarah dosa aku .Aku pun banyak khilaf ,dosa .Aku penat dah nak salahakn sesiapa .Biarlah ,aku fikir ..adalah lebih baik aku biarkan saja. Cepat lambat ,Allah pasti akan lembutkan hati dia. Saban hari,aku memohon keampunan ,meminta supaya aku tak jemu doakan dia .

Walaupun sering dicaci, dimaki, diherdik, dipukul ..aku sentiasa doakan supaya akan ada keinsafan dalam hatinya . Last mesej aku padanya ,aku minta dia bertaubat .sama sama berubah ..entahlah,keras hatinya .

Aku penat marah dia kalau ada perempuan lain,aku pun penat nak serang perempuan yang syok kat suami aku .Bukan aku biarkan mereka melakukan dosa tu .Tapi,mereka dah cukup dewasa.. Aku muhasabah diri aku .Aku jauhkan diri dari suami aku .Biarlah dia dengan hidupnya .Allah ada.Allah akan tunjuk semuanya.

Hati aku tak serabut.Jujur,bila kita sandarkan semua pada Allah .Jauh di sudut hati ,nak sangat dia bertaubat .Tak jemu doa .Nangis semua .Pohon hati kuat ..jangan sesekali lupa untuk mendoakan dia. Aku sentiasa pandang khilaf aku walaupun dulu,aku tk de mulia sangat.

Sahabat wanita,aku meneruskan perkahwinan ini demi anak anak saya. Aku tetap mendoakan dia kerana aku yakin sinar itu ada. Jangan melatah ,tapi dekatkan diri dengan Allah .InsyaAllah, bahagia la kita. Nak cemuh suami sampai bila. Biarlah,setiap kezaliman dia ..Allah balas. Tidak d dunia,d akhirat sana. Yakinlah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *