Mlm tu, Akma cuba g0da, aku tepis dan lari ke pintu, time tu la bini aku muncul.

Hi semua. Aku tak pandai sangat nak bercerita, harap korang dapat something dari confession aku ni. Aku tak tahu cabang mana aku nak luah, memandangkan isteri aku pon suka baca cerita kat page ni (aku suka mengintai kalau nampak dia tengok fon sampai tak berkelip), aku harap dia ada terbaca la.

Yang mana tahu kisah aku ni, jangan tag aku pulak ye. So firstly nama aku Izat, umur 27 tahun dan baru berumah tangga 8 bulan lepas. Isteri aku, Bella umur 29 tahun dan ada kerjaya sendiri. Walaupun umur dah 29 tapi Bella Nampak muda dari aku.

Kalau orang tak tahu dia ingat aku lagi tua. Huhu. Kitaorang tinggal asing walaupun rumah aku dengan dia dalam 40 minit perjalanan. Dia tinggal rumah sewa dan aku masih tinggal dengan ayah, mak dan adik perempuan.

Benda pertama aku nak cerita ialah macam mana aku boleh kahwin dengan dia. Kalau korang nak tahu dia ialah bekas isteri arrwah kawan baik aku, Hafiz. Hafiz menggal tahun lepas sebab penyakit. Masa tengah sakit teruk dia selalu pesan kat aku yang aku lah orang paling dia harapkan untuk tengokkan Bella.

Lupa aku bagitau Bella anak yatim piatu. Masa tu kat hospital ar wah cerita satu-satu pasal Bella. Bella jenis tak boleh bawak kereta jauh, dekat-dekat dia boleh la. Kalau masuk kawasan Bandar ke memang dia fail. Lepas tu ape yang Bella tak boleh makan, ape yang dia suka makan.

Tengah baring lemah pon dia sempat cerita satu-satu kat aku. Aku tahu ar wah betul-betul sayang kat Bella. Lastly, dia minta aku jaga Bella atau dengan kata nabila mintak aku kahwin dengan dia. Aku hanya angguk je, tak tahu nk cakap ape masa tu.

Ar wah dengan Bella dah 2 tahun kahwin tapi takde rezeki anak. Masa ar wah sihat dulu pon dia selalu bawa Bella keluar lepak sekali, kiranya aku dan Bella memang dah lama kenal.

Long story short, lepas 6 bulan Hafiz pergi, aku kahwin jugak dengan si Bella ni. Family aku sangat ok dan terima dia sebagai menantu seadanya. Aku? Entah la susah nak cakap, sejujurnya aku terima dia masa tu sebab teringat janji pada ar wah dan sememangnya aku dah lama single.

Last aku sentuh dia (salam) masa lepas akad nikah. Tu pon aku tarik tangan cepat-cepat walaupun dia masih cium tangan aku. Mak aku pulak terlebih excited bila anak sulung dia kahwin. Dia siap upah orang untuk hias bilik aku. Cantik jugak la dengan bunga-bunga pink + putih.

Aku dah pesan dekat mak aku yang aku nak majlis ringkas je, tak nak pelamin. Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar, walaupun ada mulut-mulut yang mengata Bella, aku just pekakkan telinga je.

Malam tu aku tak tidur pun kat bilik tu, aku tidur kat luar je dengan alasan aku rimas dengan hiasan bunga-bunga. Keesokan lepas majlis tu Bella terus mintak izin aku nak balik rumah sewa. Mak aku dengar, tak sempat aku nak angguk, mak aku halang.

Mak aku mintak dia stay lagi dua tiga hari kat sini. Bella hanya senyum je. Masa tu aku terus Tanya “kau ok tak?” dia hanya angguk. Sejak dari tu kalau depan family aku, aku akan bahasakan diri saya awak, kalau dengan Bella je aku kau. Bella pandai ambil hati mak aku.

Kadang-kadang aku tengok dia dah mcam adik perempuan bongsu aku, suka peluk mak aku, cium mak aku. Dia memang jenis manja. Kalau Bella tak balik hujung minggu, mak aku la yang beriya-iya call mintak balik.

So boleh dikatakan setiap hujung minggu Bella akan balik rumah family aku. Tapi setiap kali dia balik pon, kami memang tak kan tidur sekatil. Bila dah lepas kahwin aku tak rasa hidup aku berubah. Yela, Aku jumpa Bella pon bila hujung minggu.

Mak aku pernah Tanya aku kenapa aku tak stay je dengan Bella kat rumah sewa, aku bagi alasan yang tempat kerja aku dekat dengan rumah mak. Kalau aku stay dengan Bella amik masa sejam jugak nak sampai tempat kerja. Selepas 2 bulan kahwin, Allah nak uji aku.

Kalau korang nak tahu sebenarnya aku ada simpan hati kat sorang perempuan ni nama dia Akma sebelum aku kahwin lagi. Akma ni staf kontrak baru masuk kerja sebelum aku kahwin. Dia boleh dikatakan hot masa tu, mana tak nya wajah yang manis, peramah.

Sape yang tengok pon mesti terpikat dengan senyuman manis dia. Tambahan pula Akma single masa tu, ramai la yang nak try. Masa mula-mula kami kenal, kami agak rapat tapi lepas dia tahu aku dah nak kahwin masa tu, dia perlahan-lahan jauhkan diri. Aku dah cerita sepenuhnya pada dia dan siapa Bella sebebenarnya.

Masa ni aku dan Akma masih berkawan biasa. Dan Akma ni perempuan freehair. Kat tempat kerja ramai yang usik aku ngan Akma ni sepadan macam pinang dibelah dua gitu. Lepas aku kahwin, kami masih berhubung dalam Whatsapp. Masa tu la baru dia nak bagitau yang dia suka aku. Dia cakap kalau dia bagitau awal nanti dia takut aku akan batalkan perkahwinan.

Aku happy gila masa dia bagitau tu. Lepas beberapa bulan couple dengan Akma, aku berterus-terang dengan Bella yang aku ada hubungan dengan staf tempat kerja aku. Bella hanya pandang aku, aku ingat dia nak marah aku dah tapi boleh dia cakap “Baguslah” sambil sambung makan.

Aku tanya balik dia “Kau tak marah ke?” dia balas “kalau aku couple dengan laki lain agak-agak kau marah tak?” lebih kurang macam tu la ayat dia. Time tu jugak la si Akma call aku, aku cakap la tengah makan dengan Bella, aku minta dia call balik kejap lagi.

Suara dia macam merajuk plus marah. Tengah rancak aku ngan Bella borak sambil gelak (Bella suka buat lawak), Akma call lagi. Kali ni dia betul marah sebab aku tak reply whatsapp dia.

Ayat dia aku ingat sampai sekarang, “kau makan ke kau tengah berji*ak ?!” aku betul hilang sabar masa tu sebab aku dah bagitau elok-elok tadi tengah makan. Aku jawab “haah, tengah berji*ak !” aku off call hempas atas meja, pecah jugak la skrin fon masa tu.

Bukan Bella je terkejut, mak aku yang kat dalam bilik pun boleh keluar tanya kenapa. Mak aku dah faham perangai aku bila dah marah memang teruk. Aku tak boleh terima bila orang cakap kasar macam tu bila aku dah cakap elok-elok. Lepas dari kejadian tu, aku baik balik dengan Akma tapi kami still asyik bergaduh.

Disebabkan perangai dia yang suka sangat control aku. Dia macam cemburu bila Bella ada kat rumah mak aku. Padahal hujung minggu je Bella datang. Dan aku pon mengaku dengan Akma yang aku tak pernah sentuh Bella.

Apa-apa yang aku hadapi, aku akan call atau Whatsapp cerita kat Bella. Dia dah jadi pendengar setia aku pulak. Dia jenis happy go lucky, kadang boleh jadi serius, kadang boleh jadi budak-budak. Nasihat dan kata semangat dia macam kaunselor. Kalau kau murung ke baik kau jumpa Bella, terus jadi happy. Hehe.

Lama kelamaan aku jadi makin rapat dengan Bella, sebab apa-ape je aku akan cerita kat dia. Dia dah jadi macam bestfriend aku bukan macam suami isteri. Kemuncak segalanya, beberapa minggu lepas Akma ajak aku keluar makan, masa tu dah agak lewat malam.

Tapi aku ikutkan je. Aku nak jemput dia kat rumah. Akma tinggal rumah sewa dengan kawan-kawan dia. Bila aku sampai je rumah dia, aku pelik kenapa sunyi sangat, mungkin dah lewat malam. Aku call Akma, dia cakap dia tengah bersiap, dia suruh aku masuk je dalam rumah, sebab rumah tak berkunci. Aku maatikan enjin terus jalan masuk.

Masa tu tak fikir ape-ape yang pelik. Aku masuk rumah dia kosong takde sape-sape, pintu aku biarkan terbuka. Aku duduk atas kerusi kat ruang tamu. Aku perhatikan je dalam rumah tu sebab ni first time aku masuk rumah dia.

Boleh tahan bersepah rumah anak darra, aku cakap dalam hati je. Hehe. Tak sampai 2 minit Akma keluar bilik. Terbeliak biji mata aku. Tak pernah aku tengok Akma pakai baju sek c macam tu, aku tunduk segan.

Terus dia datang dekat dengan aku paut lengan aku. Aku macam tolak sikit tangan dia, aku tanya la kenapa tak bersiap lagi. Dia cakap dia tak lapar pon, dia nak aku temankan dia malam ni sebab kawan-kawan dia takde. Aku macam tak sedap hati, aku tolak dia.

Aku cakap la aku nak balik la sebab esok kerja. Masa aku nak jalan keluar, dia peluk aku dari belakang, masa tu jugak Bella muncul kat depan pintu. Aku cuba tolak Akma tp dia peluk kuat sangat. Sampai aku jerkah dia, baru dia lepaskan. Bella dah terpaku kat pintu pandang aku.

Aku panggil Bella tapi dia jalan laju-laju masuk kereta, aku tak sempat nak bagitau ape-ape pon. Masa tu aku rasa macam nak menangis pon ada. Aku tanya Akma kenapa dia buat aku macam ni. Akma cakap dia terlampau sayang aku.

Dia cemburu bila baca conversation Whatsapp aku dengan Bella. Dia nak aku sorang je. Dan dia rancang nak buat Bella benci dengan aku. Dia curi nombor Bella dari fon aku. Aku terus terang dengan dia, aku dah tawar hati bila dia buat aku macam ni.

Bella masih jadi keutamaan aku sebab dia isteri aku yang sah. Masa perjalanan balik ke rumah, aku cuba call Bella memang dah tak dapat. Dia dah off fon. Aku jadi buntu masa tu. Aku cuba fikir balik apa yang dah aku buat selama ni kat Bella.

Sepatutnya aku kena jaga Bella, bukan sibuk bercinta dengan Akma. Aku betul tak sangka Akma boleh buat aku macam tu. Tapi aku tak salahkan sepenuhnya pada Akma. Aku jugak yang bersalah sebenarnya. Sejak dari kejadian beberapa minggu lepas, sampai ke hari ni aku tak dapat contact Bella, dia pon dah tak datang rumah mak aku.

Malam-malam memang aku tak dapat tidur, makan pon dah kurang selera sekarang. Sampai mak aku perasan, siap usik rindu bini la tu. Aku senyap je. Kalau la Bella terbaca confession ni, aku nak kau tahu Mak rindu kau, hari-hari tunggu kau call, konon kau bagitau mak yang kau outstation luar Negara kan.

Tapi aku tahu kau ada kat sini je. Aku dah pergi rumah sewa kau tapi sunyi je, banyak kali aku pergi. Aku betul-betul nak berjumpa, nak cerita hal sebenar. Aku dah clash dengan Akma. Dia cakap nak bomoh aku, aku tak kisah dah sebab aku ada Allah, aku ada kau. Harap bila kau baca ni contact aku balik.

Aku betul rindu kau. Rindu nak dengar kau gelak. Maafkan suami mu. Aku janji aku akan jaga kau baik-baik. Berikan aku peluang kedua please Bella. Aku merayu sangat. Hargai siapa pon dia yang selalu ada masa kau sedih atau gembira.

Maafkan aku jika ada penggunaan bahasa yang kasar. Aku perlukan kata semangat dan jalan keluar bukan kecaman. Terima kasih. Via dunia kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *