Kerana cinta itu buta. Tngkat 2 bilik bini pertama dan bini muda dipisah dgn kain sahaja.

Miskin dan kemalasan adalah perkara yg berbeza. Ada yg diuji dengan kemiskinan tetapi bila kita telusuri rumah mereka, agak tergamam dengan kekemasan rapi dalam dan luar rumah walaupun serba kekurangan. Ada juga yg diuji kemiskinan dan tidak dapat menerima takdir itu, mula rasa diri tidak yakin menyebabkan tiada sbb utk mereka menjaga kebersiha rumah

Kita yg patut ubah naratif ini. Walaupun kita kaya atau miskin, kebersihan menjadi salah satu kemestian selama kita hidup. Perkongsian FB milik Natipah Abu telah buka mata byk pihak untuk menghulurkan bantuan.

KERANA CINTA ITU BUTA …

Apa lagi yang hendak kita rumuskan dari situasi ini melainkan benarlah kata orang, cinta itu buta.

Kes keluarga ini dipanjangkan kepada kita untuk bantuan mendapatkan rumah baru buat sekeluarga yang terdiri daripada 3 orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Aduan tentang keluarga yang tinggal di rumah teres terbiar tiga tingkat di dalam bandar ini kepada pihak berwajib dibuat oleh jiran tetangga.

Kali pertama menziarahi mereka … tidak terjangkau akal memikirkan bagaimana mereka boleh hidup tiga tahun lamanya ditempat yang kotor dan sempit.

Walaupun rumah ini besar tetapi ruang utk berjalan hanya muat utk seorang sahaja kerana dipenuhi dgn sisa bahan buangan yang mereka pungut dari tong sampah. Ketua keluarga ini mencari pendapatan dengan menjual barang-barang lusuh.

Tingkat satu penuh dgn barang lusuh. Tingkat dua pula merupakan kediaman mereka. Di situlah mereka makan dan tidur. Tingkat tiga .. jalan naik ke atas di halang dgn barang buangan. Maka .. kita tidak dapat melihat apa yang ada di tingkat tiga.


Isteri muda sedang hamil tujuh bulan. Dua orang kanak-kanak lagi ialah seorang orang anak isteri pertama berusia 9 tahun dan seorang anak isteri muda berusia 2 tahun.

Ruang tidur kedua-dua isteri hanya dipisahkan oleh langsir semata. Melihat makanan yang terdedah .. hati terasa hendak menangis mengenangkan bagaimanalah kanak-kanak itu makan.

Bagimana madu-madu ini boleh hidup bersama sehingga bertahun lamanya .. kami sendiri tiada jawapan.

Hasil semakan rekod ..

Isteri muda ada tunggakan hutang PTPTN . Bukan calang-calang orang rupanya dia. Pernah belajar sehingga semester tiga di sebuah Politeknik .. cinta telah merubah dia menjadi begini. Dia meninggalkan keindahan hidup zaman mudanya bersama rakan-rakan sekuliah setelah mencintai lelaki itu.

Hari ini .. JKM, JPAM, LZNK dan pemimpin masyrakat iaitu Penghulu dan Imam qariah juga turun utk melancarkan proses perpindahan mereka ke rumah baru.

Rumah baru merupakan flat PPRT .. yang kita bayar RM1500 kepada pemilik sebelum ini untuk melepaskan haknya ke atas flat tersebut. Nanti .. permohonan baru menduduki flat ini akan dibuat atas nama isteri muda.

Setelah menimbangkan beberapa faktor, semua pihak setuju beliau lebih layak. Kita lebih yakin dengan isteri muda yang kita rasakan mampu menguruskan rumah ini kelak.

Kita membelanjakan RM2500 utk barang rumah dan RM1K untuk pemasangan lampu dan kipas serta membaiki pendawaian yang rosak.

Pihak JKM, Zakat bahkan penduduk di kejiranan baru telah memberikan kaunseling kepada mereka agar berubah dan memulakan hidup baru demi anak-anaknya.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan semua penyumbang di luar sana.

Sumber : FB Natipah Abu

*Alhamdulillah kerana menjadi masyarakat yg perihatin dan ambil cakna masalah setempat. Syabas.

Antara reaksi warga net;

Diba Dclassic : Alhamdullillah kerana Malaysia masih ada org mcm pah.. Membantu tanpa mengira perasaan.Marah.sedih. jijik.hmm. Ramai yg tgk gambar dah mcm2 komen.Sedangkan pah hari2 tgk depan mata… Hidup kita lain2.,. Yg mampu boleh bantu, yg x mampu bantu berdoa saja lah. Moga Allah bantu urusan pah selalu… Aamin.

Fati Mah : Manusia biasa.. Tak akan dapat hidup serumah dengan madu. Apatah lagi cuma terpisah oleh tirai nipis.

Manusia biasa tak akan dapat hidup dalam keadaan rumah terlampau kotor macam ni.

So apa agaknya keadaan mereka ni? Takleh hadam.

Moga Allah mudahkan urusan mereka dan kita semua.

Noorsha adam : Mana keluarga n mak ayah isteri kedua.. mesti parents kecewa sangat dengan tindakan si anak.. move on lah dik..balik pada keluarga.. semarah mana pun mak ayah tapi kasih sayang mereka lebih besar… Insyaallah belum terlambat utk mulakan hidup baru, sambung pelajaran yg tertinggal n dapatkan kerja yg lebih baik.

Sylvia Ken : Ni bkn masalah miskin, cinta buta la apa lan ni masalah MALAS! Lengkap fizikal napa tdk blh keja cari duit? Teda keja napa rmh begitu semak? Dua bini 1pun tdk pndai gerak mengemas ka? kau pungut sampah ka klo rajin mesti blh atur juga. Buang masa tlg org begini, makin tlg makin manja, bgs lagi p tlg rmh ank yatim/org tua. Kau bagi rmh baru pun teda guna, klo malas teda ubat 100% 1bln ja balik begini semak. Sdh tau tdk mampu khawin lagi dua, lepas tu ksh biar tu sikap malas mkn diri. Klo sy jutawan pun tdk akan sy tlg org begini byk lagi yg btl2 perlu bantuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *