Isteri bersalin anak gelap dan rambut kerinting, xsama mcm aku. Rupanya mereka buat kerja time aku pergi umrah.

Asalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia, mohon admin hidekan profil aku, saya bernikah tahun lepas, isteri saya seorang perempuan yang cantik, lemah lembut, reti masak, pandai jaga makan minum aku, hormat mak ayah aku, pandai mengaji, pandai solat, serba serbi pandai.

Selepas 2 bulan nikah, isteri saya disahkan hamil 2 bulan ada ke patut? Bila malam pertama je saya dah tahu memang dia pernah disentuh, bila saya tanya kenapa boleh jadi macam ni?

Pertama dia tak mengaku, saya paksa dia mengaku akhirnya dia pun mengaku.

Dia cakap masa saya pergi ke umrah dia pernah terlanjur dengan seorang lelaki yang dia kenal di media social dan masa tu kami sudah pun bertunang. Dan saya tanya berapa kali? Dia cakap dah banyak kali sampaikan tak terkira.

Dan masa saya dah balik dari umrah pun dia masih berhubung dengan lelaki itu. Allahuakbar. Sejak malam tu saya dah mula berubah, saya tak boleh terima dia buat macam ni kat aku, saya tak pernah sentuh mana mana perempuan, tapi kenapa ini yang saya dapat.

Sejak malam pertama kami bernikah tu, saya jadi benci tengok dia, walau dia cuba ambil hati aku, tapi hati saya dah hancur berkeping keping. Saya selalu bayangkan bila bersama dia, macam tu lah dia bersama orang lain.

Jangan salahkan saya sebab dia lah saya jadi macam ni. Saya tak sangka perempuan sebaik dan sesolehah dia rupa rupanya sudah rosak.

Jangan salahkan saya kalau saya berfikir seperti ini sebab masa saya nikah, isteri saya sudah bukan perawan. Selepas kami nikah, adalah saya sentuh dia dalam 3 kali je, tu pun selepas dia buat pengakuan memang saya rasa jijik nak sentuh dia.

Dah 3 kali sentuh je takkan dah hamil? 2 bulan nikah, 2 bulan juga dia hamil? Tak masuk akal kan? Jangan jangan masa nikah dengan saya dia memang dah hamilkan anak orang lain.

Saya ada tanya dia, kenapa hamil terlalu awal? Orang lain ke hamilkan dia?

Dia menangis kata kata tu anak aku, katanya dia nak bercerrai lepas lahirkan anak, sebab saya tak hargai dia. Saya tak hargai dia? Kalau dia hargai aku, dia tak akan layan lelaki lain di saat kami sudah pun bertunang. Kenapa min? Saya jaga dia sebaik mungkin.

Saya tak pernah buat benda jahat, saya hormat dia, saya nak jaga kesucian dia, tapi ini yang dia balas kat aku. Saya sedih campur kecewa.
Nak cerai dia tu tak mungkin sebab saya nak dia jadi pasangan saya sampai mati sebab hanya dia seorang sahaja wanita yang saya cinta.

Tapi kenapa dia buat semua ni? Ya Allah. Walaupun dia buat semua ni min, saya masih layan dia baik, nafkah zahir dia memang saya bagi, cuma nafkah batin je saya tak bagi sebab bila bersama dia, saya terbayang bayang dia akan bersama orang lain.

Saya jadi trauma. Bukan saya tak pernah nak sentuh dia. Tapi bila nak sentuh, saya teringat benda tu. Bukan senang saya nak dapatkan dia, ayah dia tak berapa nak suka aku, yelah saya kerja biasa biasa je. Walaupun kerja gov gred saya renda takat spm je.

Sedangkan mereka semua keluarga terhormat. Mak ayah dia dah balik haji berkali kali. Isteri saya khatam al quran berkali kali. Mereka dari keluarga yang hebat. Kaya raya dan terhormat. Sedangkan aku. Hanya lelaki kampung yang datang ke kota hanya untuk mencari rezeki.

Saya tahu saya salah sebab buat dia begini. Tapi saya cuba lupakan semua ini. Lagi lagi bila dia mula sarat dan nak bersalin. Rasa sayang saya pada dia mula nak kembali.

Saya nak cuba lupakan kisah silam dia. Yang jadi masalah min, lepas isteri saya melahirkan anak, anak tu hitam, rambut keriting dan rupa anak tu tak sama macam aku.

Lagi lagi saya ni berkulit cerah isteri saya pun sama, rambut kami lurus tapi anak itu hitam macam bangla rambut dia keriting. Saya cuba bersangka baik, saya cuba sayang anak tu dan anak tu pun manja dengan aku.

Panggil saya daddy, sayang aku, jadi penghibur dan pengerat kasih sayang kami. Tapi saya masih rasa tak selesa. Lagi lagi bapak mertua selalu sindir sindir kenapa rupa anak tu lain?

Katanya pak mertua mesti keturunan saya rupa macam tu sampai cucu dia lahir jadi macam tu. Allahu saya terpaksa telan hinaan itu. Isteriku pun sekarang sudah tidak bekerja. Sebab saya nak dia duduk rumah jaga anak.

Nafkah dia pun saya tunaikan. Saya dah mula mula nak sentuh dia cuma saya masih curiga dengan anak itu, anak perempuan yang dibinti nama aku. Perlu ke saya senyap senyap buat test DNA? Kalau terbukti anak aku.

In sha Allah saya terima kalau sebaliknya? Ada kah saya boleh jadi wali anak itu, macam mana dengan surat lahirnya yang di bin nama aku? Saya buntu. Saya taknak bercerai tapi saya tak tahu nak buat apa. Saya masih sayangkan dia.

Cuma saya rasa tak selesa macam ni. Keluarga saya semua tak tahu pasal ni. Mak ayah saya sayangkan anak tu. Tolong aku.

Reaksi warganet

Khairul Hamdi –
Buat lah..😌 Bayangkan berapa Tahun nak HIDUP dalam tanda tanya. Sebab awak sendiri yang tahu, yang rasa.

Berkenaan pasangan sendiri.. Wallahua’lam
( Moga Allah ampunkan d0sa penziinaan isteri) aminn 😥😥

Tuan seorang pemaaf, moga syurga buat tuan Aminn 👏👏💓

Mashitah Mashi –
Anak saya yang no2 berkulit gelap. Yang sulong putih melepak. Yang no 3 pun tak segelap yang no2. Anak anak saya ketiga tiga muka tak seiras. Cuma yang samakan mereka cuma tanda lahir…

Saya dan husben kulit tak gelap pun. Ok dekat sini boleh nampak tak. Warna kulit tu tak semestinya ikut mak ayah…

Memang susah nak terima sebab dalam tempoh bertunang dia boleh buat perangai macamtu. Ini awak tak lunaskn nafkah batin dia. Tak takut ka kalau dia cari orang lain secara diam2?

Fikir sebaik mngkin…

Nur Ain Rahim –
Ye, nak yang terbaik buatlah DNA test. Lepas tu senang nak cerita soal harta keturunan dsb.

Disebabkan awak lelaki yang baik, mungkin itulah ujian untuk awak. Sabar, ujian Tuhan takkan sama.

Jika isteri nak berubah dan insaf terimalah dia dan jangan sia siakan. Siapa kita untuk menepis semua ujian Tuhan, jadi berusahalah baiki rumahtangga sebaiknya.

Walaupun mungkin suatu masa keputusan dna menyatakan anak itu bukan anak awak sekalipun, layan dia dengan baik. Dia tak salah dalam hal ni.

Mohd Firdaus Makhtar –
Yang terbaik adalah dna test. Ianya menjawab teka teki selama ini. Makin lambat buat, makin terabai nanti tanggungjawab atau kasih sayang yang sepatutnya awak bagi.

Tidak adil bagi mereka. Jika sebaliknya, awak telah teraniaya dan TIDAK ADIL bagi awak juga..

Rujuklah kepada pakar. Yang salah tetap salah, mohon kuatkan iman untuk hadapi semua ini.

Kepada Jabatan Netizen, jika didapati bersalah, hendaklah semua pihak ambil teladan dan pengajaran dari kisah ini…

We cannot always be nice all the time and back up benda yg x betul..

Enk Wonderland –
Bias betol commentar kat cni. Kalau laki berziina time bertunang, suruh si isteri maafkan sebab si Suami dah Insaf.

Tapi kalau si isteri yang berziina komen kecam si isteri tu. Patutnya kena adil la.. Siapa yang berzina dan khianat pasangan kena kecam la tak kira perempuan mahu pun lelaki.

Kpd tt, check je dna. Xsalah pon. Yang penting kalau dah decide nak teruskan perkahwinan, kalau boleh jangan mengungkit isu ni. Sebab tt dah decide untuk terima kekurangan si isteri.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sungguh tabah si suami. Moga segala urusannya dipermudahkan. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *