Mak selalu pijak aku dan panggil aku sundhal. Satu hr aku ambil baju kotor mak bawa balik.

Aku Eyna, 27 tahun merupakan seorangi pegawai pemasaran di salah sebuah syarikat tersohor di Malaysia. Aku merupakan anak sulung dari 4 beradik, adik aku yang kedua dan ketiga telahpun mendirikan rumahtangga dan menetap bersama sama keluarga mertua masing masing.

Ayahku telah pun pencen pada 28 April yang lalu, manakala ibu masih berkerja di salah sebuah kilang disini sebagai seorang supervisor. Sedari kecil aku merupakan anak yang selalu terpinggir, ibu dan ayah mengajar aku untuk hidup tanpa bantuan orang lain dan harus pandai berdikari.

Aku dihantar pulang ke kampung untuk bersekolah disana, aku cuma akan menjadi ‘ anak ‘ ketika cuti sekolah panjang sahaja. Begitulah rutin aku selama 5 tahun, bahkan bisa dibilang dengan jari berapa kali aku pulang ke rumah aku sendiri.

Setiap kali pulang ke rumah, pasti aku akan mengambil baju kotor ibu untuk dibawa ke kampung, buat melepaskan rindu pada keluarga yang jauh disana. Aku sering dibuli di sekolah hanya kerana kawanku yang lain tidak pernah berjumpa mereka.

Hinggalah pada pertengahan darjah 5 aku telah dibuli sehingga dirotan oleh cikgu berulangkali hingga lebam dan berbekas darah beku di tangan. Sebaik pulang nenek, kelihatan sangat sedih kemudian mengkhabarkan kejadian tersebut kepada ibu dan ayah.

Ibu menitipkan pesan bahawa dia akan menukarkan aku untuk bersekolah disana dalam masa terdekat. Aku sangka aku akan menyambut berita itu dengan penuh perasaan teruja kerana akhirnya aku tidak perlu menunggu cuti sekolah lagi tetapi rupanya itu adalah permulaan bagi segalanya.

Sebaik selesai urusan pertukaran sekolah di Selangor, aku ditempatkan didalam kelas pertama ekoran kecemerlangan aku dalam setiap peperiksaan setiap tahun. Setiap hari aku akan berjalan ke sekolah selama 15 minit seorang diri sambil memikul beban yang banyak kerana aku akan menghadapi UPSR pada tahun tersebut.

Sedangkan adik adikku yang lain akan menaiki bas sekolah yang dibayar setiap bulan oleh ibu dan ayah. Sekiranya aku letih untuk berjalan kaki, aku juga akan menaiki bas tersebut namun aku harus membayar RM2 untuk pergi dan balik menggunakan wang belanja aku sendiri.

Namun tidak pernah keluhan itu terpancar dari bibirku kerana ibu dan ayah sering menekankan bahawa anak sulung harus tumbuh dengan tabah sekali. Jadual aku padat dengan sekolah kebangsaan di waktu pagi, sekolah agama di waktu petang dan tuisyen di waktu malam 2 hari sekali.

Aku menguruskan keperluanku sendiri, berbeza sekali dengan adikku yang lain kerana segala serba serbi pasti disediakan oleh ibu dan ayah. Hari demi hari, berbaki seminggu sebelum UPSR ketika aku sibuk menyiapkan borang termasuk salinan fotostat hati aku tertarik untuk melihat sijil nikah ibu dan ayah sekadar tahu tarikh pernikahan mereka kerana aku tidak pernah tahu tentang hal itu.

Alangkah remuknya hatiku bila mengetahui bahawa tarikh pernikahan ibu dan ayah 4 bulan setelah kelahiranku, berkali aku melihatnya dengan harapan aku salah tapi setiap kali itulah kebenaran dihidangkan untukku. Aku menangis sehari suntuk.

Tetapi aku tidak berani untuk memberitahu mereka bahawa aku telah tahu semuanya, aku hadapi hari hari yang mendatang dengan perasaan yang sungguh berkecamuk.

Bahkan, aku sampai menangis ketika menjawab UPSR dan aku mula menyalahkan diri aku sendiri. Aku kekal tegap menyimpan rahsia itu sehingga sekolah menengah, untuk menutup pengetahuanku, aku telah menjadi pelajar cemerlang setiap tahun sehingga dinobatkan antara Pelajar Harapan Negeri Selangor. Tahun demi tahun, keadaan makin sukar bagiku.

Aku mula memberontak tika layanan mereka tidak memadai buatku, mungkin aku telah melihat jurang kemesraan itu dan aku telah pun tahu punca semua itu. Aku mula berpeleseran di waktu malam bersama rakan rakanku yang lain, termasuklah lelaki.

Aku mula keluar secara sembunyi, merokok, bergaul bebas dan bahkan aku mula minum minuman keras. Aku menjadi sangat liar dan tidak terkawal, cara ibu dan ayah mengajarku adalah dengan kekerasan dan bukannya secara diplomasi hati ke hati. Setiap kekerasan yang hinggap di batang tubuhku seolah tidak terasa apa pun.

Sekadar menjadi angin lalu buatku dan itu membuatkan aku semakin memberontak. Pada permulaan tingkatan 5, aku telah dipukul oleh ibu hanya kerana aku memarahi adikku kerana tidak meninggalkan makanan buatku yang lelah berjalan menghadap terik mentari sewaktu pulang dari sekolah. Ibu memijak mukaku berulangkali sehingga mukaku bengkak dan mengeluarkan darah dengan begitu banyak sekali.

Aku tidak betah lagi hidup menjadi anak buangan lalu aku mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Berbekalkan RM20, aku menaiki bas menuju ke Ipoh. Aku cuma sehelai sepinggang berbekalkan duit belanja yang dikumpul, IC, sebotol air mineral dan sehelai baju sejuk. Seharian berjalan di kota yang asing, tanpa makan bahkan sesuap, tanpa wang untuk pulang akhirnya aku terduduk disebuah tangga kedai.

Aku melepaskan lelah dan tertidur pulas sambil memegang perut yang lapar. Aku akan mengutip makanan di tokong kecil, mandi di tandas awam berhampiran dan tidur semula di tangga dalam keadaan duduk, panas dan dihurung nyamuk. Seminggu berkeadaan begitu, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berkerja.

Aku mendapat tawaran berkerja disebuah kelab malam sebagai ‘assistent bartender’ di Ipoh. Aku diberi kemudahan untuk tinggal di rumah sewa yang disediakan oleh pihak majikan. Setiap hari dihidangkan oleh gemerlap dunia membuatkan aku lupa pada keluarga juga pada agama, hampir setahun aku menghilangkan diri tanpa khabar buat mereka.

Saat itu aku terasa puas dan bebas tidak lagi hidup menjadi sesiapa, namun disatu sisi yang lain aku merasa kosong dan rindu pada yang jauh dimata. Setelah lebih 2 tahun diperantauan akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang dan mendaftarkan diri sebagai calon persendiriaan SPM hasil pertolongan kaunselor sekolah.

Aku juga menggunakan gaji yang telah dikumpul selama berkerja di bar tersebut. Kepulanganku juga membawa kerinduaan dan azam seorang anak untuk berbakti pada keluarga namun benar kata pepatah ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Pulangnya aku ke rumah tidak disambut baik.

Bahkan mereka memerliku sepanjang masa namun aku sudah lalu pada istilah ‘ keluarga ‘ mereka. Aku mengasingkan diri daripada mereka, aku meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Begitu payah rasanya, hampir aku terpunduk jatuh di tengah jalan. Alunan ‘perempuan sundal’ , ‘jalang’ dan sebagainya akan didendangkan dari mulut ibu dan ayah.

Adik adikku yang lain juga terikut dengan alunan tersebut dan itulah mimpiku setiap hari. Aku kekal teguh berdiri menjadi tempat melampiaskan amarah mereka saban hari sehingga keputusan SPM telah pun keluar. Hasil lelah dan kesabaran itu terbukti bila aku mendapat keputusan ‘Straight A’s’ dalam peperiksaan tersebut sekaligus melayakkan diriku untuk melanjutkan pelajaran di universiti.

Di semester akhir pengajian, aku dikhabarkan oleh guru di kolej adik keduaku bahawa dia disahkan hamil 5 bulan akibat terlanjur. Ibu dan ayah terus menikahkan mereka berdua untuk menutup malu. Kini mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan.

Selang 8 bulan kemudian sekali lagi aku dikhabarkan bahawa adikku yang ketiga telah menghamili teman wanitanya dan berakhir dengan pernikahan untuk menutup malu. Serasa puas benar, akhirnya kata kata mereka dulu telah berpatah balik kepada mereka sendiri.

Aku juga telah pun disahkan menghidap tekanan perasaan yang pelbagai dan masih lagi meneruskan rawatan dengan pakar psikiatri. Mereka masih belum insaf dengan kejadian yang telah berlaku. Doakan aku kuat menjalani hari yang mendatang, doakan mereka berubah suatu hari nanti.

– Eyna (Bukan nama sebenar)

Antra reaksi warganet :

Laham Fidna : Awak kuat , simpan wang dan jadilah seorang yang berjaya dunia dan akhirat.. ibu bapa awak dah dapat kifarah pun atas perbuatan mereka kerana pilih kasih sayang terhadap anak-anak nya ..

Elin Ramely : 1. Aku respect eyna – jaga maruah walau buat keputusan salah melarikan diri n buat xtvt x berapa sihat padahal boleh je blk kg nenek dia semula…
2. Aku respect eyna nie tetap teguh teruskan perjuangan masa depan walaupun disisihkan ibubapa…
3. Aku respect eyna nie x berlaku biadap pada parents n adik² dia… biar Allah je yg bls..

Excellent girl!

Rabiatul Adawiyah : 1. Ingat Allah setiap ape yg kau nk buat.. Niat yang baik2
2. Doa doa doa.. Allah Maha Mendengar
3. Lupakan benda yg lepas.. Move on.. Mmng ssh.. Tp kena juga.. Moga tidak jadi racun pada diri kau..
4. Jaga diri dan bina kehidupan yg lebih baik.. Jgn biarkan kau ulang kesilapan yg mak bapak dan adik2 kau buat.. One day kau kawin or ade ank.. Didik lah mereka dgn baik.. Elakkan dr penzinaan
5. Sayangi diri kau sebelum kau pikir nk buat sesuatu yg menyakitkan diri kau sendiri..
7. Stay strong.. Ujian utk kau… Ada sebab kenapa kau diuji begitu..

Siti Aminah : Hati awak lembut berperang dgn perasaan sendiri antara memaafkan dan dendam.. Allah tahu kebenarannya, dun worry much about them.. You should focus healing yourself. Usah berharap kasih sayang mereka. Build your inner strength.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *