Ibu kerja kilang. Ibu mcm ‘guna-guna’ kan aku. Kenduri semalam makcik ada bgtahu sesuatu pasal ibu. Mmg sakit hati bila tahu.

Hi. Aku anak sulung dari empat beradik juga. Sebagai anak sulung, terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul tambahan lagi anak perempuan. Ibu aku adalah insan yang paling aku sayang di dunia ini tapi mungkin ibu aku tak sedar itu.

Sejak dari kecil ibu aku seorang yang tegas, ibu tidak pernah menyokong apa keputusan aku. Kadang-kadang dia macam tak percaya dengan kebolehan aku ,jadi sokongan dari seorang ibu memang kurang.

Ibu aku ni garang, jarang nak dengar luahan hati aku, kadang aku bercerita dengan dia pun macam nak tak nak je dengar sampai aku terus diam then aku masuk tidur sebab ibu tak layan.

Ibu tak pernah belikan hadiah, baju raya pun atas belas ihsan orang aku pun tak harap dari ibu. Ada rezeki aku yang siapkan baju raya untuk adik-adik. Apa yang ada di kepala ibu aku mesti jadi seorang yang berjaya suatu hari nanti, ada banyak duit dan menyenangkan dia.

Sejak kecil ibu aku harapkan aku untuk mengubah hidup keluarga kerana aku bukan lah dari keluarga senang. Di sebabkan ibu aku sentiasa mengadu susah sejak kecil jadi aku dah faham lah kan, aku tahu apa yang aku nak buat dalam hidup aku, dari kecil aku sudah menjadi seorang yang berani, bersemangat, tak pernah putus asa.

Percaya tak kalau umur aku 6 tahun aku dah ada impian nak kaya satu hari nanti? Ibu aku tak pernah siapkan baju sekolah aku ke, tengok buku aku ke, apa aku belajar ke tak pernah dia tanya.

Dia tak pernah datang sekolah ambil report card sekalipun sepanjang aku bersekolah kerana sibuk bekerja (ibu kerja kilang) . Ibu aku tak pernah cium dahi aku kesekolah, aku pergi sekolah naik basikal dengan adik-adik, kadang kadang ibu aku mengamuk tak tentu pasal hanya disebabkan benda yang kecil contohnya aku tak basuh kain hari tu sampai taknak tegur aku, bila aku hulur tangan nak salam dia sebelum kesekolah dia tak tengok aku pun seolah oleh dia benci dengan aku.

Hanya tuhan je yang tahu hncurnya hati aku, nak tahu umur aku berapa waktu tu, 8 tahun!Tapi aku tak pernah salahkan dia. Sejak kecil mak aku selalu cakap aku bdoh, aku perempuan sndal, anak derhaka, blabi, anak tak boleh harap, menyusahkan orang tua dan macam2 lagi hanya di sebabkan aku bermain basikal kat luar , tak kemas, tak basuh pinggan, tak basuh kain sedangkan aku masih punya jiwa seperti kanak -kanak biasa.

Aku faham ibu penat bekerja kilang, kadang kerja malam pergi sekolah pun tak nampak muka ibu,Tapi aku tahu dia sayang aku. Umur 13 tahun aku dah masuk asrama, umur 16 tahun aku dah keluar asrama sebab nak kerja. Aku kerja di kedai makan cuci pinggan, balik sekolah je sekolah terus siap-siap pergi kerja sampai malam.

Begitulah rutin aku, ada duit sikit mesti aku bagi ibu , terkadang aku rasa stress yang teramat disebabkan ibu seolah mendesak aku untuk beri dia duit. Bayangkan, upah cuci pinggan 20 ringgit, aku bagi ibu separuh gaji aku selebihnya aku simpan tapi ibu kalau boleh nak semua.

Sampai aku malas nak cakap dengan ibu, so aku bagi je apa yang mampu. Aku suka menyimpan, aku suka cari duit untuk simpanan aku sendiri sebab aku tahu ibu tiada simpanan untuk masa depan aku dan juga adik-adik. Jadi aku ikat perut di sekolah, minum air kosong dan makan sebungkus roti 70 sen di sekolah sampai ke petang.

Dan bila habis sekolah, lagi lah aku bantai dua kerja satu hari. Dari pagi sampai petang kat kedai lain, dari petang sampai ke malam kat kedai makan lain pula. Begitulah aku bertungkus lumus sampai dapat offer masuk universiti. Di universiti, PTPTN aku mesti beri separuh kat ibu, separuh aku simpan kat ASB.

Aku kerja juga sambilan sebagai entertainer kebudayaan, join show di universiti untuk dapatkan duit belanja . Aku jual kek, jual kain , jadi agent dropship untuk tambah pendapatan. Tak pernah aku telefon minta duit belanja yang besar dari ibu, paling tidak pun kalau sesak sangat rm 50 ibu bekalkan untuk 3 bulan itu pun aku segan.

Aku tak pernah merungut , terkadang aku melihat rakan-rakan yang lain begitu senang, ibu bapa mewahkan sampai malas belajar, hujung minggu berjoli, exam failed, every sem repeat. PTPTN tak sampai seminggu dah habis . Dalam hati beruntung nya kamu. Alangkah Kesiannya ibu bapa kamu. Sebelum aku konvo lagi ibu dah pesan kalau dah kerja ibu nak aku bagi dia 1k sebulan, ibu dah angankan macam-macam, banyak yang dia harapkan.

Dia harap aku hantar dia pergi umrah sebab dia nak sangat pergi , kalau boleh sebelum umur dia 46 tahun katanya. Demi jaga hati ibu. Aku iyakan. Dalam hati mampu ke aku nak tunaikan impian ibu, tapi aku redha dan tawakal. Selepas konvo, aku dapat kerja bahagian management dengan gaji RM 1500 sebulan.

Aku rasa tak cukup, aku hanya mampu bagi mak aku RM 500 , adik -adik aku yang masih belajar RM 300-400 dan selebihnya tu lah buat aku makan dan keperluan yang lain. Nasib aku tiada komitmen hutang lagi. Di sebabkan aku rasa tak cukup untuk aku buat simpanan, so aku tambah pendapatan dengan berniaga nasi lemak kat office aku.

Kau jangan cakap lah penat dia macam mana setiap pagi aku bangun awal masak nasi lemak ayam 30-40 bungkus sendiri. Pergi kerja kol 8 kol 4 pagi dah bangun nak masak sedangkan pukul 11 malam aku tidur lepas siap potong bawang semua. Dalam hati ni selalu doa Ya Allah, kau murahkan rezeki aku dan keluargaku bantulah aku untuk membahagiakan ibuku.

Setiap kali aku berdoa dalam hati setiap kali tu lah airmata ni bergenang. Entahla, bab ibu ni aku sensitif banyak sebab aku sedar aku masih tak faham hati ibu aku ni macam mana, takut-takut banyak melukakan hati dia. Tuhan dengar doa aku hari-hari. Tuhan permudahkan urusan aku.

Syukur, aku dapat tawaran kerja di sebuah syarikat international dengan gaji 7k sebulan. Akhirnya aku mampu bagi ibu aku lebih 1k sebulan, hantar ibu aku pergi umrah, dan banyak lagi yang aku nak buat untuk dia. Cuma ada satu benda yang aku terkilan dengan ibu yang aku sendiri takut nak buat keputusan. Kahwin.

Ya, aku nak kahwin. Ada seseorang yang istimewa dalam hidup aku selepas ibu. Ibu kenal dia, ibu macam suka tapi ibu tak beriya-iya. Dari dulu ibu selalu cakap, kalau aku tak kahwin pun takpa, ibu ada. Ibu lagi suka aku tak kahwin.

Tapi aku tak anggap itu serius, mungkin ibu bergurau. So aku diam . Bila aku dah berjaya, aku semakin dewasa makin ketara sikap ibu yang macam taknak aku kahwin. Sampaikan ada satu hari ibu tanya aku, kalau aku berkahwin aku masih dapat tak bagi dia 1k sebulan. Ya Allah.

Aku tak tahu kenapa aku kecewa dengan soalan ibu, bagi aku. Ada rezeki aku,adalah rezeki dia. Duit bukanlah jadi masalah untuk aku, cuma soalan itu memang betul menkam hati aku. Aku tanya balik kepada ibu. Kenapa tanya macam tu, insyaallah ada rezeki aku aku tetap akan berkongsi dengan dia.

Dan selama aku hidup tak pernah lagi aku ketepikan atau abaikan dia aku jawab dengan getaran suara yang menahan tangis. Entah kenapa aku berfikir ibu selalu buruk sangka pada aku. Suatu hari tu aku balik kampung aku cakap dengan ibu, tahun depan aku nak kahwin dan aku cuba nak bincang dengan ibu, belum sempat aku cakap panjang pasal hal tu ibu dah menangis, aku serba salah di buatnya.

Ibu cakap ibu rasa aku ni milik dia seorang, ibu tak sanggup lagi nak berkongsi aku dengan orang lain. Aku yang duduk depan ibu masa tu diam tahan sebak. Aku serba salah dalam masa yang sama hati aku sakit yang amat.

Aku tahankan , dan malam tu aku menangis dalam diam. Ada suatu hari tu juga ibu buat kenduri, tiba-tiba makcik- makcik aku tanya pasal kahwin ,lepastu makcik aku kata ibu aku yang kata aku taknak kahwin sebab pentingkan kerjaya. Ibu aku teringin sangat nak aku kahwin tak sabar nak tengok aku kahwin tapi aku yang beria iya taknak.

Tak tentu pasal makcik-makcik aku sekolahkan aku.Aku pun pening bila makcik aku tanya macam-macam soalan yang aku tiada jawapan. Sepanjang hidup aku, ibu adalah keutamaan aku. Bila aku rasa nak bahagia, aku ketepikan perasaan aku demi ibu. Aku terpaksa tepikan perasaan lelaki itu untuk memiliki aku.

Dan sekarang aku biarkan masa berlalu tanpa tindakan yang termampu. Bila aku tengok ramai kawan-kawan yang dah berkahwin, yang dah ada anak , hati ni hanya mampu menahan. Dalam masa yang sama aku happy demi mereka. Kalau ada yang tanya bila aku nak kahwin, aku just jawab insyaallah suatu hati nanti.

Aku belum bersedia lagi dan macam-macam alasan aku bagi untuk sedapkan hati sendiri. Sedangkan mereka tak tahu ada hati yang aku nak jaga. Sekarang aku kerja macam biasa, rutin yang biasa, kerja dan cari duit demi masa depan yang lebih baik .

Syukur sekarang aku dah ada rumah, aku dah ada aset aku sendiri di usia yang muda dan mungkin kalau di izinkan Allah aku akan buka bisnes sendiri. Dan aku yakin rezeki yang berkat punca dari ibu. Aku cuba happy kan diri dengan cara lain, tak nak fikir yang negatif tentang hidup, dan sentiasa muhasabah diri supaya aku jadi manusia yang lebih baik dan banyak berbakti kepada orang lain terutama ibu.

Alhamdullillah, meskipun banyak yang aku tahan, banyak dugaan yang aku tempuh, banyak airmata pun yang mengalir, namun aku masih kuat. Aku masih ketawa, aku masih gembira bila tengok adik-adik aku berjaya, tengok mak aku senang hati, tengok orang yang aku sayang bahagia. Aku bahagia dengan itu.

Dan aku yakin, setiap niat yang baik untuk kedua ibu bapa, insyaallah Allah mudahkan perjalanan hidup kita, Allah murahkan rezeki kita seperti air, dan aku yakin juga mungkin Allah akan memberikan kebahagiaan aku bersama jodoh aku di waktu yang tepat suatu hari nanti. (Aku harap Allah lembutkan hati ibu aku.)

Kesimpulannya, meskipun cerita aku ni tiadalah hebat mana namun banyak pengalaman berharga yang menjadikan aku seorang yang matang, kuat dan percaya diri. Bila terkadang aku rasa hati aku jauh dengan ibu , aku cuba dekatkan dengan benda lain seperti tidur sebelah dia , tiba-tiba peluk dia, belanja dia makan, suap dia makan dengan bersahaja.

Jikalau dia taknak tak apa, kau makan sendiri sambil kata sedapnya makanan tu. Kalau dia marah-marah tak tentu pasal , kurangkan bercakap dengan dia kadang-kadang ego ibu ni tinggi lain macam. Kita mesti sabar. Ambil masa yang lain untuk terus tambat hati dia.

Yakinlah, bila kau berbaik sangka dengan Allah maka kau akan berbaik sangka dengan manusia (terutama ibu), bila kau tanamkan niat yang baik-baik dalam hati, maka ganjaran yang baik-baik juga kau dapat. Hati pun jadi tenang. InsyaaAllah. Via DuniaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *