“Abg nk kahwin gadis tu? Nnt Lina pinangkan utk abg ye” Dekat air tu lah terakhir Lina bernyawa. Tak smpat abg.

Assalamualaikum. Hi. Abam nak share kat korang semua pasal kisah bini abang, Nina. Panjang sikit harap bersabar.

* 1992 *

Abam umur 16 tahun masa tu, muda belia. Abam ikut bapak abam pergi ke rumah kawan bapak dekat satu pekan ni untuk tonton siaran langsung piala thomas.

Harap maklum abam dulu bukan orang senang, bapak abam tak bayar lesen tv waktu tu jadi tv disorok bawah rumah sebab takut kantoi dengan pegawai yang datang check rumah ke rumah dan abam tak boleh tengok tv.

Sampai kat sana, abam duduk bersila dekat tepi dinding ruang tengok tc sambil tunggu siaran langsung start. Mata abam tertatap dekat seorang budak perempuan umur 12 tahun masa tu tengah ratah ayam goreng kat tangga dapur.

Badan montel, comel berkulit putih dan berambut perang. Sekali tengok macam anak kacukan pun ada. Dia makan, makan dan makan tulang ayam sampai tak sedar orang sekeliling.

Agak agak dalam 6 ketul juga budak ni mentekedarah ayam goreng. Abam tak fokus dah badminton time tu, abam fokus budak ni. Rupanya budak tu anak tuan rumah iaitu anak kawan bapak. Lepas Malaysia menang lawan badminton, bapak abam ajak balik.

Abam perhati je budak tu masa nak bangun. Budak perempuan tu akhirnya pandang abam balik. Dia buat muka toye je. Tak sangka tu pertama kali abam jumpa Nina, bini abang.

* 1996 *

Bapak abam buat kenduri kahwin kakak abam dekat rumah. Abam masa tu cuti semester, abam baru umur 20. Badan abam tinggi 184cm dan kurus jadi segala urusan panjat memanjat, pasang pelamin dan tukar langsir tu semua abam buat masa pagi sebelum nikah.

Tengah abam berkemas, abam nampak budak perempuan yang sama abam nampak pada yahun 1992 tu tengah makan dekat beranda rumah abang. Ye, si montel tu makan lagi dab kali ni dia makan ayam lagi. Confirm dia rembat ayam yang siap digoreng untuk buat ayam masak merah kat dapur ni.

Mak dia datang untuk merewang, budak ni datang sekali. Makin cantik muka dia.. Tapi berat badan macam dah bertambah. Hahaha. Dia ni semakin tinggi, agak agak macam 170cm lebih macam tu la tapi berbadan besar.

Dari belakang abam nampak rambut perang dia yang sekerat bahu tu terurai jatuh. Abam rasa berbunga bunga tengok dia dan tiba tiba dia menoleh ke arah abang. rasa macam nak tercabut nyawa waktu tu.. Indahnya ciptaan Allah..

Gadis comel muka putih rambut perang. Masa tu dia umur 16 tahun. Tapi dia jeling je tengok muka buruk abang. Abam jadi segan. Ini kali kedua abam tengok dia.

* 1999 *

Kenduri kahwin kakak no 2 abang. Kali ini abam ternanti nanti budak tu kot kot dia datang lagi. Hampa abang, masa rewang kali ni mak dia tak datang pula. Abam nak tanya mak bapak abam tapi abam segan. Sudahnya diamkan je.

Kenduri kali ni busy sikit. Masa muka abam berminyak minyak sebab kena ulang alik ambil lauk dan nasi letak atas dulang untuk dihidangkan kepada tetamu bawah kanopi, abam terjumpa dia. Dia cantik sangat pakai baju kurung. Badan maintain montel begitu.

Tak apalah nak buat macam mana kan kalau dah suka tu tak kira la montel ke kurus ke, dia tetap pujaan abang. Abam pula segan sebab muka abam hodoh, berpeluh masa jumpa dia. Dia tengok abang, dia sengih.

Dalam betul lesung pipit dia. Masa abam tengah kemas kemas meja, budak tu datang, tanya nama dan umur. Abam cakap nama abam Kamal, umur 23. Dia cakap nama dia Nina, umur 19. Dia kenyit mata. Comel sungguh..

Abam nak kenyit mata, abam tak berani pula takut lari anak orang ni nanti jadi abam angguk je. Lina bagi no telefon rumah dan alamat, tulis dekat tisu yang ditulis guna celak mekah yang Lina letak dalam purse dia. Senang nak utus surat katanya. Berani sungguh budak ni, lain perangai dengan abam yang penyegan.

* 2001 *

Abam dapat offer pergi overseas sambung master. Abam dari tahun 1999 memang berutus surat dengan Lina masa masing masing belajar dekat universiti. Abam suka tulis ‘ke hadapan Nina, abam senantiasa merindui Nina’ di kepala surat sambil tabur bedak dalam surat. Hehehe.

Masa abam dah nak fly, Lina hantar abam dekat KLIA. Lina duduk di Shah Alam waktu tu, Lina tengah buat degree ke diploma entah. Lina menangis sambil bagi surat dekat abam di KLIA. Lina cakap, baca masa dalam flight. Abam angguk je.

Bapak Lina pun ada, siap bagi duit dekat abang, minta abam study betul betul dan berpesan bila balik nanti terus masuk meminang Nina. Masa abam scan badan dekat airport, pegawai polis datang iringi abam masuk dalam bilik siasatan.

Gabra abang.. Rupanya abam disyaki bawa virus antrax, sebab Lina tabur bedak dalam surat. Adoi kesayanganku Nina. Nasib baik takde apa apa berlaku. Abam dilepaskan tanpa sebarang dakwaan.

* 2005 *

Abam baru dua bulan berkahwin dengan Nina. Abam dah naik berat 3kg. Lina punya misi nak jadikan abam gemuk macam dia. Abam dah risau dah, cukuplah seorang je montel, patah katil nanti.

Tapi Lina masak sedap sangatlah, lagi sedap dari restoran. Sambil Lina masak, abam lipat baju sebab Lina tak suka urus kain baju.

Lagipun ini memang denda yang Lina bagi kat abam sebab abam pernah cakap kat dia, kalau tak suka urus kain baju, Lina tak payah pakai baju dalam rumah. Huhuhu. Terus abam kena denda lipat baju sehingga ke akhir hayat.

* 08.10.2006 *

Hari ini ulangtahun hari jadi Lina yang ke – 26 dan ulangtahun perkahwinan abam dan Lina yang pertama. Macam biasa, abam lupa tarikh ni semua. Kek apa semua langsung tak prepare.

Engineer macam abam ni seluar dalam pun lupa tukar apatah lagi tarikh. Lina marah abam dan abam kena tidur depan tv.. Hehehe. Tapi tarikh ni sangat bermakna untuk abam sebab esoknya Lina buat surprise lepas keluar bilik. Lina first time pakai tudung.

Alhamdulillah cantik isteri abam pakai tudung.. Tudung bawal warna pink cair ada manik manik dekat sekeliling hujung tudung. Bila tengok muka bulat Lina pakai tudung tu, abam jatuh cinta makin jatuh makin hanyut aww..

* 2008 *

Lina suka kerja sampai lewat malam. Satu hari tu, abam balik awal. Abam landing atas katil kemudian abam ambil laptop. Abam pasang cerita terlarang, pinjam cd kawan abang. Hehehe.

Perempuan dalam ni kurus, so abam fikir dia tak macam Nina. Syok betul abam layan cerita sambil terbayang perempuan kurus. Kemudian abam tengok cerita sampai tak sedar Lina dah balik and dia ada kat belakang abang.

Eh balik awal pulak harini. Abam malu sangat tak tahu nak letak muka kat mana. Kantoi. Tertangkap dengan bini sendiri tengok pron perempuan kurus. Abam takut kalau Lina marah..

Tiba tiba Lina cakap, jom tengok sekali. Alamak terkejut abang. Abam pun tengok sambil malu malu. Abam tengok muka Nina, Lina tengok muka abang.

Abam rasa macam dah tak ada muka bila Lina cakap, “besar jugak timun dia bang.” abam dah start gigit kuku bila Lina tengok timun lelaki tu macam nak terkeluar biji mata Nina.

Masa abam tutup laptop, Lina tanya kenapa abam tutup, dah taknak tengok ke? Abam jawab abam segan.. Lina cakap, ooo tahu segan rupanya. Ketar lutut abang, sayang..

Mmpus abam kalau Lina minta timun abam pun besar macam mat salleh tu.. Sejak dari tu abam insaf tak tengok porn sampai sekarang..

* 2009 *

Mak abam selalu minta abam nasihatkan Lina untuk kurus supaya senang nak mengandung. Tapi abam tak sampai hati nak bagitahu Nina. Bagi abang, Lina dah sihat walafiat.

Memanglah gemuk sikit tapi bukanlah gemuk takde shape pun. Abam suka Lina macam ni, lagipun Lina tak pernah kurus sejak abam kenal Lina dari umur 12 tahun. Abam dah selesa tengok Lina berbadan montel. Abam terdengar Lina menangis sambil call mak Nina.

Dia cakap dia ada masalah dengan ovari. Abam berdebar debar dan terus peluk Lina lepas Lina call mak. Lina bagitahu abam yang Lina ada buat check up di hospital untuk tujuan insurans dan terbukti Lina ada masalah untuk mengandung.

Lina menangis macam orang hilang akal dan abam pun turut menangis. Abam rasa celaru sebab orang yang abam cinta tak dapat mengandung, tak dapat melahirkan zuriat abang. Tapi abam janji dengan Lina yang abam tak kisah pun keadaan Lina macam mana janji abam boleh bersama Lina sampai akhir masa.

* 2012 *

Hubungan abam dengan Lina berantakan sebab abam kantoi bermain cinta dengan budak praktikal dekat company abang. Abam dah bergaji lima angka, abam dah selesa jadi abam rasa abam hebat dan bagus.

Abam lupa abam ni masih suami Nina. Abam buta. Abam tak nampak kecantikan Nina, Lina yang putih bersih, Lina yang berambut perang, Lina yang sedap dipeluk, Lina yang pandai, Lina yang rajin masak, Lina yang cakap English macam air, Lina yang manja, Lina yang nakal.

Abam terpedaya dengan perempuan muda berumur 22 tahun. Abam jahat. Lina dapat tahu abam curang tak lama lepas abam ada girlfriend baru tu sebab Lina nampak abam tengah beli tiket wayang dengan perempuan tu.

Abam peluk perempuan tu depan mata Nina. Abam rasa macam nak gugur jantung saat Lina nampak aksi abang. Lina tengok abang, Lina angkat ibu jari tunjuk simbol bagus sambil sengih sengih.

Lina relax jalan turun eskalator dekat sunway pyramid tu. Abam rasa celaru, tapi abam bodoh jugak. Abam teruskan je tengok movie dengan perempuan tu. Balik tu abam tengok kain baju abam kena humban luar rumah.

Abam minta maaf merayu tapi Lina tak buka pintu. Abam tidur kat atas buaian luar rumah. Esoknya, Lina keluar dan Lina tanya abang, ‘abam nak kahwin tak dengan perempuan tu? Biar Lina pinangkan.’ Abam peluk Lina abam cakap abam menyesal. Lina tak balas pelukan abang.

Lina cuma minta maaf kerana tak dapat bagi anak untuk abang. Abam menyesal sangat sangat dan abam rasa berdosa. Abam dah sakitkan hati Nina. Lina menangis tak henti henti. Sakit dada abam bila abam teringat balik kisah ni.

* 08.10.2013 *

Hari ini ulangtahun perkahwinan abam dan Lina yang ke – 8 dan ulang tahun kelahiran Lina yang ke – 33. Lina masih Lina yang sama, yang sudi memaafkan kesalahan abang.

Abam dah tinggalkan perempuan tu empat bulan selepas kejadian kantoi tu. Abam slow slow tinggalkan dia. Lina tahu dan Lina bagi kata kata perangsang. Lina cakap kalau abam serious, baik abam kahwin je tapi kalau abam tak mampu berlaku adil, abam tinggalkan.

Lina yang bagi semangat dan nasihat kat abam hari hari sampai abam ada keberanian untuk tolak cinta perempuan tu. Abam dan Lina sambut anniversary dekat satu homestay tepi pantai.

Pada hari anniversary abam dan Lina sekitar pukul 11 – 5 petang lebih, Lina peluk abam dan cium abam bertubi tubi. Lina minta ampun dekat abam banyak banyak. Lina manja manja dengan abang. Lepas tu, Lina minta izin pergi mandi tepi pantai.

Abam bagi je sebab abam tahu Lina suka main air. Abam pula just rehat rehat tepi pantai tu. Abam tak sangka itu kali terakhir abam melihat Lina dalam keadaan bernyawa. Lina dijumpai lemas selepas setengah jam Lina mandi pantai. Berat hati nak mengatakan bahawa Lina yang abam sayang dah tak ada..

* 2018 *

Dah 5 tahun Lina pergi. Abam masih disini, sendiri. Menunggu kedatangan Nina. Lina yang manja, Lina yang montel, Lina yang cute, Lina yang suka makan ayam. Nina, kerajaan kita dah bertukar sekarang, Malaysia menang Sukan Sea 2017, abam dah buat ibadah haji tahun lepas.

Banyak abam nak cerita kat Lina ni. Rindunya abam kat Nina, macam tak tertanggung rasanya. Sampai sekarang abam menduda, kerana abam tak boleh nak move on lagi.

Gambar Lina di FB pun abam print semua dan letak dalam album untuk hilangkan rindu abang. Ya Allah, aku mohon Kau hadiahkan syurga buat bidadariku kerana sesungguhnya isteriku ialah seorang isteri yang sangat taat kepadaku dan dialah seindah indah manusia yang pernah berada di sisiku.

Lina, abam redha dengan pemergian Nina. Andai Lina sudi, datanglah dalam mimpi abang. Dirimu tiada pengganti. I love you, happy anniversary and happy birthday my lovely Lina. – Abam Jamal

* sumber asal : iiumc
* diolah sedikit dr penulisan asal.
* gambar sekadr perhiasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *