Aku nk mnta cerai dgn suami tp takut bergegar tiang arasy. Tp aku xtahan suami ‘buat’ bnda tu dlm bilik.

Hi. Aku dah kahwin hampir 4 tahun. Masa aku kahwin, aku baru habis master lepasan luar negara. Aku dapat tawaran sambung phd oversea tapi bila fikir kosnya, aku tolak dan cuba cari kerja.

Aku mahu pegang duit sendiri. Tak sangka susah betul cari kerja bila ada master, semua orang tak nak hire saya, tak demand pun, sebab sedar diri takde pengalaman kerja. Jadi jobless lah aku selama 2 tahun lebih, jadi suri rumah sepenuh masa tapi keinginan nak bekerja tu tetap ada sebab aku anak sulung, nak bagi contoh pada adik2 yang sedang sambung belajar jugak.

Dan aku juga teringin nak hulur duit kepada parents aku yang dah banyak berkorban untuk aku sambung belajar. Tapi masa tu, aku tak mampu, duit poket yang suami bagi aku simpan untuk kecemasan.

Dia bagi aku RM500 dan kereta myvi aku dia sambungkan bayar. Duit poket yang dia bagi aku guna untuk bayar bil hp 200 lebih (Ini harga dengan device sebab handphone lama aku rosak lepas kahwin jadi suami belikan yang baru). Mula2 dia bayarkan bil lepas beberapa bulan dia minta aku bayar sendiri sebab aku pregnant.

Dia nak simpan duit untuk anak kami. Balance duit poket memang simpan untuk emergency sebab kadang2 hujung bulan suami tak cukup duit, jadi aku bagi balik duit yang dia bagi tu. Takde simpanan langsung. Gaji dia masa tu dalam 3k. Account aku kosong.

Kami rumah tak bayar, tinggal di rumah sewa bapa mertua. Bapa mertua tak minta sewa, minta dibayarkan bil api & air je. Alhamdulillah ayah mertua memahami. Komitmen suami masa itu adalah 2 kereta myvi, bil hp dia, duit poket aku dan belanja barang dapur.

Barang dapur pun kadang parents aku dan parents suami yang sponsor. Kami suami isteri datang dari keluarga yang agak senang tapi aku dan suami tekad untuk cuba berdikari sendiri.

Kami jarang makan di luar, dari tak pandai masak langsung, aku dah boleh masak macam2 sampai mak mertua mintak resipi (padahal aku pun google). Selain honeymoon di Bali, kami takde jalan2 pun, cuti2 malaysia pun takde, memang jimat habis.

Niat utama nak beli rumah sendiri. Tiada sambutan hari jadi untuk aku selama berkahwin, tiada sepotong kek, tiada makan sedap2, nak hadiah bersyarat; barang bawah RM100@200 ikut kewangan suami ketika itu. Alasan suami kerana birthday aku sama tarikh dengan ayah mertua.

Jadi selalunya adik2 dia dah belikan kek untuk ayah mertua saya. Tidak perlu banyak kek. Tahun pertama kahwin, nama aku ada sekali di atas kek ayah mertua saya. Tapi ayah mertua aku perli2 dan touching kek dia tak special.

Jadi tahun2 seterusnya aku pinta dengan adik2 ipar semoga tiada lagi nama aku di atas kek. Kelakar kan? Tapi tidak masa birthday suami saya, tak belikan kek, dia touching dan dia minta hadiah walaupun tahu aku tidak bekerja.

Gelang mas kahwin aku putus lepas kahwin, suami janji dia akan betulkan bila dia ada duit lebih bila anak dah lahir. Anak dah pandai jalan dah, janji yang tinggal janji. Dah 3 tahun kahwin, tahun pertama raya, suami belikan sepasang baju kurung untuk saya.

Ya, itu lah baju pertama dia belanja aku selepas jadi isterinya. Tahun kedua pula, suami minta aku guna duit poket yang dia bagi aku untuk beli baju sendiri sebab dia nak simpan duit untuk belanja anak yang baru lahir.

Tahun ketiga, aku diminta beli sendiri baju raya aku dan anak kerana aku dah kerja. Ya, aku dah kerja. Itulah antara punca masalah aku sekarang. Aku baru dapat kerja 6 bulan yang lalu.

Alhamdulillah ada yang sudi memberi peluang kepada orang macam saya. Aku dapat kerja berdekatan dengan rumah parents saya. Parents aku volunteer jaga anak aku sebab mereka pencen awal dan tak izinkan kami hantar cucu sulung mereka ke nursery. Kami anak beranak pindah masuk ke rumah parents aku sebab rumah yang kami duduk sekarang sangat jauh dari tempat kerja saya.

Suami pun dapat kerja baru dengan gaji yang lebih besar hampir 6k. Alhamdulillah aku anggap kami hanya menumpang rezeki anak. Tapi, sejak aku kerja 6 bulan yang lalu aku sudah tidak diberi duit poket langsung.

Aku cakap dengan suami, kalau aku dah kerja aku nak bayar kereta sendiri sebab aku dah segan dia bayarkan selama aku tak bekerja. Dia kata ok dan janji duit minyak dia sponsor. Gaji basic macam aku dalam 2k lebih. Aku bagi separuh gaji (1k lebih) aku kepada suami sebab suami nak kumpul duit nak beli rumah sendiri bila aku dah dapat kerja.

Balance gaji aku yang separuh? Aku bayar bil hp, tol, minyak kereta (akibat suami mungkir janji), bil klinik anak, bayar bil api & air rumah parents saya, belikan barang dapur sebab aku segan parents aku taknak duit aku bagi sebab tolong jagakan anak aku & aku juga belikan pampers, baju & makanan anak saya.

Dan aaya tidak dibesarkan dengan biasa meminta2, jadi bila aku perasaan bila barang keperluan anak sudah hampir habis dan suami jugak tidak keluar membeli, aku yang dahulukan beli dulu barang keperluan anak. Aku fikir mungkin dia kesempitan duit, mungkin dia ganti duit aku suatu hari nanti.

Bulan pertama, jadi kedua, jadi ketiga sampai lah dah 6 bulan. Suami tak keluarkan satu sen pun untuk anak kami. Aku sangat sedih dengan hal ni.

Takn ak bagi aku duit takpelah, anak aku masih ada ayahnya, anak kami tanggungjawab dia bukan tanggungjawab aku seorang. Kami juga pernah diperkenalkan dengan seorang agen insurans, dia cadangkan buat insurans untuk anak saya.

Kami berminat tapi tahu suami aku cakap apa? Bagus plan ni, nak buatkan untuk anaklah tapi abang takde duit, awaklah bayarkan bulan2 komitmen untuk anak. Speechless saya.

Kalau dia tak minta separuh gaji aku memang aku on je bayarkan. Balance gaji seribu itu lah aku bayar buat itu ini sampai aku masih tak dapat nak self reward diri. Duit cukup2 je takut nak belanja untuk diri sendiri takut ada kecemasan.

Baju yang aku pakai sekarang semua baju zaman anak dara saya. Baju2 tidur pun hampir lusuh. Minta dibelikan baju tidur murah2 harga RM10, suami kata boleh beli satu je atau ‘lain kali je lah’ jawabnya.

Sedih kan? Bukan suami aku takde duit langsung. Aku pelik kenapa dia tak tergerak hati langsung untuk membeli keperluan anak. Aku tak tahu pergi mana duit dia sebab boleh kata dia takde tanggungan langsung lepas kami pindah masuk rumah parents saya.

Aku tidak tahu kenapa dia begitu kedekut dengan aku dari hari ke hari. Adakah bila aku dah kerja, aku yang perlu tanggung semua perbelanjaan?

Materialistik kah aku bila meminta suami duit poket atau duit buat aku belikan pampers, makanan dan keperluan anak? Tapi itu bukan masalah utama saya. Masalah utama aku adalah aku sangat penat. Sebelum bekerja, aku memang suri rumah sepenuh masa.

Aku seorang pembersih tapi suami aku sebenarnya seorang yang pemalas. Bila dah duduk serumah sebilik sekatil barulah aku tahu perangai dia yang sebenar. Disediakan laundry bag pun bajunya dilonggok dimana-mana saja, minum tak pernah basuh cawan, suka makan jajan tapi plastiknya tak dibuang walaupun tong sampah didepan mata.

Sampai bersemut meja dan katil. Charge handphone laptop cabut plugnya tapi switchnya tak ditutup, bahayakan bila ada anak kecil? Barang2 aku yang dia pinjam semua tak terjaga, ada yang rosak, hilang dan semuanya tidak diganti balik.

Bila dibebel, esok jugak dia buat lagi. Suami aku kerja 6 hari seminggu, jadi dia bila ada di rumah aku memang tak minta tolong dia buat kerja rumah langsung sebab tahu dia penat.

Bila tak kerja, dia tidur sepanjang hari, dah nak maghrib baru mandi, keluar bilik untuk pergi toilet dan makan sahaja. Dah ada anak pun macam tu juga. Memang lah aku tak minta dia tolong, tapi dia memang takde rasa belas ihsan ke nak tolong aku sikit?

Aku masak, menyapu vacuum sambil dukung anak yang sedang menangis. Suami saya? Tidur dalam bilik. Bila dikejutkan untuk tolong jaga anak kejap, dia marah aku balik, ‘orang penat tak nampak ke?’.

Dia suruh aku berhenti masak, jaga anak je. Masalahnya kalau aku tak masak, kami nak makan apa? Suami tak suka beli makanan dari luar. Itu antara cerita ketika aku masih seorang suri rumah.

Bila aku dapat kerja, suami aku janji dia akan tolong jaga anak kami sama2 sebab dia kata penat orang bekerja ni lain dan lagipun kami menumpang di rumah parents saya.

Aku tak minta dia janji ya, suami yang cakap topik ini dulu. Tapi, janji hanya janjilah. Di rumah parents saya, dia hanya duduk di bilik je, takde nak beramah mesra dengan family aku macam zaman kami bercinta dulu.

Keluar bilik bila nak turun makan je. Takde nak menolong buang sampah ke mop vacuum semua takde. Jaga anak apatah lagi. Aku terpaksa minta parents dan adik2 jagakan anak aku jika ada hal padahal suami aku sendiri ada di dalam bilik.

Suami aku kuat tidur & boleh mengamuk kalau tidurnya diganggu. Lagi2 di musim pkp, aku sampai naik segan dengan parents aku walaupun diorang tak cakap apa2. Bilik aku tu siang malam ke sama je, langsir tak pernah ditarik bagi cahaya siang masuk, dengan bau kepamnya ya Allah.

Aircond 24hr sebab dia tahu aku yang bayar bil api air. Takde langsung usaha nak bonding dengan anak walaupun tengah pkp ni suami boleh wfh. Aku tak wfh masih kena datang office.

Bangun pagi2, siapkan makanan anak saya, mandikan anak aku sebelum pergi kerja, buang sampah (pampers) dalam bilik air, basuh baju kotor semalam. Dukung anak bawak turun bagi parents aku jaga pulak.

Balik kerja, aku mandikan anak, bagi anak makan malam, basuh dan sterilize perkakas pump susu, main dengan anak & tidurkan dia. Bila anak tidur aku kemas bilik yang bersepah dengan plastik jajan, lipat kain (suami tak kasi ibu aku lipatkan baju kami anak beranak, dia kata dengan ibu aku dia nak lipat, tapi tulah bila dia janji, sayalah yang kena buat).

Harapkan dia menggunung la baju atas katil. Bila aku kerja, adik2 dan parents aku sibuk, memang terpaksa ketuk pintu bilik untuk pass anak pada suami. Takde rasa maluka dia? Ibu cuma pesan aku untuk bersabar je.

Ya mungkin dia tahu, cuma taknak mengeruhkan keadaan. Tapi bila kami balik rumah parents suami, masyaAllah kemain rajin suami, tak payah disuruh, suami dah buat dulu. Tak reti duduk diam. Sentiasa berpeluh kerana ada saja benda dia nak buat. Bilik parentsnya pun dikemasnya.

Aku rasa macam suami aku ada bipolar pulak. Ibu mertua aku sangat baik & sporting, jadi kami macam kawan. Mak mertua aku ada kerja yang bagus. Dia tidak lokek dengan saya. Macam2 dia belikan saya, barang kemas, baju, perkakas dapur semua. Alhamdulillah untuk dikurniakan ibu mertua yang sangat baik.

Kecewa dan penat macam manapun, aku tetap tak sampai hati nak bercerita pada ibu mertua pasal tingkah laku anaknya yang melelahkan saya, takut dia cop aku menantu yang tak bersyukur dan mengadu domba. Aku pernah gaduh besar dengan suami sebab menuntut janji2 yang pernah dia buat.

Dalam amukannya dia mengasari saya, menunjal kepala aku (ibu bapa aku pun tak buat macam ini), baling barang pada aku dan jerit bodoh banyak kali. Dia kata aku berlagak sebab dah ada kerja sekarang. Dia suruh aku berhenti kerja dan janji bagi duit poket sama dengan gaji aku sekarang.

Aku sudah tidak terpedaya dengan janji2 dia. Kami bergaduh besar depan parents saya, dia kata aku tuduh dia bukan2, memalukan dia. Dia tidak tidur, dia ‘wfh’ dalam bilik. Aku cabar dia buka pintu bilik kalau betul dia wfh. Biar ada yang saksi.

Biar ada yang nampak betapa bersepahnya bilik aku bila aku tiada di rumah. Tapi dia tak buat pun. Aku tahu berdosa bila seorang isteri minta cerai pada suami. Bergegar tiang arasy.

Tapi aku sudah tidak tahan lagi, physically and emotionally exhausted. Aku tidak boleh menipu diri aku sendiri untuk bertahan dalam perkahwinan demi anak saya. Aku tidak bahagia, macam mana aku nak bahagiakan anak kecil saya?Kehidupan yang aku jalani sekarang tak ubah macan ibu tunggal.

Semua aku lakukan diri sendiri dengan sedikit pertolongan ibu bapa aku dan bukan suami saya. Aku minta dilepaskan tapi dia mengamuk cakap taknak lepaskan saya. Dia bagi syarat, anak kami dia yang jaga.

Dia kata aku bukan ibu yang baik sebab membuka aib suami dan gaji dia 3 kali ganda lagi besar dari gaji saya. Dia lagi mampu berbanding aku yang lemah. Aku sangat2 kecewa bila dia gunakan anak untuk menjerat saya. Anak aku menyusu badan lagi. Tergamaknya dia.

Sesungguhnya aku sudah hilang sayang pada suami saya. Berdosa kah aku ya Allah? Aku mungkin tak ditakdirkan untuk jadi sehebat Khadijah binti Khuwailid tapi tolong doakan agar aku dapat merasai sedikit hidup yang bahagia disamping anak saya. – A young mother (Bukan nama sebenar) via iiumc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *