Sugu Pavithra teruja dapat hadiah dari PM. Ucapan PM pd kad putih buat beliau terharu.

IPOH – “Sangat gembira kerana kami tidak menyangka dapat hadiah daripada pemimpin negara,” kata pasangan suami isteri yang menjadi vlral di media s0sial dengan video masakan mereka menerusi YouTube.

S Pavithra, 28, ketika dihubungi berkata, dia bersama suaminya M Sugu, 29, dikejutkan dengan bungkusan hadiah istimewa daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diterima baru-baru ini.

“Tiba-tiba (hadiah) datang, saya pada mulanya tidak percaya, pada kad pula tiada tandatangan jadi saya fikir mungkin bukan dari PM dan dihantar orang lain.

“Tetapi selepas itu mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri bertanyakan sama ada ‘parcel’ sudah sampai atau tidak, baru saya percaya hadiah memang daripada PM,” katanya.

Katanya, dia sememangnya tidak dimaklumkan lebih awal oleh Pejabat Perdana Menteri berkenaan hadiah istimewa itu.

“Kami mendapat hadiah tripod, ketuhar gelombang mikro, ketuhar dan barang masakan seperti beras, minyak dan rempah, dan PM juga ada memberi kad ucapan dengan tulisan ‘keep up the good work and stay at home’ (teruskan usaha baik dan duduk di rumah).

“Kalau boleh hendak berjumpa dengan PM untuk mengucapkan terima kasih secara berdepan tetapi sebab PKP mungkin tidak boleh,” katanya.

Menurutnya, dia masih belum menggunakan barang masakan yang dihadiahkan oleh Perdana Menteri itu.

“Barang masakan masih disimpan dan belum digunakan lagi, PM juga ada berkata (pesan) kalau boleh masak dan bagi jiran merasa,” katanya.

Berkenaan video masakannya pula, Pavithra berkata, dia tidak menyangka penduduk Jepun dan United Kingdom (UK) juga turut menonton video masakannya itu.

Pavithra dan Sugu yang berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama saluran ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu, sudah mempunyai lebih 400,000 pengikut itu sekali gus menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube.

Ada juga rakyat yg dengki dengan kejayaan beliau.

Kita semua sekarang ni familiar dengan Youtuber yang namanya melonjak naik dalam sekelip mata kerana berjaya menambat hati Malaysia dengan channel masakannya,siapa lagi kalau bukan Sugu Pavithra.

Meraih jumlah subscriber sehingga lebih daripada 300K dalam hanya masa beberapa bulan sahaja. Biasanya kalau nama kita melonjak naik, pasti akan ada orang yang dengk1 dan ir1 hat1 tanpa sebab.

Sugu Pavithra juga tak terlepas daripada terkena temp1as ini, tak sangka rupa-rupanya ada h4ters memberi kata-kata negatif kepadanya tanpa kita sedari.

Ada satu komen yang telah di pinned oleh Sugu Pavithra sendiri dan komen itu mendapat perhatian netizen dan dikongsikan di Twitter.

Dikatakan, komen-komen yang ditulis dengan bahasa Tamil itu sebenarnya berbaur kec4man, mereka sampai paksa Sugu untuk tutup channel miliknya sebab tak suka Sugu kongsikan resipi-resipi yang dibuat itu kepada orang luar.

Sebagai golongan yang tak faham dengan bahasa ini, ramai yang mat1-mat1an anggap komen itu memberikan kata-kata sokongan.

Bagaimanapun, bukanlah semua tapi ada segelintir yang mendesaknya melakukan perkara itu kerana bagi mereka resipi-resipi tersebut patut dikongsikan kepada orang-orang terdekat sahaja.

Bila komen ini telah didedahkan, ramai warganet yang terkejut dan tak sangka ada juga orang dengk1 macam ni.

Tak apalah, kami rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa memang support Sugu, kami harap Sugu teruskan kongsikan resipi-resipi yang enak untuk rujukan kami rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *