Ayah hilang 6 bulan dikejar Ah Long. Rupanya tgh brjimba di rumah bini muda. Aku dan mak susah2 langsaikan hutang Along dia.

Hi semua. Kisah ni saya nak share pasal family aku. Bukan nak bukak aib sapa2. Tapi untuk saling mengingati. Kisah ni lebih tentang kehidupan family saya especially bapak aku. Ok family saya ni dulu pernah susah.

Pernah senang dan kembali susah dalam tempoh boleh dikatakan singkat jugak. Kehidupan susah yang saya ingat mula pada tahun 1994-2001. Masa tu umur saya dalam 7 sampai 13 tahun. Susah dia yang saya perasan sampai bapak saya otw nak hantar saya ke sekolah kereta dia kena tarik.

Depan mata aku. Kereta wira color coklat. Bapak saya kena tipu dengan kawan dia dalam berniaga. Dengar2 dari mak saya dalam puluh ribu ke ratus ribu jugak. Tapi masa tu bapak saya jaga mak saya baik. Cantik je. Flow rezeki still ada. Oh ye mak saya kerja kerajaan.

Bapak saya business sendiri. Pada tahun 2002-2007. Masa ni memang rasa kesenangan. Apa yang saya dengan abang saya mintak mesti dapat. Oh saya dua beradik je. Beza saya dengan abang saya setahun je. Masa tu abang saya nak computer terus dapat.

Saya cakap minggu depan saya ada competition bola. Hari sabtu terus bangun tidur ada boot bola depan mata. Baju raya tempah saja. Tak beli siap. Langsir tempah. And sampai satu masa bapak saya dapat project juta2.

Masa tu tahun 2005 saya form 5. Bagi saya hp nokia daun. Masa tu top gila nokia daun. Bapak saya beli kereta mercedes. Beli rumah semi d 300k. Belikan mak saya honda city. Hantar abang dengan mak saya pi umrah. Tahun 2006 mak bapak saya pi haji. Abang saya masuk uni swasta.

Saya pun uni swasta. Zaman college bapak saya belikan saya kereta. Macam2 lagi la. Tapi rupanya semua tu wayang untuk kaburkan mata kitorang je. Tahun 2004 atau 2005 bapak saya kahwin lain dengan business partner dia.

Kitorang taktau langsung. Semua yang dia bagi kat family just untuk kaburkan mata kitorang je. Dia kahwin senyap2. Yang saya ingat tahun 2002 atau 2003 kitorang ada buat open house.

Bapak saya bawak perempuan tu datang. Perempuan tu siap bawak mak dia lagi. Kitorang pelik tapi biarkan je. Business partner kan. Masa tu diorang tak kahwin lagi. And pada 2006 masa parents saya nak pi haji. Malam tengah packing barang tiba2 mak saya dapat text dari business partner bapak aku.

Dia mintak maaf dan mintak doakan dia masa kat mekah nanti. Mak saya pelik. No hp dia sama dengan no ho bapak aku. Beza pangkal no je. Bapak saya 012 dia 017. No belakang semua sama. Masa tu mak saya dah tak sedap hati.

Tapi dia taknak fikir bukan2 sebab dah nak buat ibadah kan. Masa bapak saya pergi haji saya ada buat tahi sikit la. Memang salah aku. Kereta yang bapak saya bagi masa tu, perodua kenari boleh bantai accident.

Masa tu sehari sebelum raya haji. Bapak saya ni banyak penjilat dia a.k.a orang dipercayai la. Diorang la settlekan kes saya masa bapak saya buat haji tu, termasuk la si business partner bapak saya ni. Bini kedua bapak saya a.k.a. Perempuan durjana. Nak dijadikan cerita. 2005 sampai 2007 tahun kemewahan kitorang.

Dan tahun 2008 tiba lah saat paling susah dan getir dalam kehidupan kami sekeluarga. Business bapak saya drop. Hutang ah long. Office bapak saya kena simbah cat. Rumah saya kena serang. Tahu sapa hadap semua tu?

Aku, abang saya dan mak saya yang hadap. Bapak aku? Menikus sorokkan diri. Satu hari lepas saya jumpa ah long2 ni pi settlekan hutang. Oh saya settlekan hutang bapak saya dengan pinjam duit orang ye. Saya pi pinjam. Mak saya pun pi pinjam. Duit sedara mara dan kawan2.

Masa otw balik rumah lepas settlekan hutang tu saya tengah drive. Sampai traffic light saya nampak bapak saya tengah text. And saya nampak perkataan ‘i love you’ , saya tau tu bukan untuk mak aku. Sebab bapak saya takkan text mak saya macam tu. So saya decide.

Lepas settle semua masalah ni saya nak soal bapak aku. Last2 dua tiga hari lepas tu mak saya nangis teresak2. Cakap bapak saya dah kahwin lain. Dia dapat tau dari kawan dia. Mengamuk la mak saya masa tu. Saya dengan abang saya pun sama marah. Mak saya nak lari rumah.

Nak angkut kitorang dua beradik keluar and mak saya nak cerai. Tapi mak saya ni bukan jenis ikut hati. Dia akan berfikir dan dia cekal. Dia kata kalau dia lari bapak saya mungkin akan sakit atau buat apa2 yang tak boleh diterima akal.

So kitorang decide kita stay dengan bapak sampai settle masalah ni. Baik tak mak aku? Dia wanita yang cekal dan tabah. Hutang semua mak saya yang tanggung. Bini no 2 dia? Tak tanggung satu apa pun. Lari balik Kampung dia. Dari 2008 sampai sekarang bapak saya merasa susah.

Sebab apa? Sebab dia tak jujur. Dia selalu tipu mak aku. Rupanya masa kat Mekah mak saya pernah doa. Kalau bapak saya tak jujur dalam rumah tangga mak saya mintak di berikan kesusah pada dia. Allah maha kuasa doa mak saya makbul dalam dua tahun.

Tahun 2015 bapak saya pernah hilang selama 6 bulan. Dari lepas raya dia kata dia ada kerja terus tak balik rumah. Call tak dapat apa semua. Saya dengan mak saya nekad lepas 3 bulan kita buat report polis. Kenapa lepas 3 bulan?

Sebab mak saya still yakin dia hidup lagi. Kitorang report polis. Polis ada follow up tapi lepas dua tiga hari takde dah. Saya masa tu dah semak kepala. Saya pi cari dia merata. PJ sampai ke port dickson.

Last dia kata dia kerja kat port dickson. So saya guna cable aku. Saya mintak kawan saya check kan ic perempuan durjana tu. And dapat lah alamat dia kat kampung. Saya pun apa lagi pi gegar dia kat kampung. Saya bawak mak aku. Kesian mak saya masa tu.

Saya gerak pagi so dalam pukul 9am saya sampai depan rumah perempuan durjana tu. Saya nampak bapak saya tengah rilek basuh kereta depan rumah. Berbulu aku. Saya terus keluar kereta panggil bapak saya keluar. Dia pun dengan gaya bersalah keluar rumah. Saya kecewa masa ni.

Dia lari hilang 6 bulan. Sikit minta maaf pun takde. And dia tak de alasan pun kenapa dia hilang 6 bulan. Masa bincang kat luar rumah tu saya nampak la dua tiga orang duk intai dari dalam rumah perempuan tu. ikut kan hati nak ku amuk kan aje orang dalam rumah tu.

Tapi mak saya ni suruh saya berzikir dan sabar. So dari tahun 2008 sampai sekarang bapak saya tengah susah. Sebab apa? Sebab dia masih lagi menipu mak aku. Dia kerja jauh dari kitorang. Balik rumah mak saya sebulan 2-3 kali je. Yang lain dia pi mana saya taktau. Tapi apa yang saya perasan sekarang kalau dia takde duit yang tolong dia mak aku, abang aku, dan saya je.

Orang belah sana satu apa pun tak bagi kat dia. Saya rasa sekarang bapak saya banyak merempat kat tempat lain buat kerja. Saya dah suruh bapak saya lepaskan orang sana. Dia diam je. Saya cakap lepaskan mak aku. Dia mengamuk taknak. Tapi apa yang dia nak sebenarnya?

Dia dah tak mampu sara dua perempuan. Dia akan jadi tak jujur. Tipu mak aku. Dan dia akan kesempitan rezeki lagi. Dia pun dah tua. Orang sana sesah dia untuk travel sini sana untuk cari duit. Belah sana dia ada dua anak. Lelaki perempuan. Mungkin 10 tahun dan 13 tahun.

Saya tak amik port. Kalau dia duduk dengan mak saya pun dia dah rilek. Makan pakai terjaga. Saya abang saya boleh tanggung. Tak banyak tapi boleh tampung. Tapi dia taknak. Dari pengalaman hidup ni saya amik iktibar. Mak saya cakap.

Hargai isteri. Layan isteri. Sayang isteri. Jangan khianat rumah tangga. Akan saya pegang benda ni sampai saya mati. Alhamdulillah sekarang saya dah kahwin. And saya tak sampai hati nak buat isteri saya macam mana bapak saya buat kat mak aku.

InsyaAllah akan saya jaga perkahwinan ni sampai hujung nyawa. So pada kawan2 jangan cuba2 khianati isteri dan rumah tangga. Besar akibat dia. – Arman (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *