“Perempuan perlu buat semua tugasan rumah, lelaki perlu dilayan spt ” raja”. Lpas mkn, ayah tnggal je pnggan atas meja, anak lelaki memerhati dan buat benda yg sama.

Pernah baca kan orang selalu share pasal ‘Raja’ dalam rumah? Ya, raja yang tak berdarah raja. Aku nak share sikit berdasarkan pemerhatian aku dan juga apa yang aku alami di rumah aku la. Takkan rumah korang pulak kan. Aku perempuan. Aku ada adik lelaki dan adik perempuan.

Dalam keluarga aku, hampir kesemua tugasan di rumah ni orang perempuan yang uruskan. Dari kemas dalam rumah sampailah ke luar rumah. Itu adalah perkara yang aku ingat sepanjang aku membesar.

Kita semua membesar dengan belajar melalui pemerhatian, kan. So dari pemerhatianlah aku belajar semua tu. Hatta kalau nak raya pun, ibu yang banyak kerah tenaga kemas itu ini. Bapa aku hanya buat bila ibu minta tolong.

Itupun hal-hal yang orang perempuan tak daya nak buatlah. Sejak sekolah rendah, aku banyak tolong ibu jugak untuk sapu sampah dalam rumah ke, angkat pinggan mangkuk ke. Basuh pinggan ke. Ya, aku suka buat semua tu.

Ye lah dah aku je kot yang besar sikit dalam kalangan adik beradik. Tapi basuh baju, jemur baju di ampaian tu aku tak buat. Masa sekolah rendah, baju dan tudung sekolah aku, ibu aku yang akan seterika. Pernah je aku cuba buat sendiri. Katanya takut baju tu terbakar pulak. Huhu.

Ye, memang pernah jadi sebab aku cuba sendiri. Sekolah rendah lagi. Start sekolah menengah aku kena tinggal di asrama. Banyak benda aku terpaksa buat sendiri. Bermula dari lipat selimut, lipat baju, basuh baju, jemur baju sampailah seterika baju.

Semua terpaksa buat sendiri. Korang bayangkanlah, tahun pertama aku sekolah tu tudung aku selalu failed sebab ada garis kat tengah bucu kepala tudung tu. Orang lelaki mungkin tak berapa nak faham kan haha.

Lama-lama belajar dari kawan-kawan akhirnya aku berjaya jugak seterika dengan cantik. Puji diri jap. Okay, fast forward. Waktu cuti sekolah, aku kena tolong ibu buat kerja-kerja rumah. Macam biasalah kan. Cuma ada satu part ni.

Ibu aku selalu suruh aku tolong kemaskan tempat tidur adik-adik aku sekali. Aku bukan nak derhaka, tapi aku rasa itu tanggungjawab diorang kot. Kenapa diorang tak buat sendiri? Jadi, selalu kalau ibu suruh aku, aku akan suruh adik-adik aku buat. Haha. Tak best la kan aku sorang je kena train.

Macam biasa, aku mula keluarkan karakter singa lepas dua tiga kali tak makan saman. Lagi tak best bila adik-adik aku buat derk je. Korang tau? Last-last ibu aku kata “Dah taknak buat sudah.” Ibu aku yang buat weh. Ya Allah, bukan aku melawan atau tak nak buat.

Sebabnya aku dah merasakan peritnya bila kau tak tau nak urus diri pun hatta dalam perkara basic. Aku pernah je suarakan kat ibu, kenapa tak biar je diorang buat sendiri. Ayat ibu aku, “Nanti nak kena buat kerja dua kali.

Diorang tu bukan pandai lipat kemas-kemas. Nanti ibu jugak nak kena kemas semula.” Basuh pinggan. Adik lelaki aku mungkin belajar daripada pemerhatian kot. Bapa aku punya pinggan, selalunya kami orang perempuan kutip dan basuhkan.

Kadangkala tak bawa ke sinki pun. Ye, aku tau besar pahala berkhidmat untuk ibubapa kan. Tapi sekarang kita tengah bincang pasal DIDIKAN. Aku pernah bergaduh dengan adik aku kes dia taknak basuh pinggan sendiri. Aku siap ugut nak letak pinggan tu atas tilam dia kalau dia taknak jugak.

Akhirnya dia basuh. Fuh, singa tau aku ni. Mengalahkan ibu dengan bapa aku pula, haha. Ada satu kes di mana adik perempuan aku nak bantu basuh periuk dan pinggan kat dapur. Ibu aku kritik sebab katanya nanti tak bersih, berminyak. Nanti ibu nak kena buat kerja dua kali. Alahai ibu.

Korang tau? Lepas-lepas tu adik aku dah tak cuba lah nak buat benda tu. Masak. Okay ni part paling menarik dalam hidup aku. Aku suka memasak tapi bukan dengan ibu. Haha. Pelik, kan? Orang selalu masak dengan ibu. Ye, aku selalu je masak dengan ibu aku.

Lepas SPM aku memang niat nak belajar masak. Aku masuk dapur, aku belajar potong-potong sayur je. Aku nak jugak siang ikan tapi ibu tak bagi dengan alasan “Nanti pecah isi ikan. Awak bukan pandai”. Basuh ayam pun aku belajar dekat kem sekolah. Basuh beras letak nasi pun belajar dekat kem sekolah.

Masa aku mula-mula nak tolong tanak nasi dekat rumah ibu aku tanya, “Pandai ke?” Huhu. Kalau tak buat bila nak pandainye. Tapi aku cakap dalam hati je la. Aku kan selalu tolong potong sayur je kan, jadi pernah beberapa kali aku belajar nak masak menu-menu advance sikit.

Aku pesan pada ibu, “Ibu, jap lagi nak buat sama-sama. Ibu panggil tau.” Aku pun ke ruang tamu kejap. Tup tup dah berbau dah tumis. Sedihnya. Aku nak belajar. Kenapa tak panggil. Bila dah besar ni ibu selalu cakap yang aku ni tak mahu belajar masak.

Ibu tak tahu, aku sanggup pergi rumah sewa kawan aku semata-mata nak memasak. Dekat rumah, boleh je ibu cakap “Nanti awak masak sekian, sekian ye”. Tapi tak. Semua ibu nak buat sendiri. Aku masak je tapi menu aku selalu lari daripada menu ibu. Kalau sama nanti ibu marah sebab cara aku tak sama.

Ye la kalau korang buat A, caranya banyak kan. Biasalah kalau aku sesekali nak cuba kaedah lain sikit. Sekarang aku dan adik-adik dah besar. Adik aku yang lelaki selalu je ke dapur. Aku rasa dia nak tolong tapi takde sape assign tugasan pada dia. Pinggan pun dia dah basuh sendiri. Adik perempuan aku pun.

Kadang dia masuk dapur aku suruh la dia buat apa-apa. Ayat first ibu “Pandai ke tu? Nanti rosak/tak jadi dll”. Sekarang dah besar aku berani la jawab sikit. “Selagi tak buat takkan nak pandai. Biasalah mula-mula kalau tak jadi.”

Dan aku tengok adik-adik aku tu nak je tolong buat kerja rumah. Cuma kena assign tugasan sebab tak biasa buat dari kecil. Bila ibu dah makin berusia, ibu selalu cakap. “Hm…penat asyik buat kerja sorang kat rumah.” Ibu boleh je bagi arahan. Kami pasti akan buat.

Tapi satu je la aku perasan. Ibu aku dia tak de keyakinan terhadap anak-anak dia. Dia tak letakkan kepercayaan pada kami untuk buat tugasan sebab dia risau nanti hasilnya tak perfect atau slow. Pada aku, biar je tak perfect yang penting kitorang buat.

Lama-lama dah terbiasa,oklah. Jadi, dari situ aku belajar sesuatu. Aku mungkin tak boleh ubah benda yang dah lepas. Tapi pada masa akan datang, kalau Allah bagi peluang aku jadi ibu.

Aku akan ajar dan biar je anak-anak aku buat tanggungjawab diorang walaupun pada awalnya tak perfect. Lagi satu, peranan bapa. Tapi camne aku nak control yang ni eh? Berdoa je la moga suami aku nanti mampu bekerjasama dalam hal ehwal rumahtangga ni.

Kalau korang ada anak-anak lelaki, didiklah dari sekarang. Kita taknaklah perkara yang sama berlaku pada isteri dia suatu hari nanti. Biar dia pun ambil tanggungjawab untuk urusan rumahtangga. Apa yang paling penting, PERCAYA!

Ye, kena letak kepercayaan bila kita dah assign tugasan tu pada anak-anak. Aku perhati, adik-adik aku happy betul bila diberi kepercayaan even hasil tu failed, hahaha. Takpe, yang penting diorang terus bermotivasi nak buat.

Dari situ boleh lahir ‘common sense’ yang selalu orang canang-canangkan tu. Dah tak pernah suruh, tak pernah biar buat masa masih kecil. Bila dah besar panjang baru nak merungut kenapa taknak buat itu ini sendiri? Aku tak salahkan ibubapa aku atau sesapa.

Aku pun salah jugak ni ha. Cuma apa yang berlaku ni banyak mengajar aku la. Itu aku paling bersyukur. Baaanyak sangat aku belajar. Ade hikmahnye. So korang yang dah bergelar ibu tu, aku harap korang berilah kepercayaan kat anak-anak korang.

Suruh je diorang buat kerja rumah dari sekolah rendah. Lipat baju tak simetri pun takpe untuk permulaan. Korang guide la. Malas ni susah nak tafsir jugak. Maybe dia bukan tak nak buat. Tapi dia tak tahu part mana dia patut ambil bahagian.

Sejak kecil kalau asyik kena kritik je, terus rasa “Ok ini bukan kerja aku.” Biarlah kita sakit mata tengok benda tak perfect untuk permulaan. Asalkan pada masa akan datang, kita tak penat emosi. Sepenat-penat fizikal, lagi penat bila emosi burnout tau!

So, semoga urusan korang dipermudahkan. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Selamat berpuasa, korang! – Ayong – Pemerhati (Bukan nama sebenar) via iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *