Setelah tular, POS Malaysia akhirnya memberi respon mengapa mungkin tiada bonus untuk tahun ini.

Pos Malaysia Berhad memberi bayangan ketiadaan pembayaran bonus buat kakitangannya tahun ini susulan masalah kewangan yang dihadapi akibat penularan wabak Co0vid-19.

Menurut sumber syarikat itu, pihak pengurusan ketika ini sebaik mungkin sedang cuba memperimbangkan keadaan aliran tunai atau “cash flow”.

“Ketika ini pengurusan ‘cash flow’ syarikat sampai ke tahap harian ketika ini, di mana segala perbelanjaan keluar dirancang sebaik mungkin supaya perkara-perkara seperti gaji tidak terjejas.

“Pada ketika ini, keadaan kewangan, ‘cash flow’ syarikat tidak mengizinkan untuk sebarang bonus.

“Pos Malaysia pasti sentiasa memantau keadaan ‘cash flow’ syarikat, dan akan mengadakan sebarang perubahan sekiranya ada,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini tvlar di medla s0sial mengenai seorang posmen yang sedih dan terduduk ketika hujan selepas selesai menghantar surat apabila dimaklumkan tiada pembayaran bonus buat kakitangan Pos Malaysia tahun ini.

Kesedihan posmen yang tular di media sosial itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya bersimpati.

Namun, semua maklum bahawa pelbagai sektor ekonomi di negara ini terjejas ketika ini akibat penularan wabak Co0vid-19.

Malah, hampir kesemua sektor perniagaan juga terjejas apabila kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian vlrus.

Dalam pada itu sumber memaklumkan bahawa tiada pembuangan pekerja akan dilakukan syaraikat itu meskipun berdepan situasi sukar.

“Tiada skim pemisahan sukarela (VSS) ataupun buang pekerja,” katanya lagi.

Jelasnya sistem kewangan Pos Malaysia terbahagi kepada empat segmen iaitu, kurier atau pos laju, surat, retail runcit atau transaksi di pejabat pos dan perniagaan antarabangsa.

Menurutnya, berlaku peningkatan bagi segmen kurier atau pos laju, namun tiga segmen lagi mencatatkan penurunan yang ketara.

“Walaupun peningkatan di kurier atau pos laju adalah tinggi, tapi penurunan segmen surat adalah 50 peratus manakala penurunan dua segmen lagi adalah lebih dari 60 peratus dari 18 Mac hingga kini,” jelasnya.

Malaysiakini difahamkan, Pos Malaysia telah memberi bantuan sebanyak RM250 kepada kira-kira 23,000 kakitangannya sempena bulan Ramadan bagi meringankan beban.

Kisah sbelum ini staff Pos Malaysia tak dpt bonus

Siakap Keli Ya Allah sedihnya,ni bukan cerita rekaan tapi cerita betul,tadi lepas abg Posmen ni selesai hantar surat dan barang yg aku beli online tu,ada org call dia,lepas jawab call tu dia terus duduk termenung disitu dalam keadaan basah lencun.

Masa tu tengah hujan lebat,aku tengok muka dia memang nampak sedih sgat,aku segan nak tanya sebab aku ingat dia baru putus cinta ka apa kan,so aku suruh adik aku tanya dia kenapa muka nampak sedih,mulanya dia kata x ada apa-apa lah,bila ditanya dua tiga kali akhirnya dia jawab.

Dia kata kawan dia call tadi bagitau tahun ni dorang x ada bonus,katanya x pernah lagi jadi macam ni,tahun lepas dapat jugak RM1000 tapi tahun ni x dapat langsung,dia kata dah lah kerja makin banyak tapi bonus pulak x ada.

Dia cakap dalam keadaan sebak dan meleleh jugak air mata jantan dia,dia kata dia sgat berharap dapat bonus tu,dia nak kena tanggung family dia sebab ayah dia dah meninggal 3 tahun lepas,nak bayar hutang motor,rumah sewa dan macamĀ² lagi.

Gaji dia RM1k lebih ja,aku nak tanya pihak Pos Malaysia Berhad dan Poslaju Malaysia ,betulkah tahun ini tiada bonus? Bukankah sejak PKP ni barang Poslaju semakin banyak sangat? Bila barang semakin banyak bermakna untung semakin banyak,lagipun minyak dah semakin murah kan?

Kenapa x boleh bagi bonus pada staff kamu? Sepatutnya kena bagi lebih dari tahun lepas bukannya langsung x bagi,jangan jadikan corvid-19 sebagai alasan untuk tidak bayar bonus pada staff kamu,kalau x kerana corvid-19 dan PKP takkan lah korang nak dapat pelanggan ramai sampai berkali-kali ganda kan?

Saya harap pihak berkenaan dan kerajaan Malaysia tolong bersuara bagi pihak posmen di Malaysia ini,kesiankanlah mereka wira barisan hadapan yg tidak didendang ini.

Sumber : siakap keli / malaysiakini (bm)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *