“Agak2 smpai bila Ustaz Ebit Liew akn byr sewa rumah?” Lelaki ini dedahkan usaha murni Ustz Ebit Liew.

Sepanjang PKP dijalankan, ustaz Ebit Lew dan pasukan tetap meneruskan usaha mencari dan membantu mereka yang memerlukan.

Seluruh pelusuk negara dia pergi. Bermula di ibu kota, pergi pula ke utara dan seterusnya ke negeri pantai timur.

Biarpun apa yang dilakukan ustaz dan pasukan adalah satu kerja yang murni, namun masih tidak terlepas dari kec4man dan kritik4n dari individu lain.

Baru baru ini seorang lelaki yang juga penulis novel sejarah memuat naik satu hantaran mempert4hankan usaha yang dilakukan ustaz Ebit.

Ujar Pak Latip, kalaulah usaha yang ustaz Ebit ini tidak digembar gemburkan bagaimana mungkin kita boleh tahu tentang kisah kisah para dermawan zaman sahabat dahulu.

Disamping itu, dekat Malaysia ni kan banyak jutawan, mungkin akan memberikan golongan ini inspirasi untuk turut membantu golongan yang memerlukan ini.

Kenapa marah-marah bila Ustaz Ebit Lew membantu keluarga yang daif?.

Beliau dapat mengubah kehidupan keluarga yang malang. Bukan saja carikan rumah yang lebih selesa, sanggup bayarkan sewanya, malah belikan kelengkapan rumah seperti katil, tilam, mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya.

Bukan satu keluarga yang dibantunya. Sudah banyak keluarga yang menangis kegembiraan dan kesyukuran setelah menerima bantuannya. Bukan sedikit duit yang telah dibelanjakannya. Mungkin sudah mencapai ratusan ribu ringgit.

Usaha murni Ustaz Ebit Lew yang suka membantu orang susah itu dilakukannya sejak lama dulu. Sekarang baru orang ramai tahu.

Ada yang tidak senang hati bila Ustaz Ebit Lew buat rakaman video kemudian disebarkan kepada orang ramai. Ada pula yang kata beliau suka menunjuk-nunjuk kebaikannya. Dan bermacam komen lagi.

Namun lebih ramai yang memuji usaha yang dilakukannya itu. Kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.

Ada yang kata, alangkah bagusnya jika Ustaz Lew buat senyap-senyap saja. Ibarat tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu.

Membantu secara sembunyi itu memang baik. Tetapi tidak salah kalau membantu secara terang. Saya yakin Ustaz Ebit Lew lakukan itu ada sebabnya.

Mungkin supaya dicontohi orang lain. Tambah pula di negara kita ini ramai jutawan yang mampu mencontohinya.

Mungkin juga mahu buktikan kepada orang yang telah menderma melaluinya bahawa duit itu sudah diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Kalaulah memberi bantuan itu mesti dengan sembunyi supaya orang lain tidak tahu, macam mana kita tahu Abu Bakar As Siddiq memberikan semua hartanya untuk Islam.

Macam mana kita tahu Abdul Rahman Auf mendermakan 1,000 ekor kuda untuk pasukan tentera Islam pergi berperang.

Macam mana kita tahu kisah Utman Affan membeli perigi dari orang Yahudi bagi kemudahan orang Islam mendapatkan airnya.

Kerana itu tidak salah jika seseorang itu memperlihatkan kebaikan yang dilakukannya.

Asalkan tujuannya baik.

Perkongsian dari tuan Abdul Latip ini telah reaksi yang pelbagai dari warganet.

Ada bertanya sampai bila Ustaz Ebit akan membayar rumah yang disewakan itu.

“Tapi kan setakat mana dia membantu mereka ni ye, maksud saya, bila sewa kan rumah tu UEL bayarkan sampai tempoh berapa lama. Sekadar bertanya.” Soal seorang netizen.

Menurut jawapan balas dari seorang lagi warganet, “yang selalu UEL cakap dia akan bayar selagi termampu” katanya.

Tambah seorang lagi netizen, “Mudah mudahan la mereka dapat memperbaiki kehidupan dengan lebih baik, dan moga mereka jugak dapat mengamalkn kebersihan rumah yang mereka diami. Moga mereka jadi kan pengajaran dan terus berusaha untuk jadi seperti orang lain juga.”

“Allah sudah hantr orang yang baik bantu yang d bantu. kena bantu juga diri sendiri kan insya Allah. kita pun orang pernah susah dulu hari hari puasa bermula dari kosong siang malam makan roti ker1ng doa dan usha jangan berhenti” katanya.

Moga usaha ustaz dan team di berkati olehNya. Via BorakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *