Dr kecik mak lyan aku begini? Rasa terhina, rindu arrwah ayah. Apa dosaku mak?

Hisemua. Aku tak tahu nak mulakan dari mane. Tapi soalan aku, ada ke yang senasib dengan saya? Aku dah berkahwin. Ada 3 orang cahaya mata. Suami alhamdulillah ok dan baik sangat dah. Tapi aku ada nak luah sesuatu tentang ibu saya. Ibu kandung saya.

Aku anak ke 5 daripada 8 orang adik beradik. Ayah aku dah meninggal dunia. Okay camni. Ibu aku ni boleh katakan dia seorang yang baik. Kami rapat. Selalu berkongsi cerita. Ibu aku ada pencen aruwah ayah. Lumayan juga. Kadang2 sebulan tu tak habis guna. Yelah komitmen dah tkde. Anak masing2 dah kerja.

Tapi dalam rapat kami ada sesuatu tentang ibu aku terhadap saya. Dengan anak2 menantu semua dia okay je. Tapi ibu aku ni macam sesuatu dengan saya. Ibu kami ni garang waktu kami kecik. Masa aku sekolah, kalau ada salah faham dengan ibu, ibu akan pulaukan saya.

Pernah kami berselisih faham. Masa tu adik beradik semua kumpul sekali termasuk yang dah kawin. Aku sekolah menengah. Masa nak makan, ibu cakap kt adik beradik lain “biarlah dia”. Seolah olah suruh semua untuk tak pedulikan saya, Jangan ajak aku makan.

Aku kurang ingat ayatnya tapi lebih kurng macamtulah. Aku sedih sangat diperlakukan macam tu. Tapi bukan sekali dua camtu. Selalu jugak kalau ada salah faham antara kami. Aku pulak suka mendiamkan diri. Tak pernah sekali pun aku cuba menjawab atau kurang ajar dengan dia.

Kalau nak marah sekalipun aku akan diam dan asingkan diri. Memang tu cara aku dari kecik sampaila sekarang.

Bila dah besar, masing2 semua dah kawin. Aku banyak duduk kt rumah ibu aku sebab rumah kami satu negeri satu daerah. Niat aku cuma nak ada dengan dia. Nak dekat dengan dia. 3 tahun lepas, sebelum raya aku ada buat sedikit amal.

Aku beli barang keperluan asas untuk diinfakkan pada yang memerlukan. Barang2 tu aku letak kat rumah ibu sebab selama ni pun ape2 urusan memang akan berurusan kat rumah ibu. Satu hari mak mertua aku datang rumah ibu. Mak mertua tanya nak buat ape banyak2 ni?

Ibu aku jawab nak bagi orang. Tapi dia tak sebut aku dan suami yang berusaha untuk semua tu. Korang faham tak ape aku rasa? Aku rasa macam ibu aku cuba sembunyikan kebaikan aku daripada orang lain walaupun mak mertua aku sendiri.

Aku bukan nak riak ke ape dengan orang tapi point nya kenapa ibu seolah2 cuba nak kata dia yang beli semua barang2 tu? Sebelum kahwin aku pernah keje part time. Duit part time tu aku bagi ibu aku buat beli karpet raya. Tapi bila orang tanya pasal karpet, orang puji cantik, sikit pun dia tak sebut aku yang belikan.

Kalau adik beradik lain buat ape semua dia sebut cerita kat orang. Dan benda ni bukan jadi sekali dua tapii selalu. Korang faham tak ape aku rasa? Adakah aku yang berdosa atas rasa ni? Time nak raya, aku orang paling excited kemas rumah. Aku tukar langsir, kemas mop lantai, gubah bunga. Banyak aku yang buat. adik beradik lain tolong macamtu je diorang lelaki.

Tapi bila orang datang rumah puji rumah kemas cantik ibu tak pernah sebut aku yang buat. Dia cuma kata anak2 yang buat. Anak2. Sedang2kan aku sorang yang bertungkus lumus. Kecik hati saya. Masa aku kecik memang ibu tegas. Aku memang diajar bangun pagi kena buat kerja2 rumah.

Selalu aku dikejut dengan tengkingan semata2 nak suruh aku jemur kain. Kalau tak buat memang ibu akan marah saya. Jadi aku dah terbiasa buat kerja rumah dari sekolah rendah sampai ke besar. Tapi bila aku sambung blajar, aku tak duduk rumah. aku merantau.

Aku perasan rumah aku akan bersepah sepanjang aku tiada kecuali time aku cuti semester aku balik aku akan buat kerja rumah macam biasa. Dan aku ada adik perempuan. Remaja. tapi cara ibu didik dia jauh beza dgn aku. Dulu aku dipaksa, tak buat aku kena marah, kena pulau.

Tapi dengn adik ibu berlembut. Sampai adik aku selalu memberontak pun ibu aku masih senyap. Dia selalu marah2 kalau ibu mintak dia buat kerja. Agaknya kalau aku macamtu dulu dah boleh sakit dah. Entahla. Dari dulu sampai sekarang sikap ibu masih sama cuma tak seketara dulu lah. Mungkin sebab aku dah bersuami dan ada anak2.

Ada sekali tu aku dan suami belikan hadiah untuk anak sedara kami. Tapi ibu aku yang tolong sampaikan. Sampailah satu haritu kantoi anak sedara bagitahu hadiah tu nenek yang bagi. Sedangkan kami kirimkan mintak dia berikan pada anak sedara kami.

Memang mati2 anak sedara aku percaya itu pemberian neneknya. Aku cuma tak faham, kenapa ibu aku buat macmni pada saya? Kenapa dia taknak orang pandang baik pada saya? kenapa setiap perkara yang baik aku buat dia tak pernah nak cerita pada orang malah cuba sembunyikan kebaikan aku termasuklah suami saya.

Aku jenis tak berkira. kalau ada duit lebih aku akan belikan ibu aku sesuatu. Aku kerja sendiri je bisnes kecik2. Suami keje swasta alhamdulillah kami selesa. Tapi ape yang aku hadiahkan pada ibu tak pernah dia mention pada sape2 even ada orang sebut dulu sekalipun. Aku sedih. Seolah2 aku dan pemberian aku tak layak dihargai.

Kalau adik beradik yang lain pantang orang sebut ada je dia puji itu ini, belikan itu ini. tapi aku tak pernah. Malah ibu selalu rendahkan aku depan orang lain. Teruk sangat ke aku di mata dia..? Banyak sebenarnya kisah yang membuktikan sikap ibu aku pada saya.

Tak tertulis rasanya ape yang aku lalui dari dulu sampai sekarang. Ibu memang baik, solat ngaji tak tinggal, kelas agama selalu pergi. Kalau menantu lain tu dia jaga sugguh2 perasaan diorang. Sampai takut nak puji menantu 1 depan menantu 2. Katanya takut nanti anak menantu kecik hati.

Tapi dia buat benda tu pada aku takpe. Tanpa teragak2 membanding beza, memuji anak2 lain hadapan saya. Depan anak2 lain tak pernah pulak dia puji saya. Malah selalu cuba merendah2kan saya. Baik aku ditutup rapat2. Lagi 1, bahagian lebih aku dia tak suka orang tahu.

Ntahla, aku tak tahu mane silap aku sebagai anak. aku bukan jenis pemberontak, aku tak pernah tinggi suara walaupun sekali, ape dia nak semua aku turutkan. Tapi tetap pengorbanan aku ibu tak pandang. Aku buat ape pun ibu tetap tak pandang ape yang aku buat.

Aku bukan mintak pujian pun, bukan aku tak ikhlas tapi cukup la layan aku sama macam adik beradik lain. Raikan kelebihan aku sama macam adik beradik yang lain. Jangan pilih kasih. Sampaila satu tahap. Aku rasa tawar hati. Aku pilih untuk berhenti buat semuanya.

Bukan sebab dendam pada ibu, tapi aku letih dan terlalu kecewa. Usaha dan pengorbanan aku selama ni orang tak pernah pandang. Aku berhenti buat semua. Aku tak buat kerja rumah. Aku hanya bantu mane yang perlu sahaja. Sedangkan hakikatnya aku bukan seorang yang suka dengan keadaan rumah bersepah tak berhias.

Adik beradik aku ambil alih tugas aku sebelum ni. Aku memilih untuk hanya memerhati dan bantu mane perlu. Ternyata ibu selalu puji adik beradik aku yang lain. Dan yang paling buat aku sedih, ibu puji adik beradik pada orang lain di depan saya.

Seolah2 dia menyindir aku untuk katakan aku ni tak guna, aku ni pemalas tak macam adik beradik lain. Sedangkan dulu aku satu2nya yang buat semua tapi dia tak pernah puji aku kata aku rajin. Tak pernah walau sekali. Bila ada orang luar puji saya, ibu hanya senyap. malah adakalanya yang meraikan aku hanya aruwah ayah saya.

Aku terlalu banyak pendam perasaan dengan sikap ibu. Kalau aku perlu modal untuk niaga, aku akan usaha sendiri. Walaupun susah akan akan bergadai ape yang ada. Tapi adik beradik lain pantang ibu dengar tak cukup duit, laju je ibu hulur.

Pernah sekali tengah2 sembang aku sebut depan ibu duit tak cukup nak bayar duit hospital sebab biasanya dapat kelim insurans tapi ada satu kes tu tak dapat cover. Kami suami isteri terpaksa bayar cash. Tapi ibu diam seribu bahasa.

Ya, memang suami aku mampu tapi sebagai seorang ibu tak terlintas ke dalam hati dia untuk sekadar bertanya kami boleh bayar tak dengan jumlah tu? cukup duit tak? bukan aku nk mintak duit dia pun. Tapi sekurang2nya tunjukkanlah sikit rasa belas, rasa caring pada aku sama macam ape yang adik beradik lain dapat. Ni tak. Dia diam tanpa sepatah kata.

Hanya dengar je keluhan saya. Aku rasa sedih sangat ibu tergamak layan aku camtu. Sampaikan aku terfikir kalaulah suami aku pergi dulu sape nak bantu aku dan anak2. Aku bisnes kecik2 je kejap ada kejap xde income. Kalau orang lain selagi ibu hidup selagi tulah rasa ada tempat untuk tumpang kasih.

Tapi aku tak rasa tu kecuali hanya aruwah ayah. Aruwah ayah insan yang paling aku sayang. Malah aku boleh kata aku lagi sayang ayah berbanding ibu. Sebab dari kecik aku memang hanya ayah yang selalu menghargai saya. Musim PKP ni aku terpaksa stay rumah ibu dengan adik beradik lain.

Sama seperti selalu, ada hari2 yang suami aku akan keluar beli barang keperluan. Bila adik beradik yang tinggal asing telefon ibu tanya camna belanja hari2, ibu sebut nama adik beradik lain keluar duit beli lauk, beli keperluan harian, tapi dia tak sebut suami aku sedangkan kami sendiri memang banyak berhabis belanja sepanjang PKP ni.

Tapi aku dan suami tak kisah. Kami tak pernah nak berkira tapi kenapa ibu sanggup layan aku macamni sampaikan dengan suami aku sekali kena tempias. Sama jugak dalam hal2 lain, kerja yang dibuat sama2 malah kami suami isteri yang bertungkus lumus tapi ibu tetap nafikan.

Ibu akan sebut nama adik beradik yang lain jugak. Ada satu hari tu siap pesan kat aku kalau orang tanya jawab acik dan angah aku yang buat semua ni, bukan aku dan suami sedangkan kami suami isteri yang beriya buat semua yang lain sekadar tolong sikit2.

Sampainya hati dia. Mane hak aku sebagai seorang anak? Adilkah aku diperlakukan sehina ini oleh seorang ibu yang siang malam aku doakan kebajikan untuknya? Ape salah aku dari aku kecil sehingga kini ibu selalu tak adil pada saya?

Maaf. Aku tahu aku bukan anak yang baik sehingga aku rasa begini pada ibu. Tapi aku nk tanya pada kalian, salahkah ape yang aku rasa? Aku dah buat yang terbaik, jadi anak yang baik untuk dia. Tapi tetap aku diperlakukan begini.

Mane hak aku sebagai seorang anak? adakah nanti di akhirat aku akan tuntut ketidakadilan ni pada ibu saya? Aku sayang dia. Tapi terlalu banyak kesakitan yang aku rasakan sampaikan kadang2 aku tak tahu sejauh mana sayang aku pada ibu.

Yang pasti, aku hanya rasa kasih sayang yang tak berbelah bahagi dripada aruwah ayah saya. Ayah tersangatlah baik. Dia tak banyak cakap tapi ape yang dibuat penuh dengan rasa kasih, ikhlas dan sayang.

Dia tak pernah buat aku kecewa, tak pernah sakiti hati saya, dan dia satu2nya yang selalu meraikan aku sebagai anak. Sejak aruwah ayah meninggal, aku rasa kosong. Kosong bab kasih sayang orang tua pada saya. Aku rindu ayah aku sangat2. Rindu perhatian dia, rindu keikhlasan dia, layanan baik dia pada aku selama dia hidup.

Sumber : Kisah Rumahtangga Fans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *