Safawi Rasid dedah harga sebenar kereta Porsche Cayman dan Ucap Terima Kasih Kepada TMJ.

KUALA LUMPUR: ‘Terima kasih Tunku Mahkota Johor (TMJ)!’

Itu ayat pertama yang keluar daripada mulut tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid sebagai tanda penghargaan kepada pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas membantu mencapai impiannya memiliki jentera mewah pada usia muda.

Menurut pemain berusia 23 tahun itu, jentera Porsche yang dikongsi dalam laman Instagram semalam menjadi sumber inspirasinya untuk terus memberikan persembahan yang terbaik dan konsisten bagi membantu skuad Harimau Selatan merangkul lebih banyak kejuaraan.

“Sememangnya kereta berkenaan milik saya. Alhamdulillah impian memiliki kenderaan terbabit tercapai dalam usia muda.

“Terima kasih diucapkan kepada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak membantu memberi dorongan dan semangat untuk terus berjaya.

“Kejayaan yang dikecapi selama ini hasil sokongan semua pihak termasuk keluarga yang sentiasa bersama saya,” katanya.

Terdahulu, hantaran terkini Safawi di laman Instagram menarik minat penyokong bola sepak tempatan selepas dia berkesempatan berkongsi gambar kereta berwarna merah terbabit sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Malah, hantaran terbabit turut mendapat perhatian Tunku Ismail yang meninggalkan komen beliau.

“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail.

Meskipun enggan mendedahkan nilai kereta terbabit, namun ‘harga permainan’ baharu Safawi itu dikatakan bernilai sekitar RM515,000 sehingga RM612,000. Jentera terbabit adalah Porsche Cayman daripada dua generasi terdahulu dan berdasarkan semakan di Internet, harga jentera terbabit adalah sekitar RM515,000 sehingga RM612,000 ketika mula memasuki pasaran Malaysia pada 2009.

Bagaimanapun, disebabkan sudah dianggap ‘lama’, nilai jentera terbabit ketika ini hanyalah sekitar RM103,000 sehingga RM320,000.

Biodata Safawi Rasid yang ramai tidak tahu

Nama penuh: Muhammad Safawi bin Rasid

Nama popular: Safawi Rashid

Tarikh lahir: 5 Mac 1997

Umur: 21 tahun

Tempat lahir: Dungun, Terengganu

Pekerjaan: Pemain bola sepak

Media sosial: Instagram @safawirasid29

Fakta Menarik

A. Berketinggian 1.73 meter.

B. Anak kesembilan daripada 13 adik-beradik.

C. Pernah bekerja sebagai tukang rumah.

D. Mempunyai karakter pendiam dan pemalu, namun dalam masa yang sama suka berkawan.

E. Bekas pemain sepak takraw wakil negeri dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) sejak sekolah rendah.

F. Meninggalkan sukan takraw sewaktu tingkatan tiga apabila mendapat peluang menjadi wakil skuad bola sepak Terengganu di kejohanan MSSM.

G. Mula melibatkan diri dalam sukan bola sepak secara serius sejak berumur 17 tahun. Beliau menanamkan niat menceburi bidang itu untuk mencari rezeki bagi membantu ekonomi keluarga.

H. Bergelar pemain bola sepak untuk kelab T-Team FC pada 2015 hingga 2016, diikuti Johor Darul Ta’zim (JDT) dari 2017 hingga kini (2018).

I. Manakala untuk kemunculan di peringkat antarabangsa, beliau menyertai skuad kebangsaan Malaysia untuk bawah 19 tahun (B-19) pada 2015, diikuti skuad bawah 23 tahun (B-23) pada 2016 dan skuad Harimau Malaya sejak tahun 2016.

J. Cukup digeruni kerana mempunyai kepantasan serta kelincahan mendominasi bahagian serangan.

K. Merangkul trofi Pemain Paling Bernilai (MVP), Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018.

L. Tersenarai dalam 20 pemain bintang Asia Tenggara pilihan FourFourTwo untuk masa akan datang. Antara lain, nama yang disenaraikan termasuk pemain dari Thailand, Indonesia, Australia dan negara-negara Asia lain.

M. Pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti wanita popular seperti pelakon Sweet Qismina, penyanyi Wani Kayrie, pengacara Anim Ezati Zikri dan pelakon Ruhainies.

Sumber : Berita Harian / Wiki pedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *