Aku halau Ain selepas janda aku msukkan sesuatu dlm nasi. SMS dr bomoh indonesia buat aku trsedar.

Gmbr sekadar hiasan.

Aku harap isteriku baca tulisan aku ini dan kembali kepangkuanku. Maafkan abang sayang. Isteriku adalah graduan dari UIA. Dulu sebelum aku kenal dia, aku dah ada isteri. Tapi isteri pertama aku yang dulu curang.

Yang isteri curang itu biarlah aku namakan dia Mai. Mai masa tu dah setahun lebih tak balik rumah sebab ikut laki lain. Hari hari Mai msg aku mintak cerrai. Tapi aku tak cerraikn Mai sebab sayangkn anak anak. Aku ada 2 orang anak lelaki. Kedua2 anak tinggal dengan aku.

Disebabkan Mai gilakan laki lain, Mai abaikan anak anak. Di saat aku sedih, dan masih mengharapkan isteri aku pulang, aku kenal pul dengan isteri aku yang sekarang. Aku namakan dia Ain.

Masa aku kenal dia, dia masih belajar di UIA. Mula mula, aku niat cuma untuk isi keboringan hidup aku. Aku takde niat langsung untuk bernikah dengan Ain. Sebab aku masih sayangkn Mai dan mengharapkan dia pulang. Since Ain tinggal dalam asrama, dan aku kerja tak jauh dari UIA, aku banyak jemput Ain bawak dia keluar.

Aku kenalkan Ain pada kawan kawan aku. Tapi belakang Ain, aku bagitau kawan kawan aku yang aku takde niat untuk nikahi Ain. Tapi makin lama aku kenal Ain, makin nampak ketulusan hati dia. Aku puji budak budak UIA. Mereka jujur, amanah dan bertanggungjawab. Dalam diri Ain, takde langsung nampak sifat penipu.

Dia jauh berbeza dengan Mai. Perkahwinan aku dengan Mai, sentiasa penuh dengan makian. Tak pernah nak hormat aku sebagai seorang suami. Malah Mai jugak msej maki hamun keluarga aku agar aku dapat mencerraiknnya. Dayusnya aku ketika itu sebab masih bertahan dengan Mai.

Tapi demi anak anak, aku pertahankan. Bila aku makin tertekan dengan permintaan Mai untuk cerraikannya, aku makin rapat dengan Ain. Aku dapat rasa aku makin jatuh hati dengan Ain. Kawan kawan nasihatkn aku untuk lepaskan Mai dan terus serius dengan Ain. Aku bawak Ain jumpa anak anak aku.

Pada awalnya anak anak aku macam kekok. Mereka macam tak dapat terima kehadiran Ain. Aku faham, mereka masih memerlukan ibu kandung mereka, iaitu Mai. Oleh kerana aku dan Ain berasal dari negeri yang sama, ketika hari raya aku bawak Ain datang jumpa family aku.

Tak ku sangka semua family aku terlalu suka dengan kelembutan Ain. Mereka nasihatkan aku untuk segera lepaskan Mai. Aku mula terima Ain. Aku nasihatkn Ain untuk serasikn diri dia dengan kedua2 anak lelakiku. Seorang berumur 14, dan seorang lagi umur 12.

Ain tak kisah, dia cuba sedaya upaya untuk adapt dengan anak anak aku. Aku selesa dengan layanan Ain pada anak anak aku. Lama lama anak anak aku sayangkan Ain. Sehinggakan mereka tak pernah bertanya langsung tentang ibu mereka,Mai.

Aku mula dapat lupakan Mai. Aku mula sayangkan Ain. Satu hari, Mai msej aku lagi untuk mintak cerrai. Aku setuju, aku suruh dia angkat call untuk aku lafazkan talak. Mai terkejut. Aku call berkali kali tapi dia tak snggup pula nak angkat. Aku tanya pendapat anak anak aku, mereka setuju untuk aku lepaskn ibu mereka. .

Korang dapat bayangkn bertapa terluka hati anak anak aku sebab diabaikan seorang ibu. Sampai tak kisah dah anak anak aku bila ibu dorang takde. Aku tanya pndapat mak aku, adik beradik aku yang lain.

Semua setuju untuk aku lepaskan Mai. Aku buat istikharah, aku tak nampak bahagia dengan Mai. Akhirnya selepas solat maghrib, setelah berkali kali aku call Mai tapi tak angkat, aku text dia. Aku cerraikn dia… Dipendekkan cerita, setelah pencerraian kami selesai, aku kahwini Ain.

Sumpah aku bahagia dengan Ain. Anak anak aku semua sayangkan Ain. Dorang totally lupakan ibu kandung dorang. Bila aku suruh call tanya khabar ibu dorang, macam macam dorang mengelak. Ain memang pndai ambik hati anak anak aku. Makan minum anak anak aku semua dia jaga.

Anak aku lapar pkul 3 pagi, dia bangun masak. Ain memang suka masak. Aku puji dia. Anak anak aku dari kurus kering dah jadi gemuk gemuk sebab Ain suka masak. Dulu dengan mai, anak anak aku selalu makan maki je. Bila Mai tengok aku bahagia, dia mula cari pasal dengan aku. .

Cuba nak robohkan rumahtangga aku dengan Ain. Dia hasut anak anak aku untuk bencikan Ain. Tapi anak anak aku tak layan. Aku pernah terbaca msg Mai dalam hp anak aku, Mai bagitau anak aku yang Ain selalu maki dia.

Sampai macamtu sekali dia fitnah Ain. Tapi alhamdulillah, anak anak aku sayangkan Ain. Walaupun Mai lagi tua 10 tahun dari Ain, Ain lagi matang dalam melayani anak anak aku. Aku rasa terlalu indah hidup dengan Ain. 2 bulan lepas, aku dapat rasa 1 kelainan antara hubungan aku dengan Ain.

Aku jadi cepat panas. Aku selalu marah Ain benda benda yang tak patut. Aku tak tahu kenapa jadi macamni. Aku jadi benci nak balik rumah. Benci nak tengok anak anak aku. Aku jadi panas tiap kali duk dalam rumah. Aku smpai sanggup tido dalam kereta.

Kalau aku balik rumah pun, sekejap2 saja. Untuk tengok anak anak aku dah makan ke belum. Aku banyak habiskn masa lepak kat ofis. 1 hari tu, Ain kena pegi outstation 3 hari. Lokasi tempat dia outsation tu dalam 2 jam perjalanan dari rumah aku.

Aku kena uruskan anak anak aku. Masa tu, aku cari point untuk gaduh dengan Ain. Aku cakap, kalau syangkn anak anak aku, balik masak. Sedangkan aku tau memang sukar untuk dia drive 2 jam balik rumah semata mata untuk masak kat anak anak aku.

Padahal, ofis aku dengan rumah aku cuma 10 minit saja. ..Boleh sangat kalau aku balik hantar makanan kat anak anak aku. Ain mintak aku tolong masakkan untuk anak2 aku. Sebab dia jauh. Tapi aku balas dengan kata kata yang menyakitkn hati.

Aku beza bezakan Ain dengan Mai. Aku tau Ain terluka dengan kata kata aku. Aku cakap kat Ain, “Ko tak layak untuk jadi ibu pada anak anak aku. Hanya Mai yang terbaik untuk anak anak aku”. Aku tau terlukanya hati ain masa tu.

Hari tu aku balik rumah pkul 5.30 ptg. Aku terkejut tengok ada makanan dalam rumah. Aku tanya anak2 aku, siape hantar. Anak anak aku jawab, Ain orderkan delivery pizza untuk dorang. Lps tu, aku tengok Ain selalu sakit sakit, selalu demam demam.

Paling teruk dia muntah drah. Aku jugak selalu rasa tak sihat. Hubungan kami macam ada sesuatu tak kena. Aku jadi makin tak suka pada Ain. Tapi hati sayang… Entahla, aku taktau macamna nak cakap. Bila jauh, aku rindu. Bila ada depan mata, seolah olah ada sesuatu yang tak kena.

Ain ajak aku berubat. Ain cakap dia dapat tengok dalam mata aku penuh dengan kebencian terhadapnya. Ain hari hari ajak aku pergi jumpa ustaz. Dia cakap dia selalu muntah drah.

Tapi aku buat bodoh je sebab drah tu takdelah banyak mana sangat. Dalam masa yang sama, Mai selalu datang ofis aku. Keluar makan dengan aku, sampai tahap hingga tido dengan aku. Aku totally dah mula abaikan Ain.

3 minggu lepas, aku buat keputusan yang bodoh. Aku halau Ain keluar dari rumah aku. Aku tak cerraikn dia. Tapi aku halau dia. Ni semua atas prmintaan Mai untuk tumpang tinggal dalam rumah aku tu. Rumah aku yang dulu hasil perkhwinan aku dengan Mai, aku telah jual dan bahagikan wang dengan Mai.

Rumah yang sekarang, adalah rumah share aku dengan Ain. Korang bayangkn apa perasaan Ain bila aku suruh dia keluar dari rumah dia sendiri semata mata sebab Mai. Ain memang keluar dari rumah tu. Aku tau hati dia remuk.

Tapi aku takde rasa sedih ke apa ke. Sebab aku ada Mai. Aku tak nikah balik dengan Mai. Bila anak anak pergi sekolah, aku bemesra dengan Mai. Buat macam suami isteri yang sah. Aku turut semua cakap cakap Mai.

Berhabisan untuk Mai. Aku biarkan Mai hantar whatsapp kat Ain gambar aku dengan Mai tengah tido sebantal. Betapa teruknya Mai sakitkan hati Ain. Anak anak aku walaupun anak kandung Mai, tetap tanya aku mana Ain.

Mereka betul betul sayangkan Ain. Satu hari tu aku tergerak hati untuk check phone Mai. Aku terbaca msg Mai dengan seorang lelaki warga indonesia. Ya Allah aku tak sangka apa yang telah terjadi. Rupanya Mai telah sihirkan aku. Satu persatu aku baca perbualan Mai dengan lelaki warga indonesia tu.

Salah satunya suruh masukkn drah haidnya dalam makanan aku. Baru aku sedar tiap kali makan nasi, Mai selalu tak makan nasi yang sama dia masakkan untuk aku. Korang bayangkn anak anak aku makan nasik yang sama dari periuk yang dia masakkan untuk aku.

Aku baca lagi msg2 tu. Suruh letak sesuatu dalam bantal aku. Aku selongkar kekabu bantal aku. Jumpa pula sejenis kayu. Aku tak sangka Mai sanggup buat macamni. Sekelip mata aku terus tersedar. Aku halau Mai serta merta.

Aku seolah olah macam baru sedar dari mimpi. Ya Allah apa yang aku dah buat pada Ain. Aku call Ain langsung tak dapat. Aku mintak no baru kat fmly Ain, aku balik kg cari Ain. Tapi Ain takde.

Dorang mintak aku bagi masa untuk Ain tenangkn fikiran. Aku pergi ofis Ain, Ain ambik cuti tanpa gaji sebulan. Aku tau Ain terluka. Aku tau ain sedih. Aku harap sangat sangat bulan puasa ni Ain pulang kepangkuan aku. Aku call banyak hotel untuk cek nama ain. Tapi takde.

Aku taktau dia kat hotel mana sekarang. Ain memang suka tenangkn fikiran kat tempat tempat macamtu. Cuma sekarang, aku taktau dia kat hotel mana. Ain, maafkan abang. Abang tahu Ain suka buka page ni (IIUMC).. Suka cerita dekt abang tentang kehidupan rumhtgga dalam page ni.

Harini dugaan ni terjadi dalam hubungan kita. Maafkn abang banyak banyak sayang… Abang banyak lukakn hati Ain. Tanpa pikirkan perasaan Ain. Bagu abang untuk jumpa Ain. Abang risaukn Ain. Abang ceritakn semuanya dalam page ni supaya Ain tahu keadaan sebenar.

Sebab abang takde peluang untuk bercakap dengan Ain. Abang janji abang akan jaga hubungan kita. Maaf atas segala kekhilafan abang. Kawan kawan semua, doakan Ain pulang ke pangkuan saya…

Sumber – Encik Z via IIUMC

Perkongsian di atas disiarkan di laman IIUMC pada tahun 2016 (Jun).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *