Aku dduk di rumah mertua. Sdg kami tidur , tiba2 mak mertua ketuk pintu bilik jam 5 pagi. Pelik aku. Tak sngka dia suruh aku buat bnda tu.

#gambar sekadar hiasan

Hi & Assalamualaikum. Saya Mimi, sudah berkahwin, ada seorang anak. Saya ceritakan sikit latar belakang aku. Saya berkahwin atas restu kedua pihak (itu yang dinyatakan). Walaupun pada mulanya, memang ada konflik antara ibu dan bakal ibu mertua saya (mertua saya marah mak saya tanpa usul periksa dan salah dari anak diaorang sendiri which is tunang saya masa tu) tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Selepas berkahwin, suami memilih untuk tinggal sementara dirumah mertua memandangkan suami masih tak dapat kerja tetap dan ada bilik kosong yang selesa untuk kami. Suami saya hanya ada 3 beradik, jadi saya fikir tak susah lah untuk saya ngam dengan semua orang. Tapi, setelah 3 bulan berkahwin, mak mertua saya mula gunakan kuasa veto as “queen”.

Hampir semua yang saya buat, tak kena. Dia bentak aku. Dia marah. Dia panggil saya untuk “berbincang” tapi isinya cukup buat saya rasa terhina. Dia pesan supaya saya menjaga penampilan diri suapaya suami saya tak cari lain sebab katanya dekat luar tu ramai lagi orang cantik2 dari aku, sedangkan saya sakit waktu tu, seminggu saya tak dapat bangun dan urus diri.

Jika kami keluar, dia akan whatsapp suruh balik cepat atau pesan siap2 balik nanti kena tolong dia kemas rumah, mop lantai dan sebagainya. Dia pernah ketuk pintu bilik saya pukul 5.00 pagi sebab nak suruh saya tolong dia siapkan sarapan dekat dapur. Dia pernah bukak pintu bilik saya tanpa minta izin, sedangkan dia tahu saya dengan suami ada dalam bilik.

Selamaba dia ambil hadiah-hadiah kahwin saya mana yang dia berkenan dan mahal2 tu untuk kegunaan dia dekat rumah juga tanpa izin. Time saya balik rumah mak ayah aku, dia selalu whatsapp kadang suruh balik dan sebagainya. Pernah juga dia whatsapp saya dan suami, marah2 katanya toilet dalam bilik kiteorg, kotor sampai geli nak guna. Saya pelik, sebab sebelum saya keluar saya mesti pastikan bilik air cuci dan bersih. Bila tanya bapak mertua aku, dia snap gambar toilet.

Rupanya, ada kesan rambut yang terlalu sikit je. Kalau nak cerita, banyak lagi benda lain yang dia buat. Dia pernah tolak saya time pregnant, dia pernah tepis tangan saya bila nak bersalam. Dia pernah, berpaling muka dari pandang aku. Dia pernah hina keluarga aku, dia hina aku. Banyak. Terlalu banyak. Semua nie berlaku, bila dia terasa hati dengan suami aku.

Sedangkan punca dia terasa hati tu pun, sebab dari sikap dia sendiri. Mak mertua saya jenis sayang anak tak bertempat pada pandangan aku. Bila anak dia salah, sehabis boleh dia akan usaha untuk menafikan. Jadi, bila dia geram atau nak marah, dia akan lepaskan pada aku. Beberapa tahun, saya cuba senyapkan sendiri. Tahan, pendam. Mak mertua saya demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki.

Jadi, saya banyak makan hati. Keluarga saya pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku. Saya tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah saya sedih dengan sikap kami yang nampak mcm lebihkan family in law aku. Ampunkan saya, mak ayah. Akhirnya, kami pindah rumah lepas berlsaya satu kejadian yang lebih teruk.

Saya tak boleh cerita dekat sini. Nanti confessions nie jadi terlalu panjang. Terbaru, hari raya pertama baru nie. Saya dengan suami memang dah maklum awal pada keluarga mertua yang raya tahun nie kami akan beraya dengan keluarga aku. Memandangkan kami semua duduk dalam satu negeri, tak jadi masalah lah untuk kami berulang. Nak dijadikan cerita, suami saya kena kerja shift malam, malam sebelum raya dan malam hari raya. Jadi agak penat lah.

Pd hari raya pertama, lepas habis shift habis kerja dalam pukul 7 pagi, suami saya terus bersiap dan gerak balik rumah mak ayah aku, sampai dalam pukul 8.30 pagi. Kami siap2 untuk solat, bermaafan, bergambar, makan semua. Jadi dalam pukul 1 tengahari dah settle. Saya suruh suami saya rest dulu sebelum balik rumah parents dia. Sebab saya taknak kalau balik sana nanti, dia tidur je.

Mcm takde function lah kan raya tidur je. Hahaha. Dah la nak berziarah tak boleh sangat. Jadi saya pilih untuk dapatkan kualiti masa yang baik. Walaupun mungkin sekejap, tapi biar berbaloi. Dalam pukul 4 petang suami saya bangun dan kami terus bersiap. Tengah kami bersiap, bapak mertua saya call. Suami saya angkat, tapi dia diam je. Sambil mata merah tahan nak menangis.

Suami saya suruh saya keluar bilik sekejap sampai dia selesai bercakap. Saya keluar sambil siapkan bekalan untuk family mertua aku. Bila suami saya keluar dari bilik, dia cakap jom dan “tak jadi balik Putrajaya..” saya lagi lah musykil kenapa pulak dah,, kan nak raya dengan family dia.. Dia tak jawab apa2, tapi saya dapat hidu macam ada sesuatu yang jadi. Isteri kan ada 6senses. Haha.

Dah agak dah, masa call tu dia kena marah dengan bapak mertua aku. Macam2 ayat suami saya dapat. Tanya bila nak sampai, tanya kenapa sekarang baru nak siap dan akhirnya dia cakap “tak payah balik”. Korang banyangkan apa perasaan kitaorang, terutama suami aku. Dia punya excited nak balik dengan penat2 tu, dia ada juga cakap dengan saya waktu nak bersiap tu yang dia tak larat sebenarnya, tapi takpe lah.

Kita balik je. Sekali, bila dapat call tu, boleh pulak dia kena marah.. Saya pun tak faham mana silap kami. Bukan ke semua dah maklum yang tahun nie turn keluarga aku? Bukan ke suami saya dah maklum akan balik petang2 sikit memandangkan suami saya kerja? Saya diam. Saya tak kata apa melainkan saya terkejut dan cakap, “ehh, bukan dah tahu ke kita raya dengan mak ayah saya tahun nie?”

Saya tak puashati, malam tu saya tanya kakak ipar saya apa masalah sampai nak marah2 mengamuk2 mcm tu. Rupanya, sebab diaorang fikir kalau smpai lewat nanti akan kelam kabut dan sekejap je dpt spend time. Allahu. Menggigil saya tahan marah. Astaghfirullah. Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Selalu sgt jadi kejadian mcm nie terutama bila kami dari rumah mak ayah aku.

Hari2 saya penat sangat. Berat saya turun mendadak since selalu stress dengan benda-benda mcm nie. Mak mertua saya jenis nak sempurna semuanya dan terlebih touching tapi garang. Haha. Dia suka cakap saya dah rampas kasih sayang anak dia dari dia. Dia kata saya nie dah jauhkan anak dia dari dia. Sedih aku. Selama saya belajar, ibu tu ada kedudukannya yang tersendiri dan batas pada ank lelaki. Isteri pun sama.

Ibu, takkan boleh jalankan tanggungjawab seorang isteri, begitu juga seorang isteri selamanya takkan boleh naik taraf setinggi ibu. Saya tak pernah terfikir nak rampas anak lelaki org dari ibunya. Saya sampai dah tak tahu apa cara lagi nak buat atleast ada baiknya tentang saya pada pandangan dia. Saya pernah bagi dia kuih yang saya buat sendiri sempena birthday dia, terima kasih takde, apa takde.

Yang ada, dia tanya aku, “guna santan kotak ke? Boleh rasa santan kotak tu..” kau rasa?? Hahaha. Penat giler saya nak melayan. Bukan saya tak pernah belikan hadiah atau tanya kaba dia, tapi setiap kali buat baik ada je yang tak kena. So, saya stop membazirkan masa dan duit saya untuk buat dia bahagia pada sangkaan saya tu. Saya dah dapatkan kaunseling, nasihat dan pandangan dari asatizah dan ulama2 untuk diri sendiri.

Saya cuba perbaiki, so biasanya saya akan okay sikit. Tapi nanti ada je kejadian aneh lagi. Saya sebut aneh sebab logik akal, tak perlu marah, tak perlu terasa, dan benda yang sedia maklum kita inform awal-awal. Tapi, untuk side dia, dia berhak untuk marah sebab dia ibu dan syurga suami saya dibawah Mak mertua saya jenis demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki. Jadi, saya banyak makan hati.

Keluarga saya pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku. Saya tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah saya sedih dengan sikap kami yang nampak mcm lebihkan family inlaw aku. Ampunkan saya, mak ayah.. Saya buntu. Saya tak tahu nak buat mcm mana lagi dah. Saya rasa nak lari jauh-jauh, penat nak hadap semua nie. Saya kuat pertahankan rumahtangga saya nie, sebab suami saya sendiri.

Dia sangat memainkan peranan. At least, dia boleh bezakan mana betul mana salah tapi masih lagi menghormeninggal dunia ibu dia. Itu saya syukur sangat2. Ujian saya nie, taklah teruk mana. Paling tidak suami aku, masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan ayah yang baik untuk keluarga kecil kami dan anak yang baik walaupun mcm tak pernah dihargai.. huhu. Saya kena bersyukur part nie.

Alhamdulillah. Korang doakan saya dan keluarga supaya kami jumpa jalan keluar dan selesaikan masalah nie cepat-cepat. Saya ingat, bila dah habis Ramadhan, kami akan berbaik bermaafan tapi tak sempat bermaafan, terus kena balik. Hahaha. Aduhai. Moga cepatlah pelangi indah itu tiba :’)Mana yang baik, jadikan ped0man. Yang buruk, jadikan ikhtibar.

Semoga kita, tidak mengulangi kesilapan yang sama pada anak-anak dan menantu kelak sebab kita tahu betapa sakitnya disakiti dan dizalimi begini. Saya pegang satu benda je since dah jadi mak nie, memang Syurga tu terletak pada kaki ibu tapi kita belum tentu dah jadi sebenar syurga untuk anak2 dan dekat alam barzakh nanti, kita pula yang perlukan doa anak-anak. Bayangkan kalau kita meninggal dunia, anak2 taknak doakan kita.

Dekat akhirat nanti, anak2 pula tuntut segala benda yang kita tak jalankan dengan baik. Nauzubillah. Takutnyaaaa. Astaghfirullah. Jadi, kita nie sebenarnya hidup saling memerlukan. Betul la setiap ujian tu sebenarnya, satu pengajaran berharga untuk kita. Hanya iman yang menentukan ia jadi jalan ke Syurga atau ke Neraka. Sekian… – Mimi (Bukan nama sebenar) via iium confession.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *