Akibat enggan msuk hspital kerajaan, akhirnya ibu mninggal sbb xmmpu buat dialisis di hspital swasta.

Hi & Assalamualaikum.Aku adalah anak perempuan sulung dan anak kedua. Yang sulung lelaki, ketiga adik lelaki dan yang terakhir perempuan. (2 lelaki 2 perempuan).

Dari kecil kami adik beradik diajar dengar rotan, tali pinggang, paip, strika, kayu, hanger dan banyak lagi yang pernah menghinggap di badan kami tak kira laki atau perempuan.Dlm tradisi keluarga kami juga anak lelaki akan dilayan bagai raja .

Anak perempuan akan buat semua kerja termasuk tukar paip rosak,pasang langsir, tukar lampu, panjat pokok ambil buah. Haa sebab tu lah aku dan adik perempuan aku agak lasak sebab kami diajar begitu. Tapi memandang aku perempuan sulung segala kerja dalam rumah atas bahu saya.

Aku buat kerja rumah sejak umur 5 tahun. Kalau tak bersih memang akan ditengking dicaci. Aku mula memasak pada umur 15 tahun (untuk keluaga). Apabila bangun pagi rutin aku kejutkan adik² pergi sekolah. Lepas balik sekolah aku terus kena memasak mengemas.

Bayangkan aku seorang mengemas yang lain tukang sepah. Sampai kan kalau rumah tak kemas baju semua tak basuh makanan tak siap masak aku tak dibenarkan tidur atau buat kerja sekolah. Kalau aku marah adik2 ibu bapa aku akan cakap kemas sajalah jangan bising. Aku tiada waktu main ya. Sebab hidup aku hanya balik sekolah duduk rumah.

Disebabbkan keadaan begitu aku jadi kurang bercakap,sukar berkawan, kurang makan, cakap sorang². Ibu aku perasan aku macam tu tapi dia tak kisah. Pada umur aku 9 tahun aku dicbul oleh sepupu aku sendiri.

Bila aku mengadu pada ibu dia hanya cakap, “jangan buat cerita dan jangan malukan ibu”. Aku pendam sorang².. Dan aku elakkan berjumpa dengan sepupu tersebut. Pada Umur 10 tahun hingga 14 tahun aku dicabul dir4b4 oleh abang aku sendiri. Aku tak berani nak bagitahu sapa2 sebab tiada siapa percayakan saya.

Disekolah cikgu perasan aku selalu murung dan aku diajak berjumpa cikgu kaunseling. Aku percayakan cikgu dan aku bagithu yang aku dicbul. Cikgu tersebut terus menghubungi ibu bapa aku dan mencadangkan untuk membuat laporan polis.

Tapi ibu aku maki hamun aku memukul aku kerana bagi dia aku telah memalukan keluarga dan menyusahkan abang saya. Sejak hari itu aku sudah tidak percayakan sesiapa lagi. Aku menahan malu di sekolah kerana cikgu itu juga menceritakan masalah aku di kalangan cikgu² lain.

Aku jadi pendendam terutama dengan lelaki. Bagi aku lelaki semua tak guna. Aku pernah cuba membvnvh diri dengan menelan ubat tidur, cuba untuk lari dari rumah. Tapi Allah swt sayangkan saya.. Aku masih survive.

Aku uruskan sendiri tukar sekolah kerana tak sanggup lagi menhan malu. Ibu bapa aku hanya cakap nak tukar sekolah urus sendiri. Aku antara yang paling bijak dikalangan adik beradik saya. Jadi ibu bapa aku akan biarkan saja aku uruskan. Apabila sudah meningkat remaja aku mula memberontak dan mula mengalami migrain.

Aku juga antara yang paling kurus kering dalam adik beradik sya. Kerja rumah tetap aku kena uruskan. Layanan terhadap kaum lelaki didalam rumah tetap seperti raja. Ibu bapa aku perasan aku mula murung dan selalu sakit kepala susah tidur dan cakap sorang2 tu bgi mereka perkara biasa.

Mereka cuma kata aku gila. Adik beradik aku mula jadi ego dan cepat marah seperti ibu bapa saya.. semua menyuruh aku buat dan layan mereka. Aku jadi makin tertekan dan aku belajar betul2 supaya aku dapat lari dari keluarga ni. UPSR, PMR, SPM semua result paling baik di kalangan adik beradik aku tapi mereka tak pernah puji.

Mereka cuma cakap belajar pandai² pun nanti kahwin dduk rumah layan laki ja. Aku bekerja kedai makan selepas SPM pada malam hari untuk sambung belajar dan membeli keperluan saya. Aku ada duit dan ambil lesen senyap².

Balik dari ambil lesen aku ditampar oleh adik lelaki kerana ibu suruh dan aku dituduh mencuri sebab tu boleh ambil lesen. Apabila aku jelaskn aku tidak dipercayai sesiapa. Aku tahu keluarga aku bukan berduit.

Ayah aku hutang keliling pinggang ibu aku tak bekerja. Aku tekad nak kerja bagus satu hari nanti. Tapi setiap kali gaji bapa aku akan minta duit.. bukan sikit. Dia nak semua gaji saya. Dia cakap apa guna bela anak sampai besar bila dah besar tak boleh bagi duit.

Aku cuma telan air mata. Kalau aku cakap tak da duit bapa aku akan call majikan aku dan minta duit gaji aku daripada majikan. Aku jadi malu dan sedih sebab kalau majikan aku tak berikan duit ayah aku akan marah².

Aku sangat malu. Tapi majikan aku bagi aku peluang sangat cerah. Dia nak tanggung aku masuk UITM dan sambil bekerja dengannya menguruskan perniagaan.. Aku sangat gembira tapi bapa aku tak izinkan. Bapa aku cakap, “kau anak aku atau anak dia? kalau kau pergi belajar sana jangan panggil aku bapa lagi dan aku dan mak kau m4ti pun jangan pijak lagi disini”.

Aku jadi sangat sedih tapi kerana tak nak jadi anak derhaka aku tolak dan aku cari kerja lain. Dalam menunggu panggilan sambung belajar aku dapat banyak tawaran yang bagus. Jadi nurse di sime derby, pekerja di pelabuhan, dan byk lagi. Tapi ibu bapa aku akan sorokkan surat atau koyakkan.

Betapa susah aku apply semua tu tapi semua sia-sia saja. Aku dapat biasiswa sambung belajar di melaka tapi mereka tak izinkan juga. Mereka mahu aku sambung belajar dekat dengan rumah sebab nanti tiada siapa nak kemas rumah dan masak dan mereka berjanji akan berikan aku duit.

Bertapa sakitnya hati saya. Akhirnya aku sambung belajar di IPTA dekat dengan rumah. Bapa aku hanya berikan aku RM50 untuk seminggu. Pada sem 1 perlu duduk asrama. Itu lah duit makan, assigment, beli buku.

Aku tak apply PTPTN kerana bapa aku kata dia mampu. Aku hanya makan nasi seminggu 2 kali selebihnya air suam dan roti kering tapi aku syukur sebab aku keluar juga dari rumah tu. Hujung minggu aku akan balik untuk mengemas rumah dan buat kerja seperti biasa..

Memang rumah macam hutan bersepah.. Semua pemalas. Pada sem 2 aku duduk rumah sewa apply PTPTN dan part time kerja. Memang struggle gila. Masa terhad terkejar sana sini. Dengan duit tu aku bayar yuran makan dan sebagainya. Tapi bapa aku dapat tahu aku kerja part time.

Dia minta jugak duit gaji dan duit PTPTN saya. Dia mula psiko aku dengan ayat sedih anak derhaka anak kena dengar cakap orang tua. Aku jadi makin stress dan pointer mula merosot. Adik beradik aku mula memaki aku kerana aku tak bantu bapa aku jika aku tidak beri duit.

Di akhir sem aku berhenti kerana tak mampu menampung kos finale projek dan kos yang aku ambil agak besar belanja (kejuruteraan).Bapa aku maki hamun aku berhenti belajar dia cakap rugi duit dia habis and so on. Aku memang tak reti nak melawan. Aku hanya diam dan terima sahaja apa dia cakap. Sebab tak nak DERHAKA.

Dengan duit saki baki yang ada aku kerja kilang dan nekad nak ubah hidup aku yang terumbang ambing ni. Aku dah tak balik rumah. Aku sewa rumah dan duduk sendiri.. Aku sakit masa belajar atau nak m4ti pun tak sapa kisah.. mereka cuma call tanya duit duit duit.

Mereka tahu aku kerja kilang mereka sanggup cari aku hanya sebab nak minta duit untuk abang sulong aku yang dah besar panjang tuh dari saya. Masa tu dalam poket aku hanya ada RM25 dan lagi 3 hari nak gaji. Mereka minta RM20 dan cakap adik beradik kena tolong sama².

Kalau tak bagi mereka akan buat kecoh. Dah la aku menyewa dengan ramai². Aku berikan juga dengan hati sedih. Aku dah biasa catu makan.. Tiap awal bulan mereka akan minta duit. Hanya duit. Tak pernah tanya khabar saya. Sedangkan ketika mereka sakit masuk hospital aku saja yang sanggup sengkang mata di hospital.

Tapi mereka tetap kata aku gila dan anak kurang ajar. Aku mula stress dan makan ubat tidur. Kesihatan aku mula merosot cengkung. Ketika itu aku kenal dengan suami saya. dia bg semangat dan bagi makan. Ibu bapa aku tahu aku ada kawan lelaki mereka mula suruh aku berhenti kerja dan duduk rumah.

Mereka kata mereka boleh bagi makan. Aku dah muak dengan janji2 palsu ibu bapa saya. Dan suami aku ajak aku kahwin. aku tak fikir panjang memang aku nak lari dari ibu bapa saya. Keluarga suami aku masuk meminang.

Satu keluarga suami aku kena maki. Aku kena maki kena pvkul.. Dengan ibu² saudara aku memaki hamun menabur fitnah kata aku mengandung, gila jantan, jalang dan macam². Mereka kata mereka tak puas lagi merasa duit saya..

Kalau la aku tak da iman memang dah lama aku m4ti. Keluarga suami dan suami aku malu. Tapi entah macam mana datuk aku trima lamaran dan cepatkan pernikahan kami. Majlis kahwin semua datuk uruskan. Hantaran dan mas kahwin 13000.

Ibu bapa aku mula tak puas hati sebab sepatutnya mereka dapat duit tu tapi datuk aku yang uruskan. Semasa proses dan acara berlansung aku di maki di depan orang ramai, di fitnah di majlis sendiri.. aku hanya diam dan sabar.

Mereka kata suami aku kerja ntah apa², aku mengandung luar nikah, dan macam² lagi. Selesai majlis aku dan suami sewa rumah. Dan suami mmpu sediakan keperluan rumah. Ibu bapa aku mula minta duit, perli macam2.. tanya kereta lah rumah lah.. ibu saudara2 aku adik beradik aku tetap memaki dan mengutuk saya.. menggangu aku dan macam2..

Di atas nasihat suami aku blok semua dan tukar no telefon. Aku tahu hal keluarga melalaui FB sahja. Ibu aku mula sakit2.. Aku sabar dan jaga ibu saya. Tapi ibu aku tak nak ke hospital bapa aku juga tak suka.

Tapi ibu aku dah kronik aku terpksa bawa dan check up ibu saya. Ibu aku disahkan sakit buah pinggang dan hati tahap 4. Perlu dialisis dan masuk wad. Tapi sebab aku bawa ibu sya ke hospital aku dicaci dihina dan diberikan gelaran anak derhaka.

Mereka mahu buat dialisis di swasta dan mahal² kerana tk percayakan hospital kerajaan. Tapi mereka tiada duit. Mereka minta duit aku tapi aku tak mmpu kos swasta sangat mahal. Jadi apabila tidak dapat lakukan dialisis ibu aku makin teruk dan kluar masuk hospital. Akhirnya meninggal.

Aku dituduh penyebab semua tu kerana aku lah yang mula² bawa ibu aku ke hospital. Ketika ibu aku meninggal aku kemalangan dan patah tulang. Mereka cuma datang sekali dan katakan padan muka balasan anak derhaka.

Aku cuma mampu diam. Setelah setahun aku mampu beli motor baru, kereta baru, beli emas bercuti. Aaya dan suami dinaikkan pangkat. Abang aku kahwin bapa aku tanggung. Dah kahwin masih minta duit bapa saya, masih tiada rumah, tiada kereta, motor lari kedai, hutang keliling pinggang.. adik lelaki aku keluar masuk penjara kes dadah, adik perempuan aku kerja tapi duit selalu habis.

Aku anak yang selalu derhaka ini mereka semua pelik macam mna aku hidup agak senang. Sampai sekarang aku hidup rapat dengan suami sahaja. Adik beradik aku mula berpecah. Sekarang baru bapa aku nampak siapa yang berguna dan tiada guna. Sekarang dia mula ada perubahan.

Mungkin sebab makin berusia. Setelah 4 tahun aku berkahwin baru dia mula menerima suami saya. Tapi adik beradik lain masih dengan ego mereka.. kesan sampai sekarang aku menghadapi masalah d3pr3ss, selalu ketakutan, trauma. Masih makan ubat dan tiada anak. Aku sangat takut nak ada anak dengan apa yang aku hadapi dan aku memang tak suka budak².

Alhamdulillah suami aku memahami. Yang dah ada anak mohon la belajar ilmu ibubapa. Jangan kerana masalah kita anak jadi mangsa. Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Dan jadilah supporter yang menggagumkan.Doakan Aku ya.

– Sha (Bukan nama sebenar) via iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *