Tak sangka lepas aku belanja sorg pakcik ni Nasi Ganja, ganjaran yg aku dapat blik buat aku trkejut.

Sebelum ini saya banyak terbaca pengkongsian positif berkaitan keajaiban sedekah dan saya pun terpanggil untuk menceritakan satu pengalaman berkaitan keajaiban sedekah yang saya rasa boleh dikongsi untuk membangkitkan semangat bersama untuk terus bersedekah.

Ceritanya begini…

Saya bekerja dengan satu syarikat berkaitan minyak dan gas. Awal Januari Tahun lepas 2019, saya telah menghadiri kursus kompetensi kerjaya saya (Performance Competency Course) bertempat di UTP Tronoh selama dua minggu. Selama tempoh itu, saya disediakan tempat penginapan di hotel di bandaraya Ipoh oleh pihak syarikat.

Ipoh bukanlah bandar yang asing bagi saya sebab di sinilah destinasi lepak pilihan hujung minggu saya dengan kawan-kawan selama belajar di UTP Tronoh selama 5 tahun lalu. Jadi, banyak tempat-tempat makan dan ‘leisure’ menarik yang saya pernah singgah.

Satu tempat makan ‘famous’ kat Ipoh ialah kedai nasi ganja tapi selama 5 tahun dulu. Saya tak pernah sampai sini, just dengar cerita dari kawan-kawan je tempat makan ni memang ‘berhantu’, sekali ‘try’ memang sangkut. Haha.

Jadi, semasa berada di Ipoh ketika kursus tempoh hari, alang-sudah di sini, saya ambil keputusan untuk cuba makan nasi ganja ni waktu hujung minggu. Pagi sabtu tu, first time sampai kedai tu, punya lah ramai orang beratur untuk ‘take away’. Saya ambil keputusan untuk ‘dine-in’ je.

Walaupun dalam kedai masa tu pun ramai orang, tapi masih ada kerusi kosong dekat beberapa meja yang kita kena kongsi dengan orang lain. Saya duduk di satu meja yang kebetulan ada 2 tempat kosong. Lepas order sampai, tengah saya duduk ‘syok’ menikm4ti nasi ganja bersama seorang lagi pelanggan yang tak dikenali.

Datang seorang pak cik berumur lingkungan lewat 50-an meminta izin untuk duduk satu meja dengan saya dan tanpa teragak saya mempelawanya duduk. Dia datang untuk ‘breakfast’ dengan keluarganya bersama menantu dari KL tapi dia masuk seorang diri dulu untuk’ chop’ tempat.

Pak cik tu pun kebetulan sama macam saya, tak pernah try lagi nasi ganja nih, walaupun tinggal di Tanjung Rambutan, dekat Ipoh je. Jadi dia pun order macam saya juga. 10 minit kemudian, keluarganya sampai, dalam 6 orang semuanya termasuk pak cik tu.

Satu keluarga tu dapat ‘secure’ meja bersebelahan meja saya. Pak cik tu ambil keputusan untuk makan je semeja dengan saya sebab saya berseorangan ketika tu. Pak cik ni kerja sebagai pegawai kerajaan yang baru pencen. Agak peramah.

Lama juga saya berborak dengan dia, siap jemput datang rumah dia lagi. Setelah hampir 30 minit menghabiskan masa di kedai tu, saya ambil keputusan untuk beransur pergi dahulu, melihat keadaan orang semakin ramai datang untuk makan. Ketika dalam langkah meninggalkan meja makan ke kauter bayaran, saya terlintas untuk belanja je pak cik tu sekali dengan keluarganya sebab dia terlampau peramah walaupun tak pernah kenal saya pun.

Saya keluarkan dompet, periksa duit, ok ngam. Cukup untuk ‘cover’ semua then saya terus bayar. Total bil makan RM90, tak sampai seratus pun. Usai bayar, saya kembali ke meja makan tadi untuk bersalaman dengan pak cik tadi sambil memberitahu dia yang saya sudah payung breakfast dia dengan keluarga dia di meja sebelah.

Sekali terkejut dia, berulang kali ucap terima kasih sambil memperkenalkan saya kepada keluarganya di sebelah. Bagi saya, air muka keterujaan pak cik tu sebab orang yang dia tak kenal belanja makan adalah satu kepuasan.

Saya pun berlalu keluar meneruskan perancangan jalan-jalan hujung minggu pusing-pusing Ipoh. Beberapa bulan selepas itu, ketika dalam rutin kerja, saya ada mendapat maklumat dari kawan karib tentang ‘Job Vancacy’ dengan syarikat yang baru sahaja ‘secure’ kontrak di Malaysia dengan company P.

Nak dijadikan cerita, Operation Manager untuk syarikat tu merupakan ex-manager saya sewaktu bekerja di syarikat lama dahulu. Tanpa berlengah, saya terus hantar ‘proper job CV’ kepadanya. Dua hari kemudian, dia terus hubungi saya untuk ‘phone interview’. Lebih kurang setengah jam dia risik-risik pengalaman saya, soalan terakhir dia tanya, “berapa gaji syarikat kamu sekarang bayar, then berapa kamu nak saya offer untuk join syarikat ni?”

Fuhh… Saya tanpa berfikir panjang terus jawab “RM9500 dengan RM350 elaun harian. Ini adalah kadar satu kali ganda gaji saya sekarang”. Dia langsung jawab ,”ok deal dengan tambahan lagi RM60 sehari untuk ‘Performance Bonus’ yang dibayar setiap 3 bulan sekali.

Bila boleh report duty? One-month notice boleh ke?” Ketika mendengar tawaran tu, tiada yang lain saya ucapkan melainkan lafaz ‘Alhamdulillah’ berkali-kali dan bermonolog dalam hati “Ya Allah, rezeki apakah yang Engkau sampaikan kepadaku ini. Sesungguh lebih dari mencukupi dengan apa yang ak hajati”. Allahu akbar.

Proses pertukaran tempat kerja selama sebulan sememangnya dipermudahkan, dengan bos syarikat lama pun ‘sporting’ memberi kata-kata semangat di hari terakhir berkhidmat sebelum perpindahan. Puas saya memikirkan asbab pemberian rezeki yang tak tersangka ini. Dan ketika itulah saya terlintas pasal pak cik dan keluarga yang saya belanja tempoh hari.

Ia semacam berkait rapat dari segi angka nilaian belanja makan dengan nilaian gaji yang saya dapat. Keluar duit hanya RM90, dibayar olehNya dengan perolehan gaji baru RM9500, lebih 100 kali ganda nilai sedekah yang saya niatkan semasa belanja makan. Allahu.

Menitis air mata jantan ku. Cerita ini bukan rekaan. Saya kongsi untuk inspirasi bersama untuk tidak jemu bersedekah tanpa berkira nilaiannya. Jangan tunggu kaya atau ada duit untuk bersedekah. Tapi bersedekahlah sampai kaya. InsyaaAllah, nescaya takkan jatuh miskin bila kita mengamalkan sedekah. Tidak kira kepada orang miskin atau kaya. InsyaaAllah.

– Khai (Bukan nama sebenar)

Antara komen wrganet :

Yusni Hamidan : Betul apa penulis ckp.. sy dpt duit bantuan dbkl 500,sy sedekah semuanya.dapat balik duit gkp 3000..eheh..

Ann fardan : Sentiasa lah buat baik pada semua makhluk Allah.. Kita tdk tahu doa siapa yg Allah makbulkan waimah seekor kucing sekalipun.. Tahniah confessor… Sedekah itulah simpanan kita di akhirat kelak…

Kiki Lala : Betul. Sedekah tu buat kita sentiasa rasa cukup. Saya pjj dengan suami, banyak pakai duit setiap bulan tapi alhamdullilah berkat sedekah duit, kelengkapan semua tak pernah kurang. Siap mampu beli rumah. Sedekahlah walaupun sikit. Sedekah juga pada haiwan. Sedekah tu tak buat kita jadi miskin atau buat rezeki kita berkurangan. Sekarang sy menanti rezeki zuriat. Doakan la saya dan suami dikurniakan zuriat ye yang sempurna , soleh dan solehah.

Humairah Hanna : Alhamdulillah. Saya sentiasa percaya dan yakin dgn hikmah bersedekah. Setiap kalu terdetik nak bayarkan apa2, saya bayar je. Saya tak tangguh. Sbb saya tahu, ada asbab tuhan gerakkan hati saya. InsyaAllah, anak2 sentiasa sihat, dihindari musibah, tubuh badan kita sentiasa sihat. Itulah nikmat yg paling berharga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *