“M4ti lagi bagus takdelah aku rasa susah hati macam ni” Isteri marah suami sakit jntung sbb rokok dan vape di usia muda.

Hi & Assalamualaikum.

Kisah suami saya yang terkena serngan jantung di usia 34 tahun. Tarikh lahir dia pada 8 Jun tetapi pada 7 Jun dia dimasuk hospital di HKL dan berpindah ke IJN disebabkan serangan jantung. Kita flash back kisah dia ni sedikit.

Suami saya ni mula isap rokok diusia yang muda lagi kalau tak silap sama ada darjah 6 atau form 1. Ayah dia seorang perokok tapi 2 orang adik dia tak ikut jejak langkah ayah dia, cuma suami saya seorang saja yang menjadi perokok. Suami saya bersekolah agama dan duduk hostel, dia pernah digantung sekolah sebab jadi supplier rokok untuk kawan-kawan.

Memang dasyat la laki saya ni. Sehingga kini di masih merokok tapi sekarang kurang skit sebab dia isap vape. Rokok ada juga tapi jarang2. Bagusnya laki saya ni dia tak isap rokok dekat dalam atau di kawasan rumah. Kebiasaannya jauh dari rumah. Saya memang pantang orang isap rokok sebab ayah saya sendiri tak isap rokok jadi asap rokok memang boleh buat saya jadi singa nak marah orang.

Suami saya ni takut kalau saya jadi singa jadi dia iktla ckp saya ni. Malam kejadian saya ada buat makan-makan sempena birthday saya 2.6 dan suami saya 8.6 jadi kita gabunglah jimat sikit duit kek. Suami saya kerja dekat Shah Alam dan dia sewa bilik dekat sana. Saya tinggal dengan mak saya dekat Keramat.

Patutnya malam jumaat 6.6 dia balik tapi dia tak balik. Ak baru ingat nak suruh dia tolong ak buat kerja rumah sebab saya nak masak. Esoknya dia tak mesej langsung, saya memang geram la, at least ringankan tangan mesej saya ape jadi.

Pukul 4 petang baru mesej saya cakap moto rosak nanti dah setel dia balik. Saya reply tanya dah berapa lama repair tak reply pulak. Memang hati saya panas la. Dahla saya semangat buat carrot cake 1st time pulak tu. Dalam hati saya memang sumpah seranah la dekat laki aku, sehingga saya terdetik m4ti lagi bagus takdelah saya rasa susah hati macam ni.

Pukul 730 pm baru muncul dekat rumah, saya memang masam la sebab patut amik gambar sama-sama tapi orang lain dah habis makan, mood saya memang takdela nak amik gambar ke ape. Suami saya perangai dia bila saya marah memang suka geletek aku, dari nk jadi singa terus jadi kucing. hihihi…

Suami saya minta maaf tak reply sebab bateri hp takda and dia nak cepat2 balik lepas repair moto. Lepas tu kami berdua solat maghrib dan isya sekali. Nasib baik kiteorang solat awal dah mandi semua terus turun bawah makan.

Lepas makan suami saya main cak-cak dengan anak aku, happy lain macam anak saya sebab tak jumpa ayah dia hampir seminggu. Saya tengok suami saya bibir dia biru hitam, saya bisik dalam hati mentang2 la duduk sorang dekat shah alam mesti selalu rokok tak pun vape memanjang.

Suami saya nampak macam tak selesa dia terus naik atas, selang beberapa minit dia call saya suruh naik atas sebab dia rasa sesak nafas. Saya cepat2 naik atas tengok dia tersadai atas katil pakai kain pelikat saja, dia rasa panas tapi badan rasa sejuk.

Nafas pun tercungap2 dah kenapa suami saya ni. Saya urut letak minyak panas dekat dada dan belakang dia. Tapi dia rasa lega sikit lepas tu rasa tak selesa balik. Tapak tangan dia sejuk dan pucat. Saya teringat time ayah saya sakit sebelum dia men1nggal, tapak tangan dia sama mcm suami aku.

Saya ajak suami saya pergi hospital dia tak mahu, dia cakap pagi tadi and tengah hari pun rasa macam ni tapi sekarang rasa lagi susah nak nafas mungkin nanti ok ke. Saya bagi masa 5 minit kalau tak reda pergi hospital dalam masa saya mesek mak suami saya dan bagitau condition anak dia.

Mak suruh terus pergi hospital. Saya terus siap2 pergi bawa dia ke HKL. Lepas register, pihak hkl suruh dia masuk zon hijau, saya pergi park kereta dulu, bila sampai saya call husband ak, dia cakap zon merah pastu dia letak. Saya bergegas pergi zon merah temgok dia dah tersadai atas katil dengan wayar dekat badan, machine ade dalam 2.

Mata suami saya macam pejam, Doctor suruh tunggu dlu nanti dia panggil. Saya sempat baca yasin sambil menangis tak berhenti. Ar wah ayah saya men1nggal secara tiba-tiba dekat zon merah HKL, situasi yang sama cuma saya seorang dekat hospital. Dalam kereta kenapa saya tak minta maaf dengan suami aku, time saya bawa arwah ayah pun saya tak sempat nak minta maaf..

Kenapa saya tak terfikir awal tadiiii. Tiba2 nama saya dipanggil untuk pergi zon merah, saya rasa longlai dah badan aku, saya rasa saya berjalan terasa berat sangat. Ya Allah janganlah berita buruk, jangan saya tak bersedia lagi.

“Puan Alhamdulillah suami puan dah lepas critical zone tetapi kita kena bawa dia ke IJN sebab dia ada masalah jantung, kita kena gerak sekarang nanti puan follow ambulance dari belakang”

“Saya bawa kereta sendiri nanti sya datang kemudian takut lambat nanti”

Saya bagi IC husband saya dekat doctor dalam ambulance utk pergi IJN sebab saya lambat sampai nanti, rasa nak terkencing pulak waktu tu, nasib baik ada tandas yang buka dekat mart hospital. Saya kalau gemuruh takut ke memang nak terkencing.

Time dekat IJN lepas register dorang bagi penerangn polisi IJN ni, disebabkan suami saya dari HKL transfer ker IJN bill dikira gov yang bayar, tapi lepas ni untuk follow up dikira kos macam private hospital.

Ada kelegaan sedikit sebab saya tahu masuk IJN ni memang mahal bill dia. Syukur Alhamdulilla. Time tu dah pukul 230 pagi, saya memang mengantuk sangat2 sebab penat masak dari pagi, then doctor panggil saya untuk explain.

“Puan, sekarang suami puan stabil, tadi kita dah dpt consent dari suami puan untuk diberikan ubat cair darah paling tinggi, sebab sekarang darah dia pekat,

Jadi sebab itu dia mendapat serangan jantung, jadi sekarang kita tengah tunggu untuk melihat kesan ubat terhadap suami puan, ada risiko berlsaya pendarahan dalam otak atau di usus”

“Berapa lama saya kena tunggu sebab saya datang seorang dan saya agak mengantuk, kalau saya balik sekarang esok saya datang balik boleh kan. Sebab dia akan masuk wad juga”

“Puan kena tunggu dalam 1-2jam sebab kita tak tahu apa akan berlaku, sekarang ni kita bercakap tentang serangan jantung yang boleh terjadi lagi, Heart attack puan bahaya”

Ntah kenapa saya ttiba jadi panik bila dengan heart attack berbanding serangan jantung. Mata saya jadi segar dan saya continue baca yasin lagi, saya tak tahu kenapa saya tak terfikir serangan jantung adalah heart attack, kalau saya berfikir pasti saya tak tanye soalan bila saya bole balik.

Ya Allah suami saya ada heart attack muda lagi dia ni. Saya nanti jadi janda dalam usia muda!! Pukul 3.30 am suami saya masuk CCU IJN, unit untuk yang kritikal, pertama kali saya masuk wad IJN untuk critikal, bunyi machine untuk support manusia terus hidup.

Saya rasa macam masuk lab uji kaji manusia bila tengok banyak monitor. Terus saya rasa esok saya nak makan kukus grill panggang untuk saya jaga jantung saya ni. Esoknya 1 family saya tahu tentang suami aku,

Mak saya pesan dekat menantu, pakcik-pakcik saya jangan isap rokok ke vape ke itu semua punca sakit jantung.

Menantu: “Eh saya cuma isap vape tapi takda nikotin memang selamat”

Pakcik A: “Saya ni rokok ja, vape tak isap langsung, selalu exercise jaga makan, Insyaallah jantung ok”

Pakcik B: “Saya pun rokok ja, vape tak isap langsung, mung tengok menantu mu vape tu bahaya pastu makan tak jaga, lagi gemuk”

Saya pergi IJN park kereta sebelah rumah guard. Saya bagi lah salam dekat pak guard kang nampak tak sopan pulak.

Aku: Assalamualaikum pakcik

Guard: Waalaikumsalam, kenapa?

Aku: Ooo saja tegur2 pakcik.

Guard: Ni jaga siapa?

Aku: Suami saya dia masuk IJN sebab sakit jantung, muda lagi dia tu baru 34 tahun.

Pakcik guard ni sebenarnya tengah isap rokok, bila ak cakap macam tu terus tangan yang pegang rokok letak bawah.

Guard: Pakcik isap rokok ni alhamdulillah sehat takda sakit2, pakcik makan jamu, exercise dan jaga pemakanan.

Aku: Ooo yela pakcik, atlet yang tak isap rokok pun sakit jantung kan. Takpela saya bagi tau suami saya untuk makan jamu banyak2.

Biasalah kalau tak terjadi dekat diri sendri memang kita rasa kita yang baik,walaupun pakcik guard ni kerja dekat hospital dan tengok ambulance keluar masuk pesakit macam2, nazak, m4ti yang sepatutnya boleh jadi keinsafan tak nak merokok. Emm…

Suami saya kena buat angioplasty, tapi alhamdulillah takda yang tersumbat. Dia on ubat cair darah worsprin kot nme die. B4 buat angio tu dia cakap memang kena stop rokok, tapi lepas result angio jantung takda sumbat dia cakap rokok vape tak salah.

Suami saya kata jangan berlebihan, ada je atlet sukan jaga makan, exercise tak isap rokok vape pun boleh kena heart attack. Saya terkedu seketika dengar dia cakap. Rasa eeeh sia2 saya nangis. Esoknya dia buat echo test, ada darah beku, suami saya dengan muka sugul cakap memang kena berhenti rokok, vape.

Ini sebab utama darah jadi beku, selain dari pemakanan. Dia rasa susah nak berhenti sebab dari kecil dah isap rokok. Dia bagi contoh aku, macam mana perasaan kalau tak dapat makan ayam goreng peha dengan coklat, macam tula susahnya nak berpisah dengan rokok.

Dia ni kan memang nak kena tapi seb baik tengah sakit. Takkan saya cakap ak cuba untuk tak makan ayam goreng peha dengan coklat. Itu makanan kolestrol punca sakit jantung tu kata suami saya dekat aku. Sekarang ni suami saya dekat hospital lagi, makin baik dan harap dapat discharge cepat.

Kesimpulan dari kisah suami saya ni.

1) Allah bagi peluang kedua dekat suami saya untuk hidup, kalaulah saya tak bertegas untuk pergi hospital, memang saya jadi janda usia muda.

2) Allah bagi peluang untuk saya menjadi isteri yang baik tak fikir bukan2 dan doa bukan2, Alhamdulillah terima kasih Allah.

3) Saya dengan husband aku, kalau gaduh mesti cakap pasal m4ti, kalau saya pergi dlu nanti pandai2 la suami saya nak hidup cari spender dia, stokin dia baru lah dia nak hargai kita bila kita takda.

Suami saya pun sama, kalau abang m4ti tepi jalan nanti baru ayang tahu betapa abang ni penting. Sekarang dah tak cakap pasal m4ti, cakap benda baik2 untuk kenangan baik2.

3) Janganlah bagi nasihat dekat orang perokok ni macam2 alasan yang diberi, Suami saya dulu pun macam tu jugak. Kalau dah ajal, tak boleh nak buat ape, tak isap rokok boleh m4ti.

Tapi lepas kena heart attack tak berani kuar ayat macam tu lagi. Rasa bertaubat sungguh suami saya ni. Alhamdulillah. Bila dah terkena baru rasa nak menyesal.

4) Sayangi jantung anda dan ingat orang tersayang, m4ti itu pasti terjadi. Saya sebelum tidur saya minta maaf dengan suami aku, cakap i lebiu selalu, ak rasa macam jaranglah saya cakap i lebiu dekat dia. Alah suami saya pun sama. Sekarang macam bercinta pulak hihihi..

5) Nampak gaya misi kurus laki bini bakal menjadi kenyataan sebab suami saya boleh makan grill, kukus panggang..

Terima Kasih tak terhingga kepada Doctor, Nurse, Petugas2 EMERGENCY HKL, IJN, CCU WAD 218. Semoga Allah membalas jasa kalian. Terima kasih. – Mimi (Bukan nama sebenar) via iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *