Kakak cntik gebu makan vitamin C, tetapi derrita sakit buah pinggang tahap 4. Penangan produk yg xbertauliah.

*gambar sekadar hiasan.

Sakit kepala, dada berdebar, hati radang selepas minum SC selama sebulan. Beberapa hari lepas aku jumpa seorang adik lelaki umur masih 20-an.

Baru tahu ada kencing manis, buah pinggang rosak, hati radang juga selepas beberapa tahun amalkan steroid & protein powder untuk bina badan. Sebelum itu aku jumpa seorang abang yang luaran nampak sihat, tapi hati radang selepas amalkan kapsul habatussauda yang aku tak tahu apa kandungan bahan kimia yang tersembunyi disebalik kebaikan habatussauda.

Beberapa minggu sebelum itu, aku jumpa makcik umur 60-an. Sepanjang makan ubat kencing manis dan drah tinggi dapat free dari hospital/ klinik kerajaan, keputusan buah pinggang setiap tahun normal. Tapi aku terkejut bila buah pinggang tiba-tiba jadi tahap 4 selepas 2 bulan amalkan kapsul peria k*tak yang dijual saudara sendiri.

Kes lelaki berumur 40-an ni lagi aku pelik. Tiba-tiba aku dapat surat rujukan dari hospital untuk sambung rawatan di klinik. Abang ni dulu sihat walafiat. Tapi selalu sakit-sakit otot sebab kerja angkat barang berat.

Datang klinik tiba-tiba dah sakit buah pinggang tahap 5 dan perlu dialysis setiap selang sehari dengan kos ratusan ringgit untuk 1 sesi. Puncanya sebab selalu beli ubat ‘urat’ yang dibeli sendiri di farmasi atau klinik swasta. Ubat urat yang dibeli itu sebenarnya adalah ubat tahan sakit Voltaren/ diclofenac sodium.

1 lagi kakak cantik kurus putih gebu, tapi rupanya sakit buah pinggang tahap 4. Rupa-rupanya sibuk makan vitamin C lebih 500mg atau 1gram sehari. Belum campur yang cucuk-cucuk lagi.

Nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan?

Macam-macam produk yang dah pesakit-pesakit aku hadap dapat masalah hati dan buah pinggang. Dulu H, lepas tu produk-produk SC katanya tapi jenis makan & minum. Produk jus2 harga beratus pun gula pesakit aku naik mencanak-canak.

Mengarut gila. Aku tak kesah la kalau ada sesiapa nak kecam sebab aku sebut je nama ubat/ brand produk tu. Sebab aku sakit hati bila orang-orang melayu kita masih ramai yang jadi penjual produk-produk yang tiada kajian klinikal yang standard. Janji poket sendiri penuh.

Korang penjual-penjual ni jawab lah nanti kat akhirat. Jual sampah yang memudaratkan kesihatan dan nyawa orang lain. 1 lagi, ada sebab kenapa doktor bertauliah yang bertanggungjawab tak bagi ubat kuat-kuat tanpa pengawasan yang rapi.

Contoh ubat steroid untuk kulit. Ya, steroid yang tinggi boleh bagi kulit kau cantik. Tapi kena makan dengan dose yang betul dan tempoh tertentu.

Sebab kesan sampingan jangka masa panjang sangat banyak. Kau boleh dapat kencing manis, bisul bisul besar di kulit, buah pinggang kau boleh rosak, macam-macam lagi.

Mungkin kau suka ubat sapu yang kau beli kat luar tu hebat, sapu dua tiga kali je eczema anak kau terus baik. Tapi kau siap sedialah nak hadap komplikasi jangka masa panjang yang anak kecil kau akan hadap.

Tak kesian ke kat anak kau yang tahu apa-apa tapi rupa-rupanya mak dia lah yang merosakkan masa depan dia sebab pakaikan ubat merapu-rapu.

1 lagi, pesanan kepada farmasi-farmasi luar. Aku tahu mesti seronok bila produk farmasi kau laku. Tapi kau sedar ke tidak yang kau jual ubat tanpa monitor pon pesakit kau. Orang sakit badan kau bagi NSAIDs (ubat tahan sakit macam ponstan/ voltaren dan macam-macam).

Kau kata tu ubat urat. Lusa orang yang sama datang beli lagi. Kau tak kesah pon kan? Kau tak ambik rekod pon siapa yang beli ubat tu. Janji poket kau tebal. Orang-orang macam ni la yang selalu datang dengan end stage renal failure kena cuci buah pinggang seumur hidup.

Ada yang berdarah usus sampai meragut ny@wa. Kau tak kesah sebab kau tak pernah ambik kesah rekod pelanggan kau beli apa. Pesanan ni juga applicable untuk doktor di klinik swasta. Ada doktor yang bagus dan memang aku respect.

Tapi ada juga yang sama tak kesah komplikasi jangka masa panjang janji klinik kau laku keras. Paling aku marah bila pesakit demam kau bagi injection NSAIDs.

Fuh memang best la hilang semua sakit badan. Tapi kau tak fikir pon yang peskit kau demam sakit badan sebab denggi. Habis peskit tu dapat pendrahan lagi teruk kau tak pernah kesah.

Sebab staff hospital kerajaan ni la yang bagai nak gila bekerja untuk selamatkan nyaawa pesakit kau inject tadi. Inilah salah 1 punca kenapa doktor kerajaan kedekut/ susah sangat nak bagi ubat tahan sakit/ ubat yang kuat.

Sebab kesan sampingannya pon boleh tahan ‘kuat’. Cuma tunggu masa je. Orang kita memang malas nak berusaha betul-betul. Nak jalan senang je contohnya macam ni lah. Nak kurus telan ubat. Nak cantik telan ubat.

Nak luka baik telan ubat. ‘Ubat’ dari founder/ agent tak bertauliah pula tu. Bukan nak ubah pemakanan, lifestyle dan bad habit kan? Jomlah kita sama-sama jaga kesihatan diri bermula dari kita sendiri.

Jangan mengharapkan ubat-ubat ajaib. Jangan mudah termakan pujuk rayu kawan saudara mara yang jual jamu tanpa bahan kimia. Semua kapsul/ pil ada bahan kimia.

Makanlah ubat sepinggan pon, tapi kalau tabiat buruk masih tak ubah, sampai bila pon penyakit tak kan baik. To ALL healthcare workers, ingat lagi ayat ‘DO NO HARM’? masa mula-mula belajar dulu?

Jadilah staff kesihatan bertauliah yang bertanggungjawab. Aku doakan orang-orang kita akan penjual ke pembeli ke, jadilah orang yang lebih bertanggungjawab. Cakna pasal kesihatan diri sendiri dan cakna juga pasal keberkatan rezeki sendiri. Terima kasih…

– Miz (Bukan nama sebenar)

*luahan penulis ada benarnya. Sesetengah produk kecantikan amat cepat kesannya tetapi bahaya pada organ dalaman kita. Yg penting dapatkan khidmat nasihat doktor yg bertauliah sebelum menggunakan makanan tambahan.

Antara komen ntizen :

Soper Sara : Pelik kenapa rakyat Malaysia masih beli produk sampah profile by orang xbertauliah. Pembeli pun dh sedia maklum Malaysian bnyk dpt sakit Dr produk2 ni tp masih beli.. ?? Jgn kesihatan bnyk minum air kosong je.. air kosong kena bersih.

Wan Mazimsn : Nak kurus ni tuan2 puan2, takde ubat. Satu2nya cara nak kurus, amalkan pembakanan sihat. Jaga kalori intake. Buat secara konsisten. Dan jangan lupa bersenam. Insya Allah, kurus la.

Awang Pak Kopi : Bagus la tak payah sksa binatang dah nak testing2 ubat…
Org2 ni dgn rela hati jadi bahan uji kaji.

Susah nk tarbiah org2 xnak dengar..

Thanks for the info..sebut je nama2 ubat sekali pon bagus..

Macam awah maktok aku.. kisah dia beli air jemuju color hijau?? Entah.. tapi nasib time tu ada org viral kes bahan berbahaya dalam tu.. kebetulan time tu balik kg.. aku nampak je botol jemuju tu.. berdesup aku ambik buang dalam tong sampah.

Sumber : iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *