Aku kerja offshore gj besar bini syg, tp bila sakit aku kerja sekuriti bank, terus bini halau aku dr rumah.

#gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum. Aku Wati (Of course bukan nama sebenar). Ini kali pertama aku buat confession disini. Post ni mungkin agak panjang sebab aku kena cerita dari A to Z untuk bagi paham. Tapi aku cuba pendekkan mana yang boleh.

Aku terdetik nak confess disini sebab takde tempat nak berkongsi apa aku rasa dan rasa macam ada yang tak lepas di dada selagi aku tak cerita apa yang aku rasa lepas berjumpa dengan anak tiri baru2 ni. Suami pendengar setia, cuma kali ini suami tak sesuai jadi pendengarnya sebab bila dia dengar pun jadi sedih.

Ya, bersedih, sebab entah berapa lama lagi dia harus bertahan dengan kerinduan pada 2 orang anaknya (yaitu anak tiri saya) yang sudah bertahun2 bekas isterinya tak bagi jumpa dan anak2 tiri juga tak dibenarkan berjumpa dengan ayahnya yaitu suami saya.

Aku dapat rasa deritanya dia merindukan anak. Mungkin sebab aku dah jadi mak, so tahu bagaimana rasa rindu itu bila terpisah dengan anak sendiri. Sebelum itu biar aku cerita. Aku bukan perampas suami orang ya. Bukan. Aku mula berkenalan dengan suami pun setelah 4 tahun dia menduda.

Masa kenal pun tak tahu dia duda yang pernah berkahwin. Tapi aku rasa suami aku ni yang rampas aku dulu dari ex-bf aku Tapi aku pun rela dirampas jugak sebab dah bosan couple PJJ dengan bf selama 7 tahun tapi tak kawin2 jugak.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita tentang suami yang baik yang dipersiakan.

Kenapa aku tulis tajuk begini? Ini kerana bagi aku cukup rugi bekas isteri suami dulu sebab telah mempersiakan seorang suami yang terlalu baik bagi saya.

Dalam 15 tahun yang lalu, bekas isteri suami adalah janda anak satu semasa berkahwin dengan suami saya. Janda ini ditinggalkan suami kerana suami lamanya curang semasa mengandungkan anak pertamanya. Suami aku lah yang sanggup terima dia bersama anaknya.

Masa ni suami gaji sedap, kerja oil and gas. Semua perbelanjaan suami yang tanggung termasuk mak ayah dan 2 abang iparnya yang duduk serumah dengan mereka. Janda ni pun kerja as manager hotel. Hasil dari perkahwinan mereka, mereka dianugerahkan 2 anak lelaki.

Tapi suami pulak tiba2 diuji sakit paru2 akibat selalu terhidu bau chemical ketika bekerja. Dia tak diterima lagi bekerja di situ sebab asyik keluar masuk hospital je. Suami jenis tak memilih kerja, dia tahu tanggungjawabnya nak kena sara seluruh isi rumahnya.

So dia tak nak menganggur lama sebab kerja yang sesuai belum dapat, dia pun kerja sebagai sekurity bank pulak. Masa ini lah janda tak sedar diri tu mula bermain kayu tiga dengan rakan sekerjanya yang jugak merupakan suami orang.

Keluar berduaan malam2 bermesra di restoran. Yang ni makngah suami sendiri yang jumpa. Makngah suami siap tegur mereka lagi masa tu, katanya, “Razif kerja, rupanya ini ko buat belakang Razif?”

Dan perbuatan buruk janda ini disokong sendiri dengan pengakuan anak tirinya yang mak dia pernah berkiss dengan lelaki tu. Dan ada beberapa kali suami baca sms janda tu bersayang2 dengan lelaki tu.

Dan paling tak boleh blah, masa suami tengah siap2 nak pergi kerja, mak janda ni tanya pada janda tu, “Bawak bekal tak hari ni?”,

Dia jawab, “Tak… mata air kita nak bawak makan hari ni”.

Kat tepi2 suami jugak dia berbual macam tu dengan maknya. Sengaja dia bagi dengar suami, sebab cinta sudah goyah, suami dah tak banyak duit macam dulu, bosan sudah mula dirasa. Yalah tengah dilamun cinta baru pulak.

Suami sendiri pun dah nampak buruk. Lupa asal usul dulu sebagai janda yang diterima suami. Pun begitu, suami cuba menyelamatkan rumahtangganya tapi pihak isterinya tak ada kerjasama. Janda tu memang dah bosan, memang nak berpisah dengan suami.

Yalah, sudah dilamun cinta lelaki lain. Berbagai fitnah dibuat supaya suami menceraikannya termasuk secara terang2an mengaku ada kekasih lain.

Buat fitnah suami pukul dia padahal suami tak pernah naik tangan, memisahkan tempat tidur, maid tak dibenarkan basuh baju suami sekali, dan kitab2 agama suami dibuang. Bermacam2 cara janda tu buat supaya suami ceraikan tapi suami taknak ceraikan sebab baginya tak ada perkataan cerai dalam kamus hidupnya.

Akhirnya suatu malam berlaku pertengkaran besar2an antara mereka akibat campur tangan keluarga isterinya, Yang mana janda tak sedar diri tu bertindak mempersoalkan yang suami berbau busuk dan gaji suami tak cukup menyara komitmen satu rumah masa tu yang mana 2 abang janda tu pun duduk sekali.

Selama ni suami yang tanggung semua masa dia kerja kapal. Si janda tu cakap dia yang tanggung semua isi rumah. Suami pun bersuara cuba menyedarkan janda tak sedar diri tu.

Selama ni dia kerja kapal dia yang bayar semua komitmen rumah termasuk menanggung 2 abang ipar yang tak bekerja, apa salahnya potong langganan astro di bilik abang janda tu. Abang janda tu terdengar dan mereka bergaduh.

Janda tu sebelahi abang2nya dan menghalau suami keluar dari rumah, padahal rumah tu rumah suami. Suami pun keluar rumah pergi tidur di surau. Malam esoknya, lepas suami balek kerja, dia cuba pulang ke rumah, tapi belum pun sempat dia masuk rumah, semua pakaian dan kitab2 agamanya dicampak keluar.

Dia tak dibenarkan masuk rumah. Sedih sangat bila ingat suami cerita ni. Suami kata dia kutip semua pakaian dan kitab2nya dengan airmata menitik. Tak sangka dibuat macam tu.

Dia takkan lupa detik tu sebab masa tu anak2 dia dua2 menangis panggil ayah diorang tapi diorang tak dibenarkan keluar. Dan anak sulungnya sempat keluar sekejap pergi peluk suami tapi janda tu rampas dan tolak suami.

Bermula saat itu lah suami hanya tinggal di surau selama 9 bulan. Pergi kerja dan balek kerja dengan membawa beg2nya, tidur di surau sambil mencari makna diri. Masa ni suami memang dah takde mak ayah. Dia pernah beberapa kali nak pergi jumpa anak2nya tapi anak2nya dikawal ketat.

Dihalang dari berjumpa ayahnya. Sampai lah suami dipanggil ke mahkamah untuk mendengar kes mereka. Si janda banyak buat cerita fitnah pada suami demi untuk disahkan penceraiannya.

Suami melawan mahkamah sebab apa yang janda tu cakap tak betul dan banyak tokok tambah. Hakim di negara sini (negara S) pulak jenis melebihkan wanita, apa2 hakim selalu memenangkan wanita.

Siapa orang negara s dia tahu lah. (Suami warganegara S, aku warga Malaysia). So diorang bercerai atas kuasa hakim tanpa suami dapat membela diri. Suami mengamuk depan hakim, katanya hakim berat sebelah, tak adil sebab terima bulat2 dakwaan isteri tanpa bukti kukuh.

Polis pegang suami yang sedang marah masa ni, nak menahan suami dari bertindak di luar jangkaan, tapi suami cakap, “tak perlu pegang, aku takkan buat kekecohan, aku boleh beri kerjasama.”

Masa hakim dah sebutkan diorang sah bercerai tu, suami terus pusing kearah bekas isterinya dan mengatakan :

“Kau tunggu laknat Allah, kau tunggu laknat Allah, kau tunggu laknat Allah!” (sebanyak 3 kali)

Aku dengar pun ngeri weh ucapan ni. Ucapan dari seorang suami dan orang yang dizalimi! Anak2 suami yang masa tu kecik lagi terus menjerit panggil ayah diorang dan berlarian memeluk suami. Suami dengan anak2 memang rapat.

Long story short, 4 tahun selepas suami bercerai, baru kami kenal. Dan kami mula rapat di fb, selalu berbalas komen. Aku pulak masa tu dah tangkap bf dah curang. Dan kami putus. Suami terus ajak aku kawin.

Aku yang malas nak bercinta dah lepas terus setuju nak kawin dengan suami. Memang terburu2 jugak aku buat keputusan masa tu sebab aku fikir aku kena kawin dulu sebelum bf aku kawin, biar dia tahu yang aku ni laku lagi walaupun dia dah tinggalkan aku.

(B*d*h kan perangai ni? Mujur dapat suami baik jugak, kalau tak, merana hidup )

Masa dah setuju nak kawin ni, suami mula jujur jelaskan satu persatu terhadap aku. Dia kata dia tak ada kereta. Aku terkejut. Tapi tak lama lepas tu aku ok, aku boleh terima. Lepas tu dia bagitau lagi yang dia sebenarnya duda anak 2. What?? Aku masa tu pakej terkejut dan terkentut sekali…

Jujurnya ya Allah… Tak sedikit pun dia takut aku menolaknya. Tapi aku ya. Sebab terhutang budi jugak sebab dia pernah bagi pinjam duit dia dulu, selain rupanya yang persis superman masa muda, dan suka sikapnya yang jujur, akhirnya aku terima jugak dia.

Sepanjang berkawan di fb tu dia banyak bercerita tentang anak2 dia. Kadang2 dia skype bagi aku berbual2 dengan anak2 dia. Masa ni anak2 dia baru umur 4 dan 7 tahun tapi dah pandai menulis dan membaca. Masa ni suami dah tinggal kat rumah mak sedara dia.

Mak sedara dia yang selalu pergi ambil anak2 dia datang rumah sebab mak sedara pun memang takde cucu. Suami selalu bagi aku berbual dengan diorang bila diorang datang. Buatkan aku selesa dengan budak2 ni. Rasa macam dah dekat di hati.

Tak lama lepas tu, kami nak kawin. Berita ni sampai pada pengetahuan si janda yang masa tu pun dah kawin dengan lelaki selingkuhannya. Suami panggil janda ni sebagai nenek kebayan sebab dia dah benci tengok muka dia yang macam perempuan sihir tu.

Sampai sekarang dia gelar nenek kebayan kalau bercerita dengan keluarganya. Tapi sejak nenek kebayan tu tahu kami nak kawin, dia dah mula tak bagi anak2 jumpa dengan suami.

Ada saja alasannya, mak sedara pergi ambil pun pulang dengan tangan kosong. Suami memang dah nekad taknak jumpa muka nenek kebayan tu lagi. Sampai lah nenek kebayan sekat nombor telefon suami dan berpindah bawak anak2 tak bagitau.

Suami dan anak2 akhirnya terputus komunikasi. Hari2 suami nangis rindukan anaknya. Long story short, hasil perkahwinan, kami dikurniakan 4 cahaya mata, 2 lelaki 2 perempuan yang suami kata ibarat pengganti pada anak2 dia yang hilang dulu.

Tapi suami tak pernah lupakan diorang. Kami pun selalu ingatkan anak2 kami yang diorang ada 2 orang abang lagi yang belum berkumpul bersama. Suami cukup sayang pada anak2 kami. Tak pernah pukul anak.

Dia sangat mesra pada anak2 sampai anak2 semua manja sangat dengan dia. Dia mengajar anak tegas tapi anak2 tetap rapat dengan dia. Selama 9 tahun kami kawin ni, baru 2, 3 kali je rasanya kami pernah jumpa dengan anak2 tiri aku tu.

Itu pun punya lah susah. Tapi atas kerjasama sepupu2 suami dan anak2 tiri pulak terpaksa menipu mak dia untuk pergi jumpa ayah diorang, dapat jugak kami jumpa sehari. Serius, sangat susah nak jumpa diorang. Perlukan perancangan yang rapi kalau nak jumpa.

Nak jumpa anak sendiri pun macam pencuri. Ada pernah sekali suami aku balek kerja, nampak dia tengah gusar. Lepas bagi salam masuk rumah dia terus panggil nama aku… “Ati.. Ati.., peluk abang Ati”.

Aku yang tak tau apa jadi aku terus je peluk dia dulu, bagi dia relax. Sebab aku tau kalau dia macam ni ada sesuatu yang dia alami dia nak share tapi belum mampu buka mulut. Aku biar je dulu dia bertenang. Lepas tu dia sendiri buka mulut cerita.

Rupanya masa dia nak balek kerja tadi dia terserempak dengan anak2nya masa masa bas berhenti nak turunkan penumpang. Anak dia baru balek sekolah kot. Suami cepat2 turun bas jugak nak kejar anak2 dia.

Masa dah turun dia jerit nama anak2 dia dari belakang. Pastu dia tanya, ‘kenal tak?” Anak2 dia terus menjerit “Ayah!” Sambil berlari peluk ayah diorang. Sedih wooo.. Patutlah suami terkesan lagi.

Masa tu baru lah terungkap cerita sebenar yang nenek kebayan yang taknak bagi diorang jumpa dengan ayah diorang lagi. Tak tau nak cakap apa pasal janda ni. Duit nafkah dapat bulan2, tapi anak2 dia tak bagi jumpa.Kesian sangat tengok 3 beranak ni terpisah.

Dapat rasa mereka saling rindu. Anak tiri sulung pernah tanya mak dia kenapa diorang tak boleh bebas jumpa ayah tapi diorang kena marah teruk sampai kena hempas telefon kat badan dia. Sekarang anak tiri masing2 dah 16 tahun dan 18 tahun.

Dan baru2 ni kami dapat jumpa lagi dengan anak ke2 yang dah 16 tahun tu. Anak tiri sulung tak dapat ikut sebab ada projek. Budak tu sendiri yang berusaha datang jumpa suami bila dia tahu kami ada kat rumah abang ipar.

MasyaAllah dah dewasa budak ni, muka persis suami. Dah pandai berdikari cari jalan sendiri. Masa diorang berjumpa baru2 ni, serius, semua yang tengok menangis. Termasuk saya. Selepas semua penderitaan rindukan anak, akhirnya diorang dapat jumpa jugak masa PKP ni.

Lillahi Taala, aku bahagia tengok dorang dapat berjumpa. 2 hari diorang spend time bersama, aku memang tak bagi suami suami berenggang dengan anak tiri, tidur pun aku tak bagi tidur dengan saya, aku biar diorang berbual2 sampai 3, 4 pagi, biar anak aku main2 dengan abang diorang.

Manfaatkan nasa yang ada bersama2. Alhamdulillah anak tiri pun cepat mesra dengan adik2nya (yaitu anak2 saya), dilayan bermain bagai adik beradik juga. Ini kali ke2 adik beradik ni berkumpul bersama.

Yang first masa anak tiri kecik lagi, masa umur diorang 12 tahun dan 14 tahun. Sumpah! aku bahagia sangat tengok saat2 dorang berkumpul bergelak tawa bercerita tu. Dan terlalu mengimpikan suami dapat berkumpul dengan semua anak2nya lagi tanpa kurang 1.

Serius, aku rindu kebersamaan tu lagi. Masa diorang nak berpisah sebab anak tiri nak balek petang tu, menangis teresak2 lagi dua beranak tu sambil berpeluk. Terdengar suami cakap pada anak tiri,

“Hanya kem4tian je yang boleh buat ayah berhenti lupakan adek dengan abang”

Aku pernah tanya suami untuk fight benda ni secara undang2, tapi suami kata taknak anak2 dia kena akibat dikasari atau dibuang keluarga. Dia beralah. Dia taknak anak2 dia derhaka pada seorang ibu.

Dia tetap suruh anak2 horm4ti ibu, walau ibu diorang marah cakap apa pun suami suruh diam je. Serius, kadang aku tertanya2, kenapa suami sebaik ini dipersiakan dan dipisahkan daripada anak2nya?

Seronok kah menyiksa jiwa anak? Belum puaskah dia balas dendam? Serius, bagi aku suami aku ni cukup baik. Tak pernah berat2kan kerja rumah pada aku, banyak tolong buat kerja rumah dan urus anak2.

Tak pernah sekali naik tangan pada aku dan anak2. Tak pernah keluar melepak di kedai makan dengan kawan2. yang ada diajak kawan2 datang rumah bawak anak isteri kalau nak lepak. Tak pernah dia pergi mana2 tanpa saya. masa cutinya memang dihabiskan di rumah bersama anak2 je.

Masa lapangnya banyak dihabiskan dengan menelaah kitab2 hadis sebab dia pelajar PJJ madinah. Dia sentiasa mengutamakan pandangan aku sebelum buat apa2 keputusan. Apa2 barang dia nak beli dia akan mintak izin kat saya, padahal tu duit dia sendiri.

Nafkah tak pernah culas. Apa aku nak dia akan berusaha dapatkan walaupun lambat. Kalau dia rasa urusan dia hari tu macam nampak susah, dia akan whatsap saya,

“Sayang ada apa2 tak puas hati dengan abang tak hari ni?” Sebab dia takut kalau aku ada simpan perasaan tak puas hati pada dia tapi tak bagitau sampai urusan dia dipersulitkan hari tu.

Lillahi Taala, tak pernah aku merasa berat atau terbeban sepanjang aku menjadi isterinya walaupun kadang2 kami diuji kekurangan wang. Tapi tak pernah aku rasa dibebankan sebagai isteri.

Dia bekerja supervisor dari aku mula kenal dia sampai sekarang, tapi satu sen pun dia tak pernah guna duit aku walaupun aku ada pendapatan sendiri hasil bisnes online yang kadang melebihi gajinya.

Kadang2 aku tolong dia bayar bil atau bayar sewa, tapi pasti dia akan pulangkan semula duit tu pada saya. Dia kata biar dia buat semua tanggungjawab dia. Duit aku dia suruh simpan atau untuk bantu keluarga saya.

Dulu2 sebelum aku buat bisnes online, dia lah jugak yang selalu kirimkan duit pada keluarga aku tiap2 bulan. Dia lah yang bayarkan hutang ptptn aku sampai habis hanya dari hasil gajinya.

Kadang2 aku tertanya, kenapa ada perempuan yang buta mata hati mempersia-siakan lelaki sebaik dia?

Tapi bersyukur jugak sebab kalau dorang tak bercrai dulu mesti aku tak kenal suami sekarang. Mesti aku tak dapat suami sebaik dia. Mungkin lah Dan dengar khabar, janda tu walaupun dah kahwin dengan teman selingkuhannya, tapi diorang selalu bergaduh pasal duit.

Janda tu dah tak kerja segah yang dulu, dan Lelaki tu berkira nak keluar duit sebab dia pun ada anak dengan bekas isterinya yang perlu dia bagi tanggung. Rasakan!

So, pesan aku di sini ada 4 :

1) Ingat kebaikan suami saat kamu diuji dengan kekurangan suami. Jangan curang dengan suami. Curang dengan suami bermakna kamu sudah derhaka dan menzalimi suami. Ingat, doa orang yang dizalimi itu makbul.

2) Wahai isteri2 yang bekerja, jagalah ikhtilat di tempat kerja. Jagalah batas pergaulan dengan lelaki. Jangan dibuka pintu z1na itu. Salah satu pintu zina itu adalah, tak jaga ikhtilat (Tak jaga batas pergaulan lelaki dan perempuan)

3) Wahai bekas2 isteri yang ada anak dengan suami lama, tolong jangan pisahkan anak dengan bapaknya. Jangan pentingkan diri menyiksa jiwa anak yang rindukan bapaknya. Kamu ibu sepatutnya kamu paham perasaan rindu pada anak tu macam mana.

4) Dan wahai lelaki2 yang pernah dicurangi isteri… move on, cari lah pengganti. Kamu layak untuk bahagia lagi.

– Wati (Bukan nama sebenar) – via iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *