Anak semua setuju suami nikah lg satu sbb layanan ‘power’ bini muda. Kecik hati aku. Kena halau pula.

Assalamualaikum & Salam sejahtera. Rosnah namaku, seorang isteri yang setia kepada suami hampir 10 tahun. 6 bulan lepas aku dikabarkan oleh suami yang aku bakal dimadukan.

Allah ya Allah.. berat sungguh hati ini ingin menerima. Suami langsung tidak beri peluang untuk berbincang. Aku ingin tahu apa salahku? Mungkin aku boleh berubah sekiranya ada yang tidak kena pada matanya.

Mungkin susuk tubuhku, wajahku tidak secantik dahulu. Dua pasang anak lelaki dan perempuan telah aku hadiahkan kepadanya. Tetapi mungkin ada kesalahan yang aku tidak nampak. Selepas memberitahuku hajatnya, dia terus keluar dari rumah.

Dia mengatakan dia tidak perlu persetujuan dariku. Jika aku isterinya yang solehah, aku perlu setuju hajatnya kerana tiada cacat cela dari segi nafkah zahir dan batin. Itu dari mulutnya.

Kerana wanita jarang untuk bersuara kerana ingin menjaga hati suami. Sekiranya cukup nafkah yang diberikan, tidak perlu aku keluar bekerja siang dan malam. Aku berniaga dan menjadi agen insurans.

Kesana sini kubawa anak kembar kecilku bertemu klien kerana ingin menambah rezeki didalam keluarga kami. Aku senyap dia tidak memberi apa-apa hadiah kepadaku, kerana aku tidak mahu dia terbeban.

Malangnya disebabkan itu dia merasakan dia cukup memberi nafkah kepada kami anak beranak sehingga ingin menambah cawangan. Malam ke malam aku tidak dapat tidur. solatku tidak kusyuk.

Ya Allah, jika aku ungkit pengorbananku kepadanya, aku akan muflis pahalaku. Itu bak kata Ustaz2 popular di kaca tv. Tidak boleh ungkit walaupun seinci kepada suami. Tapi aku ini manusia biasa, ada perasaan. Aku tidak gemar untuk bergaduh ataupun bercakar.

Aku himpunkan dua orang anak pertama dan keduaku. Aku mengatakan jika aku ingin bercerai, adakah mereka setuju? Mereka memberontak dan tidak mahu rumah ini terbelah dua.

Mereka mengatakan mereka akan membenciku sekiranya aku mohon untuk bercerai. Allahuakbar! Aku mengusulkan kenyataan ini kepada orang tuaku, mereka juga mengatakan yang mereka tidak setuju.

Bagi mereka apasalahnya dimadukan, benda yang halal dan Allah murka sekiranya bercerai. Aku kembali kerumah dan menandatangi surat izin bermadu. Kerana tiada siapa pun yang menyebelahi hasratku. Dia bangun dengan wajah berseri pagi itu, ibaratkan mendapat wang terpijak, bahagianya dia aku lihat.

Tiada ucapan terima kasih mahupun memberi ciuman mesra. Langsung dia tidak memperkenalkanku dengan bakal isteri keduanya. Dia mengatakan dia telah menyewakan rumah lain kepada kami anak beranak.

Semua apartment 2 bilik. Kerana rumah yang kududuki sekarang adalah rumahnya. Dia ingin tinggal disini bersama isteri kedua. Aku diam…. asalkan dia memberikan kami sebuah rumah untuk kami tinggal, itu sudah melebihi cukup.

Kerana ini adalah tanggungjawab nafkahnya dan dia tidak akan dipersoalkan oleh Hakim atau Allah diakhirat kelak. Aku hanya membatu dan pura-pura kuat. Yang mengejutkan aku anak kami pertama dan kedua rupanya sudah bertemu dengan bakal ibu baru mereka. Patutlah mereka setuju suami berkahwin lagi.

Menurut anak keduaku, bakal ibu mereka itu selalu membelikan hadiah kepada mereka. Aku agak iri hati kerana dari percakapannya dia sudah lupa yang aku ini ibu yang melahirkannya. Mungkin aku agak kedekut kepada anak-anakku kerana aku ingin mengajar mereka berdikari.

Apa sahaja yang dihajat mesti mendapat dari hasil usaha sendiri. Sama ada belajar bersungguh-sungguh atau membuat sebarang kerja rumah, aku akan memberikan mereka hadiah selepas itu.

Mereka masih kecil, mungkin mereka masih lagi tidak nampak mengapa aku menjadi sang kedekut pada mata mereka. Suami mengatakan dia akan membawa anak pertama dan kedua tinggal bersamanya.

Aku hanya perlu membawa anak kembarku kerana mereka masih menyusu. Aku tidak membantah. Hanya air mata sahaja menjadi teman tidurku setiap malam. Bulan depan adalah majlis mereka. Anak-anak telah ditempah pakaian baharu.

Aku rasakan yang bakal maduku adalah orang senang. Tapi sampai sekarang aku masih tidak tahu siapa namanya dan bagaimana rupanya. Sepanjang penulisan ini aku masih mengemas barang-barangku untuk ke rumah baru.

Kawan-kawanku memberi kata semangat, mungkin ini jalan yang terbaik untuk diriku. Aku akan ada banyak masa untuk diriku sendiri. Aku sudah tawar hati kepada suami, aku tidak pernah bertanya apa perancangannya untuk giliran malam.

Bagi aku, asalkan ada tempat berteduh dan terpulang kepadanya untuk balik kerumahku ataupun tidak. Ada sahabatnya yang menyaranku untuk sambung belajar. Aku masih pertimbangkan hal ini.

Mereka juga menyuruhku untuk berikan semua anak-anakku kepada bakal madu untuk dijaga. Lagipun ini adalah tanggungjawab suami dan bukannya aku. Sahabat-sahabat sekalian, aku ingin mengetahui pendapat kalian mengenai ini.

Adakah perlu aku memberikan kembarku kepada suami untuk dijaga? Ada tak apa-apa idea untuk menjana lebih pendapatan disamping menghabiskan masa dari hanya menangis mengenang nasib?

Aku harap ada yang senasib denganku memberi sikit tunjuk ajar bagaimana hidup bermadu. Sesungguhnya hatiku sudah tiada apa-apa lagi perasaan. Hanya kepada Allah aku memohon supaya ikhlaskan hati ini kerana hidup ini hanya pinjaman semata-mata..

Sekian, Wassalam…

– Rosnah (Bukan nama sebenar).

Antara komen ntizen :

Seri Aidayanti : Sy mohon apa pun terjadi ..apa pun tekanan yg di hadapi ..apa pun cara jgn serah kan ank ank itu pada bapanya..itu la kekuatan kita tanpa mrk seorang ibu tidak mampu buat apa apa..rezeki milik Allah ini maha luas selagi kita usaha dan berdoa selagi itu akan ada bahagian puan dr yg maha esa..teruskan melangkah suami bukan hak milik selamanya bertahan la selagi mampu jika tidak pandanglah ke dpn dan mulakan langkah skrg..

Yuzi Azwa : Laa haula wala quwatailla billah hil aliy yil azim.. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.. Hanya doa ini yang mampu saya sebut setelah membaca kisah Puan.. Moga Allah balas segala kesakitan dan penderitaan Puan dengan sebesar-sebesar ganjaran di dunia & akhirat.
#mengalir air mata saya bila habis baca.. Allah ada..

Aslina Majid : Jap. Memang LANGSUNG TAK BOLEH UNGKIT KA? Bukan ungkit tak ikhlas ke apa tapi ungkit bagi sedaq diri sikit. Duit lebih dok ada tu sebab ada bini support sama.

Kalau tak boleh ungkit, fine… Buat dokumen perjanjian yang valid boleh guna kat mahkamah kalau tiba2 suami tt langgar janji kata nak bayarkan sewa tapi tak bayar ke, apartment baru 2 bilik tu takde kemudahan asas sama mcm rumah sekarang ke…

Tuntut apape yg boleh dituntut walaupun belum bercerai. Sakit lak hati baca cerita camni. Ada family pun tak membantu. Anak2 dah kena umpan awai dah… Hurmm

Leyna Nur : Puan terlalu berlembut. Huhu. Kalau dia mampu, mana mungkin puan buat dua kerja demi sama sama menyara keluarga. Arghhh, lelaki bila mau menikah lagi satu, macam macam alasan yg keluar. Saya ada pengalaman seorang kawan yg hendak dimadukan oleh suaminya. Dia buat perjanjian black & white dengan suaminya. Kalau suami nak kawin lagi satu, ada syarat yg perlu diikut. Kalau suami tak boleh ikut syarat yg diberi, maknanya suami tu tak mampu berpoligami. Kawan saya tu suri rumah sepenuh masa, sebab tu dia rasa insecure. Syarat syaratnya

1. Rumah & kereta kena tukar nama isteri
2. Setiap bulan, RM1000 diperuntukkan untuk isteri beli barang kecantikan & yuran gym
– ada lagi syarat lain yg saya tak ingat.

Sebab memang suami dia gatal nk kawin lain, maka semua syarat dipersetujui. Nah, berkat kesabaran kawan saya ni, tak sampai dua tahun suami berpoligami, si suami dh mula tunjukkan rasa insecure dekat kawan saya. Sebab kawan saya ada me time untuk pergi gym & kurus balik and makin melawa. Sampaikan suami asyik balik rumah dia sebab katanya bini no2 tak pandai jaga makan semua. Sampaikan kawan saya pergi reunion pun , suami dia dh menggelabah sekarang sebab isteri pertama cun melecun kalah bini muda.

Smber : iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *