Dah kahwin pun Kaklong masih ambil ‘kesempatan’ atas aku. Mak dan ayah seakan merelakan shj. Hairan aku.

Ibuku seringkali mengatakan kepadsaya agar mengalah sokmo yang mana akhirnya memakan diriku sendiri di saat ingin menjaga hati orang lain. Allahu, doakan saya ya.

Saya cuma inginkan nasihat yang murni selain kata-kata semangat buat diriku yang mula rapuh ini. :’). Bermula kisah bilamana saya harus mengalah dan berundur dari meneruskan majlis perkahwinanku demi memberi laluan kepada majlis perkahwinan kak Longku kali ke-dua. Nonsense!

Ya, itulah pengorbanan yang banyak meragut kebahagiaanku suatu ketika dahulu. Kini umurku sudah menginjak 30 tahun, dan pada tarikh hari ini juga genap dua tahun peristiwa tersebut berlaku.

Kak Longku pernah memutuskan pertunangannya lantas mendirikan masjid beberapa bulan setelah putus tunang yang pastinya kesemua majlis tersebut diraikan dengan penuh kemeriahan lantaran ini merupakan majlis sulong keluarga kami.

Ketika itu, saya sangat naif bilamana Along banyak mengambil kesempatan ke atas diriku dengan sikap ‘lepas tangan’ dalam segala hal persiapan majlis dari pertunangan sehinggalah ke majlis perkahwinannya.

Namun, saya sangat gembira di saat ingin meraikan ahli baru memandangkan saya tiada abang selama ini. Persiapan demi persiapan saya lakukan persis saya yang bakal diraikan.

Bermula dari kad undangan perkahwinan, bunting, petunjuk arah, langsir serta gubahan hantaran. Perasaan excited mengatasi segalanya dan saya langsung tidak memikirkan pelaburanku dalam hal ini memandangkan saya melakukan kerja sambilan sewaktu pengajian,

Maka saya lakukannya segalanya dek rasa keterujaan yang mana secara tidak langsung, perbuatanku itu telah memberi ruang kepada Alongku untuk hanya ‘goyang kaki’ sahaja. Huhuu. Namun, jodoh perkahwinan mereka tidak panjang.

Ketika itu saya baru sahaja menamatkan pengajian dan saya berhajat untuk stay di tempat pengajianku atas faktor peluang pekerjaan yang lebih luas. Tapi apakan daya, ibuku telah memintsaya untuk saya pulang ke kampung seterusnya menemani Kak Longku yang keseorangan ketika itu selain bimbang akan keselamatan kak Long yang tidak mahir memandu.

Alhamdulillah, segala permintaan ibuku saya turuti. Saya sentiasa berada di samping Kak Long di saat suka duka yang dilaluinya. Walhamdulillah, rezeki saya juga terus mengalir ketika itu, namun saya tidak dapat menabung dengan baik lantaran duit gajiku banyak dihabiskan untuk duit minyak kerana saya terpaksa berulang jauh ke tempat kerja.

Pada hujung minggu, saya akan pulang ke kampung untuk menziarahi kedua ibubapsaya yang mana perjalanan mengambil masa selama tiga jam lebih. Dan kebiasaannya saya akan membelikan barang-barang dapur untuk ibu ayah dan mengisi tangki minyak kereta sebelum pulang ke kampung.

Berbeza situasi kak Longku yang bertugas di kawasan perkampungan tempat di mana kak Long tinggal, yang mana jadualnya tidak sesibuk saya yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan adakalanya saya hampir terlelap ketika memandu.

Setiap kali saya pulang ke kampung, semestinya ibu dan ayah akan menegur barang-barang yang dibelikan untuk di rumah ibu ayah. Mereka mengatakan kak Longku susah payah membelikan pelbagai keperluan di kampung. Padahal pada hakikatnya adalah sebaliknya. Umpama susu lembu, sapi dapat nama.

Saya faham siapala saya di mata mereka, saya hanya bekerja di sektor swasta berbanding kak Longku yang bertugas di sektor kerajaan. Bagi mereka, saya tidak mampu untuk membelikan pelbagai barangan keperluan ibu ayahku. Tidak mengapa hati, Allah Maha Mengetahui. :’)

Masa terus berlalu dan saya telah dikhitbah oleh lelaki soleh. Dan dalam masa yang sama juga, kak Longku telah bertemu jodoh lagi. Pelbagai persiapan telah saya lakukan termasuklah H1V test juga telah selesai saya lakukan. Hanya menunggu hari pernikahan sahaja. Namun, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Sekali lagi saya diuji bilamana kak Longku mengambil kesempatan atas segala persiapan yang telah saya lakukan. Mengikut perancangan, Along juga bakal disatukan pada tarikh yang telah saya persetujui. Dua bulan sebelum majlis, saya telah menghantar notis perletakan jawatan walaupun berat hatiku ketika itu untuk melakukan pengorbanan.

Ketika itu, kedua ibu bapsaya kurang sihat, makanya saya berhenti kerja secara official pada bulan seterusnya iaitu sebulan sebelum majlis. Majikanku juga berat untuk melepaskan dan menerima notis perletakan jawatanku.

Namun, saya perlu akur dan berkorban segalanya demi keluarga. :’) Sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika itu juga saya menerima tentangan hebat daripada keluarga ayahku yang mana Mak Longku telah bertegas untuk tidak meneruskan majlis perkahwinanku dengan alasan. Majlis perkahwinan dua beradik tidak boleh dilakukan secara serentak kerana mempercayai akan berlakunya sesuatu yang buruk kelak.

Na’uzubillahi min dzalik. Saya tiada kekuatan untuk berdebat dengan orang yang lebih berusia denganku walaupun kepercayaan tersebut boleh memberi kesan terhadap Akidah seseorang.

Lantas saya mengambil pendekatan untuk hormat segala keputusan, sami’na wa ato’na. Kami dengar dan kami ta’at. :’) Luluh hatiku. Remuk hatiku di saat segala persiapan telah dilakukan, bayaran bridal, homestay dan juga yang lain telah saya lakukan.

Mungkin bagi mereka saya hanya membayar dengan jumlah wang RM1 RM2. Allahu, airmatsaya tidak henti mengalir. Jiwsaya tercalar, emosiku sangat terganggu. Mengapa hingga ke saat ini saya harus mengalah? Tidak cukupkah pengorbananku selama ini?

Pedih hatiku bilamana saya yang perlu bertanggungjawab untuk meneruskan kerja-kerja yang tertangguh tanpa sedikit perasaan belas oleh Alongku. Baginya, dengan keberadaanku di kampung dan tidak bekerja. Maka akulah yang harus melakukan segala persiapan untuk majlis Raja Seharinya.

Sikapnya yang sambil lewa masih tidak berubah seperti majlis perkahwinan pertamanya dulu. Saya yang melakukan segala persiapan umpama saya yang bakal menjadi pengantin sehinggakan beberapa tetamu yang hadir awal sebelum majlis, menyangkakan saya adalah pengantin yang bakal diraikan selain ucapan tahniah dan selamat turut kuterima. :’)

“Ibu, untung kan ibu. Majlis orang lain, tapi orang lain pula yang bersusah-payah..”, ujarku sambil berlinang airmatsaya membasahi pipi ketika membasuh pinggan-mangkuk setelah tetamu pulang.

“Mengalah dan sabar sahaja la Angah..”, jawab ibuku ringkas.

Seterusnya, berita pembatalan majlisku telah tiba ke pengetahuan keluarga ibuku yang mana rata-rata daripada mereka tidak bersetuju akan keputusan tidak masuk akal ini. Saya tidak mampu untuk mempertahankan hakku kerana saya hanya seorang wanita, anak kepada seorang wali yang mempunyai kuasa serta keputusan untuk menikahkan puterinya.

Hanya airmata menjadi peneman setia kala itu.

“Angah, teruskan je la majlis Angah. Dulu Along kan dah majlis besar-besaran, kali ini biar majlis Angah sahaja la. Kesian Angah. Dari dulu asyik mengalah..”, tegas mak cikku.

Saya hanya mendengar dan bertindak tenang walau kolam airmatsaya telah lama bocor sejak menerima keputusan ini. Di mana Along ku yang saya ada, setia dengannya sewaktu dia sedang berduka suatu masa dulu?

Sedikit pun Along langsung tidak menyebelahiku. Allahu. Malah saya sering dipersalahkan dan ditengking oleh ayah dan ibuku kerana Along tidak banyak membuat persiapan, maka saya yang harus melaksanakan segalanya sementelahan saya telah berhenti kerja.

Adilkah segala herdikan yang kuterima sehingga saya menjadi trauma? Sedangkan Along bersenang-lenang di saat saya bersusah-payah menguruskan segalanya bersendirian demi kelangsungan hari bahagianya lantaran memusnahkan hari bahagia yang bakal saya bina.

Allahu… :’)

Saya jatuh, saya terduduk selepas peristiwa tersebut. Seterusnya cabaran untuk saya sebagai jobs seeker bermula. Sehinggakan saya pergi ke beberapa buah kilang untuk memohon kerja, namun mereka lebih utamakan pekerja asing, maaf… untuk bekerja dengan mereka.

Sepanjang saya tidak bekerja selain melakukan khidmat kedua ibubapaku, saya banyak menggunakan savings sementara saya memulakan pekerjaan yang baharu. Walaupun begitu, saya tidak lupa untuk memberikan wang kepada ibubapaku.

Namun, terdapat perkara yang menyiat hatiku sekali lagi bilamana ibuku memberikan wang buat Along walau Along telah bersuami dan bekerja kerajaan. Luluh hatiku. Ibu dan ayah juga seringkali meluahkan rasa kasihan mereka terhadap suami baru Along yang terpaksa berulang jauh ke tempat kerja dan menganggap duit gaji menantu kesayangannya dileburkan pada duit minyak semata.

Sedangkan saya perempuan yang merupakan anak kandungnya sendiri pernah berulang jauh ke tempat kerja beberapa tahun lalu, langsung tidak diendahkan akan kebajikanku di saat ingin menjaga kebajikan Along yang baru berpisah ketika itu.

Sabarlah duhai hatiku. :’) Seterusnya, dengan peristiwa itu juga telah menjadi titik hitam dalam diari kehidupanku yang mana saya berubah menjadi seorang pendiam akibat dari banyak memendam rasa dan menangis.

Lantas, saya telah mengikuti kursus kemahiran tanpa pengetahuan keluargsaya demi mengubati hatiku yang lara. Alhamdulillah, sedikit sebanyak hatiku terubat kerana saya amat meminati segala bidang seni dari kecil seperti seni jahitan, masakan juga penulisan.

Ujian tanda Allah kasih akan hamba-Nya. Beberapa bulan kemudian, saya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Semahunya saya sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan ibuku kerana tidak mahu ibuku berasa bimbang.

Namun, akhirnya perkara ini telah sampai ke pengetahuan ibuku bilamana bapa saudarsaya datang menziarahi ibuku. Selepas saya accident, saya cuba menghubungi pihak bridal dengan harapan pihak bridal membantuku dengan belas ihsan terhadapku memandangkan saya sangat memerlukan duit ketika itu.

Seraya airmatsaya jatuh bilamana pihak bridal memaklumkan duit telah ‘hangus’ (burn) walau saya telah sedia maklum akan perihal tersebut. Namun sekali lagi saya nyatakan bahawa keputusan tersebut bukan keputusan daripada pihak pengantin.

Bertambah luluh hatiku bilamana Alongku langsung tidak mengendahkan perihalku dan ujian yang menimpsaya kala itu. Orang sedang bahagia kan, mencipta kebahagiaan atas penderitaan orang lain. Lupa akan segalanya.

Allahu, sedihnya saya memiliki Along sebegini.

Suami barunya pula dengan bergaya menggunakan kereta pemberian abang iparku yang dulu tanpa segan silu, dan memberikan keretanya untuk kegunaan adiknya di ibu kota. Sedangkan saya yang merupakan adik kandung kepada empunya kereta terkapai-kapai kelemasan mencari ruang kehidupan untuk bernafas.

Allah ya Baari.. :’)

Kemudian, saya berkongsi kisah duksaya bersama rakan sepengajianku yang merupakan seorang peguam. Sahabatku amat terkesan dengan setiap ujian yang menimpa diriku, lantas beliau menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya dan memaklumkan bahawa saya mempunyai hak untuk melakukan saman atas kejadian ini.

Namun, hatiku tidak tegar untuk melakukan sedemikian sedangkan mereka tegar melakukan sedemikian kepadaku. Lantas airmatsaya mengalir laju mengenangkan tindakan yang dilakukan oleh keluargsaya sendiri. :’)

Tipu jika saya katakan bahawa saya tidak terusik akan setiap pertanyaan yang singgah ke telingaku, “Bila Angah akan bernikah? Angah kerja mana sekarang?

Si A sebaya Angah kan? Anak dah dua orang..” Sejujurnya hatiku menangis menerima persoalan sebegitu. Mereka tidak tahu akan setiap ujian dan rintangan yang saya lalui.

Justeru, saya lebih gemar menyendiri demi menjaga hati agar tidak terluka dengan setiap kata mahupun gurauan. :’) Dari dulu sehingga kini, saya turuti setiap kata ibuku dan ayahku.

Teringat akan hadith mengenai menerima pinangan lelaki yang baik agama dan akhlaknya.

“Apabila seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang kepada kamu untuk meminang anak kamu, maka hendaklah kamu menikahkan orang tersebut dengan anak perempuan kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.”

(HR At-Tirmidzi).

Banyak kali mereka menolak hajat lelaki yang berkawan denganku, hatta hajat lecturer saya seterusnya hajat seorang ustaz juga ditolak mentah.

“Jauh sangatla lecturer tu..”

“Kau kenal betul ka sepupu Nur tu..”

Pelbagai alasan demi alasan yang saya terima. Namun, selepas penolakan hajat lecturer aku, Alongku berhajat untuk bertunang dengan orang senegeri dengan lecturer saya tersebut.

Waktu itu, Alongku belum berkawan dengan ex tunangnya. Along saya mempunyai ramai kawan lelaki, tetapi ibu ayah saya rileks dan cool sahaja dengan siapa pun Along berkawan,

Sehinggakan telah merancang untuk melakukan majlis pertunangan Alongku di kampung nenekku sementelahan rasa kasihan akan bakal tersebut kerana perjalanan jarak yang jauh (6 jam perjalanan).

Namun akhirnya tiada jodoh antara mereka tanpa sempat diadakan majlis pertunangan sepertimana yang direncanakan.

See.. Saya telah diperbodohkan oleh keluargsaya sendiri! Sedih kan? Serious talk, sekarang i’ve nothing. Saya baru ingin memulakan hidup baruku setelah PKP ini. Pedih dan sangat perit.

Walau saya berada di rumah, namun saya struggle mencari duit dengan melakukan perniagaan secara online sepanjang PKP. Orang tidak tahu setiap kepayahan yang saya lalui. Anak yang disanjung langsung tidak pulang ke kampung hampir dua bulan dan pada 1 Syawal hanya pulang dalam tempoh masa 3 jam sahaja.

Seterusnya balik pada Raya Haji dan pulang awal ke rumah mertuanya sedangkan setiap minggu dan sepanjang PKP Alongku berada di sana. Kepulangannya ke rumah mertuanya tanpa pengetahuan ayahku.

Sekembalinya ayahku dari melapah daging korban, ayahku mencari Alongku dan bertanyakan keberadaan Along ketika itu. Kerapkali ayahku bersusah payah menghantar makanan atau kiriman dari kampung untuk Alongku serta besan ayahku semata.

Sedangkan besan yang hidup serba mewah itu, maaf… tidak pernah mengirim sebarang juadah untuk ibu ayahku di kampung. Malah, ketika sebelum majlis yang mana ayahku mengalami kemalangan di tempat kerja pun, bakal besannya (kini besan kesayangan ibu ayahku) langsung tidak menziarahi ayahku walaupun ketika itu mereka pulang ke kampung berhampiran dengan kampungku (30-40 minit perjalanan).

Berbeza dengan keluarga ex saya (tunangku ketika itu… Allahu…), hadir menziarahi ayah ibuku di kampung selain membawa buah tangan untuk kami.

Tetapi, kenapa orang yang sebegitu sentiasa disanjung? Langsung tidak ada sekelumit belas kasihan terhadap kami. Apa yang berlsaya pada aku, langsung tiada siapa yang ambil peduli. Sedangkan pertunangan Alongku yang dulu, Along jua yang minta putuskan pertunangan, ibu ayahku usahakan berulangkali ke rumah lelaki tersebut.

Allahu., saya tidak tahu hikmah-Nya di sebalik ujian yang perlu saya lalui ini. :’) Terlalu menjaga hati dan perasaan orang lain, lantas memendam rasa lalu memakan diri sendiri. Allahu..

Di saat ibuku tidak sihat, anak yang dihina ini yang dikatanya membazir belajar tinggi and at the end kerja tidak semegah kerja kerajaan seperti Along anak kesayangannya, rela menjaga ibu di hospital sedangkan Along sedikit pun tidak bertanyakan khabar ibu.

Saya sedih, saya sakit..Baru-baru ini ibu ada menyuarakan kepadsaya untuk memasang kipas di bilik Along bagi keselesaannya dalam tempoh berpantang kelak. Pedih hati aku. Untung sangat Along aku, segalanya disuap dari dulu.

Sedangkan majlis pernikahan kali kedua juga ayahku banyak sponsor. Majlis besar-besaran yang menjadi bantahan saudara sebelah ibuku, demi meraikan maaf. Miss J dengan gilang-gemilang dengan memusnahkan pelamin anak kandung sendiri, sedangkan yang diraikan itu telah diraikan dengan meriah pada majlis yang pertama pada beberapa tahun yang lalu.

Akhir kalam, doakan semua ini berakhir dengan mudah. Doakan agar perjalanan rezeki jodohku dilancarkan, dikurniakan jodoh yang beriman dan soleh, mertua yang menyayangi dan menerima diriku seadanya, seterusnya membina keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Aamiin..

Saya juga ingin bahagia, kasihan hatiku yang banyak memendam rasa dan menangis dari dulu.

Doakan juga moga saya diluaskan rezeki, direzekikan memiliki kereta untuk memudahkan saya ke majlis-majlis ilmu bagi mengubat hati seterusnya direzekikan berbisnes menjadi usahawanita yang berjaya dan dermawan. Aamiin ya Mujeeb..!!

In shaa Allah, doakan saya direzekikan untuk memiliki Galeri Busana Muslimah seperti ustazah Asma’ Harun seterusnya dapat menubuhkan Institusi Pengajian al-Quran (Tahfiz) serta menjadi penulis buku untuk manfaat ummah. Biqobul Aamiin..!!

Itu impian aku, namun saya tidak tahu laluan untuk saya memulakan bisnes setelah tamat kursus kemahiran di GiatMara kerana mempunyai kekangan dari segi kewangan.

Dengan berbesar hati dan rendah hati, mohon kepada yang lebih arif mengenai perihal ini untuk meninggalkan komen ya. In shaa Allah, saya akan respond melalui PM. Moga setiap iringan doa yang baik akan berbalik kepada pengirim doa jua.Aamiin..

Mohon iringan doanya jua moga saya berjaya menjadi seorang pendidik anak bangsa demi ummah. In shaa Allah, moga direzekikan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (permohonan SPP baru-baru ini).

Sebelum berpisah, jom sahabat-sahabat kita sama-sama mengambil ibrah atas penyampaian tazkirah oleh Cr. Hj. Hushim Hj. Salleh mengenai “Jangan Bezakan Anak-anak”. wAllahu a’lam..

Moga lelah menjadi lillah. :’)

Di sebalik ujian, ada rahmat sepertimana yang sering Ustaz Ebit Lew ungkapkan.

Salam kasih dan sayang kerana Allah.

– Iman (Bukan nama sebenar). Via iium confession.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *