Ina ‘tewas’ dlm dakapan lelaki Sudan, dlm kereta tudung melayang, tangan bagai lipan. Malu diletak ke lembah plg bawah.

Jika kisah ini disiarkan, terlerai kisah yang disimpan erat bertahun-tahun dalam hidupku. Ini kisah kawan saya sewaktu menuntut di sebuah universiti di barat tanah air.

Saya namakan dia sebagai Ina (bukan nama sebenar). Ak cuba ringkaskan cerita, harap dapat ambil iktibar.Saya dan Ina menyewa dalam satu bilik sewaktu pengajian. Walaupun beza course, tapi kami rapat bercerita lepas kelas, keluar bersama etc.

Ina selalu cerita ada lelaki nk tackle dia (bukan sorang, ramai pastinya!). Ina dah tunang dgn Zaki, sewaktu berusia 20tahun.. Ina orangnya berkulit putih, agak chubby, petah berkata kata & berani, sesuai la dengan course yang dia ambik.

Oh ya, dia sangat menjaga aurat. Tudung labuh bidng 60, handsock stokin tak pernah missed ya. Kisah bermula apabila satu hari, dia bercerita ada kawan lelaki satu course pm di FB ajak keluar makan. Man namanya.

Mereka berjumpa, makan mlm bersama berdua di restoran berdekatan rumah. Sejak itu, kerap mereka berhubungan di FB, whatsapp. Pernah sampai tak tido malam Ina berbual di telefon dengan Man. Man banyak hantar dan ambik Ina di kampus, bahkan Ina tidak lagi naik bas macam kami yang lain.

Saya banyak kali pesan supaya Ina menjaga batas namun kerap dibalas,’kami kawan la. Saling bertukar cerita, Zaki(tunang dia) pon faham’. Saya iyakan saja. Hal ini berlanjutan 2-3 bulan.

Suatu malam hari Sabtu, Ina pulang lambat. Lewat pagi baru dia sampai. Saya terjaga dalam pukul 4.30pagi terdengar dunyi deruman air orang mandi. Saya buat tak endah sambung tidur sehingga subuh. Saya tidur lambat malam tadi siapkn assignment.

Lepas subuh, apa lagi sambung tidur la hujung minggu ni. Hahahaha tak padan anak dara. Menjelang tengah hari, saya bangun dan uruskan diri. Saya terdengar bunyi tangisan tertahan di sebalik selimut. Ina menangis?

Sehingga lepas solat zohor, Ina masih tak keluar bilik. Perkara ini menimbulkan pertanyaan ahli rumah yang lain kepadsaya “Ina ok tak? Dia kenapa?”. Biasanya Ina lah yang busy masak itu ini hari weekend.

Hari tersebut kami beli luar bungkus semua lauk. Ak masih tak tahu punca Ina mengasingkan diri tapi tidak pula bercerita kelewatan Ina pulang semalam kepada mereka. Tak penting katsaya huh. Di bilik, saya mula memujuk Ina supaya bercakap meluah perasaanya.

Dia menggeleng kepala tanda tak mahu. Kerap kali diulang, “Kau akan benci saya kalau kau tak tahu!”. Saya desak Ina dengan macam macam pujukan dan akhirnya terluah apa yang terbuku di hatinya. Itu pon selepas banyak kali tekaan saya tersasar.

Korang mesti dapat teka kan? Yesss…Ina ditangkap khalwat dengan Man. Malam tersebut, Man dan Ina keluar makan berdua lagi. Lepas makan, Man pandu kereta ke sebuah tempat. Jam dah menunjukkan pukul 1 pagi.

Kawasan tu waktu malam sunyi, apatah lagi dah lebih tengah malam. Di situ ujian iman bermula bila Man mula bertanya perasaan Ina padanya. Mula meminta perasaan sayang Ina dibuktikan dengan s*x. Rupanya, pertemuan sebelum ini dah berani ringan-ringan.

Waktu dicekup dalam kereta, Ina kata tudungnya melayang entah kemana. Tangan si lelaki bak lipan habis mera-ba dirinya ikut nfsu. Dia hanya membiarkan dirinya jadi santapan buas.

Malunya dicampak ke lembah paling bawah. Di usia 21, Ina tak tahu status dirinya. Masih dara atau sudah ditebuk. Waktu dicekup oleh 3 security guard berusia 20an-30an, Ina dan Man dibawa ke bilik pengawal.

Puas Ina menangis merayu minta belas. Man diam tak berputik seolah olah kesalahan Ina saja. Malang bertimpa buat Ina apabila dia ke bilik pengawal bukan untuk di ambil keterangan, sebaliknya sebagai helah untuk di’pow’.

Security guard tersebut meminta RM4k dari Man dan Ina.”Kalau awak kena tuduhan khalwat kena bayr RM2k sorang ada rekod nama buruk. Korang student baik bayar kami. Kita settle cara belakang” – Security guard. Security guard bawa Ina ke bank berdekatan.

IC Ina & Man diambil gambar tanda ugutan akan mencari mereka jika dilapor. Ina bayar RM2K guna semua duit PTPTN dan simpanannya. Man sesen pon tak keluar duit atas alasan dia orang foreigner (orang Sudan), duit biasiswa belum masuk.

Malah, keretanya juga kereta pinjam. Ina ditipu hidup-hidup. Selepas kes tersebut, Security guard sendiri yang menghantar Ina dan Man kembali ke tempat kejadian menjelang pukul 4.15pagi.

Saya menangis semahunya mendengar pengakuan Ina. Saya jarang menangis sehingga bengkak mata. Allah… Saya tak pernah menduga ini terjadi lagi-lagi kami semua dari lepasan sekolah agama. Sehari selepas kejadian itu, saya ke farmasi mencari ‘pastinor’.

Saya tebalkan muka bertanya kepada ahli farmasi ubat mencegah kehamilan. Jika Ina hamil, keadaan pasti lebih buruk. Ina minta saya rahsiakan perkara ini dari semua orang termasuk keluarganya.

Kejadian berlalu bagai angin lalu kepada orang lain tetapi tidak kepada tunang Ina. Zaki dapat mengesan perubahan mendadak Ina apabila Ina tidak lagi riuh bercerita dan tiada lagi cerita mengenai Man dalam perbualan mereka. Zaki, akhirnya mengetahui kebenaran.

Ina cinta setengah mati yang khianati dirinya. Bahkan pengorbanan Zaki tidak sedikit. Zaki beri duit belanja, top up dan sanggup sewa kereta semata mahu berjumpa Ina setiap bulan. Zaki juga tidak mendedahkan aib malam tersebut kepada kedua belah keluarga.

Dari cerita Ina, Zaki seorang hufaz al quran. Akhirnya, tali pertunangan diputuskan jua. Alasan Zaki mudah, dia belum bersedia berumah tangga. Cincin di tangan Ina Zaki tak mahu ambil semula. “Biarlah jadi kenangan bertanda kepada Ina”- itu kata Zaki.

Ketika ini, sekali lagi Ina bagai orang gila menangis siang malam. Tiada kawan yang tahu status dirinya melainkan aku. Ina hilang semuanya kerana one night stand. Hilang Zaki, Man pula lesap bagai parasit sudah tidak berhubung, hilang duit.

Malah Ina hilang permata tak berganti, harga dirinya. Lepas kejadian itu, Ina giat bekerja part time bagi mencari duit saku. Tiada lagi hujung minggu di rumah sebaliknya jadualnya penuh dengan kerja part time di 2-3 tempat…

Pukul 11 malam baru nampak muka Ina. Tido pukul 2-3 pagi menyiapkan assignment. Kini bertahun berlalu, Ina seolah liar. Dia kembali melayan ramai lelaki, keluar bersama dengan alasan mencari lelaki seperti Zaki.

Teringatkan kisah ini, saya sedih dan insaf akan percaturanNya. Bermula tangkap khalwat, Security guard yang merasuah akhirnya diri sendiri merana. Satu malam yang disangka indah, habis tergadai semua.

Ya Allah lindungi kami dari perbuatan terkutuk, beri kami taufikMu untuk kekal di jalanMu.

– Unnamed (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Kiranas asha : Semua orang salahkan ina.tak mengapa. Tapi saya salahkan tukang post yang sanggup buka aib kawan sendiri. Kononnya bagi iktibar. Kau sendiri ada aib . Cuba kau di tempat ina dan orang tulis tentang kau dekat sini. Apa perasan ko. Sedih beb walaupun ina sekarang teruk ke apa tak perlulah kau tulis kat ruangan ni. Kau sengaja nak biarkan ina dikecam. Sorry to say. Kita semua tak sempurna kot. Mana tahu satu hari nanti ina berubah jadi lebih baik then dia tahu ko tulis pasal dia kat sini. Mesti sedih nak.nampak sangat ko bukan kawan yang baik.benda aib boleh simpan.hari ni hari dia. kita tak tahu nasib kita pula.

Mat Nor : Seperti dialog dalam movie Roh, syaitan hanya berbisik tapi manusia yang menurut. Salah diri sendiri, dah elok dapat lelaki baik tapi sendiri yang pilih nak layan lelaki lain. Bila dah kena macam ni, jangan pulak cakap all men are trash. Moga Allah lindungi anak2 family kita dari dosa z1na & seumpama dengannya.

Nurul Huda : sudan2 ni sweet talker…mat hitam ni hati2 u all…teringat zmn blajar tgh tunggu bas si mat itam ni hampiri nk bekenalan..dh la saya sorg…cuak gila sis…dia siap cakap org sudan baik..romatik..ish…tak psl2 saya tkn loceng turun dri bas cpt2….serammm joooo…. 3 kali sis kena..sekali kt library..skali kt cafe…eeee… dorg ni mmg berani…

Intan Mash Hisham : Kesilapan besar dia bila dia terima kluar mkn bdua mlm2.. itu starting point la tu. Hmmm nk kata apa. Nasi dah jd bubur. Skrg better berubah je n jgn buat lg. Sbb tu laa kalau bnda xbaik jgn dcuba2 buat. Bnda2 jahat gini best masatu ja. Skali Allah tegur kita yg tduduk.. takut tduduk xmampu nk bgn balik.. semoga kwn nye berubah la sbelum jd lebih parah… Krg xpepasal kene pyakit pulak..

Sumber : iium confession

*gambar sekadar hiasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *