Time nk beli tiket, ada sorg uncle ajak teman tgk movie. Tiba2 dia tunjuk tisu lipat dua. Terkejut aku maksud dia.

Teringat aku satu peristiwa gelap yang berlaku dalam hidup aku sekitar 17 tahun dulu. Kisah ini aku tak pernah cerita pada sesiapa walaupun bini ku sendiri. Malu bila memikirkannya, tr@uma dan emosi sedikit terganggu bila memori itu muncul

Sekitar tahun 2003 aku merupakan seorang pemuda yang asal dari felda mengembara ke ibukota kuala lumpur untuk mencari makna hidup ini. Waktu tu aku bekerja sebagai pengilat kereta di Mild Valleys megamall..

Di sebabkan aku berkerja keras 6 hari seminggu, aku di beri cuti sehari untuk bers0sial atau untuk merehatkan diri. Aku memilih hari rabu sebab wayang murah dan aku suka tengok wayang, window shopping di Mild Valleys Megamall. Di pagi Rabu yang indah, sedang aku menilik satu demi satu cerita yang akan di tayangkan hari tu, muncul lah seorang lelaki yang berusia lebih separuh abad menegur ku.

“Maaf nak tanya, anak ni nak tengok wayang ke?” tanya orang tua yang berkulit cerah, berbadan sedikit gempal dan rambutnya sedikit beruban. Dari susuk tubuhnya dan cara pemakaiannya tak ubah macam ceo megah holding…

“Ya pakcik,” balas aku dengan senyuman.

“Elok sangat tu, Ni ha pakcik ada dua tiket cerita Darkness Fall, boleh ke anak teman pakcik? kita tengok sama-sama” ujarnya.

“Wah peluang baik ni!! Dapat aku tengok movie free hari ni. Jimat duit aku” bisik hati kecilku.

“Ok boleh je pakcik” jawabku pendek tanda menerima pelawaan orang tua ini.

“Tapi cerita ni sejam lagi nak start, apa kata kita makan kat Mekdonaldd kat tepi tu.. boleh pakcik kenal dengan anak ni…” kata pakcik tu.

“Hai.. dah la dapat ticket free, sekali orang tua ni belanja makan pulak… rezeki ni rezeki ni hahaha” melompat-lompat kegirangan aku… inilah hari yang gembira buat ku.

Tidak sngka aku ditemukan dengan hamba Allah yang baik hari ni. Haaa baru aku teringat yang aku ada bagi kucing jalanan makan semalam. Agaknya inilah balasan atas sifat pemurah aku semalam. Wah pantasnya balasan yang ku terima….

786 Alhamdullilah syukur.

Pakcik ni memperkenalkan diri dia sebagai Uncle S. Dia cakap dia adalah salah sorang CEO syarikat pembinaan di ibukota. Tadi dia baru lepas meeting dengan architect untuk projek rumah banglo dia kat Sarawak. Wah dia siap tunjuk pelan rumah dia kat aku. Besar wey.

Hebat orang tua ni . Bukan biasa-biasa. Kagum aku dengan kekayaan yang dimilikinya.

“Kaya gila orang tua ni…” bisik hati ku…

“Uncle ada seorang anak lelaki dan sorang anak perempuan sebaya dengan Amir … tapi semua tengah study kat London. Yang perempuan tu lawa, hidung mancung muka tak ubah macam si Siti Saleha tu.. kalau Amir jumpa mesti cair punya” katanya bersungguh-sungguh.

“ Amir kalau pandai speaking, Uncle boleh hantar belajar oversea. Cakap je negara mana, tapi tu lah.. lepas ni kita kena selalu berhubung, kena jadi rakan baik… tapi jangan heboh atau cerita dengan orang lain ye, uncle tak suka…” pesan orang tua tu.

“Wah humblenye orang tua ni… kalau aku jadi anak angkat dia mesti cerah masa depan aku… hahaha” fikiranku merewang.

Dah la ada anak perempuan cantik… rumah banglo besar, kaya pulak tu, wah rezeki ni. inilah yang dikatakan jumpa orang yang betul pada waktu yang betul… hasil kekayaaan dapat, anak perempuan pun dapat kahkahkah.

“Eh sebelum uncle terlupa… ni ada hadiah tak seberapa dari uncle….” Wah belum apa-apa dah dapat hadiah pulak! Baiknya orang tua ni, tak pernah aku jumpa manusia sebaik ini…

Uncle S menyerahkan sebuah kotak comel berisi kurma yang berintikan kacang wallnut”

“Ini kurma bukan sebarang kurma tau… Uncle bawa dari Qatar. Orang sana cakap bagus untuk tenaga lelaki. Khasiatnya lagi power dari gambir sarawak. Dia buat anoo awak besar Amir …”

“Erk”

Aku hanya mampu senyum tersipu-sipu.. Yelah… pada umur 19 tahun, mana lah aku terpikir nak besar kan anoo kan…. hahaha. Tersengih aku lihat gelagat orang tua ni. Sempat pulak dia menyulami perbualan dengan menceritakan perihal kem@lvan.. Adoii.. Tetiberr.

“Eh gelak pulak dia.. Uncle cakap serius ni Amir … uncle dah cuba, memang berkesan. ” Tiba-tiba suasana menjadi sedikit serius.

“Amir, uncle nak tanya… awaknya anoo ade besar macam ni tak?” Tanya Uncle S sambil melipat dua tisu putih Mekdonaldd. Ahh pulakkk.

Meremang bulu roma aku…. “ish pelik sangat pertanyaan orang tua ni. Macam sesuatu lah… Apalah duk sibuk duk kalut nak tanya saiz kem@lvan aku… pelik ni.. pelik ni” bisik hatiku.

Aku hanya angguk mengiakan. Sebagai tanda bersetuju memang tu lah saiznya lebih kurang.

“Boleh tahan besar ye Amir … ni kalau dah makan kurma ni kang, lagi besar ni… kan? haha” tersenyum orang tua tu sambil membuntangkan matanya tanda kagum dengan saiz itu. Aku senyum tersipu-sipu malu sambil kepalaku ligat memikir jalan untuk ubah tajuk.

Aku dah mula berdebar.. dahi ku dah mula berpeluh, jantungku berdegup kencang, otak aku mula terbayang kes l1wat orang kenamaan yang banyak di laporkan di dada akhbar….

“Ni lepas tengok wayang ni, uncle plan nak pergi mana ye?” tanya ku kononnya nak alih cerita…. “Uncle nak balik rumah baru uncle di Seri Kembangan… Amir ikut ye. Boleh kita sembang panjang lagi. Uncle duk sorang je, takde sapa pun… Amir ikut ye”

Beria-ria sangat dia nak aku follow.

“Ooo ok ok” aku angguk tapi dalam masa yang sama aku gelisah, aku keliru, fikiranku berkecamuk, ni kang sah sah b0rntot ku akan di s0dok jap lagi ni… Orang tua ni punya senyum pun dah lain macam dah…..

Sedar tak sedar… cerita yang kami nk tengok pun mula… Cerita Darkness Fall ni 80% scene gelap je manjang dalam wayang… asal gelap 2 saat je, pasti hantu tu muncul… hantu tu takut cahaya..

Kalau kena cahaya hantu tu melecur kepanasan. Samalah dengan hantu sebelah aku ni, asal gelap aje.. tangan dia merayap kat atas peha aku… kejap-kejap dia letak tangan kat bahu aku.. ish rimas lah giler!! Meremang bulu tengkok aku….

Kalau ikutkan nak je aku siku muka dia.. tapi memikirkan orang tua.. aku sabar je sambil otakku ligat memikirkan jalan keluar dari kisah gelap ini. Akhirnya aku dapat satu ilham macam mana aku nak keluar dari kancah filem gelap ni…

“Uncle , Amir nak ke toilet jap… nak pecah pundi kencing menahan dari tadi ni ha… 5 minit ye”

“Ok ” dia balas pendek.

Aku pun apa lagi…. larilah lintang pukang meninggalkan orang tua terkutuk tu.. Hantu betul manusia! Tak sedar diri! kunyittt. Sejak dari hari tu aku tak berani dah tengok wayang sorang-sorang..

Aku mesti tengok dengan kawan-kawan.. Seram ada, lucu pun ada memikirkannya hahaha.. Tak sangka ada manusia begini. Tapi kan tapi kan…Tapi kalau aku stay dalam wayang tu, boleh jadi hari ni aku dah jadi salah sorang korporat yang sukses, betul tak ? haha…

Kadang-kadang orang boleh cakap,

“Eh ko muda 20 an badan tegap, gagah… dia tua gayut…. takkan ko tak leh melawan???” Habis tu si tua gayut dah janjikan macam-macam reward jika di beri peluang paduk, takkan ko nak menolak?

Lagi-lagi kalau jenis pemuda yang tengah terdesak atau kesempitan hidup. Nasib baik hidup aku time tu taklah mendesak sangat. Setiap kali aku terbaca kisah l1wat di media sos1al aku pasti tersenyum dan aku percaya benda ni betul terjadi kerana aku pernah mengalami pengalaman hampir di perk0sa jantan durjana aummmm.

– Amir (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Pn Dhia Shuhada : Pernah anak murid laki, form 4 datang bagitau.. Ticer, kite punya besar ni..(sambil tunjuk gulungan kertas A4). Aku trauma sampai terus bagitau cg disiplin dan mintak tukar kelas. Pengalaman mula2 posting. Huu. Seram sungguh kalu ingt. Sekual harrazment..

Adilah Ramli : Bila baca confession ini bersyukur sangat kerana patuh pesanan walid ( panggilan bapa kami sekeluarga).Yalah zaman itu, kita patuh je pesanan mak pak walau pun dibelakang mak pak. Walid pesan : 1.)Jangan terima belanja dari sesiapa pun. 2) Jangan naik teksi 3) Jangan berhutang dan memberi hutang ( alasannya, masih belajar, tiada pendapatan) 4). Jangan sambung minum atau makan jika makanan dan minuman terlepas pandangan, jika di tempat awam. 5) Jangan tumpang kereta orang. Melangkah ke ‘U’ diusia 18 tahun. Aku pegang ketat2 pesanan itu. Setelah jauh perjalanan hidup, nampak hikmahnya. Terima kasih walid. Semoga Allah melapangkan kuburmu dan ditempatkan bersama mereka yang diredhai.

Cik Ra : Aku pun pernah kena dengan kaum sejenis ni. Masa awal² keje kat ibu kota. Carik rumah sewa. Dapat bilik sewa. Harga pun ngam, rumah pun dekat je stesen lrt. Bukak pintu toleh kanan da stesen lrt. So ambek je la dulu. Sebilik dengan sorang minah ni. Memang lawa. Bilik cantik gila dia deko. Memang aku masuk cuci kaki je. Katil lak, queen. Aku kata dalam hati, takpa la. Sama² girl². Memula dia nampak okay. Memang tak kedekut langsung. Beli kan aku macam² bende. Sampai satu malam tu, dia balik mabuk (ye dia melayu jenis sosial). Aku baru nak lelap ni so buat² tido ayam. Selang tak sampai 5, minit aku dapat rasa ada tangan merayap kat pinggang aku. Memula aku ingat maybe minah ni assumed aku ni bantal pelok kot. Da la bau arak kuat gila. Busuk. lepastu tangan dia slow² masuk dalam baju. Aku bangun terus tepis. Aku tolak dia hujung sikit dan letak bantal tengah². Maybe time tu dia mengigau ke apa ke. Aku pun letak kepala nak sambung lena. Eh dia mai balik merayap. Sampai tangan nak masuk seluar. Aku apa lagi, bangun keluar bilik. Tido kat ruang tamu. Hari² aku tido kat luar. Bila dia tanya, aku kata dalam bilik panas. Actually dalam bilik just ada kipas je. Kat luar ada aircond. So alasan tu agak munasabah. Apa jadii malam tu aku diamkan je. Aku husnudzon lagi time tu sebab aku assumed maybe dia mabok todi. Tapi lama² nampak la kele5bian an dia tu. Aku mandi pun sibuk nak join sekali (apekehei). Bila aku nga siap² pakai baju dia boleh peluk belakang aku. Isk. Aku bertahan sebulan je. Last² aku pindah stay dengan kawan satu tempat keje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *