Aku gadis kerja gomen. Semua geli tgk bdn aku byk bulu dan berkumis. Satu hr ak tidur dgn kwn pmpuan, semua brkemban tp aku..

Assalamualaikum all. Aku tulis ni dengan penuh emosi; bear with me. Sorry lah kalau ada yang rasa benda ni to personal. Tapi dah nama pun confession. This isn’t something yang aku boleh confide dekat just anyone.

Also, I hope in a way it brings awareness.

Aku baru balik dari majlis nikah best friend aku masa menulis ni; sumpah aku jeles. Oh ye, aku perempuan. Umur 29. Andalusia dah ni hihi. Kerja gomen. Peminat ramai; tapi single sampai sekarang.

Sebab aku tak confident nak kahwin.

Jeles tengok orang kahwin, ada pasangan. Tapi aku takut betul nak kahwin. Sebab aku rasa kesian dengan bakal suami aku. Nanti diorang ingat diorang kahwin dengan jelmaan pondan

Sebab aku ada masalah hirsutism – bulu badan berlebihan. Based on readings, it is caused by excessive testosterone. Hmm. Nak jumpa doktor pun aku malu, apatah lagi nak kahwin.

So aku decide takyah lah kahwin. Tapi sedih betul hati bila buat decision macamtu. Walaupun aku okay je single sampai sekarang, in future tak tahu lagi. Sekarang ni ada mak lagi, yang boleh aku jaga, boleh aku teman. Dan mak juga yang teman aku.

Tapi bila mak aku dah takde nanti? Sorang2 je lah ye aku? Kalau aku panjang umur, hidup sampai dah tua kerepot, siapa lah nak jaga aku kan? Masalah hirsutism aku ni annoying gila.

Bayangkan, kalau nak shave kaki tu, aku kena shave dari bawah pinggang sampai ke jari. Punya lah berbulu dah macam kaki jantan. Kaki jantan pun ada yang lagi smooth daripada aku. Jeles betul tengok. Penat weh. Lenguh2 pinggang nak shave licin. Tapi bertahan sehari je. Esoknya dah naik stubbles, dah tak smooth.

Gatal pula tu. Sebab tu aku benci shave kaki aku. Nak shave hari2 memang tak larat lah. Mau lama2 bongkok kekal aku. Pastu pinggang ke atas pun bukannya hairless. Berbulu juga. Bawah pusat pun ada garisan bulu. Kalau kahwin, pastu laki aku nampak mau kena cerai malam pertama haha.

Malu gila. Misai pun aku ada, facial hair pun ada. Sideburn ada. Yang aku tak miss untuk shave hanyalah ketiak dan down there sebab small areas and kinda tak selesa kalau nak biar tak trim . Cuma the rest of my body, I’m fine with it. I’m fine with my hairy legs, hairy back, hairy stomach.

Hairy body overall, a mix of coarse and fine hairs. Tapi rasa lega betul kalau tak memerlukan shaving. Jangan kata dengan lelaki, dengan kawan2 perempuan pun aku malu.

Bila sleepover orang lain relax je berkemban keluar bathroom, aku keluar siap pakai baju dah. Diorang tido pakai baju kelawar, aku kena pakai seluar sebab maluuuu. Waxing pun aku pernah try dah; sakit gila pastu sama je. 2-3 hari je licin, pastu naik stubbles, ingrown hair bagai. Lagi laa sakit. Insaf terus. Sekali tu je aku wax.

Laser – tak mampu. Bila pergi buat consultation, all the areas yang aku nak laser total dia dalam RM20k for 6 sessions.

Dan lepas 6 sessions tu mungkin tumbuh balik, mungkin tak. But there’s no gurantee. Kalau tumbuh lagi? Mana nak cari lagi 20k? The first 20k pun tak tahu nak cari kat mana.Kadang2 terfikir, kenapalah Allah cipta aku sebegini rupa.

Selalu dengar, with clothings memang orang ada puji aku lawa lah apa bagai. If only they knew what’s underneath, mau diorang jadi penyokong teori manusia beruk Darwin.

Dah berbulu camni, takkan lah ada lelaki sanggup hadap kan? Aku pun tak tahu kenapa ada stigma geli kat bulu badan perempuan. Setakat aku belajar sains, bulu lelaki dengan perempuan sama je komponen dia.

Tapi kenapa kat perempuan, bulu dikira menggelikan and kotor sedangkan kat lelaki tak pun? Sedih kan? Rakan2 andalusia yang lain tolong bagi tips cemana nak hidup happy sorang2. Aku tahu takde lelaki yang mampu hadap bulu2 aku ni.

Kalau dia nak keluar duit bawa pi laser aci juga. Ni setakat complain geli je memang tak lah. Lagi sadis kalau dia tinggalkan aku untuk perempuan lain yang lebih sempurna kejadiannya. Sedih juga hati ni bila memikirkan takkan kahwin tapi nak buat cemana kan?

Aku selalu imagine I could be a good wife, bangun pagi2 buta setiap hari masak untuk suami, siapkan anak2 pastu pergi kerja. Rasa hebat betul kalau mampu jadi isteri & ibu and still keep my job. Tapi takde nasib kot nak hidup camtu.

Haih semoga Allah padamkan lah cita-cita aku yang takkan tercapai tu. Kurang2 takdelah kecewa mengharap. Huhuhu, Sekian,

– Andar2 (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Sang Fewi : Jgn lah d cukur2, lg cukur lgi akn tmbh lebat..lelaki yg syg dgn ikhlas, x kisah pun bnda2 mcm tu..actually akk pun mcm awk dik, tpi suami akk trima seadanya, xda pun dia hina2 suruh cukur ke apa..dlu akk msa bujang pun gitu lah tmbh ada kawan2 yg dok gelak2 rsa bnda tu lawak hgga konon ank2 nti xleh beza kaki ayah dgn mak (dh ada ank2 ni, ank2 pun xpersoal, blh je beza kaki ayah n ibu dia ni) ..tp xlah trusan buang n ckur sbb prasan, lg d cukur lgi lebat..lgipun bulu2 tu xlah teruk mcm haiwan brbulu, msih nmpk jg mcm manusia.. kalau kita rsa kkurangan d situ, kita ada kelebihan yg lain yg psangan kita x kisah pun kkurangan yg simply mcm tu..almklum ada darah keturunan pakistan n arab dr nenek moyang

Hafizah Hadzahar : Sis, awak je yg pk mcm tu. Bukan semua lelaki geli. Saya pun mcm awak tp dah lama kawen. Kite sebaya ye. Xde shave, xde wax selalu pun seluruh badan. Gila nak shave satu badan. Bulu roma ada function Allah cipta. Misai pun ada, kadang2 cukur je kalau malas wax. X bertambah lebat pun. Sama je mcm sebelum. Byk lg kawan2 yg ada misai. Semua dah kawen beranak pinak dah. You are what you think. Kalau awak rasa badan awak menggelikan, orang lain pun akan rasa macam tu. Awak patut hormat dan sayang diri awak sendiri.

Hanani Jalaluddin : Saya jugak alami masalah yang sama….run through hormon treatment…to xsettle jugak berat badan Naik….same goes to me at first place low confident Dan pernah buat keputusan xnak kawin hahaha tapi jodoh pertemuan di tangan Allah….Saya bertemu jodoh di FB… Dan suami Saya hairless people hahahha kaki licin….nak tumbuh misai janggut pun susah…. alhamdulillah dia terima Saya Dan Saya terima dia seadanya…..Dan Saya dah punya anak walaupun berkahwin di usia yang lewat…sentiasa berdoa kepadaNya

Nora Shidah Ithnin : Dik. Tenang2 rilex2 ye pasal bulu tu ye mungkin kadang2 rase macam annoying Dan kita selalu tanye kenapa Dan kenapa ia ada Dan banyak. Sy pun ada jugak tapi saya buat tak tahu je. Ada jugak cukur tapi makin lebat. Last2 saya biarkan aje. Dan mak sy selalu pesan ini semua kurniaan Allah. Kita xboleh pertikai kan. Sy siap pakej muka breakout Dan jerawat badan pun ada. Kategori bukan dambaan lelaki lah. Ah saya xpedulikan tu semua. Cuma saya bersyukur saya masih sihat Dan sy masih ad mak ayah yang sayang sy. Cuma mak ni memang selalu doakan untuk anak2 kan jadi sy mintak mak sy doakan sy bertemu jodoh yang baik Dan bertanggunggjawab. Dan bila orang keliliing tanye bila nak kawen saya akan jawab dengan lembut saya mintak diorg doakan saya. Moga2 sy berkahwin dengan orang yang baik Dan bertanggunggjawab. Umur masa tu dah 28tahun.. Dan sy terus kan je hidup macam biasa. Dan saya dipinang seorang lelaki yang 3tahun lebih muda dari saya dan terima sy seadanya. Alhamdulillah.. Anak pun nak masuk 2. Masa bersalin tu xda rasa malu ke ape pasal kaki banyak bulu. Lantaklah. Nak mengata ke apa itu dosa masing2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *