Baru kahwin 2 bulan, suami nikah lain. Madu terpaksa cerita sebenar ap yg berlaku dlm bas hr tu.

Assalamualaikum semua, sebenar aku dah lama nak berkongsi pengalaman poligami aku tapi aku takda kekuatan untuk menulis. Sebagai pengenalan pendek, aku berkawan dengan suami selama 7 tahun, sejak aku berumur 19 tahun. Sewaktu kami bertunang, bermulalah semua episode dugaan ‘bertunang’.

Aku bertunang pada tahun 2015 (ketika aku berumur 25 tahun) dan merancang pernikahan pada awal 2016. Namun, pada akhir tahun 2015, beberapa bulan sebelum pernikahan, tunang pada masa tu (sekarang suami) mengaku yang dia dah berlaku curang.

At first, aku macam dalam denial, sebab takda sikit pun aku rasa kelainan pada dia. Kami dah biasa PJJ. Aku memang sentiasa bagi ruang dan sentiasa percayakan tunang. Sehinggalah aku buat keputusan tekad untuk putus tunang dan teruskan kehidupan sendiri.

Sakit dia, hanya Allah SWT yang tahu. Bayangkan, beberapa bulan nak bernikah, girlfriend atau gf (perempuan yang bercinta dengan tunang saya) message aku mintak izin untuk menjadi madu saya. Apa agaknya perasaan reader bila kita belum kawin lagi, tapi ada orang dah beratur nak bermadu dengan kita?

Allahuakbar. Sebab tu aku buat keputusan untuk putus tunang sebab aku relakan tunang aku bersama gf yang dia sayang. Maaf jadi panjang pulak. Pada malam aku buat keputusan untuk putus tunang, aku tanya tunang aku betul-betul, pilih yang mana satu.

Aku redha kalau dia tak pilih saya, tapi dia tak bagi keputusan dan tetap nak aku dan gf dia tu. Jadi, aku undur diri. Aku bagi kata terakhir saya. Aku text bakal mak mertua saya, aku dah cuba pujuk tunang aku tapi tak berjaya. Pada waktu ni, aku kerap mintak nasihat dari bakal mak mertua (pada masa tu, sekarang tetap menjadi mak mertua saya) dan agak rapat dengannya.

Aku berada di KL ketika itu. Aku off-kan handphone untuk mencari ketenangan sepanjang malam tu tapi aku bangun solat malam, berlama-lamaan dengan Allah SWT, allahuakbar, rindu jugak waktu-waktu tu. Rasa terlalu dekat dengan tuhan.

Dalam doa aku dengan penuh kesungguhan malam tu, aku minta petunjuk pada Allah SWT, andai kuat jodoh antara aku dan tunang berikan petunjuk, percepatkanlah pernikahan kami. Kenapa aku doa untuk percepatkan? Sebab pada waktu kejadian adalah pada Januari, kami merancang untuk bernikah pada bulan Mac.

Allahuakbar, sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar, pada esoknya, kakak yang tinggal serumah dengan aku di KL maklumkan untuk aku call mak ayah aku di kampung, sebab ada hal emergency. Bila aku call, parents mintak aku balik ke kampung dengan segera sebab ex-tunang dan family akan datang ke rumah jumpa parents aku tapi tak bagitau atas alasan apa.

Mungkin nak putus tunang secara official, tekaan saya. Jadi, aku pun bergegas balik ke kampung dan tunggu ketibaan ex-tunang dan family. Bila tiba je ex-tunang dan mak dia, aku hanya tunggu dalam bilik. Hanya parents aku je berjumpa dan bercakap dengan ex-tunang.

Rupa-rupanya, ex-tunang minta maaf secara terbuka dan mengaku yang dia telah berlaku curang dengan aku dan buat keputusan untuk meneruskan pernikahan.. tetapi lebih awal. Allahuakbar. Bila aku dengar je request tu, aku tak tau nak gambarkan perasaan saya.

Aku je yang tahu apa yang aku minta dengan Allah SWT. Pernikahan tu diminta untuk berlangsung 2 minggu dari hari kejadian ni. Aku diberi peluang untuk bercakap secara personal dengan ex-tunang, sama ada setuju atau tidak dengan request tu. Aku sayang dia, 7 tahun bersama dia.

Susah senang, technically membesar dengan dia. Akhir ye, aku setuju. Sepanjang 2 minggu persiapan untuk pernikahan, aku takda perasaan. Happy takda, nervous pun takda. Aku macam blur.

Mungkin sebab terlalu sakit dikhianati. Walaupun dia dah mintak maaf dan berjanji untuk putus dengan gf dia. Sehingga hari pernikahan, habis majlis pernikahan, alhamdulillah, aku bergelar isteri kepada bekas tunang yang putus satu hari je. Haha.

Kami solat maghrib berjemaah pertama kali bersama-sama. Selepas solat, suami pandang saya, salam saya, dan sincerely minta maaf dan berjanji akan mulakan hidup baru. Aku rasa, itulah moment aku paling indah. Aku dapat rasa betapa ikhlas suami minta maaf dan nak hidup dengan saya. Selama 2 minggu selepas pernikahan, aku sangat bahagia.

Sama macam orang lain yang baru kahwin. Berkepit ke sana sini. Sehinggalah satu hari tu, suami tertinggal ipad di umah, ipad suami rupa ye connected dengan Apple ID dekat Iphone suami. So, bila ada orang call nombor suami, secara automatic akan naik dekat ipad jugak.

Aku rasa tak sedap hati dan aku angkat panggilan tu. Aku dengar suara perempuan, bermanja-manja panggil nama suami. Astagfirullahazim. Aku terus minta perempuan tu berterus terang, tapi perempuan tu minta suami aku jelaskan ke semuanya.

Jadi, aku terus call suami untuk tau perkara sebenar. Suami memang sangat terkejut, dan akhirnya minta aku berjumpa dengan perempuan tu di kedai makan. Kami berjumpa 3 orang secara berdepan. (Allahuakbar, tak sangka menitis jugak air mata aku menaip pada waktu ni).

Rupa-rupanya, perempuan tu adalah gf suami ketika dia curang sewaktu kami bertunang dulu. Yang paling aku rasa terduduk, gelap dunia, bila suami kata, gf dia mengandung anak luar nikah, dan anak tu anak dia. Allahuakbar.

Tapi aku tak nangis dekat situ, aku marah tapi marah bukanlah sampai hilang iman. Ni bukan drama, aku betul-betul menghadapi benda ni. Dorang berdua kata dah cuba macam-macam cara nak gugurkan anak tu, tapi tak berhasil, dan gf suami buntu jadi terpaksa mencari suami aku semula.

Bayangkanlah perasaan saya, yang baru 2 minggu bernikah, bersanding belah aku pada bulan Mac, iaitu beberapa bulan dari hari aku tau suami aku ada anak luar nikah. Sepanjang tu aku buntu, menangis tu, aku tak boleh kira dah.

Suami kadang-kadang hilang bila aku mandi. Keluar umah tanpa bagitau. Kadang-kadang pukul 4 pagi keluar umah, berjumpa dengan gf. Apa perasaan aku sebagai isteri? Aku tetap teruskan majlis resepsi di kampung, dengan hati punah, pecah retak berderai.

Apa aku fikir, aku teruskan majlis, untuk kebahagiaan aku sendiri. Suami ada pergi kaunseling dengan ustaz/ ustazah untuk nasihat atas situasi kami. Ustaz/ ustazah kata, keputusan untuk teruskan pernikahan tu terletak pada saya, sama ada aku nak bercerai atau aku nak terus jadi isteri.

Suami tau dia berada di pihak yang salah jadi dia malu nak pujuk aku untuk terus bersama dia. Aku pulak takda rasa pun nak minta suami pilih antara aku dengan gf dia tu sebab aku tau, suami kena bertanggungjawab, perempuan tu dah mengandung anak dia.

Sayalah orang paling layak untuk berundur. Aku tetap bangun solat malam, menangis pada-NYA. Aku minta petunjuk, setiap kali aku istikharah, aku akan mintak dengan permintaan yang direct dan jelas.

Contoh pada kali ni, aku minta Allah SWT berikan aku petunjuk, andai jodoh aku dengan aku dan suami kuat, izinkan aku juga untuk mengandung dalam masa terdekat. Sebagai tanda kekuatan aku untuk terus bersama suami dan bermadu.

Aku ulang doa yang sama setiap hari sehinggalah sehari sebelum majlis resepsi saya, aku rasa aku mengandung sebab aku muntah-muntah teruk. Allahuakbar. Allah SWT bagi jelas pada aku petunjuk dalam setiap doa saya.

Sedikit sebanyak aku gembira. Aku juga mengandung. Alhamdulillah. Bahagia jugak aku sewaktu aku bagitau suami pada malam majlis resepsi dekat sebelah suami. Aku minta maaf, rasa ye sudah agak panjang tapi takpalah, kalau coretan aku tidak disiarkan, aku okay je).

Aku teruskan cerita ya. Selepas habis majlis resepsi di kedua-dua belah pihak, aku dan suami honeymoon di Korea. Suami aku tau aku suka sangat melayan Running Man jadi suami hadiahkan honeymoon dekat tempat favorite saya.

Aku ketepikan semua perasaan sedih, pedih saya, aku bahagia kan diri aku sepanjang honeymoon, plus aku pun pregnant. Aku minta suami manjakan aku sepanjang dekat sana memandangkan kami jauh dari keluarga.

Dalam penerbangan balik, naluri seorang isteri, aku dapat rasa, sebaik je aku touch down dekat Malaysia, aku tau suami akan bernikah satu lagi. Aku tau, aku takkan jadi ‘the only wife’, aku tau aku akan bermadu.

Aku coretkan satu perenggan khas untuk suami, supaya suami buat yang terbaik untuk aku dan bakal anak kami. Seakan-akan hati ni bersedia menghadapi apa sahaja. Betul tekaan saya, 3-4 hari aku pulang dari honeymoon, suami pulang ke kampung sendiri bersama gf menaiki bas dan aku yang hantar mereka berdua ke stesen bas.

Suami tak pernah bagitau pun intention dia balik ke kampung, betul ke nak bernikah, atau sebaliknya. Tapi aku dengan hati yang kosong, melihat kelibat suami dan gf dia hilang dari pandangan berdua-duaan, ke arah stesen bas dan kuat hati aku ketika itu, meneka suami akan pulang bernikah di Thailand.

Reason being suami nikah cepat-cepat sebab mereka cuba untuk membin/ bintikan anak luar nikah tu dengan nama suami tapi menunggu honeymoon aku selesai. Betul-betul lah aku honeymoon, balik honeymoon dapat madu.

Jadi, genap 2 bulan aku bernikah dengan suami, aku dimadukan. Sebenarnya, aku tak dapat nak ringkaskan, sebab cerita aku ni merangkumi pengalaman aku selama 4 tahun bermadu. Selepas aku dimadukan, aku keguguran dan hilang pekerjaan. Dan bermulalah kisah pahit aku mencari redha poligami.

Aku bukan berniat nak berkongsi pahit nya bermadu, tapi aku sebenar nya nak cerita kan apa hikmah dalam hidup aku sepanjang apa yang berlaku selama 4 tahun bermadu ni. Cuma, aku perlu ceritakan betapa pahit ye proses aku mencari keredhaan dalam poligami untuk pembaca nampak betapa besarnya hikmah yang besar dan baik, di sebalik pahit ye sebuah poligami.

Apa yang aku baru ceritakan hanya permulaan bagaimana aku terpaksa bermadu seawal umur 26 tahun. Sekarang aku dah berada dalam tahun ke-4 bermadu, aku dan madu berada di tahap, beraya bersama dengan keluarga suami, tidur sekatil dengan anak-anak, dan macam kawan sebab madu aku setahun muda dari saya.

Suami juga sangat adil dan alhamdulillah, kami sentiasa belajar dari semasa ke semasa. Cuma, andai ada yang nak aku kongsikan pengalaman aku lagi, disebalik apa yang terjadi selepas cerita di atas, dan macamana aku menghadapinya, in shaa Allah, aku akan cuba mengarang lagi.

Sampai disini sahaja buat kali ni, andai disiarkan, alhamdulillah dan terima kasih kerana membaca. Jazakillahu Khairan.

– Yang Pertama (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *