Hairan aku Kak Ella lamar aku jd madu dia. Abg Khai dah tgk aku lain macam. Dorang nk ‘benda’ tu ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mengenali Kak Ella dan Abg Khai sejak 2 tahun lalu ketika saya kerja sementara di kedai baju milik Kak Ena. Mereka melayan saya terlalu baik sehingga saya anggap Kak Ella seperti kakak sendiri. Kak Ella dan Abg Khai telah berkahwin selama 9 tahun tapi belum diberi rezeki anak.

Mereka telah melalui proses IVF tapi masih tiada rezeki. Satu hari, Kak Ella meluahkan perasaannya bahawa dia berkenankan saya untuk dinikahkan dengan suaminya. Saya tak pernah sangka benda ni akan jadi pada aku, sebab saya pernah melalui pengalaman bapa saya berpoligami tapi it doesn’t end well.

Jadi didalam lubuk hati saya ada perasaan skeptikal terhadap poligami. Kak Ella beri saya masa untuk berfikir. Beberapa hari selepas itu Abg Khai juga memberitahu saya bahawa dia punya hati pada aku.

Disebabkan keadaan mereka, saya mula sangsi adakah mereka buat begini sebab mereka mahukan anak? Adakah mereka akan anggap saya ni seperti ibu tumpang? Bermacam-macam persoalan timbul dalam fikiranku yang tak diluahkan. Saya datang dari keluarga yang berpecah-belah.

Melihat kemesraan dan kasih sayang antara Kak Ella dan Abg Khai kadang-kadang menimbulkan perasaan iri padaku, mengapa bapa saya tak pernah layan ibu sebaik itu? Jadi ketika Kak Ella sebut ingin saya menjadi madunya, saya sangat terkejut sebab mereka nampak sangat bahagia.

Bila saya tanya Kak Ella mengapa, jawabnya, dia hanya mahu kongsi kebahagiaan itu denganku. Dia tahu hal keluarga ku. Dia ikhlas ingin saya jadi madu dia supaya saya terjaga. A ku mula serba salah.

Di usia 28 tahun saya belum pernah punya kekasih, tiba-tiba dilamar untuk menjadi madu orang. Kawanku berpesan jangan terima hanya kerana perasaan kasihan, atau kerana ingin cepat kahwin diusia hujung 20-an. Saya solat istikharah, minta petunjuk dan saya dapat rasakan yang saya mahu menjadi sebahagian dari keluarga Kak Ella dan Abang Khai.

Saya menerima lamaran itu. Saya berkahwin diusia 29 tahun. Abg Khai tua 5 tahun dariku dan Kak Ella pula tua 4 tahun dari Abang Khai. Abg Khai sediakan rumah yang lengkap untuk saya tinggal.

Kak Ella juga membantu urusanku dengan Abang Khai. Rezeki selepas nikah, 3 bulan selepas itu saya disahkan mengandung. Kak Ella dan Abg Khai gembira bukan kepalang, sampai kami bertiga menangis ketika berita itu dikhabarkan. Mereka terlalu baik.

Saya juga mula belajar untuk cintakan Abang Khai , kerana kini dia bukan lah seseorang yang saya admire dengan caranya melayan isteri, tapi kerana dia suami aku. Ketika saya dalam pantang, Kak Ella banyak menjagsaya dan anak sulungku.

Ketika anakku mencecah usia setahun setengah, dia mula memanggilku dengan panggilan ‘Mama’ manakala Kak Ella disebut ‘Mummy’. Saya sangat gembira dengan kehidupan baruku. Tiada sikit pun perasaan negatif walaupun kami hidup berpoligami.

Seperti mesranya saya lihat Abg Khai melayan Kak Ella dulu, seperti itu juga lah Abg Khai melayan dan memanjakan aku. Rezeki lagi ketika anak sulungku mencecah 2 tahun, saya mengandung lagi. Anakku kini telah bersekolah tadika, dan Kak Ella tak ubah seperti ibu kedua mereka.

Kami bahagia. Tapi satu hari mula satu perasaan bermain difikiranku ketika ku melihat kemesraan antara Kak Ena, Abg Khai serta anak-anakku. Saya rasakan seperti saya menjadi orang tengah antara mereka. Hasutan syaitan. Saya mula rasakan saya orang ketiga dalam hubungan ini.

Kak Ella dan Abg Khai sangat baik pada ku. Tapi saya tahu hati Kak Ella pasti runtun saat saya menikah dengan suaminya. Apa lagi saya telah melahirkan zuriat Abang Khai. Dia sentiasa senyum, tapi matanya tak mampu menyorok kesedihan bahawa dia tak mampu memberi zuriat seperti aku.

Dia terpaksa berkongsi suami hanya kerana sayangkan suaminya, mahu suaminya punya anak kandung sendiri. Saya sayangkan mereka kerana mereka keluarga aku, tapi hati kecilku merasakan saya merampas kebahagiaan yang patut menjadi milik Kak Ena.

Saya juga keliru bahawa perasaan ini timbul mungkin sebab saya sendiri yang cemburu melihat Kak Ella dan Abang Khai. Pernah terlintas difikiranku bahawa saya mahu Abg Khai lepaskan aku, dan tinggal bersama Kak Ella serta anak-anakku.

Tapi saya tak mampu hidup tanpa anak-anakku disisi. Sekiranya saya mahu pergi bersama anak-anakku, tentulah saya merobek kebahagiaan yang mereka miliki. Jadi saya hanya diamkan sahaja. Satu hari Abg Khai perasan sikap saya yang banyak mendiamkan diri.

Dia mula bertanya dan akhirnya saya menangis menceritakan perihal hatiku pada nya. Dengan tenang dia menjelaskan bahawa dia ikhlas mencintai aku, saya bukanlah hanya ‘ibu tumpang’ untuk dia dan Kak Ena. Dia betul mahu menjagsaya dan Kak Ella ikhlas menyayangiku seperti adik sendiri.

Saya halang Abg Khai untuk menceritakan hal ni pada Kak Ella kerana saya takut persepsi Kak Ella terhadapku berubah. Hari demi hari hidupku berjalan seperti biasa. Kami bertiga masih pergi bercuti bersama anak-anak, dan kadang kala Kak Ella jagakan anak-anak dan saya serta Abg Khai pergi bercuti berdua.

Saya tahu hidupku bahagia, tapi perasaan ini kadang timbul tanpa dijangka dan saya tak mampu berhenti dari memikirkannya. Kini saya mengandung anak ketiga, dan perasaan itu datang lagi.

Saya cukup lemah apabila perasaan ini timbul kerana tiada cela sikit pun dalam keluarga ini. Saya yang tak bersyukur tapi dalam masa yang sama sangat susah untuk buang perasaan ini selama-lamanya. Kalian doakan saya selamat bersalin awal tahun depan, dan semoga keluarga kami bahagia seperti ini sampai bila-bila.

– Dinda (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Liana Abdul : Dugaan awak diuji emosi & perasaan yg mcm ni . Dugaan kak ena kita tak tahu pula perasaan & emosinya diuji bagaimana . Kuat lah sis demi kebahagian yg tersedia ada ni . Bukan mudah nk rasa nikmat bahagia dlm perkahwinan lebih2 lagi bertiga . Jangan pernah tewas dengan hasutan syaitan . Beruntung anak2 sis lahir dlm keluarga yg begini … ada 2org ibu yg sayang mereka sepenuh hati & ada ayah yang bertanggungjawab .

Amira Mee : Alhamdulilah . Tak smua org bernasib baik dpt kehidupan poligami yg semacam awak . Syukur dan byk doa , selalu bersangka baik , in sha Allah smua mmg akan baik2 saje . Semoga dipermudahkan segala urusan

Hafizah Hashim : Terima dengan ikhlas kak, poligami tu bukan satu perkara yg buruk, perkara halal. Yang menimbulkan stigma negatif sebab ramai yang gagal berlaku jujur dan adil semasa berpoligami. Masih ada je lelaki yg mcm suami dan madu akak ni. Pendek kata, jangan dgr hasutan luar, cakap cakap orang. Elakkan tengok tv/movie berkenaan poligami yang ending buruk. Banyakkan panjat kesyukuran pada Allah yang berikan kebahagiaan dan rezeki mcm ni pada akak. Kalau akak rasa akak perampas dan orang ketiga, cuba akak pikir apa pulak yg madu akak rasa, semestinya lagi teruk oleh kerana masih belum diberikan rezeki untuk mengandung. Via Fenomena Malaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *